GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Nikmati Kelazatan Itik Bakar Gembo di Jalan Kebun!

Hujung minggu, masa untuk jenjalan... perjalanan tak dirancang, hajat asal keluar hari sabtu nak pergi ke kilang sticker untuk amik sticker saja, tapi lepas tu en.somi ajak pergi ziarah mak di Jenjarom, Banting. 

Kami biasa lalu Jalan Kebun, iaitu jalan pintas ke Jenjarom. Memang jauh kalau nak lalu pekan Banting. Dalam perjalanan balik selepas Asar, sambil bersembang-sembang dengan en.somi, ternampak dari Jauh banner Itik Bakar. Sebenarnya, dah banyak kali lalu lalang jalan tu, tapi tercari-cari juga, mana restoran atau gerainya.. tak nampak pun, dan asyik tak buka je.. tapi nak dijadikan rezeki hari sabtu tu, masa lalu balik, gerai itik bakar tu buka pula... Jadi, tak lepas peluang nak merasa itik bakar... Sedap sangat ke... 

Tambah-tambah tertarik juga dengan promosi cabutan bertuah pada Banner tu... 

Nikmati Kelazatan Itik Bakar Gembo di Jalan Kebun!
En. somi tengah mengisi borang cabutan bertuah
Jadi, singgah la beli sebab besar nampak itik yang tengah digolek tu, suruh suami beli separuh saja.. RM20. Memang ada cabutan bertuah pun suami siap kena isi borang lagi... Pelanggan yang bertuah mungkin akan dapat TV Plasma, Oven ataupun Blender.. 

Nikmati Kelazatan Itik Bakar Gembo di Jalan Kebun!
Itik yang tengah dipanggang

Nikmati Kelazatan Itik Bakar Gembo di Jalan Kebun!
Itik Bakar Gembo

Lepas isi borang dan siap membeli, tak sabar pula nak rasa... Dalam perjalanan pulang juga kami makan, tak sempat sampai rumah pun... Fuh!!! Nak Habaq hang, memang TERBAIK lah.. Sedaapppp... Garing diluar tapi lembut isinya di dalam... Rempahnya terasa hingga ke daging dan tulang... memang PUAS HATI... 

Kalau tengok pada itik yang tengah digolek tu, memang xde selera nak makan, tak menarik sebab xde nampak pun rempah ke, kilat ke, bau pun takde... Tapi, lepas makan panas-panas, terangkat betul rasa dia... Memang sedap... haha... siap rebut-rebut lagi makan tiga beranak... hihi..

Nikmati Kelazatan Itik Bakar Gembo di Jalan Kebun!
Dah habis licin... Nyum3... sedap... 

Yang menarik pasal Itik Bakar Gembo ni, kalau korang lalu jalan tu, memang tak perasan pun gerai tu... sebab gerai kecil je, pasang kanopi macam peniaga pasar malam tu je... tapi jangan tak tahu, disebalik kanopi tu sebenarnya pemilik dan pengusaha Itik Bakar Gembo ni menjadi pembekal itik bakar di sebuah hotel di Shah Alam. Kisah itik bakar gembo ni juga, pernah masuk dalam akhbar Sinar Harian. Selain tu, pemilik dan pengusaha itik bakar Gembo mempunyai pelanggan dari satu Malaysia... Rupanya dah ramai orang penah rasa itik bakar ni... 

Memang terbaiklah rasa itik bakar gembo ni... memang taraf lima bintang aku bagi... Rasa macam nak beli lagi.. bila-bila ada rezeki.. 

INFO
- Beroperasi setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 9 pagi - 6.30 petang manakala Sabtu dan Ahad seawal jam 7 pagi - 6.30 petang. Jumaat tutup.

- Harga bagi seekor itik bakar gembo RM45 (2.2 kilo) dan untuk separuh itik pada harga RM25 (1.1 kilo). Tapi kami beli masa promosi RM20 untuk separuh itik.

- Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama sos cili. Sos cili pun buatan dan resepi sendiri, memang pedas dan sedap.

- Akan mendapat potongan sebanyak 10 peratus pada hari lahir anda.

- Layari Facebook Itik Bakar Gembo untuk maklumat lanjut.

Lokasi:
Lot 6773-E, Jalan Kebun Bt.7,
Seksyen 30, Kampung Jalan Kebun,
40460 Shah Alam, Selangor.

Info Tambahan:
- Pengasas Itik Bakar Gembo, Mohamad Ainudin Abdullah Suhaimin, 28 Tahun merupakan anak didik Dr. Azizan Osman. Pernah mendapat tawaran modal untuk majukan bisnes Itik Bakar Gembo, namun ditolak dengan baik, kerana dia ingin majukan dengan hasil titik peluhnya sendiri. Inilah contoh untuk anak muda untuk maju dan berusaha dalam perniagaan... Biar tak nampak gah gerai tu tapi rasa itu terbaik dan kualiti setanding dengan restoran ternama... 

27Ulasan

  1. akak tak pernah makan itik...tapi mak akak suka sangat dengan rendang itik, masa preggy akak itu yang dia ngidam, nasib dapat makan...wakakakaka.... tu yang bubbly semacam jer tu...

    BalasPadam
  2. sedapnya tgk terliur saya..hehe..tp xmakan itik..kalau ayam golek mst sedap..

    BalasPadam
  3. alahai..saya tak makan itik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ea ke... Hehe... Blh cuba mkn.. Bygkn ayam aje.. Hihi

      Padam
  4. Wah tak jauh ni dr Banting..macam nak try la..dah lama nk makan itik bakaq..tq.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum kak, fuyohhh baca sambil telan air liur tau. hihiiii. dekat je ni, boleh cari dan cuba rasa. hehe nice sharing kak. singgah menabung ford sini~~~

    BalasPadam
  6. wahhh....selera nampak pic itik bakar ni sis... tak pernah makan lagi...:)

    BalasPadam
  7. bukan main sedap tu kalo rempah rasa hingga ke tulang..tak pernah makan itik bakar di mana2 pon..tapi bila baca entri ni rasa nak rasa jugak..y ini jugak tp jauh sangat..

    BalasPadam
  8. kalau buat gulai itik pon sedap nie :)

    BalasPadam
  9. sedapnya, akak tak pernah makan itik bakar, terliur le pula

    BalasPadam
  10. wah ! umah mak dekat jenjarom? jln apa tu? CN tinggal dkt jenjarom gak..hehe

    BalasPadam
  11. Menarik.. klu ke sana mmg akan singgah..

    BalasPadam
  12. Kat area Jalan Ke Kuala Pilah pun banyak jual itik salai pulak..tak pernah makan sbb mmg xmakan..

    BalasPadam
  13. saya dah pegi tp kotorla kedainya bnyak lalat.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ