GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kegunaan Lain Ubat Gigi!

Biasa ubat gigi kita buat apa??? Untuk gosok gigi je kan.. Tapi rupanya, ubat gigi banyak kegunaan yang kita boleh manfaatkan... Jom tengok, apa ubat gigi boleh buat???
Sumber: google images

Kilat perhiasan
Selain daripada memutih, mencerah, menghilangkan kotoran dan mengembalikan dan melindungi enamel, ubat gigi boleh digunakan untuk mengilatkan perhiasan. Perhiasan seperti batu-batuan dan yang diperbuat daripada besi boleh digilap menggunakan berus gigi lembut dan kain.

Letakkan sedikit ubat gigi, gilapkan perlahan-lahan, cuci dengan air dan biarkan kering. Pastinya barangan kesayangan anda makin berkilat seperti baru dibeli.

Buang kotoran
Cirinya berbuih dengan kandungan bahan yang terkandung di dalamnya membolehkan ubat gigi menghilangkan kekotoran di permaidani atau karpet. Sental perlahan-lahan kotoran di permaidani menggunakan berus gigi dan ubat gigi. Kemudian lap bahagian sentalan menggunakan kain lembap.

Bukan itu saja! Ia juga mampu membersihkan kekuningan pada kolar kemeja. Kemeja dengan warna cerah pastinya mudah kelihatan kotor terutama di bahagian kolar akibat peluh. Dengan menggunakan berus dan ubat gigi, gosok pada kekotoran ini sebelum mencuci kemeja anda. Teruskan cucian seperti biasa dan kotoran akan dapat dihapuskan.

CD/DVD/VCD yang tercalar dapat dibaik pulih. Letakkan sedikit ubat gigi di bahagian tercalar dan gosok menghala ke luar CD. Cuci dengan air dan keringkan dengan kain mikrofiber.

Hapus tanda
Masalah kesan bekas air pada perabot ada kalanya memeningkan. Beberapa kali dicuci tapi tandanya masih ada. Jangan khuatir, cuba ubat gigi untuk menghilangkan kesan bekas air seperti lengan kerusi dan meja. Letak sedikit ubat gigi dan gosokkan dengan kain yang lembap. Anda mungkin harus mengulangi proses ini banyak kali sebelum kesan berbekas air itu hilang.

Bukan itu saja, ia juga berupaya membersihkan bahagian dalam botol lut sinar atau botol bayi. Kadang-kadang terdapat kekotoran kekuningan di dalam botol terutama botol bayi akibat susu yang mendap atau susu kering sukar ditanggal. Dengan menggunakan berus botol, letakkan ubat gigi, gosok bahagian dalam botol dan cuci menggunakan air panas. Pasti ia kembali seperti asal.

Lagi, ia juga mampu membuang dakwat pen pada pakaian. Gosok kawasan yang terkena dakwat sebelum bilas dengan air dengan segera. Berupaya menutup lubang kecil akibat paku atau pin di dinding selepas ditebuk. Ulang proses ini jika ubat gigi mengecut atau mengecil apabila mengering.


Cantikkan kuku
Bagi si gadis, kuku perlu dijaga rapi sama seperti bahagian tubuh lain. Oleh itu ada yang sanggup berhabisan ratusan ringgit semata-mata untuk dapatkan rawatan kuku ‘manicure’ dan pedicure’. 

Mungkin dengan menggunakan ubat gigi, anda tidak perlu terlalu kerap membuat rawatan kuku kerana ia juga boleh mencantikkan kuku. Scrub kuku dengan menggunakan ubat gigi yang diletakkan pada berus untuk mendapatkan kuku kembali berkilau. Hanya perlukan beberapa minit daripada waktu mandi anda, lakukannya dengan kerap untuk dapatkan hasil terbaik.

Selain kuku, anda boleh mengilatkan kepala pili atau barangan lain yang berkaitan menggunakan keperluan asas ini.

Hilang bau
Kegunaan bagi mereka yang suka memasak. Ubat gigi mampu menghilangkan bau pada tangan. Jika tangan anda berbau selepas memotong bawang, sapukan sedikit ubat gigi di tapak tangan, gosok dan cuci menggunakan air. Sudah tentu rasa lebih segar!

Seperti fungsinya dapat menghapuskan kotoran akibat susu kering pada botol bayi, ubat gigi juga mampu menghilangkan bau masam pada botol terbabit. Tetapi perlu diingat, selepas mencuci perlu dibilas dengan sabun dan air sehingga bersih supaya tiada kesan pedas sebelum bancuhan susu diberikan kepada bayi.

Diharapkan info ini dapat memberi ­manfaat kepada anda tidak kiralah yang menetap bersama keluarga, bujang atau tinggal di asrama diharapkan dapat membantu anda berjimat daripada membeli bahan pembersih yang tidak perlukan. Kurangkan kos, pelbagaikan kegunaan. Selamat mencuba!
Sumber: Harian Metro

6Ulasan

  1. ohh baru tau.. akak pernah try any of the tips above?

    BalasPadam
  2. Yang kilatkan kuku tu PC pernah nampak kawan buat..

    BalasPadam
  3. CN selalu kilatkan barang kemas guna ubat gigi, mmg menjadi ;)

    BalasPadam
  4. Saya guna ubat gigi utk kilatkan tali jam besi & cincin.. jimat & berkesan.. :)

    BalasPadam
  5. banyak rupanya kegunaan ubat gigi ni kan

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ