09 Mei 2014

The Liebster Award: Saya di Tag by MyCherita

Salam Jumaat... Semalam membaca komen-komen diblog, ada satu blog ni dah meng'tag' blog ni untuk The Liebster Award. Sebelum ni dok baca kat blog orang je, kali ni daku dah terkena juga... hehe... Aku di tag oleh MyCherita... 

The Liebster Award ni kira macam soalan berantai... tapi seronok juga sebab kita lebih mengenali rakan blogger sebenarnya... 

Untuk menyertai segmen ini saya dikehendaki membuat satu entri dan..

Saya dikehendaki menjawab beberapa soalan yang telah MyCherita sediakan. 
Selepas itu saya dikehendaki menge"tag" beberapa orang sahabat blogger 
Buat soalan bagi mereka yang telah di tag nama oleh saya.

Ok.. sekarang ini jawapan saya tentang soalan dari MyCherita.

10 soalan - soalan dari saya..( tiru sikit soalan saudara khir..^_^ ) jawab yang simple-simple pun tak pe…

1. Berikan sedikit pengenalan tentang diri anda.
Maria Firdz: Gabungan nama suami Isteri (Mariah dan Firdzaus = Maria Firdz) digabungkan kerana idea perkongsian bersama ketika awal penubuhan blog ni.. tapi sekarang banyak dikelolakan oleh Maria. Jadi saya perkenalkan siapa Maria, Saya seorang Isteri, ibu, guru dan juga Assistant kepada bos HMSD Enterprise. Firdz pula ialah Bos dan Pengurus syarikat HMSD Enterprise.

2. Dimana anda tinggal?
Kuala Lumpur

3. Apa Hobi anda?
Membaca, memasak dan surf internet

4. Apakah makanan kegemaran anda? 
Saya suka makan, tapi yang paling suka ialah kek keju

5. Apakah sukan kegemaran anda? 
Badminton

6. Apakah warna kesukaan anda? 
Hijau dan ungu

7. Dimanakah tempat yang paling suka anda lawati di Malaysia? 
Bentong, Pahang... Sebab disitu trulylove bermula... ^_^

8. Apa Pendapat anda tentang blog MyCherita?
Blog yang simple, tapi menarik... perkongsian entry yang hebat dan bermanfaat... 

9.  Dari mana anda dapat tahu tentang blog MyCherita?
Asalnya join segmen, dan MyCherita jadi penajanya, dan akhirnya saya suka membaca entry-entry di MyCherita.

10. Apa perasaan bila anda melawat blog MyCherita? Untuk soalan terakhir ini..berikan jawapan anda dalam bentuk skala seperti berikut.. 1. Suka , 2. Benci , 3. Ceria,  4. Sedih , 5. Jeles , 6. Seronok , 7. Menyampah , 8. Moody , 9. Teruja , 10. Tiada perasaan
Jawapan: 6

Harap MyCherita berpuas hati dengan jawapan-jawapan saya ea... Sekarang saya mencari mangsa untuk tag pula... 

Saya nak mencari rakan pengomen tegar saya yang belum di'tag'
Ampun maaf ea, sebab tag tanpa izin... hehe... jangan maraa aa... 
Soalan untuk sahabat saya yang di'tag'.
  1. Ceritakan secara ringkas perihal diri anda
  2. Negeri kelahiran asal
  3. Warna kegemaran
  4. Tempat yang anda ingin lawati?
  5. Cita-cita anda?
  6. Siapa inspirasi dalam hidup anda
  7. Ceritakan pandangan secara jujur tentang blog ini.
  8. Harapan anda terhadap blog ini.
  9. Perasaan anda pabila datang ke blog ini.
  10. Harapan dan impian anda dalam dunia blogger.
Itu je kot nak tanya, puas dah memikir soalan, tengah mabuk menanda soalan, nak kena tanya soalan dan jawab tu yang pening nak pikir... Harap sudi menjawab lah ea... Moga ikatan persahabatan dunia maya berkekalan hingga ke akhirnya

13 ulasan:

  1. eh eh kena tag... ok coming on the way... hew hew hew...

    BalasPadam
  2. hehehe sy pun kna tag juga..nt nk memikirkan jawapannya..

    ** akk maria pm la sy dekat fb nk kasi hadiah nie..! ^_^

    BalasPadam

  3. jemput singgah membaca

    http://permatabiru0310.blogspot.com/2014/05/the-liebster-awards-saya-di-tag-by.html

    BalasPadam
  4. kena cari masa free betul2 ni baru blh jawab sis..hehe..nebes2.. macam nak jawab exam pulok..kekeke

    BalasPadam
  5. Kita punya masih outstanding. Hmmm..

    BalasPadam
  6. dah lama tak main tag² ni :) sbb xde idea kot..huhu

    BalasPadam
  7. Okje pun ditag jugak MF....hehe...tgh jenuh mengarang entri ni

    BalasPadam
  8. Owh,CN di tag,baiklah..entry jawapan akan mnyusul ;)

    BalasPadam
  9. hahaha.ada juga. saya ke tu. hihi
    ada masa saya try k.. jenuh nak memikior ni .kuikui

    BalasPadam
  10. Hahaa.. habis semua blogger saling tag mengetag.. :D

    BalasPadam
  11. jawapan ku untukmu

    http://mamamursyid.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award.html

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^