GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Doa Moga Anak Kita Dalam Pemeliharaan Allah!

Sumber: google images

Berikutan kes Dua Beradik Diculik dan Dilarikan tempoh hari, sudah pasti ramai juga ibu bapa yang fobia nak bawa anak-anak keluar rumah... Bukan takutkan penjenayah, tapi takut2 kita terlalai, takut2 kita terleka dan tkut2 anak kita juga telepas dari jagaan kita... Jadi aku ada satu info dan kita boleh jadikan amalan... Moga Allah pelihara anak kita dan sentiasa Allah lindungi anak kita...

Hari ini saya mahu kongsikan DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.

Doa itu adalah : 

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak) 

Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita : 

Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. 

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya: 

1- ASSALAM : SEJAHTERA. 
Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu. 

2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH. 
Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan? 

3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH 
Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya. 

Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak. 

Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan. Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah. Aminnn.

Sumber: whatsapps group
#########(
Kerana itulah Nabi s.a.w menggalakkan perkataan Salam.

Dalil-dalil tentang perintah dan keutamaan salam

Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Maka apabila kamu memasuki ke rumah-rumah (yang tidak berpenghuni), maka ucapkanlah salam kepada diri kamu sendiri (sebagai) penghormatan daripada sisi Allah yang dipenuhi keberkatan dan kebaikan. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada kalian, supaya kalian memahaminya.” [TMQ An-Nur (24) : 61]

Ayat di atas memerintahkan agar salam diberi sebagai tanda penghormatan walaupun sesuatu rumah atau tempat itu tidak berpenghuni. Selain itu, perintah yang lebih tegas dapat dilihat dalam surah yang sama iaitu:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki ke rumah-rumah (yang) bukan rumah kamu, sehinggalah kamu terlebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kalian supaya kamu mengambil pengajaran.” [TMQ An-Nur (24): 27]

Terdapat juga  hadis-hadis daripada Rasulullah saw yang menerangkan tentang fadhilat dan kebaikan dalam menyebarkan salam.  Hadis daripada Abdullah bin Salam, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam di antara kalian, berikanlah makanan, sambunglah tali silaturahim dan solatlah ketika manusia sedang tidur pada malam hari, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat.” [HR Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad]

Rasulullah saw juga bersabda:

“Kalian tidak akan masuk syurga sehingga kalian beriman,dan  tidaklah kalian beriman sehingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku tunjukkan  suatu perbuatan yang apabila kalian mengerjakannya, nescaya kalian akan saling mencintai?  Sebarkanlah salam di antara kalian.” [HR Muslim]

Selain hadis-hadis yang telah disebutkan, terdapat sebuah hadis yang menerangkan tentang ganjaran bagi setiap ucapan salam yang diberikan. Hadis ini sekaligus mengajar kita tentang bagaimana ucapan salam itu sepatutnya diberikan kepada orang mukmin. Imran bin Hussain berkata:

“Ada seorang lelaki  datang kepada Nabi seraya mengucapkan assalamu ‘alaikum. Maka Nabi menjawabnya dan orang itu kemudian duduk. Nabi berkata, “dia mendapat sepuluh pahala.” Kemudian datang orang yang lain mengucapkan assalamu ‘alaikum warahmatullah. Maka Nabi menjawabnya dan berkata, “dua puluh pahala baginya.” Kemudian datang seorang lagi seraya mengucapkan assalamu ’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Nabi pun menjawabnya dan berkata, “Dia mendapat tiga puluh pahala.” [HR. Abu Dawud, Tirmidzi dan Ahmad]

Sumber: http://mykhilafah.com

Salam bukan sahaja, sekadar sampaikan salam tetapi juga penuh doa dan keberkatan bagi orang yang mengamalkannya... Jom sebarkan salam... Sunat bagi salam, tetapi WAJIB jawab salam... Jadi jika anda terbaca entry blogger yg ada perkataan salam di atasnya, wajib jawab salam... Salam tu bukan sebagai penghias entry atau blog sahaja... 

JOM AMALKAN BERSAMA DEMI KESEJAHTERAAN BERSAMA

5Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ