GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

When Life Begins at 40!!!

Sumber: fb

Pabila usia 40 Tahun ini yang kita kena sediakan:

# Meneguhkan tujuan hidup
Bila usia 40 kena ada matlamat hidup. Tujuan hidup kena jelas. Pabila di usia 40 pastilah tujuan hidup kita tak lain tak bukan menuju dan mencari redha Allah dalam apa jua yang kita lakukan.

# Meningkatkan daya spiritual (kejiwaan, rohani)
Memperbanyakkan amal untuk meningkatkan keimanan dan keyakinan kepada Allah... Wajib perbanyakkan ilmu akidah dan mantapkan rukun Islam dan rukun Iman.

# Menjadikan uban sebagai peringatan
Pabila usia 40 tahun, sudah pasti uban dah tumbuh seurat dua, jadikan uban putih itu peringatan kepada mati dan kain kafan.

# Memperbanyakkan syukur
Bersyukur sebab, mampu teruskan hidup selama 40 tahun dengan nikmat yang dianugerah Ilahi.

# Menjaga makan dan tidur
Waktu 40 tahun ni wajib jaga makan dan tidur kerana penyakit mudah menyinggah. Jaga dan kawallah pemakanan dengan banyakkan puasa dan jagalah tidur dengan melakukan qiamullail.

# Menjaga istiqamah dalam ibadah
Meneruskan ibadah wajib dan sunat secara istiqmah dan mempertingkatkan amal dari semasa ke semasa. Biar amal yang sedikit tapi berterusan selagi hayat dikandung badan.

Dengan panduan ini, barulah dikatakan "life begin 40th"... bukannya masa 40 tahun baru nak mula solat, baru nak pergi masjid, baru nak ikuti kelas agama, baru nak pakai tudung. Sebab belum tentu kita mampu hidup sampai usia 40 tahun. Mati tak pernah mengenal usia. Syukur lah jika mampu sampai ke usia itu... Itu juga mungkin kita banyak dosa, dan Allah bagi peluang untuk kita bertaubat sekuatnya. 

Sekadar renungan dan peringatan bersama... 

21Ulasan

  1. ayat org laki tua bila umor 40 adalah 'men start at 40..'..menyampah ! hehe

    BalasPadam
  2. sempat ke tak saya capai umur 40 tu..herm :')

    BalasPadam
  3. life begin at 40 tu sebenarnya sesuai utk semua org walaupun perempuan

    BalasPadam
  4. Peringatan yg baik utk kita semua.. t kasih..

    BalasPadam
  5. Selalu ingatkan hubby sy tentang ini semua... :)

    BalasPadam
  6. terima kasih atas peringantan tu kak...semoga saya tak lupa benda nie bila mencecah 40 nanti...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  7. Semoga bila dah mencecah umur 40 kita akan ingat semua nih

    BalasPadam
  8. Hopefully bila umur kita dah cecah 40 tahun kita xkn lupa semua nih

    BalasPadam
  9. Semoga bila dah mencecah umur 40 kita akan ingat semua nih

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ