GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Pilih Botol Susu Bebas BPA.

Biasa kita pergi ke pasar raya bila tengok barangan plastik ada pelekat "Free BPA"... Biasa kalau pergi beli botol air atau botol susu memang biasa tulis Free BPA... Apa itu Free BPA???

Meh kita belajar meh...

1. APAKAH ITU POLIKARBONAT?
Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi.

2. APA ITU BISPHENOL A (BPA)?
BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

3. BAGAIMANA MENGENALI BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Botol susu bayi polikarbonat ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau ‘Bebas BPA’.

4. APAKAH KESAN BPA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA?
BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh. Walaubagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. Ini mewujudkan keadaan yang tidak pasti serta tiada jaminan keselamatan bagi bayi yang terdedah kepada BPA.

Justeru, KKM mengambil keputusan mengharamkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat mulai 1 Mac 2012. Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.

Dalam tempoh satu tahun ini, sekiranya pengguna masih menggunakan botol susu polikarbonat, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan oleh KKM untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada BPA.

5. BAGAIMANAKAH BAYI BOLEH TERDEDAH DENGAN BPA MELALUI BOTOL SUSU POLIKARBONAT?
BPA boleh berpindah daripada botol susu polikarbonat ke dalam susu bayi seperti berikut:
  • Permukaan dalam botol susu bayi yang calar atau rosak.
  • Air panas dimasukkan terus ke dalam botol susu bayi
Rujukan Penuh: http://fsq.moh.gov.my/v4/index.php/component/k2/item/411

PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT 
a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat 
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). 
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan  ‘BPA free’ atau bebas BPA. 
b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat 
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit. 
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu. 
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar. 
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan. 
Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain. [Sumber: http://fsq.moh.gov.my/v4/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/BotolSusu/PanduanBotolSusu.pdf]

Jadi, pilihlah botol yang Free BPA.. tapi sekarang memang dah bersepah dah kan... sebab botol polikarbonat ni dah diharamkan pengeluarannya oleh KKM... Jadi takde masalah dah nak cari free BPA botol... Bukan botol susu je, seeloknya, botol air pun beli yang bebas BPA juga... 

2Ulasan

  1. antara botol susu yang bebas BPA adalah seperti Phillips AVENT, Tommy Tippee and few others... akak namakan yang Ash pakai jer... great piece of sharing Maria...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup.. Mmg byk dh yg free BPA, jnma pureen... Anakku.. MAM... Ssng kata yg de label free BPA tu insha Allah slmt..

      Padam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ