20 Mac 2014

Macam Mana Nak Banyakkan Susu Ibu???

Sumber: google images

Soalan paling popular dalam kalangan ibu-ibu, terutama ibu-ibu yang beranak sulung dan juga ibu yang baru lepas bersalin. Bagaimana nak banyakkan susu badan??? Ada petuakah? Ada rahsiakah? Insha Allah aku berkongsi sedikit tips dan petua yang aku sendiri lakukan melalui pengalaman aku berjaya menyusukan anak sulung sehingga dua tahun.

Ada dua bahagian usaha yang aku kategorikan, iaitu usaha zahir dan usaha batin... Usaha secara batin iaitu usaha dalaman kita yang orang lain tak nampak, manakala usaha secara zahir orang nampak kita usaha dan ikhtiar.

Ikhtiar secara Batin:

1. Niat
Ni perkara awal yang perlu ada dalam diri... Tanamkan niat awal-awal, sebelum mengandung pun tanamkan niat nak bagi anak susu badan kerana ingin mencari keredhaan Allah. Bukan niat nak susu badan sebab nak jimat, bukan sebab nak kembali langsing dan bukan kerana niat lain-lain... Niatkan semata-mata kerana Allah... Insha Allah, Allah akan permudahkan niat kita. Niatkan hendak menyusu hingga dua tahun bukan 6 bulan atau setahun lebih.. Letakkan target yang tertinggi... Sebab bila kita letak target tinggi, usaha kita akan lebih juga untuk capai target tu...

2. Semangat dan tekad yang tinggi
Dalam penyusuan susu ibu, banyak halangan dan cabaran. Mesti kuatkan semangat, mesti teguhkan tekad berdasarkan niat kita. Waktu mula-mula lepas bersalin pun kita diuji dah... Contohnya, susu tak keluar, nipple crack, baby taknak menyusu atau menolak untuk menyusu, semua tu kita dapat atasi dengan semangat dan tekad yang tinggi.

3. Doa dan Zikir
Segala niat dan azam tak kan juga berjaya jika kita sombong dengan Allah. Berdoa dan banyakkan zikir mohon Allah permudahkan niat kita untuk menyusu badan. Doalah, mintalah dengan Allah... Kalau tak ingat doa dalam al-Quran tu, doa je dalam Bahasa Melayu, Allah faham dan tahu apa yang kita hendak. Sentiasa basahkan zikir dengan istighfar dan zikir-zikir munajat... Insha Allah,Allah akan makbulkan.
Sumber: google images

4. Emosi stabil
Sepanjang penyusuan perlukan kestabilan emosi. Tidak boleh stress dan keletihan terutama ketika mengepam... Memang susu segan nak keluar kalau stress dan letih... Jadi, sebelum pump atau menyusu, kena tenang, zikir, fikir positif dan senyum...

5. Sokongan
Dapatkan sokongan dalam menjayakan misi penyusuan susu badan terutama dari pasangan kita. Dan juga orang yang terdekat seperti keluarga kita dan keliarga mentua. Dan bagi yang bekerja perlu dapatkan sokongan dari majikan dan rakan sekerja. Barulah kita tak tertekan, sebab ada orang bagi semangat, memahami dan menyokong usaha kita dalam menjayakan misi penyusuan kita.

Ikhtiar secara Zahir

1. Kerapkan Menyusu
Ini usaha mudah, tapi ibu-ibu muda tak berapa berkenan nak buat. Memang leceh dan letih tapi keletihan tu sementara je. Bayi baru lahir memang kerap menyusu, sebab di alam rahim dia selamat dilindungi oleh air ketuban dan rahim, tapi bila diluar untuk rasa selamat dia akan menangis, merengek minta didakap dan disusukan... Nikmatilah moment indah ni, sebab sementara je semua ni.

Kerapkan menyusu dan kosongkan breast supaya setiap masa ada susu baru akan terisi. Inilah dipanggil konsep asas penyusuan iaitu demand 'n' supply. Semakin banyak permintaan, semakin banyak juga pengeluaran susu... Jadi, kerapkan menyusu kerana air liur bayi juga sesuatu yang ajaib Allah ciptakan iaitu ransangan yang cepat sampai ke otak untuk penghasilan dan penghantaran susu kepada bayi.

2. Power pumping
Pabila bayi tidak menyusu, gunakan konsep yang sama iaitu dengan buat power pumping. Caranya:
a) Manual pump/Single pump:
Pump sebelah bergilir-gilir, 10 minit kanan, 10 minit kiri selama sejam atau sehingga breast terasa kosong.
b) Double pump
Pump 10 minit dan rehat sepuluh minit selama sejam atau sehingga breast terasa kosong.

Bagi yang baru mula buat power pumping ni, memang akan dapat sikit aje mula-mula tapi insha Allah lama-lama baru nampak hasil... Hasil meriah power pumping bergantung kepada individu, ada yang amik masa seminggu baru nampak hasil yang meriah ada yang amik masa dua minggu baru nampak hasil meriah.

3. Kerapkan kosongkan breast
Kerapkan kosongkan breast 2-3 jam sekali sama ada dengan direct feeding atau pump...sebab kita nak konsep asas  breastfeeding dilaksanakan sebaik mungkin... Semakin banyak permintaan, semakin banyak pengeluaran.

4. Tandem Nursing
Selain itu, boleh juga tendem nursing. Ini antara usaha nak hasilkan susu cepat dan dalam masa yang sama untuk kumpulkan stok EBM bgi ibu yang bekerjaya. Tendem nursing iaitu sebelah baby minum direct dan sebelah lagi dipump... Cara ni memang berkesan sebab stimulate dari baby menyebabkan lagi cepat susu terhasil... Insha Allah.

5. Banyakkan minum air kosong
Badan kita perlukan air, orang biasa pun perlukan 8 gelas air sehari, apatah lagi ibu menyusu kan... Jadi, banyakkan minum air kosong... Kurangkan minum ais... Tapi lebihkan air kosong.

6. Makan makanan penggalak susu
Makanan penggalak susu ini banyak, bergantung kepada penerimaan badan seseorang sebab setiap orang tak sama. Antara makanan penggalak susu: 
# hasil tenusu seperti susu, keju, yogurt
# coklat
# horlick
# makanan sunnah: kurma, kismis, madu, badam
# rempah ratus dan herba
# ulam-ulaman dan sayur-sayuran
Itu antara beberapa je makanan penggalak susu... Setiap orang tak sama. Tapi asasnya amalkan makanan seimbang dan banyakkan ambil sayuran hijau dalam hidangan.

7. Mengurut dan Mandi Air Panas
Mengurut dan mandi air hangat boleh membantu melancarkan peredaran darah. Ini membantu memperbanyakkan susu dan pengaliran susu lancar dan tak mudah tersekat... Ibu menyusu memang digalakkan mengurut dan mandi air hangat, jadi rajin2lah pergi SPA ea... Sesekali manjakan diri demi si kecil apa salahnya kan... :-)

8. Makanan tambahan
Setelah kesemua ikhtiar di atas dilakukan, ini ikhtiar terakhir iaitu mengambil makanan tambahan atau supplement. Banyak supplement untuk kesihatan badan dan secara tak langsung boleh memperbanyakkan susu. Sebab jika badan sihat, dalaman sihat insha Allah susu mudah terhasil. Tapi sebelum ambil sesuatu supplement, pastikan segala usaha di atas tu dah buat dulu...

Dalam menjayakan perjalanan penyusuan, perlukan semangat dan disiplin yang tinggi... Ibu kena kuat semangat dan disiplin tinggi... Kena pantang makan makanan tertentu demi si anak... Kena kuat semangat dan tak mudah stress... Kena bijak uruskan tekanan... Kena banyakkan berdoa, zikir dan tawakal kepadaNya... Susu ibu rezeki dari Allah, maka doalah moga susu tu sentiasa cukup untuk anak kita...

Ada orang banding-bandingkan jantina bayi dalam.faktor kejayaan penyusuan, sebenarnya sama je lelaki atau perempuan, susu akan keluar ikut keperluan dan kehendak bayi... Doa moga Allah cukupkan susu untuk anak kita. Moga Allah permudahkan urusan penyusuan kita... Insha Allah...

Ini antara usaha aku dalam kejayaan menyusukan Faiqah... Insha Allah moga berjaya dan dilapangkan rezeki untuk si adik juga... 

p/s: Esok Faqiha Mu'azara genap 2 bulan.. Alhamdulillah.. masih susu ibu sepenuhnya... Ya Allah limpahkanlah rezeki susu ibu kepada anakku Faqiha Mu'azara dan permudahkanlah perjalanan penyusuanku kepadanya... ameen... 

11 ulasan:

  1. oh my susu ibu memang ibu memang dah zero, setitik pun tak ada, due to Ash tak mo, tak sedap agaknya susu mummy...so now fully on ANMUM...dia tak berapa berminat maria...kalau bagi sure muntah...sekejap jer menyusu.... lepas pantang terus tak mau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xpe lah mgkin rezeki akk stkat tu... Tpi andaikata akk nk adakan susu semula... Insha Allah masih belum terlambt...

      Padam
  2. bln dpn umarfaiq dah setahun..alhamdulillah masih blh susukan dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... Tggl lagi setahun.. Mga trus dilapangkn rezeki..

      Padam
  3. Terima kasih atas perkongsian yg berguna ni kak..

    BalasPadam
  4. sangat bermanfaat perkongsian tips ini kepada ibu-ibu yang melahirkan..

    BalasPadam
  5. Good tips. YG penting mind setting. Klo asyik fikir susu tak de...susu kurang...memang tak der lah susu tu.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^