GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ketuat oh Ketuat! Macam mana nak hilangkan???

Pernah ada ketuat??? Camne ketuat ni datang ek... aku pun heran... aku pernah jadi ketuat kat tapak kaki sekali jadi dalam 10 biji serentak... memang sakit... tapi aku kena camtu selepas terpijak si katak puru... tapi ada ke kaitan ketuat ni dengan si katak tu ek... jadi apa sebab ketuat???

Ketuat

KETUAT atau `warts' merupakan sejenis penyakit kulit yang kerap terjadi menyebabkan kita memandang remeh kesan penyakit tersebut terhadap kehidupan seharian kita. Sedangkan ketuat sekiranya dibiarkan berlarutan boleh merebak ke lain-lain bahagian badan serta menjangkiti orang yang dekat dengan kita.

Menurut pakar Perubatan dan Penyakit Kulit, Klinik Perubatan dan Kulit Cheras, Dr. Saadiah Sulaiman, ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Mana-mana bahagian kulit boleh dijangkiti terutama di tangan, jari dan kaki. Bahagian yang dijangkiti akan mula menimbul, keras manakala permukaannya menjadi kasar. ``Jangkitan boleh merebak ke lain-lain anggota badan atau individu yang lain melalui sentuhan.`' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dr. Saadiah menambah, mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti menghidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti golongan yang mengalami masalah ekzema lebih mudah dijangkiti ketuat. Begitu juga mereka yang sering terdedah kepada kotoran.

JENIS-JENIS KETUAT
Menurut Dr. Saadiah, terdapat lebih 150 jenis ketuat dan ia bergantung kepada kawasan di mana ketuat itu wujud.

KETUAT BIASA (COMMON WARTS)
Ketuat jenis ini kebiasaannya terjadi di bahagian tangan. Bahagian yang dijangkiti akan membonjol keluar, bulat dan mempunyai permukaan yang kasar dan keras. Ia berwarna seperti kulit atau gelap sedikit.

KETUAT KAKI (PLANTAR WARTS)
Ketuat jenis ini akan menimbulkan kesakitan kepada individu apabila berat badan menekan kawasan yang dijangkiti terutama apabila berjalan atau berlari. Lazimnya terdapat bintik hitam disebabkan oleh pendarahan kecil di permukaannya. Penggunaan alas berbentuk bulat seperti donut pada bahagian tersebut akan membantu mengurangkan kesakitan.

KETUAT FILIFORM (FILIFORM WARTS)
Ketuat jenis ini berbentuk unjuran panjang seperti jari dan boleh berlaku di sekeliling kelopak mata, muka dan leher.

KETUAT PLANAR
Ketuat jenis ini kelihatan seperti biji-biji leper di permukaan kulit dan warnanya seperti warna kulit dan ia terjadi pada permukaan kulit yang lembut.

KETUAT KELAMIN (GENITAL WARTS)
Ketuat jenis ini adalah lembut, lembap, tidak sakit. Ia berwarna merah jambu atau keperangan dan boleh tumbuh di atas kemaluan, bibir faraj, kawasan dubur (anal warts) dan kadangkala ia muncul di faraj wanita ``Bagi wanita, ketuat kelamin berpotensi menyebabkan kanser, terutamanya barah pangkal rahim,'' tambah Dr. Saadiah. Oleh kerana lazimnya penyakit ini tidak ada gejala, kaum maka wanita dinasihatkan menjalankan ujian `pap smear' secara berkala terutama mereka yang menjangkau umur 40-an.

Bagi wanita mengandung, rawatan perlu dijalankan dengan segera kerana risiko virus HPV menjangkiti bayi adalah tinggi semasa melahirkan anak terutamanya apabila bayi tersebut dilahirkan secara normal. Ini kerana bayi dilahirkan akan melalui kawasan yang dijangkiti dan mendedahkannya kepada jangkitan.

KAEDAH RAWATAN

Salap asid SALISILIK
Ubat ini perlu disapukan di bahagian yang dijangkiti. Setelah ketuat tersebut kering, ia akan dikikis. Keruping perlu dibuang secara berhati-hati kerana sekiranya terkena mana-mana bahagian kulit yang sihat, virus boleh tersebar.

TERAPI CRYO
Nitrogen cecair akan dikenakan pada ketuat dan apabila kering ketuat tersebut akan jatuh ataupun mengecut. Namun begitu, rawatan ini selalunya perlu dijalankan berulang-kali.

PODOPHYLLIN
Merupakan satu teknik rawatan yang menggunakan sejenis tumbuhan. Ubat ini disapu di bahagian yang dijangkiti bagi memusnahkan tisu di tempat yang dijangkiti di permukaan kulit.

INTERFERON & ASID TRICHLORACETIC (TCA)
Ubat Interferon akan disuntik secara langsung kepada kawasan yang dijangkiti manakala TCA akan disapu di permukaan ketuat.

PEMBEDAHAN
Kaedah ini akan diambil bergantung kepada kesesuaian tempat dan jenis bentuk penyakit. Ketuat akan dibuang terus termasuk akar dan lain-lain tisu yang dijangkiti oleh virus tersebut.

PENCEGAHAN
Bagi sesetengah orang, ketuat boleh hilang dengan sendirinya dalam masa 6 hingga 2 tahun. Namun begitu ini tidak bermakna ketuat tidak akan terjadi semula. Kebersihan diri memainkan peranan dan memastikan kulit sentiasa sihat. ``Jangan sesekali cuba membuang ketuat dengan memotongnya sendiri kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman yang lain dan kadangkala menyebabkan ketuat terjadi dengan lebih teruk,'' ujar Dr. Saadiah.

Bagi mereka yang mengidapi penyakit ini, adalah dinasihatkan supaya jangan tunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan. ``Kes yang paling teruk saya lihat ialah ketuat di kawasan dubur. Ketuat pesakit ini telah menjadi besar, sebesar sebiji bola tenis,'' tambahnya lagi. Bagi pesakit ini, Dr. Saadiah mengatakan satu pembedahan telah dibuat bagi membuat ketuat tersebut di samping rawatan susulan dengan rawatan cryo.
 Sumber: Utusan Malaysia

Seram pula baca bab ketuat ni.. ingatkan ketumbuhan biasa... sampai kena bedah pula... idak leerrr... Tapi ketuat kat kaki tu aku dah hilang sekarang.. tapi sekarang kat betis pula dia tumbuh lagi... mula ingat tahi lalat.. tapi ketuat... Kena cari petua la pula... 

PETUA BUANG KETUAT

Petua Ketuat 1
Tenyeh atau gosok tempat yang ada ketuat tu dengan pasir yang terendam dalam air. Contohnya pasir sungai atau pasir kat kawasan pantai. Apa pun pastikan pasir tu adalah pasir yang basah sebab terendam dalam air. Kalau serasi, dalam tiga hari selepas digosok, ketuat tu akan hilang.

Petua Ketuat 2
Sebelum tidur, cuci ketuat tu dengan kerosene atau minyak tanah selama 5 minit. Lepas tu letak pula kapur sirih kat kawasan ketuat tersebut. Amalkan selama tiga malam berturut-turut. InsyaAllah, ketuat yang ada kat tempat tu akan gugur dan tak tumbuh-tumbuh lagi dah.

Petua Ketuat 3
Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga hilang.

Petua Ketuat 4
Lumurkan kapur sirih, lebih tebal lapisannya lebih bagus, seumpama menyapu losyen ke tempat yang ada ketuat tu. Biarkan sehingga kering. Jika diamalkan selalu, dalam seminggu ketuat akan tanggal dengan sendiri. Biasanya ketuat tanggal dengan sendiri tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut. Dan petua nie lebih sesuai untuk tanggalkan ketuat yang tumbuh kat bahagian leher dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Petua Ketuat 5
Bancuh serbuk inai dan sapu kat bahagian yang ada ketuat tu. Biarkan ia kering. Lakukan setiap hari sehingga ketuat tu betul-betul kering, dan akhirnya ia akan mengecut dan hilang setelah beberapa minggu.

Petua Ketuat 6
Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang satay ke dalam minyak panas, kemudian titiskan pada ketuat. Lakukan beberapa kali hingga ketuat hilang.

Petua Ketuat 7
Kalau ada kes ketuat yang tak berapa kritikal kat kaki, boleh cuba petua nie seminggu sekali. M.O.nya hancurkan enam biji pil aspirin (beli kat farmasi) dan campurkan dengan sedikit air dan air limau untuk jadikannya cecair yang likat. Sapukan cecair tu pada tempat yang kena ketuat. Kendian masukkan kaki dalam beg plastik dan balut dengan tuala yang direndam dalam air suam. Maknanya sebelum balut, rendam dulu tuala tu. Duduk dan angkat kaki tu (jangan biar ia mencecah lantai) selama 10-15 minit.

Lepas tu baru dibuka tuala dan beg plastik yang membaluti kaki tadi. Ambil kain yang agak kasar permukaannya dan gunakan untuk sental tempat yang ada ketuat tu. Kalau petua nie dibuat dengan betul, lazimnya ketuat tu terasa lebih lembut dan mudah tanggal.

Akhir sekali barulah dicuci kaki tu dengan air bersih. Kalau tak menjadi juga cara nie.. hmm.. nampaknya kena gi jumpa doktor pakar kulit ler…

Petua Ketuat 8
Ikat sekeliling ketuat dengan benang jahitan pembedahan, ketatkan ikatan dan simpulkan. Darah tidak akan mengalir lagi ke bahagian yang dikat itu dan ia akan gugur sendiri selepas seminggu.

Petua Ketuat 9
Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.

Petua Ketuat 10
Ambil sedikit kapur sirih, serbuk belerang (sulfur) dan air limau nipis. Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut dan kacau sebati sehingga menjadi krim. Hiris sedikit bahagian ketuat tu dengan pisau lipat atau pemotong kuku. Hiris sedikit saja supaya ketuat tu tidak tebal sangat. Kendian sapukan ‘krim; tadi. Lakukan selama beberapa hari dan ketuat tu akan luruh dengan sendirinya.

Petua Ketuat 11
Ambil daun mempelam dan bakar sampai ia menjadi kehitaman. Lepas tu tumbuk lumat-lumat sehingga ia menjadi serbuk.  Sapukan serbuk tu pada bahagian yang ditumbuhi ketuat.

Petua Ketuat 12
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat hingga kering. Lakukan beberapa kali hingga ketuat hilang dan gugur dengan sendiri.
sumber: petua tradisional

Bertahun la alamatnya nak hilang ketuat ni... yang kat kaki tu pun dua tahun baru hilang... tu pun konsisten aku sapu minyak gamat langkawi... ni nak kena try la petua-petua ni kot la menjadi... insha Allah... 

12Ulasan

  1. alhamdulillah setakat ini belum terkena lagi.. saudara aiza pernah terkena, dia mengamakan petua no.10 tu, alhamdulillah semakin sembuh..

    BalasPadam
  2. mari petua nak hilangkan ketuat paling senang beli foot scrub di bodyshop...

    BalasPadam
  3. tak pernah kena lagi, tapi encik suami ada byk la..boleh try kat dia ni ;)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. belum pernah ada lagi.. mnyk petua rupanya.. thanks sharing.. :)

    BalasPadam
  5. Macam2 petua ada rupanya utk hilangkan ketuat ni....good info

    BalasPadam
  6. Wah.. byk ny petua mhilangkn ketuat ni. Xpena kena tp abg pena kena dlu. Dia amalkn petua no.2 tu.. mmg bkesan.

    BalasPadam
  7. Byk jugak jenis ketuat ye...sy alhamdulillah xprnh kne lg

    BalasPadam
  8. first sekali ketuat saya sakit sangt2 tapi xde darah.. da korek n cunkil tapi xde ape2.. saya da letak minyak panas semingu 3 kali.. tapi still tak baik

    BalasPadam
  9. Buang air kecil kar ketuat. Konpem hilang tk smpai seminggu kahkahkah

    BalasPadam
  10. Titis air bateri kereta ats ketuat tu, xsmpai smggu dh kuar sndri, cma pedih sikit ja

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ