GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Jangan Mandikan Bayi dengan Air Sejuk???

Sumber: google images

Biasa lepas bayi lahir, kita mandikan dengan air suam kan... Tapi kat hospital yang aku bersalin baru-baru ni mandi dengan air paip biasa...tapi tak pasti la rasa air tu suam atau sejuk... Namun, lepas balik rumah pasti kita mandikan dengan air suam kan... 

Sejak bekenalan dengan page dan kumpulan di FB tu, ramai ibu-ibu mandikan anak dengan air sejuk aje lepas sebulan... ada tu dua minggu je mandi dengan air suam, lepas tu mandikan dengan air sejuk biasa. Kononnya badan baby jadi kejap, mantap dan keras berbanding mandi air suam... Sejauh mana kebenaran ni, aku pun tak pasti sebab tiada pakar perubatan yang sahkan.

Dari pembacaan aku pula di blog Dr. Zubaidi, dia sendiri galakkan bayi dengan air suam berbanding dengan air sejuk. Dan ada seseorang kongsikan pengalaman, anak jirannya meninggal dunia selepas mandi dengan air sejuk. Jadi betullah bayi memang kena mandi dengan air suam takut kena hiportemia... 

Apa itu hipotermia???Hipotermia adalah suatu keadaan di mana teras suhu turun di bawah yang diperlukan untuk metabolisme dan fungsi tubuh yang ditakrifkan sebagai. Suhu badan biasanya diuruskan berhampiran tahap malar melalui homeostasis biologi atau thermoregulation.
Jika terkena sejuk dan mekanisme dalaman yang mampu mengisi panas yang sedang hilang setitik di teras suhu berlaku. Sebagai suhu badan berkurang ciri-ciri gejala berlaku seperti shivering dan mental kebingungan.
Hipotermia adalah kebalikan dari hipertermia yang hadir dalam panas keletihan dan panas stroke. [sumber]

Senang kata, hipotermia ni suhu badan kita panas pastu kena suhu yang mengejut jadi badan kita mengalami kejutan suhu yang mendadak. Itu yang boleh sebabkan kematian... Bukan bayi je, orang dewasa pun boleh kena.. tanda utama macam kekejangan tu... suhu sejuk yang melampau.. 

Sebab tu, bayi kena mandi dengan air suam... lagipun bayi dok dalam air ketuban yang sentiasa suam dan hangat iaitu suhu badan ibunya. Jadi, kalau kena air sejuk memang la terkejut. 

Aku sendiri mandi dengan suam bila musim hujan dan berangin... rasa segar mandi dengan air suam. Anak-anak memang dibiasakan mandi air suam jika musim sejuk... Mandi air sejuk bila musim panas terik aje. Si kakak sampai dekat setahun mandi air suam lagi... si adik ni sebab lahir di musim panas, kengkadang mandi air sejuk, tapi tu pun check dulu suhu, takut sejuk sangat... dan biasanya mandi air suam. 

24Ulasan

  1. Assalamualaikum kak, sheila pun ada terbaca artikel ni.. memang selalu nampak mak mandikan adik masa baby dengan air suam. ingatkan saja2, rupanya nak elak baby masuk angin dan penyakit2 lain. hehe singgah menabung lenovo sini~~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm... Tu juga salah satu sbb juga bby dimndi air suam.. Terima kasih menabung...

      Padam
  2. ada ke yg mandikan dgn air sejuk? selalu sy dgr air suam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada dik tapi jarang mandikan dgn air sejuk..

      Padam
    2. Ada, kakak ipar n adik ipar depa kata nnty anak kuat keras badan mak mertua pun cakap tapi saya tak ikut . Sebab tak suka dengar anak menangis kena air sejuk . Kalau balik kg mertua mesty kerang jugak air panas tuk mandikan anak, depa pun cakaplah bagi lah mandi air sejuk supaya anak badan keras tak lembik .

      Padam
    3. Ada, kakak ipar n adik ipar depa kata nnty anak kuat keras badan mak mertua pun cakap tapi saya tak ikut . Sebab tak suka dengar anak menangis kena air sejuk . Kalau balik kg mertua mesty kerang jugak air panas tuk mandikan anak, depa pun cakaplah bagi lah mandi air sejuk supaya anak badan keras tak lembik .

      Padam
  3. Dah pernah baca. Bayi 5-6 bulan tak boleh mandi air sejuk. Saya pon baru tau.

    BalasPadam
  4. betul tu Maria, kita risau kalau jadi hipotermia... tapi soh seh soh seh kononnya mengatakan bagi badan baby tegap...great piece of sharing maria...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mgkin ada betulnya.. Blh je nk mndikan tapi mndikan dr kaki dulu..

      Padam
  5. a'ah ada juga terbaca..tp mmg biasakan mandi air suam dlm 0-6 bln..lepas tu baru bg air sejuk je..tp penting sekali ikut cuaca la..mulakan dgn basuh kaki bayi..:)

    BalasPadam
  6. betul tu..bayi lagi tak payah guna air sejuk duluan..air suam kuku gitu baru sesuai

    BalasPadam
  7. info menarik ni... KA masa anak2 baby lagi mmg pakai air suam agak2 dah besar sikit , pakai air paip biasa je

    BalasPadam
  8. Betul ada dengar jugak orang kata mandi pakai air sejuk jer biar badan mantap dan kuat...tp tu bukan utk baby kot...utk budak besar oklah kot

    BalasPadam
  9. pernah dgr gak ttg ni, CN mandikan irfan dgn air suam smpai berbulan2 gak la, sekarang jer hentam jer mandi air sejuk pun, dah beso..hehe

    BalasPadam
  10. Maria.. saya mandikan bukan time sejuk.. air paip.. ada kalanya.. tak sejuk sangat.. mungkin baru lahir..kasi suam sikit.. tapi lepas 2 miggu dah boleh air paip lepas jam 10.. huhu..

    BalasPadam
  11. aiza tengok kakak aiza mandikan anak saudara dengan air suam masa mula-mula lahir hingga sebelum sebulan tu..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ