GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Apa itu Zakat Fitrah???


Jom kita belajar, recall balik apa yang kita pernah belajar masa tingkatan dua dulu... iaitu berkaitan dengan zakat fitrah. 

Apa itu zakat fitrah???
Dari segi bahasa: 

  • Zakat bermaksud Bersih, Suci, Bertambah dan subur.   
  • Fitrah bermaksud tabiat semulajadi manusia yang suci bersih.

Menurut istilah syarak : Zakat fitrah bermaksud :   Mengeluarkan makanan asasi bagi sesebuah negara dengan kadar tertentu, dan diberikan kepada orang tertentu dengan syarat-syarat tertentu.

Hukum Zakat Fitrah

WAJIB

Dalilnya:

عن جابر رضي الله عنه قال: قال رسول الله (ص) : " صوم شهر رمضان معلق بين السمأ والارض ولا يرفع الا بزكاة الفطر 
Maksudnya : Daripada Jarir r.a. katanya , Rasulullah s.a.w. bersabda : " puasa Ramadan tergantung antara langit dan bumi, ia tidak diangkat kecuali setelah mengeluarkan zakat fitrah "

Kadar Zakat Fitrah
Satu gantang baghdad, berasamaan 2.7 kilogram dari  makanan asasi sesebuah negara.
Contoh :  beras, gandum, kurma, jagung, barli, dan lain-lain.

Gambar gantang Baghdad dan ukurannya. Gantang ini berada di dalam simpanan al-Marhum Tuan Guru Abdullah Tahir Bunut Payung. Ketika Tuan Guru meninggal dunia, warisnya menyerahkan gantang ini kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. [Sumber]


Syarat Wajib Zakat Fitrah
  1. Islam :   Tidak wajib ke atas bukan Islam
  2. Mempunyai harta yang melebihi keperluan makan dan minum untuk diri dan tanggungan pada pada malam dan siang hari raya 
  3. Hidup pada akhir Ramadan dan  awal syawal (mestilah dapat hidup pada kedua-dua bulan tersebut walau sekejap)
    • Bayi yg lahir setelah terbenam matahari pada akhir Ramadan (setelah masuk maghrib / malam raya )  tidak diwajibkan zakat fitrah.
    • Bayi yg dilahirkan sebelum terbenam matahari  akhir Ramadan (sebelum masuk  maghrib) & meninggal dunia setelah terbenam matahari (setelah masuk maghrib) diwajibkan zakat fitrah.
    • Orang yg meninggal dunia sebelum terbenam matahari (sebelum masuk maghrib) pada hari terakhir Ramadan tidak wajib zakat fitrah baginya.
Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
  • WAJIB iaitu Bermula dari terbenam matahari pada akhir Ramadan
  • SUNAT (AFDAL) iaitu Bermula dari masuk solat Subuh hingga solat sunat Aidil Fitri. Sebab tu pagi raya baru sibuk nak bayar zakat.
  • MAKRUH iaitu Selepas solat Aidil Fitri hingga terbenam matahari 1 syawal
  • HARAM iaitu Setelah terbenam matahari 1 syawal
  • HARUS iaitu Sepanjang bulan Ramadan. Bagus bayar awal-awal sebab nak elakkan kesesakan dan takut terlupa. 
Golongan yang Berhak Menerima Zakat Fitrah
  1. Fakir
  2. Miskin
  3. Amil (yg terlibat dlm urusan zakat)
  4. Muallaf (org yg baru  masuk Islam )
  5. Hamba yang hendak memerdekakan diri
  6. Orang yang berhutang pada jalan Allah
  7. Ibnu Sabil (musafir) 
  8. Fi sabilillah (orang yang berjihad pada jalan Allah)
Akibat Tidak Membayar Zakat Fitrah
  • Pahala Ibadat puasa tidak sempurna
  • Diri terus dibelenggu dengan sifat bakhil dan sombong
  • Hati menjadi keras dan tidak berperikemanusiaan.
  • Tidak memperolehi ketenangan jiwa
  • Dimurkai Allah
Kadar Zakat Fitrah Semasa


25Ulasan

  1. shark masih belum jelas zakat untk tahun nie.
    biasanya akan byar minggu2 akhir,
    tabiat :)

    BalasPadam
  2. takutnya dimurkai Allah...
    jom kita bayar zakat.

    BalasPadam
  3. Betul.. Nak kene ingatkan asben bayar awal2 ni.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum kak, alhamdullilah. sheila baru terfikir pasal ni, nak remind suami bayar zakat fitrah awal sikit. takut terlupa. heee Salam Ramadhan :)

    BalasPadam
  5. kadar zakat di sabah masil still sama

    BalasPadam
  6. dah keluar dah ye zakat yang perlu dibayar...terima kasih refresh saya...serius, ada yang dah lupa...

    BalasPadam
  7. hihii selalu dkt nk raya baru nk g keluarkan zakat..masa bujang2 n kecik muda remaja ayah suka bg beras..bw sorng kat umah tok guru mengaji quran..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah Maria dah buat entri ni. Kak ieta ni tak sempat nk buat. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... Sebab baru ajr bebudak tu... Tu yg ingat nk buat entry ni..

      Padam
  9. kelebihan zakat fitrah nih, terpelihara mereka yang kurang berkemampuan.. alhamdulillah..:)

    BalasPadam
  10. Thanks for sharing.. Rasa selamat sikit kalau dah tunaikan zakat. Salam perkenalan. Follow sini! :)

    BalasPadam
  11. T kasih atas perkongsian yg bermanfaat ini..

    BalasPadam
  12. sama sama refresh back psl zakat fitrah nih

    BalasPadam
  13. sama sama refresh back psl zakat fitrah nih

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ