GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Proses Pembenihan Awan

Kemarau dijangka berpanjangan hingga April 2014, hampir 4 bulan dijangka Malaysia alami kemarau... Air sumber utama, bila kemarau memang banyak la kehidupan manusia terjejas. Disebabkan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia ambil langkah untuk melakukan proses pembenihan awan. Proses pembenihan awan sudah pun dilakukan semalam. 

Sedikit info berkaitan dengan proses pembenihan awan:

Jenis-jenis Pembenihan Awan


Pembenihan dinamik awan
Arus udara menegak terdorong  dan lebih banyak air melalui awan. Hal ini membawa pada lebih banyak hujan. Kaedah ini mempunyai 11 peringkat yang berbeza yang terlibat dan setiap kesalahan di salah satu peringkat  boleh merosakkan seluruh proses.

Pembenihan Awan Higroskopik
Bahan letupan dan flare digunakan untuk menyebarkan  garam melalui bahagian bawah awan. Air tertarik pada garam dan siaznya membesar lalu turun ke bawah  sebagai hujan. Teknik ini masih memerlukan banyak kajian.

Pembenihan Awan Statik
Bahan kimia iaitu  silver iodide disebarkan ke dalam awan. Kelembapan yang terdapat  dalam awan terkondensasi  di sekitar kristal. Hal ini membuat awan lebih berkesan dalam penyebaran hujan di tempat – tempat tertentu.

Kapal pembenihan awan. Iaitu diletakkan dipermukaan laut dan disembur ke udara untuk menghasilkan hujan.
sumber info: SINI



Kelebihan Pembenihan Awan
  • Mengurangkan kekeringan. Hujan boleh memberi air untuk tanaman.
  • Meningkatkan bekalan air bersih sehingga orang-orang di dunia boleh memastikan keperluan mereka selalu sedia.
  • Mengurangkan saiz ‘hailstones’. ‘Hailstones’ amat bahaya bagi orang dan hanya hujan dapat menghindarinya.
  • Mementikan ribut taufan yang utama yang terbentuk dan mengurangkan jumlah kerosakan.
  • Mengurangkan jumlah kabus di lapangan terbang sehingga keselamatan pesawat/ kapal terbang untuk berlepas akan terjamin.
Kekurangan Pembenihan Awan

  • Pembenihan awan bergantung pada cuaca. Kehadiran awan adalah suatu kemestian.
  • Teknik ini juga bergantung pada suhu dan komposisi awan.
  • Pembenihan awan amat sangat komplek cara persediaannya dan mungkin mengambil masa beberapa tahun latihan untuk menghasilkan buah (awan).
  • Tidak ada sistem kawalan di tempat untuk menentukan di mana hujan akan jatuh.
  • Kos yang mahal.

Itulah ilmu Allah, sangat luas... dan kekuasaan Allah mencipta akal manusia yang tidak terbatas. Alhamdulillah, semalam dah hujan lebat dah... Ini satu usaha manusia, tetapi keberkesanannya bergantung dengan izin Allah jua... itulah konsepnya, Allah bagi ujian, kita kena usaha selesaikannya dan seterusnya tawakallah dengan-Nya... 

7Ulasan

  1. terima kasih berkongsi...baru tahu macamni rupanya...sampai bulan 4 yer kemarau?...bukan pertengahan bulan 3 ye...apa2pon kena bersedia apa yang perlu ni...

    BalasPadam
  2. baru ingat nak cari info tentang ini nk buat entri..xpe la..sy buat entri lain la.. nice entri kak.. terbaik la..

    BalasPadam
  3. Thanks maria for sharing..kita pun nak cari info pasal ni..

    BalasPadam
  4. nice info..tp mmg betul la hujan sehai dua di kl sbb dr aktiviti pembenihan awan tu...kita hanya mampu berusaha..je..

    BalasPadam
  5. wah. unik guna kapal tu untuk pembenihan awan.. bagus perkongsian info ini..

    BalasPadam
  6. Info yg menarik utk pengetahuan bersama semua.. t kasih.

    BalasPadam
  7. thanks 4 da info yaa... :D

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ