Dengki Dan Irihati Biarlah Pada Tempatnya
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain [HR al- Bukhari]
Huraian Hadith:
1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.
2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.
3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:
- Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.
- Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.
Sumber: JAKIM
Tips bersihkan hati dari dengki dan iri hati:
- Banyakkan berdoa supaya Allah bersihkan hati kita dari dengki dan iri hati dengan kelebihan orang lain.
- Bersyukur dengan apa yang ada.
- Sentiasa melihat orang yang lebih susah, bukannya melihat orang yang lebih senang dari kita.
- Banyakkan melihat dan muhasabah nikmat Allah kepada diri.
- Redha dengan segala ketentuan Allah.
- Bersangka baik dengan Allah dan orang lain.
- Banyakkan solat sunat dan puasa sunat.
InsyaAllah ;)
BalasPadamAda orang suka gunakan agama untuk kepentingan diri sendiri.
BalasPadamKadang2 matlamat tu tak menghalalkan cara.
Harap dorg x menyimpang.
Semoga kita dilindungi dari sifat dengki dan iri hati ini.
BalasPadammudah2an kita dilindungi drpd sifat ini
BalasPadamsemoga kita tak seperti PHD
BalasPadamTerima kasih atas peringatan
BalasPadamInsyaallah...
BalasPadamakak ngaku akak iri hati dgn org bjaya...
BalasPadam