Friday, 13 June 2014

Doakan Syuhada Baharudin!

Di hari Jumaat ini, aku mohon kita doakan sesuatu untuk rakan blogger. walaupun kita tak pernah jumpa dan bersua, tapi blogger ibarat satu keluarga. Ramai dah blogger-blogger dok up berita mengejut tentang kak Syuhada Baharudin. Pertama kali, aku tengok status Kak Farah Waheeda di facebook... memang mengejutkan... Tetiba je kan... Tengok kat wall facebook dia pun tiada apa-apa berita melainkan last dia update berita dia nak bercuti ke Bali, iaitu lepas dia buat GA sempena Hari Ulang Tahun Perkahwinannya yang ke-8. 

Ramai terkejut dengan berita ni... dan antara rakan yang pergi melawat dia ialah Akma Omar. Dari situlah kami semua blogger tahu... Kak syuhada dikatakan sedang koma selepas semput dan pengsan. Sekarang masih dirawat di ICU KPJ Ampang Puteri.



Walaupun aku tak pernah kenal dan bersua muka dengan beliau, tapi aku tahu kak syuhada ni, sangat peramah dan tak sombong, sebab dari gaya dia berblog dia memang tak lokek support GA dan segmen adik-adik, dia selalu blogwalking sesiapa yang singgah ke blog dia, termasuk blog aku juga... Aku suka baca kisah motivasi dan tips bisnes dari beliau. 

Mari sama-sama kita doakan kesembuhan buat kak Syuhada.. moga doa kita semua di hari Jumaat yang Barakah ini, dimakbulkan Allah... 

Ya Allah, peliharalah dan berilah kesembuhan kepada rakan blogger kami kak Syuhada Baharuddin, dengan rahmat dan belas kasih-MU, ampunkanlah dosanya dan sembuhkanlah dia seperti sedia kala... ameen... 

27 comments:

  1. sama2 kita doakan untuk Syu, pagi tadi pun akak ada buat entri tentang Syu Maria...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah... Mog Allah makbulkan doa kita semua..

      Delete
  2. salam takziah..diharap akak syuhada akn cept2 sihat..huhu..

    ReplyDelete
  3. Semoga beliau sembuh seperti sedia kala...amin..

    ReplyDelete
  4. Kak syuhada pon rajin singgah blog saya...semoga beliau cepat sembuh...sedih rasanya bila sahabat tak sihat...terima kasih update cerita ye kak...

    ReplyDelete
  5. semoga kak Syuhada cepat sedar....

    ReplyDelete
  6. semuga beliau sentiasa dlm rahmat Allah

    ReplyDelete
  7. Amin..insyallah semoga beliau di beri kesembuhan fan sedar dr koma

    ReplyDelete
  8. aamiin..sama2 kita doakan ye..mudah-mudahan Syu cpt sembuh..

    ReplyDelete
  9. lum sedar lgi ke?moga beliau cepat smbuh

    ReplyDelete
  10. Memang tak pernah mengenali dia dan tak pernah jejak blognya mungkin. Walau apa pun semoga dipanjangkan umur dan dia kembali sembuh seperti sediakala.

    ReplyDelete
  11. Ya Allah sedih nya sis... sama2 kita doakan akan kesembuhan beliau...

    ReplyDelete
  12. Masyaallah. Saya baru baca ni.
    Hope kak syuhada kembali sihat seperti sediakala. Saya pun xpernah kenal k.syuhada, tapi saya tumpang bersedih dgn berita mengejutkan ni. Meremang bulu roma saya masa bace entri ni tadi.

    ReplyDelete

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^