21 Mac 2014

Panduan Pengendalian Susu Perahan (EBM)


EBM??? Apakah itu... EBM sinonim dengan susu perahan. Bagi ibu menyusu yang bekerjaya memang kena la kendalikan EBM ni dengan betul dan disiplin serta semangat yang tinggi serta ilmu yang cukup. Alhamdulillah pengalaman aku handle EBM dengan jayanya masa anak pertama. Ilmu ni aku kutip dari pengalaman ibu-ibu dari Kumpulan Ibu Menyusu... dan insha Allah, aku kongsikan bersama di sini sebagai panduan aku sendiri dan juga panduan ibu-ibu yang lain. 

Kenapa kena kendalikan EBM dengan teliti dan disiplin??? Sebab susu ibu ni, susu yang mengandungi sel-sel hidup dan kita bekukan sel-sel itu supaya tak mati. Pengendalian yang betul menjamin nutrien dalam susu selamat dan berkhasiat untuk bayi. 

ISTILAH- ISTILAH PENTING SUSU IBU YANG DIPERAH
  • EBM = Expressed Breast Milk
  • Fresh EBM = Susu yg baru diperah
  • Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku). chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
  • Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI
  • bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel.
  • Tarikh Perahan (Guna susu yang terdahulu)
  • Waktu perahan (Guna susu yang terdahulu)- yang ni aku cuma labelkan nombor sahaja... jika pump pagi, maka labelkan satu dan begitulah seterusnya hingga yang terakhir pada hari tersebut. 
  • Kuantiti susu yang diperah
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian tapi yang ni aku tak buat sebab hantar dekat pengasuh je... lagi pun bayi yg pengasuh aku jaga tu, minum susu formula... jadi tiada masalah bab ni... )

Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

TEMPAT PENYIMPANAN

Suhu Bilik
  • Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
  • Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
  • Catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber-AC, tidak dioffkan spjg botol ASI ada di dalam bilik tersebut.


Fridge/Freezer
  • Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
  • Peti Sejuk (2 pintu) 
    • - bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan
    • - pintu bawah (rak paling atas) (2 °C- 4 °C)

Catatan:
  • (sebelum dibekukan) - 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)
  • (selepas dibekukan >>chiller) - 24 jam
  • Deep freezer, tahan antara 6 bulan
  • Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun

BEKAS PENYEJUK
  • Cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
  • Cooler bag digunakan untuk membawa EBM dari rumah ke rumah pengasuh/taska.
  • Cooler box biasanya digunakan untuk membawa stok EBM dalam perjalanan jauh seperti balik kampung dan sebagainya. 
  • Cooler box/bag digunakan bersama-sama ice pack ataupun ketulan ais yang diletakkan garam untuk jadikan sejuk tahan lama. 

PERINGATAN!!!
  • susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
  • susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

TIP DAN CARA PENYIMPANAN

Di Pejabat
  • Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

Di Rumah
Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.
  • Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.

JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!
  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.
Panduan Pengendalian susu oleh Pengasuh
  1. Botol susu di tag dari no 1-5. (untuk keja lebih 8 jam memang cukup 5 botol sebab selang 2 jam sekali)
  2. 4OZ atau 3OZ akan di isi setiap botol. (ikut keperluan bayi untuk sekali minum)
  3. Ibu bagi susu ikut turutan 1-5 - (sebab no.1 & 5 adalah fresh milk, dan 2,3,4 frozen milk)
  4. Bagi susu pada setiap 2 atau 3 jam.- (tapi kalau bayi lapar lagi, bagi je yang penting botol 1-4 ,mesti habiskn.)
Cara nak panaskn susu.
  1. Keluarkan susu dari freezer untuk panaskan. - (susu tu akan ada 2 lapisan foremilk & hindmilk,
  2. Sebelum panaskan ibu goyangkan botol tu dulu untuk sebatikn susu. Goyang manja gitu. Jangan goyang macam susu tepung tau.Nanti hilang zatnya.)
  3. Masukkan dalam warmer dan suhu dr 40-70. Jangan lebih 70. (masukkan susu dalam warmer terus bukan cup hijau.)
  4. Rasa susu sebelum bagi bayi minum. (panas atau suam) - sma macam rasa suhu bncuhan FM.
Catatan: 
  • Susu yang belum minum tapi dah dikeluarkan dari peti ais perlu dihabiskan 3-4JAM.
  • Susu yang sudah dipanaskan tetapi belum diminum perlu dihabiskan dalam lingkunagan 2-3JAM.
  • Susu yang dah minum  tapi tak habis time tu perlu dihabiskan 1-2JAM selepas tu. Jika tidak habis, maka buat ajelah mandi susu ea... 
  • Susu frozen yang dah dicairkan perlu habiskan dalam masa 24JAM.
  • Tidak boleh panaskan susu perahan terus di atas api dapur, ketuhar gelombang mikro (microwave oven) atau didihkan susu perahan.
Diolah semula daripada sumber asal: KIM

Macam lecehkan, tapi inilah pengorbanan dan melatih disiplin ibu-ibu juga.. Ibu yang bersemangat dan berdisiplin, insha Allah akan melahirkan anak yg sedemikian juga. Susu perahan adalah masih baik berbanding susu-susu lain. Tapi yang terbaik ialah menyusu terus kepada bayi lah kan. Tapi bukan bermakna kerjaya menjadi penghalang untuk menyusu badan. Alhamdulillah... Faiqah cukup 2 tahun menyusu badan. Rasa satu nikmat dan kepuasan dapat susukan hingga 2 tahun... 

Untuk pengendalian susu badan, kena cari dan berbincang dengan pengasuh untuk kendalikannya. Macam Faiqah dulu, siap belikan warmer untuk pengasuh dan labelkan serta siap-siap sukat... tak susah pun sebenarnya... lagi mudah... sebab dia tak perlu basuh botol pun... sebab dah siap2 semuanya... Tapi itulah nikmat.. Susu ibu, susu terbaik dan berkhasiat untuk bayi... Susuilah bayi hingga dua tahun.. 

#aku bukan pakar laktasi, tetapi andai sesiapa ada masalah tentang penyusuan, rasa down dan perlukan sokongan dan perkongsian ilmu, insha Allah aku boleh bantu dengan sedikit pengalaman dan ilmu yang aku ada... 

12 ulasan:

  1. great piece of sharing maria, walaupun tak tapi ini adalah bagi general knowledge... salam jumaat maria...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Jumaat kak Farah... Insha Allah mgkin anak2 akn dtg blh rujuk blik...

      Padam
  2. Thanks for the info..terkenang semasa dulu :)

    BalasPadam
  3. TQ..sharing yang bagus untuk bakal ibu bf :)

    BalasPadam
  4. nk tnye, saya keluarkan 5 botol susu dr peti sejuk bawah bg pd pengasuh guna cooler bag..jika 2 botol susu tidak habis, boleh ke nk masuk peti bawah smula?tq..

    BalasPadam
  5. nice sharing....saya memang suka info2 mengenai BF ni...support 101%

    BalasPadam
  6. nak share boleh tak? info yg sangat berguna dan membantu ibu2....

    BalasPadam
  7. Seriusly, blog awak saya dah bookmark. Hehe. Gaya penulisan yang tersangatlah kemas dan menarik. Tak boring nak hadam setiap perkataan dan perenggan. Semoga Allah redha. Keep it up ! :D

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^