GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Meraikan Minat dan Hobi Pasangan!


Setiap orang ada hobi dan minat tersendiri... Kalau perempuan,normally la minat shopping, tanam bunga, beli alat make up, membaca novel... Kalau lelaki pula normallah jika minat kereta, bola dan memancing... 

Selepas kahwin, sudah pasti minat hobi tu tetap bawa juga kan, cuma aktif atau tak je selepas kahwin... Sebagai pasangan wajib kita fahami minat dan hobi pasangan demi kerukunan rumah tangga... Namun, jangan dalam menuruti minat dan hobi, jangan sampai mengabaikan tanggungjawab wajib pula kan... 

Sebagai isteri sokonglah dan fahamilah minat suami selagi minat dan hobi tu tak langgar hukum syarak. Selalu ingatkan suami supaya dalam meraikan minat dan hobi jangan sampai melupakan dan melalaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan suami. Begitu juga dengan isteri, minat tu jangan sampai abaikan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri. 

Minat dan hobi suami isteri mungkin boleh digabungkan jadi sesuatu yang bermanfaat dan juga sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan hasil dan sumber rezeki... 

Minat dan hobi juga boleh dijadikan satu pengerat hubungan suami isteri. Walaupun minat dan hobi kita berbeza, tapi kita boleh didik diri kita untuk jadi seseorang yang memahami minat dan hobi orang yang kita sayang. Tiada yang bernilai, melainkan saling menyokong antara satu sama lain... 



Nota:

Suami minat make up kereta, aku suka design dan ada kemahiran menreka cipta serta berblog... Akhirnya gabungan hobi dan minat kami terhasillah HOMEMADESTICKER... Alhamdulillah... Terima kasih Allah... Semoga syarikat kami ini terus maju dan maju ke hadapan... Ameen...

6Ulasan

  1. Alhamdulillah drp minat boleh buat satu bisness ..Tahniah Maria ..
    Moga bisness terus maju dan berkembang maju ..

    BalasPadam
  2. InsyaAllah tetap menyokong hobi suami walaupun sblm ini tak berapa suka mancing... kami berkongsi hobi suka travel & windows shopping juga...haha..

    BalasPadam
  3. kena saling minat meminati apa yang pasangan suka :)

    BalasPadam
  4. kena ada toleransi..sama2 minat lg best kan..

    BalasPadam
  5. minat bila dimanfaatkan akan jd punca rezeki...smoga biz maria n suami btmbh maju

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ