GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Wanita Adalah Ujian Kepada Lelaki

Daripada Usamah bin Zais R.huma dari Nabi SAW sabdanya, “Aku tidak tinggalkan selepas kematianku satu ujian kepada kaum lelaki yang lebih mencabar melainkan ujian dengan perempuan”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith

1. Semasa di dunia manusia tidak dapat lari daripada ujian Allah dan seberat-berat ujian ialah ujian dengan kaum wanita kerana kerap kali berlaku kecenderungan kepada wanita menyebabkan lelaki melakukan perbuatan yang menyalahi syarak.

2. Islam mengingatkan kaum lelaki supaya mengawasi diri daripada godaan wanita.

3. Wanita adalah daya penarik kepada kaum lelaki.

4. Wanita ialah sumber kebaikan dan kejahatan bagi kaum lelaki.

Sumber: JAKIM

Lelaki diuji dengan tiga "Ta" iaitu:
WANITA, HARTA DAN TAKHTA


Posted via Blogaway

2Ulasan

  1. Turunnya nabi Adam ke bumi juga disebabkan ujian yg didtgkan kpdnya melalui wanita.. semoga menjadi peringatan utk kebaikan semua.. aamiin.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ