GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Membeli di Internet


Tips Membeli di Internet  | Dunia hujung jari dan dunia tanpa sempadan... Segalanya mudah... Zaman sekarang, tak keluar rumah pun boleh susut duit dalam bank bagi yang ada perbankan internet la... Bagi kaki shopping, elakkan ada kad kredit, dan online banking ea... Kang bertambah-tambah masalah... hehe...

Tapi membeli di internet satu kemudahan cuma jangan salah gunakan kemudahan yang ada, kalau tak buruk padahnya.., beberapa tips membeli di internet yang kengkdang kita terlepas pandang dan juga jadi mangsa penipuan.
Tips Membeli di Internet
Sumber: google images

1. Beli dari laman belian internet yang berdaftar.

Salah satu cara belian barangan di inernet ialah di laman web yang berdaftar dan jug syarikat belian intrnet yang diketahui ramai. Contohnya, di Zalora atau Lazada... kedua laman web antara pusat shopping internet yang popular... 

2. Survey harga

Sebelum beli barang di internet buat perbandingan harga. Jika kita beli barangan selain di zalora dan lazada, contohnya beli melalui facebook atau blog, sebaiknya buat perbandingan harga dulu. Caranya, semak harga sesuatu nilai barang di mudah.my. Sebab kat mudah.my boleh tengok terus harga sesuatu barang.., terutama barangan kereta atau sparee part kete.

3. Semak tarikh terakhir penjual online.

Bagii yang beli kat facebook atau mudah.my, tengok tarikh akhir penjual online.. jika kat page, tengok bila kali terakhir dia up status... sama juga kat mudah.my tengok tarikh iklan tu publish... kalau kat facebook memang kena hati-hati takut fake akaun je,.,, sebab tu kna tengok update.

4. Buat survey antara penjual.

Biasanya sebelum beli apa-apa kat facebook memang aku akan cari dua tiga orang penjual yang jual barang yang sama... Kemudian kita survey harga, layanan kepada pelanggan dan yang mana mudah urusan dan cepat sampai barangnya... 

5. Minta pandangan atau testimonial orang lain sebelum membeli

Untuk lebih yakin, sebelum beli sesuatu barang, minta pandangan dari kengkawan yang lain... Testimonial dan cadangan page atau kedai yang baik perkhidmatannya. 

6. Pastikan minta tracking nombor selepas bank in.

Selepas proses bank in, minta tracking no untuk mengesahkan penjual pos barang yang kita beli. 

Tips C.O.D Barang

Bagi yang Cash on Delivery (C.O.D), perlu juga hati-hati... Jangan pergi ambil barang sendiri... Sebaiknya bawa teman, tak kisah la kawan atau pasangan atau juga jiran. Jika beli barangan atau aksesori kereta, bawa orang yang lebih arif tentang tu, bukan pe, takut kena tipu. Elakkan COD barang waktu malam, sebab waktu malam kurang jelas kita nak belek barang walaupun baru mungkin, tapi pasti ada juga calar dan sebagainya kan... Elakkan pergi waktu malam... Sebab pengalaman sendiri juga lah... 

Membeli dari syarikat yang berdaftar dan ada kedai lebih selamat dari orang perseorangan. Boleh beli dari orang perseorangan jika itu kenalan kita atau kawan kepada kawan kita yang dicadangkan oleh kawan kita sendiri... Jika tidak, elakkan lah beli barang dari orang yg baru kita kenal di internet. 

Itu antara biasa aku buat sebelum beli barang. Tapi memang survey harga kat mudah.my sebab kat facebook tak semua barang murah. Biasa kat Facebook, nak barang murah cari kat page yg liker nya biasa-biasa aje.. kalau sampai puluhan ribu liker tu, memang harga boleh tahan la sebab orang kenal dan ramai customer kan... Belian di internet ni boleh ketagih gak sebenarnya... Jadi, kena tahan nafsu sikit ea... jangan biar duit dalam bank tu banyak sangat... hhiihi... 

11Ulasan

  1. Memang kena rajin banding beza dan lebih cermat lagi supaya tidak tertipu

    BalasPadam
  2. terima kasih cikgu.. acik kalau beli memang akan buat research ..tak mahu di tipu

    BalasPadam
  3. sangat bermanfaat infonya, tips ini semoga bisa berguna buat yang menggunakan jasa online untuk belanja :)

    BalasPadam
  4. bagus ni.
    setakat ni masih kurng selesa beli online. mcm mcm pikir.hihi
    cod pon jrng jugak
    lebih suka jalan jalan baru shopping.lagi rasa selesa dan puas hati

    BalasPadam
  5. TQ kongsi tips ni... sllu juga beli on9.. selalunya beli kain & tudung...:)

    BalasPadam
  6. Perkongsian yg bermanfaat.. t kasih atas peringatan..

    BalasPadam
  7. terima kasih di atas perkongsian tips ini.. aiza jarang membeli barang melalui internet..

    BalasPadam
  8. nak shopping online memang kene survey dulu supaya tak menyesal membeli :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ