GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Satu Doa Untuk Hindar Lapan Penyakit!

Nabi s.a.w pernah ajar kita satu doa yang ringkas tapi sangat berkesan diamalkan jika diamalkan selalu... Satu doa untuk mohon perlindungan dari lapan jenis penyakit yang sering dihidapi manusia... 

Jom amalkan doa ini...

Maksudnya : 
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malasAku berlindung kepada-Mu dari sifat bacul (penakut) dan kikir (kedekut). Aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang." [al-Bukhari]

Fadhilat Wirid: 
Abu Hurairah r.a.  meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) masuk ke dalam masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Amamah di dalam keadaan ketar, maka baginda bertanya: “Apakah sebab aku lihat kamu berada di masjid yang bukan masa sembahyang?”

Jawab Abu Amamah: “Beberapa urusan hutang telah menyebabkan aku resah gelisah wahai Rasulullah.”

Maka jawab baginda : “Tidakkah sepatutnya aku beri satu bacaan yang apabila engkau baca,akan dihilangkan oleh Allah (SWT) penyakit kebingungan itu dan akan terbayar hutang-hutangmu?”

Jawabnya: “Ya!”

Lalu baginda bersabda: “Apabila pagi dan petang, hendaklah membaca (bacaaan di atas).”

Kemudian Abu Amamah berbuat seperti yang diarahkan oleh Rasulullah (SAW), maka Allah (SWT) telah menghilangkan penyakit resahnya, dan segala hutangnya dapat diselesaikan.

(Hadith Dikeluarkan oleh Imam Abu Daud)

10Ulasan

  1. selama ni baca dlm At Matsurat xtau pun boleh elak lapan penyakit..thanks sharing =)

    BalasPadam
  2. Terima kasih share doa ini... InsyaAllah akan diamalkan sis..:)

    BalasPadam
  3. Ilmu baru ni. Insya Allah akan cuba amalkan lepas ni. Terima kasih ya

    BalasPadam
  4. Thanks 4 sharing this entry kak...btw, iklan nuffang kat header tak keluar..yang keluar ialah notification says "Your browser sent a request that this server could not understand."

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  5. tak tahu laa comment tadi lepas tak.hehehe..anyway thanks 4 da sharing kak..semoga kita ajab dihindarkan dari sebarang penyakit..

    Regards.
    -Strider-

    BalasPadam
  6. T kasih atas perkongsian.. in shaa Allah.. diamalkan...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ