GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kanak-kanak 9 Tahun Terima Pampasan RM2.7 Juta!


Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang mengalami kecacatan otak ketika dilahirkan di sebuah hospital kerajaan menerima pampasan sebanyak RM2.7 juta sebagai penyelesaian daripada kerajaan dan 29 yang lain.

Nurul Husna Muhammad Hafiz yang dilahirkan pada 22 Julai 2005 melalui bapanya, Muhammad Hafiz Abd Wasit (plaintif) sebelum ini memfailkan saman terhadap kerajaan, 21 doktor dan lapan jururawat Hospital Selayang (defendan). 

Ia berikutan akibat kecuaian defendan, Nurul Husna mengalami kecacatan otak yang teruk dan tidak boleh dipulihkan. 

Peguam Manmohan S Dhillon yang mewakili Nurul Husna ketika ditemui berkata, kanak-kanak itu menerima ganti rugi khas (RM345,031.90), ganti rugi pra bicara (RM151,330), ganti rugi am (RM350,000) dan ganti rugi masa depan sebanyak RM1,937,810.

Selain itu, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera turut memerintahkan defendan membayar kos sebanyak RM213,864 kepada plaintif.

Sumber: Harian Metro

Rezeki menyebelahi dia... Alhamdulillah... Mungkin dengan wang itu, boleh pulihkan dia dan perbaiki taraf hidup anak ini... Di sebabkan sgelintir kes macam ni lah, ada yang serik nak bersalin di hospital kerajaan... Tapi, sebagai manusia yg berakal kita tak patut nak salahkan semua hospital kerajaan begitu... Semua itu rezeki masing-masing... Baik buruk dan hikmahnya hanya Allah yang tahu... 

10Ulasan

  1. Alhamdulillah..sekurangnya terbela nasib dia dgn wang yg diperolehi tu..InsyaAllah

    BalasPadam
  2. Rezeki dan kekuasaan Allah.. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah kpd hambanya...

    BalasPadam
  3. Husshhh teruk tu?
    Mesti kes berat.
    Habislah gaji dorang kene potong untuk bayar saman.

    BalasPadam
  4. Lahamdulillah.. hope dengan duit tu boleh perbaiki hidup dia macam yang tertulis diatas..

    BalasPadam
  5. alahai semoga dpt membantu anak yg tak berdosa ni..betul tu tak semua hospital kerajaan camtu..jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah moga2 dgn duit yang dapat ni dapatlah ibubapa kanak2 ini mengubati anaknya ..ataupon untuk perbelanjaan anak ini kelak ..
    Huhuhu Lya mmg jenis takut bab2 bersalin kat hospital kerajaan huhuhu ..Dan yang paling Lya titik beratkan ..Bila kat HOSPITAL KERAJAAN kebanyakan baby kita akan di sambut oleh DR LELAKI ..Sebab tu la Lya pilih hospital swasta untuk lahirkan semua ketiga2 anak lya ..soweyy yer Maria lari topik sikit hehehe..

    BalasPadam
  7. duit yang banyak tak akan pulih kan kecacatan kekal si anak
    moga parents dia tak abaikan dia sebab duit dah banyak
    maklumlah sebab duit manusia berubah

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah semoga papnpasan yg dia dpt dpt ubah nasib die..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ