GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

6 Syarat untuk Buat Maksiat dan Dosa!

Sumber: google images

Pada masa dahulu, terdapat seorang raja yang adil lagi zuhud bernama Ibrahim bin Adham. Pada suatu hari, seorang lelaki datang menemui Ibrahim bin Adham. 

"Wahai tuan, hamba seorang banyak melakukan dosa dan kezaliman. Bolehkah tuan mengajari hamba untuk hidup zuhud supaya Allah S.W.T menghidupkan kembali hatiku yang bagaikan telah mati ini," mohon lelaki itu. 

"Jika kamu dapat berpegang teguh dengan enam perkara yang aku akan sebutkan nanti, pasti hidupmu akan selamat dan tenang," kata Ibrahin bin Adham.

"Apakah perkara itu?" tanya lelaki itu.

"Pertama, jika kamu melakukan maksiat, janganlah kamu makan rezeki Allah S.W.T," kata Ibrahim bin Adham. "Segala makanan yang ada di bumi ini, sama ada di lautan ataupun di daratan, semuanya ialah rezeki Allah.," katanya lagi. 'Apakah yang boleh hamba makan?' fikir lelaki itu.

"Perkara kedua, jika kamu melakukan maksiat kepada-Nya, janganlah kamu tinggal di bumi-Nya," ujar Ibrahim bin adham.

"Tuan Ibrahim, perkara kedua ini lebih berat. Bukankah bumi ini milik Allah? Jika hamba tidak boleh tinggal di bumi ini, dimanakah hambar harus tinggal?" tanya lelaki itu lagi. Tuan Ibrahim hanya senyum.

"Perkara ketiga ialah apabila kamu melakukan maksiat, janganlah kamu fikir yang Allah itu Maha Melihat. Kamu anggap sahaja Allah itu lalai kepadamu," sambung Ibrahim bin Adham. "Tidak mungkin hamba boleh berbuat demikian kerana Allah Maha Melihat setiap perkara yang kita lakukan atau yang terdetik dihati kita," kata lelaki itu. 

"Perkara keempat, jika malaikat maut datang hendak mengambil nyawamu, katakan kepadanya, 'Tunggu sebentar, aku hendak bertaubat'," kata ibrahim bin Adham. "Tuan, perkara ini sangat mustahil untuk hamba lakukan," akui lelaki itu.

"Perkara kelima, ketika malaikat Munkar dan Nakir datang menyoal kamu di alam barzakh nanti, lawanlah mereka dengan segala kekuatan yang kamu ada," kata Ibrahim bin Adham lagi. "Perkara itu terlalu mustahil untuk hamba lakukan,: luah lelaki itu sambil menggeleng-geleng.

"Dan perkara keenam, jika Allah  menyuruhmu masuk neraka kelak, katakan kepada-Nya, "Ya Allah, aku tidak bersedia masuk ke neraka," kata Ibrahim bin Adham.

Sesungguhnya, semua perkara ini sangat berat dan mustahil dilakukan," jawab lelaki itu.

"Jika kamu tidak sanggup melakukan perkara ini, janganlah kamu berbuat maksiat," nasihat Ibrahim bin Adham. 

Lelaki itu menggangguk tanda faham dan dia segera bertaubat. Semenjak itu, dia meninggalkan semua perkara maksiat dan dia kembali tekun beribadat kepada Allah S.W.T.

Sumber: Himpunan Kisah Teladan.

Jika kita dapat penuhi keenam-enam syarat ini, maka buatlah maksiat dan dosa sesuka hati... Renungkanlah!

11Ulasan

  1. Assalamualaikum kak.. Subhanallah... terkesima baca ni.. semoga Allah bimbing kita ke jalan yang benar. ?In shaa Allah ~~~

    BalasPadam
  2. Ye..memang mustahil untuk lakukan kesemua. 6 perkara.

    BalasPadam
  3. Perkongsian yang menarik.. moga dijauhkan dari segala maksiat... di hindari dari perkara2 yg tak baik

    BalasPadam
  4. Satu perkongsian yang baik untuk kita sebagai hambaNYA

    BalasPadam
  5. kalau semua orang pikir 6 syarat nii, mesti akhirnya tak jadi nak buat maksiat...sbb malu terus pada Allah kan...bgus sharing ni!

    BalasPadam
  6. Indeed..sesuatu yang mustahilkan..jadi jangan buat maksiat..

    BalasPadam
  7. Semoga dijauhkanlah maksiat ini buat kita serta keluarga & keturunan kita semua... aamiin.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ