12 Jun 2014

Benarkah Buku Amalan Diangkat Pada Malam Nisfu Sya'aban???

Semalam, en.somi ada menunjukkan satu whatsapps yang dia terima, iaitu penyebaran tentang Piala Dunia yang akan bermula esok (malam ni), dan esok (malam ni) juga merupakan malam Nisfu Sya'aban. Dan mulalah orang berceritakan tentang buku amalan yang diangkat pada malam tersebut, dan digantikan dengan buku amalan yang baru... Benarkah kenyataan tu?? Sahih ke hadis tu??? Baca sampai habis ea..

Sumber: Google images
Tidak pernah jumpa dalil maupun keterangan ulama bahawa buku catatan amal hamba ditutup di malam nisfu Sya’ban atau ketika bulan Sya’ban. Namun, mungkin ramai yang salah faham dan membuat tafsiran yang salah terhadap hadis, dari Usamah bin Zaid, beliau bertanya,

يَا رَسُولَ اللَّهِ، لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنَ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ
“Wahai Rasulullah, saya belum pernah melihat anda berpuasa dalam satu bulan sebagaimana anda berpuasa di bulan Sya’ban?”

Nabi s.a.w bersabda,

ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ
“Ini adalah bulan yang sering dilalaikan banyak orang, bulan antara Rejab dan Ramadhan. Ini adalah bulan dimana amal-amal diangkat menuju Rab (Tuhan) semesta alam. Dan aku ingin ketika amal aku diangkat, aku dalam keadaan berpuasa.’” (HR. An Nasa’i 2357, Ahmad 21753, Ibnu Abi Syaibah 9765 dan Syuaib Al-Arnauth menilai ‘Sanadnya hasan’).

Dalam hadis tu, Nabi s.a.w mengatakan, bahawa amalan para hamba-Nya dilaporkan adalah ketika bulan Sya’ban, dan sebab itu, baginda memperbanyak puasa di bulan Sya’ban.

Rasulullah s.a.w tidak menentukan  bila tarikh peristiwa pelaporan amal itu terjadi. Bahkan zahir hadis menunjukkan, itu terjadi selama satu bulan. Sebab tu, puasa yang dilakukan Rasulullah s.a.w di bulan Sya’ban tidak pada tarikh-tarikh tertentu. Baginda juga tidak menganjurkan agar kita memilih pertengahan Sya’ban untuk puasa, yang beliau lakukan adalah memperbanyak puasa selama Sya’ban.

Untuk itu, siapa yang beranggapan dianjurkan memperbanyak ibadah ketika pertengahan Sya’ban, dengan anggapan bahwa ketika itu terjadi pelaporan amal, maka dia harus mendatangkan dalil. Tanpa dalil, bererti dia menyangka perkara ghaib. Dan tentu saja, pendapatnya wajib ditolak.

Dalam hadis itu sedikitpun tidak menyebutkan adanya penutupan buku catatan amal. Baginda hanya menyampaikan ketika bulan Sya’ban terdapat pelaporan amal dan bukan penutupan catatan amal.

Tidak ada istilah penutupan buku amal dalam islam. Kerana kaum muslimin dituntut untuk selalu beramal dan beramal sampai ajal menjemputnya. Allah berfirman,

وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ
“Beribadahlah kepada Tuhanmu sampai datang kepadamu Al-Yaqin.” (QS. Al-Hijr: 99)

Para ulama tafsir sepakat bahwa makna Al-Yaqin pada ayat di atas adalah kematian. Kerana setiap manusia dituntut beramal dan beribadah selama akalnya masih berjalan.

Nabi s.a.w menasihatkan agar kita selalu menjaga iman, dengan istiqamah beramal. Ada seorang sahabat yang meminta nasihat kepada beliau. Yang nasihat ini akan selalu dia jaga selama hidupnya. Nasihat yang beliau sampaikan sangat ringkas,

قلْ آمنتُ بالله ثم استقم
Katakan, Saya beriman kepada Allah, kemudian istiqmahlah.” (HR. Ahmad 15416 dan sanadnya shahih).

Dan yang namanya istiqamah, tentu saja tidak akan ada putusnya.

Al-Imam Ahmad pernah ditanya, ‘Bila waktu untuk istirahat?’ beliau menjawab,

عند أول قدم نضعها في الجنة
“Ketika pertama kali kita menginjakkan kaki kita di surga.”

Sekali lagi tidak ada istilah istirahat beramal atau buku catatan amal ditutup sementara. Amal kita yang dihisab tidak hanya ketika nisfu Sya’ban, namun juga di bulan-bulan lainnya. Semoga Allah meringankan kita untuk terus istiqamah meniti jalan kebenaran. Amin..

Sumber asal: SINI, artikel ini telah diolah bahasa dan susun atur ayat untuk memudahkan kefahaman pembaca. 

Kesimpulan:
  • Tiada istilah buku amalan ditutup dan digantikan dengan buku baru kerana tiada dalil sahih berkaitan dengannya.
  • Amalan kita sentiasa dihisab oleh Malaikat Raqib dan Atid dan dilaporkan kepada Allah.
  • Amalan kita hanya akan berakhir apabila kita mati.
  • Amalan yang paling baik ialah ISTIQAMAH, bukannya pada bulan tertentu atau hari-hari tertentu sahaja. 
Semoga semua faham, dan tidak lagi menyebarkan hadis-hadis palsu dan berita yang dibuat-buat dalam agama. Aku mohon, sesiapa yang mendapat info-info berkaitan agama terutama yang disertakan hadis Nabi s.a.w, tolonglah cari dan tanya dulu status hadis tu sebelum sebarkan... Nabi s.a.w pernah bersabda, :

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempat duduknya di Neraka.” (Riwayat Al-Bukhari)

Jadi.. berhati-hatilah sebarkan tentang sesuatu berita... 
Firman Allah yang bermaksud: 
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki kebenarannya supaya kamu tidak menyampaikan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.” 
[Al Hujarat ayat 6.]
Previous Post
Next Post
Related Posts

20 ulasan:

  1. Salam sis...
    Makasih berkongsi N3 ni... tu lah zaman skrg ni kekadang banyak tersebar hadis2 yg tidak sahih.. jadi konpius dibuatnya,... apa pun tetapkan iman dan perbanyak kan amalan kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm.... Sama-sama...utk kefahaman semua...

      Padam
  2. Allah ingin selalu menduga umatnya..nak tengok sejauh mana pentingnya Allah swt dalam hidup umatnya...nice sharing maria

    BalasPadam
  3. Perkongsian yg baik, sejujurnya nak istiqamah tu yg payah sbb iman tu ada pasang surut, bg diri sendiri lah... Huhu

    BalasPadam
  4. lagi 16 hari sebelum ramadan+makin dekat tarikh exam..hihi..

    BalasPadam
  5. Salam ..Maria terima kasih atas perkongsian dan poencerahan ini ..

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas pencerahan..

    BalasPadam
  7. mudah-mudahan.,hidup lebih barakah..amin

    BalasPadam
  8. risau juga bila orang dok sebar hadis palsu. ada antaranya rekaan syiah semata

    BalasPadam
  9. terima kasih info nie byk manfaat

    BalasPadam
  10. Semoga manjadi peringatan...

    BalasPadam
  11. Betul tu,byk sgt sharing tanpa dalil yg sah

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^