GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kelebihan Jin!

Semalam ada terbaca kisah seram dan pengalaman Saudara KhirKhalid tentang pengalamannya kemalangan di Pagoh. Dalam kisah itu, ada sesuatu yang misteri berlaku. Nak baca korang boleh ikuti kisah tu di blognya www.khirkhalid.com

Lepas tu, semalam aku dok layan citer Ahmad Albab. Minggu ni dah dua kali layan citer... Tak bosan plak rasa citer P.Ramlee ni kan... Dalam citer tu... Da dikisahkan pasal Jin... Jadi aku nak kongsi sikit apa kelebihan Jin yang tiada pada manusia... 


1. Jin mampu berjalan dalam pembuluh darah manusia

2. Jin tidak dapat dilihat oleh mata manusia. Dan Jin mampu lihat manusia.

3. Jin hidup lebih lama dari manusia.

4. Mampu melakukan perkara yang sukar dilakukan manusia. Mungkin apa yang dalam citer P.Ramlee tu betul kot kan.

5. Bergerak dengan laju.

6. Mampu bertukar rupa dalam bentuk fizikal (mampu dilihat oleh mata kasar manusia) dengan izin Allah. Yang ni selalu orang nampak bunian atau binatang hitam kemungkinan itu Jin.

7. Mampu terbang dan menerokai angkasa.

Itu Lah kelebihan jin yang juga makhluk ciptaan Allah... Apa-apa pun manusia tetap makhluk terbaik yang Allah ciptakan... Kerana Allah telah sebutkan dalam surah at-Tin ayat 4:

Jadi...bersyukurlah kita diciptakan sebagai manusia... Setiap ciptaan Allah ada kelebihan dan kekurangan untuk kita sama-sama berfikir kebesaran dan kekuasaan Allah serta hikamh disebalik ciptaan-Nya... 

5Ulasan

  1. betul tu dik.... tp betul ke yek ada jin baik n jin jahat... atau jin islam n jin kafir?... bersyukur kita ttp khalifah di muka bumi ini...sebaik2 ciptaan

    BalasPadam
  2. naik seram lah baca info ni, neway nice one tq share yer

    BalasPadam
  3. betul tu maria, jadi manusia ni kita sepatutnya bersyukur kerana kitalah makhluk ciptaanNya yang sebaik2nya... cuma manusia jer kadang2 nak jadi jin...hu hu hu...

    BalasPadam
  4. Mmg takutlah dgn hal2 jin ni.. mohon dijauhkan dari didampingi & bersahabat dgn makhluk2 halus mcm jin ni.. nauzubillah... t kasih atas perkongsian pn Maria...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ