GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Patutkah Halang Anak Hisap Jari???

Sumber: Google images

Tengok si kecil tu hisap jari... Adoii... chop...chooopp...chooppp bunyinya... bukan main sedap lagi dia hisap jari.. terbayang pula dia makan ais krim.. boleh gitu... hehe... 

Pernah dulu dibincangkan di Kumpulan Ibu-ibu kat facebook... Si ibu panik lihat anaknya isap jari... Dan ada yang berpendapat perlu hentikan anak isap jari dengan bagi isap puting atau pecifier... kira benda lain untuk gigit-gigit... sebabnya takut nanti ketagih dan susah nak henti kan... Betui ka???

Sebelum aku menyatakan pendapat aku sebagai ibu beranak dua, meh kita tengok apa kata pakar kanak-kanak tentang anak-anak atau bayi yang isap jari ni... Ini aku petik dari Majalah PaMa:
Tindakan bayi menghisap jari tangan bukanlah disebabkan oleh lambat memberikan susu kepadanya. Menurut kajian, ia adalah tindakan refleks bagi bayi yang normal. Banyak lagi tindakan refleks yang lain selain menghisap jari tangan seperti jari kaki, mengerutkan jari-jari kaki apabila ditekan tapak kakinya atau menggenggam jari jemari kita apabila kita merasa tapak tangannya dengan jari-jari kita. Itu adalah permulaan kepada pergerakan-pergerakan yang lain seperti meniarap, merangkak, memasukkan benda yang dicapainya ke dalam mulut dan banyak lagi pergerakan apabila mereka semakin membesar nanti. Jangan terkejut pula apabila puan akan merasai sendiri dan melihat bagaimana seorang bayi membesar menjadi dewasa. Ia adalah suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan dan amat menakjubkan.
Ha... jelaskan... menghisap jari tu salah satu dari perkembangan biasa (normal) bagi bayi... jadi jangan panik atau halang anak isap jari.. dan dia isap jari tak semesti dia lapar... tapi dah memang perkembangan dia untuk dia eksplore tentang tubuh badan dan persekitaran dia... It's normal hokayyy!!!...Dan bila dia dah dapat lagi satu perkembangan lain iaitu memegang ke, merangkak dan lain-lain perkembangan nanti hilanglah tabiat isap jari tu... memang ada yang ketagih, tapi nak kita sebagai ibu bapa kena la pantau.. kalau dah besar setahun isap jari lagi, cuba alihkan perhatian isap jari tu dengan permainan lain, macam buku ke, lego ke bola ke... Baru lah tak jadi tabiat sampai ke besar.

Jadi, aku sebagai ibu memang biarkan aje anak aku isap jari... comel apa tengok baby isap jari kan... Kalau maknye nak isap pun boleh, tapi dah tak comel la gayanya... Orang tua-tua pula kata, bagus isap jari, tanda bayi tu pandai berdikari... senang maknye nak buat kerja... memang senang pun nak buat kerja, sebab dia dok layan jari dan tangan dia... hehe... 

Si adik pandai isap ibu jari, manakala si kakak masa seusia gitu masuk kelima-lima jari sekali... Hanya baby je boleh buat ea... Orang dewasa dilarang meniru aksi itu!!!... (*_^) 

Petua untuk hentikan tabiat menghisap jari bagi kanak-kanak:
  1. Beri pujian, ganjaran dan perhatian apabila anak anda tidak menghisap ibu jari.
  2. Pastikan anak anda sibuk dengan aktiviti seperti menyanyi dan bermain muzik supaya lupa untuk menghisap jari.
  3. Libatkan anak anda dengan aktiviti yang melibatkan pergerakan tangan. Contohnya, alat permainan.
  4. Dapatkan khidmat nasihat pakar sekiranya tabiat ini berterusan sehingga gigi kacip kekal tumbuh (berumur 7-8 tahun).
Sebenarnya bukan sesuatu yang patut dirisaukan pun isap jari ni.. ingat sepupu aku, sampai darjah 6 isap jari kot... Alhamdulillah... sekarang menjadi seorang yang berdikari dan sangat pintar.. jadi pensyarah dah la ni..

Jadi tak yah risau.... anak yg isap jari ialah anak yang pintar dan berdikari... ameen.. 

20Ulasan

  1. amin..mmg perkembangan yg positif..anak saya skrg pun dah mula hisap ke semua jarinya..xreti isap ibu jari je..hehe..dh mula bermain dgn kain..

    BalasPadam
  2. Sama le mmg biarkan je OKje anak anak dulu dulu hisap jari...tak ketagih pun....Nasib tak ketagih yeh MF,,,kalau ketagih baru pening kepala hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ketagih mmg pening cara jalan plak la hilangkn ... Maknye yg gigit jari plak...

      Padam
  3. Anak2 Lya masa kecik2 jer hisap jari tapi tak derla nak marah2 ngandiaorg sbb masih baby la masa tu mmg suka hisap jari ..tp bila dah besar diorg tak hisap jari dahh ...

    BalasPadam
  4. biasanya baby akan cepat bosan, CN pun biar kan jer, tak lama pun hisap jari, kalau ikut ayah dia mmg sampai ke beso hisap jari, selamat...hehe

    BalasPadam
  5. bab ni aiza takde pengalaman lagi.. baca artikel ini dan komen-komen di atas je.. hehe..

    BalasPadam
  6. rasanya elok isap jari kot dr isap puting. kan... hehehe

    BalasPadam
  7. kak iman hisap jari smpai besar smpai dah kwin pon

    BalasPadam
  8. yer ke camtu??hehehe...saya dulu kecik2 pun suka hisap jari gak..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  9. perkara normal kan bila bayi hisap jari... selalu nya depa akan berhenti sndiri sesuai dgn perkembangan umur...:)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ