03 April 2014

Status Halal Coklat Pepero!

Sesiapa yang pernah g Langkawi pasti tak lepas beli coklat kan... tapi sebenarnya, di pasaran banyak coklat yang dijual adalah diimport dari luar negara dan ada yang tiada status halal dari mana-mana negara pun... 
sumber: google images
Sejak dua menjak ni kecoh gak pasal status halal coklat papero... ramai orang suka makan... aku pun pernah makan tapi sekali la, sebelum isu ini dikecohkan... coklat pepero ada logo halal dari korea... sebab memang dari sana... tapi logo tu dah cek JAKIM ke diiktiraf ke tak... 

Jadi, sebab ada yang dok tanya JAKIM... ini jawapan dari JAKIM

Pengguna yang dihormati sekalian, Sejak kebelakangan ini, Jakim menerima banyak aduan dan pertanyaan berhubung status halal Coklat jenama Peppero keluaran negara Korea. Untuk makluman para pengguna sekalian, produk tersebut adalah BUKAN pemegang sijil halal Malaysia ataupun mana-mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf. Disediakan oleh:-Unit Perhubungan Awam (PRO):03 8892 5048 (Nadia Zammil Md Nasir)03-8892 5047 (Puan Nurul Asma binti Mat Isa).

Sumber: Halal JAKIM

Jadi, Pepero memang ada logo halal korea tapi sijil dan logo tu tak diiktiraf oleh JAKIM... Jadi??? Halal ke tidak??? Jawab sendiri la... kalau tak diiktiraf tu mesti de sebab kan... Kalau korang rasa yakin halal, makanlah.. jika was-was baik tinggalkan...  

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ، وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ، وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى، يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيهِ، أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى، أَلَا وَإِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ
“Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram pun jelas. Di antara keduanya terdapat perkara yang syubhat (yang masih samar sama ada halal atau haram) yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Sesiapa yang menghindarkan diri dari perkara syubhat, maka dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka (dibimbangi) ia akan terjatuh dalam perkara haram.” (Shahih Al-Bukhari, no. 52, 2051. Muslim, no. 1599)

Kalau dah mkan dulu sebelum tahu status ni, x dihukumkan haram pun... x berdosa pun.. itu atas keyakinan diri masing-masing... 

18 ulasan:

  1. sally pun ada update kak...mmg dia takde tanda halal yang diyakini..tapi bahan-bahan dia takde yg bersumberkan binatang..semunya bahan sayuran..

    :)

    BalasPadam
  2. Tak pernah lagi nampak coklat ni kat sini..

    BalasPadam
  3. better jangan makan kalo was-was. lebih2 lagi status logo halal tu tak diiktiraf.

    BalasPadam
  4. sedap chocolate ni, tapi bila status status halal nyer yang tak berapa pasti, CN bertukar kepada snek pepero yg rasa pun lebih kurang, homemade gituww ;)

    BalasPadam
  5. Kalau rasa was-was tinggalkan lebih baikkan Maria...

    BalasPadam
  6. waaaa..kecewa bila tau pepero ni termasuk lam senarai ragu2 untuk di makan huhuhu

    BalasPadam
  7. Tak pernah makan gi coklat tu cikgu.
    Makseh infonya

    BalasPadam
  8. Bnyk pilihan lain lagi yg ada.. tak payahlah makan klu was-was.. nnti jadi haram juga...

    BalasPadam
  9. Bagus info ni semoga berguna pada semua... Tepuk dada tanya iman...

    BalasPadam
  10. T.kasih atas perkongsian...salam jumaat Maria

    BalasPadam
  11. Coklat ni popular sgt kblkgn ni.. sdp ke ??

    BalasPadam
  12. ooo... sy tak pernah lagi kot makan coklat ni...hehe..
    apa pun TQ perkongsian ni...

    BalasPadam
  13. assalam.
    tima kasih berkongsi
    nanti saya amik info ni ye.
    sbb ramai yg komen kat saya tanya pasai coklat pepero ni.sbb sy ada buat ntry pasai pepero.pon baru sekali makan juga. huhuhu

    BalasPadam
  14. dah banyak rasanya aiza makan.. baru tahu statusnya.. terima kasih di atas pencerahan ini..

    BalasPadam
  15. Memg pepero nih tak halal pun..better xpyh belinor mkn

    BalasPadam
  16. walaopon teringin nak makan tapi belom pernah makan lagii.. jadi tak dapat lah nak merasa

    BalasPadam
  17. kalau was2 tinggalkanlah...

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^