GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tanda Sahabat Selamanya!

Sumber: google images

Lumrah kehidupan seseorang bila bertemu dengan pelbagai jenis manusia yang ada di muka bumi ini. Ada yang baik dan ada yang jahat. Ada yang  sentiasa bersama kamu saat suka dan duka. Ada juga yang sentiasa mengenakan kamu.

Tidak kiralah macam mana sekalipun karakter manusia yang kamu jumpa, pasti akan ada seorang yang akan sentiasa menyokong kamu dan menjadi yang terbaik untuk kamu. Tidak kiralah serumit mana kamu si dia tetap akan setia menjadi bff kamu selamanya.

Jom ketahui 30 tanda si dia sahabat kamu selamanya.

  1. Bila kamu bersamanya kamu boleh rasa satu getaran yang mengatakan kamu memang selamat bila bersama si dia tanpa ragu.
  2. Si dia sentiasa mengingatkan kamu bertapa kuatnya diri kamu mengharungi liku-liku kehidupan.
  3. Bak kata orang “They’re the people who will hold you tight and lift you when you feel like breaking down”.
  4. Bila kamu berangan atau sedang merancang perkahwinan dialah orang yang kamu harapkan untuk menjadi pengapit kamu.
  5. Tidak kekok tidur di katil yang sama.
  6. Secara spontan kamu boleh peluk dirinya sambil meluahkan bertapa sayangnya kamu pada dirinya.
  7. Dia tahu semua kata laluan kamu.
  8. Musuh ketatnya adalah bekas kekasih kamu.
  9. Kamu menangis bila si dia berjaya melakukan sesuatu.
  10. Kamu sentiasa hadiahkan si dia sesuatu sewaktu hari jadinya, bukannya berikan sekeping kad sahaja.
  11. Kamu tahu apa yang ada di dalam dan di luar almari pakaiannya.
  12. Bila kamu terlalu sibuk, si dia faham dan tidak pernah sesekali mempertikaikannya.
  13. Sahabat kamu itu sentiasa tekan butang like, retweet, dan favorite serta meninggalkan komen di setiap status yang di muat naik oleh kamu.
  14. Lebih suka duduk di café dan berborak berbanding keluar jalan-jalan.
  15. Jika kamu menerima pesanan ringkas dengan selambanya kamu menunjukan message itu padanya serta meminta pandangannya.
  16. Kamu sering menghantar ‘screen capture’ padanya sambil memberi pandangan atau komen mengenai gambar tersebut.
  17. Kamu berdua sering bercerita tentang kesihatan dan penjagaan diri.
  18. Salah seorang daripada kamu bersifat keibuan dan seorang lagi bersifat keanakan.
  19. Keluarga kamu semua terlupa yang sebenarnya kamu dan sahabat kamu itu sebenarnya tidak mempunyai ikatan persaudaraan.
  20. Kamu benci orang yang sama.
  21. Bila bercakap pasal orang lain, ada sahaja ‘gelaran pelik’ yang hanya kamu berdua sahaja faham untuk menggelarkan mereka.
  22. Kamu berdua ada perasaan cemburu bila ada orang lain mula rapat dengan salah seorang daripada kamu.
  23. Di Facebook, kebanyakan ‘friend’ yang kamu ada adalah salah seorang ahli keluarganya.
  24. Kemungkinan besar kamu berdua ada ‘friendly hand shake’ yang akan kamu lakukan bila berjumpa atau ucapkan selamat tinggal.
  25. Tiada rahsia antara kamu berdua.
  26. Kamu akan mudah terluka bila ada orang cuba menghancurkan hatinya.
  27. Sering selfie bersama dan berposing dengan gaya-gaya yang pelik dan nakal.
  28. Kamu tahu bila masa yang sesuai untuk dekatinya atau memberi ruang untuk si dia bersendirian.
  29. Kamu berdua perlu bertemu atau berborak walau hanya 10 saat pun jadilah!
  30. Bila orang semua mula menegur mana kawan kamu yang lagi seorang.
Sumber: Karangkraf.com

p/s: Ni bff yang sama jantina sahaja... Yang lain jantina hanya khas suami isteri yang sah sahaja ada ciri-ciri ni!

5Ulasan

  1. aiza ada seorang bff.. dia memang ada ciri-ciri di atas tu.. tapi sekarang ni dia dah kahwin dan ada anak..

    BalasPadam
  2. Akak de sorg je bff...memg dr dlu smp skang kalo pe pe jd kat slh sorg mesti sama atau secara kebetulan

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ