20 Februari 2014

Petua-petua Untuk Bayi

Pelbagai petua melayu lama yang menggunakan bahan-bahan semulajadi dan tumbuhan sekitar... Memang banyak petua, dan panjang sikit entry ni... Daku dapat dari ensiklopedia Melayu Lama... Memang banyak dan boleh la mencuba.. 

SUPAYA BAU BAYI LEBIH SEGAR
Sekiranya bayi yang berusia antara sebulan hingga setahun berbau kurang menyenangkan anda boleh mencuba dengan mengambil ketumbar kira-kira segenggam dicuci bersih-bersih. Setelah itu goreng tanpa minyak sambil membalik-balikannya hingga berwarna kekuning-kuningan barulah diangkat dan disejukkan. 

Malah bagi ibu yang hamil bolehlah memakan dua atau tiga biji begitu saja. Baki ketumbar boleh disimpan dalam botol yang bertutup rapat untuk dimakan pad masa berikutnya.

JIKA KANAK2 LAMBAT BERCAKAP
Sekiranya anak anda masih lambat bercakap walau sudah berusia tiga tahun ke atas, petuanya mudah: Tarik lidah kanak-kanak itu keluar lalu kerik lidah itu dengan cincin. Menurut orang tua-tua, ini ialah supaya ludahnya keluar sempurna, tidak bertakung di dalam mulut lantas dapat menggalakkan kanak-kanak itu segera bercakap.

PENYAKIT KULIT PADA BAYI
1. Bayi menderita penyakit kulit (ruam radang kulit) mesti dijauhakn dari binatang peliharaan, gebar, permaidani, boneka atau mainan yang dibuat dari bahan bulu. Begitu juga dengan bulu dan debu yang melekat pada pakaian.

2. Jauhi bayi dari makanan yang dibuat dari tepung terigu, air limah cokelat dan ikan. Mintalah nasihat doktor pakar makanan bayi.

3. Jangan memandikan bayi dengan sabun. Sebaliknya mandikan bayi selama 30 minit dengan air suam-suam kuku. Campurkan satu sudu tepung jagung ke dalam air suam yang berjumlah 5 liter kacau hingga larut, dengan ini akan menghaluskan kulit bayi. 

4. Bilas bersih-bersih napkin dan pakaian bayi setelah dibasuh dengan sabun mandi, elakkan membasuh pakaian bayi dengan sabun serbuk.

5. Untuk membersih kulit bayi, gunakan krim khas pembersih kulit bayi sebagai pengganti sabun. Setelah dibersihkan, sapu badan bayi dengan air mawar atau ubat sapu hidrofilik petrolatum yang boleh di dapati difarmasi.

6.Dalam keadaan ruam yang parah atau ruam yang datang semula. Gunakan ubat sapu kortikosteroid, setelah mendapat nasihat atau petunjuk dari doktor.

SUPAYA ANAK NYENYAK TIDUR
Cari sebiji buah pala, rebus dan tapis airnya. Berikan anak minum air buah pala itu tiga kali sehari. Mudah-mudahan dia akan terlelap tidur.

KURAP SUSU
Ambil beberapa biji ubi bemban diparut dan diperah untuk dapatkan airnya. Campurkan air perahan itu bersama sedikit bedak sejuk, kemudian sapukan di tempat berkenaan. Amalkan beberapa hari. (Petua ini juga boleh digunakan untuk sebarang jenis ruam).

HILANGKAN RUAM
Selepas anda mandikan bayi, lapkan tempat beruam itu. Kemudian saputkan minyak zaitun atau minyak kelapa di tempat itu. Lakukan pada setiap kali mandi.

LELAH
Bersihkan dua tangkai bunga belimbing buluh. Masukkan ke dalam bekas tahan panas dan campurkan 5 gm gula batu (lebih kurang besar ibu jari) Masukkan bekas ini ke dalam periuk nasi masak, keluarkan bekas ini dan biarkan sejuk, kemudian berikan pesakit lelah minum air terumata kanak-kanak kurang dari lima tahun dalam bekas itu (lebih elok jika ditapis dahulu) Ulangi amalan ini setiap hari selama seminggu dan lihatlah hasilnya.

RUAM PANAS
Beli daun peria sejenis sayur pahit yang telah dikeringkan. Panaskan aiar hingga mendidih dan tuangkan ke dalam besen mandi. Masukkan daun peria itu ke dalamnya. Biarkan sejuk sedikit baru dimandikan bayi anda. Buatlah setiap kali bayi anda mandi hingga hilang ruam panas di badannya.

DEMAM CAMPAK
Mula-mula berikan anak anda yang mengidap demam campai dengan segelas air kelapa hijau (mawar) yang dibubuh secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali. Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndak semalaman, ditumbuk atau dikisah halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-rata di seluruh badan anak anda dan biarkan kering. Sapukan sekurng-kurangnya tiga kali. Kesan campak berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya).

HIDUNG BAYI TERSUMBAT
Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan sapukan airnya secara nipis di sekeliling hidung bayi. awas! jangan biarkan air itu meleleh ke dalam hidung.

UNTUK MENGHILANGKAN KEMBONG PERUT
Ambil 3 helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. Kemudian layurkan ke atas api selama 2 minit. Setelah itu, daun yang masih panas ditekapkan kepada perut.

BUANG KERAK DI KEPALA BAYI
Ambil segenggam kelapa parut yang dicampurkan dengan dua atau tiga ketul garam kasar. Masukkan ke dalam kain perca dan ikat kemas. Ramas sedikit sehingga keluar santan. Setelah itu sapulah di atas kepala bayi dan biarkan seketika. Bukan sahaja kerak akan hilang tetapi rambut bayi akan lebat dan hitam. 

LEBATKAN RAMBUT BAYI
Untuk melebatkan rambut bayi, ambil daun rambutan jantan yang tidak berbuah atau daunnya yang berwarna merah. Campurkan daun bersama air dan embunkan semalaman. Keesokan harinya sapukan air tersebut pada kepala bayi. Jika diamalkan hasilnya pasti memuaskan. 

KULIT BAYI SENTIASA HALUS
Sejak dari bayi lagi sapukan bedak sejukdiseluruh tubuh bayi sebelum memandikannya. Selepas 15 minit, mandikan bayi seperti biasa. Jika dilakukan setiap hari, kulit bayi akan sentiasa lembut dan halus. Malah bayi tidak mudah mendapat ruam.

MELENTIKKAN BULU MATA BAYI
Untuk melentikkan bulu mata bayi, setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sapukan susu ibu ke bulu matanya. Anda akan dapati bulu mata bayi anda akan menjadi bertambah lebat, lentik dan cantik.

MENCANTIKKAN KULIT JANIN
Amalkan meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir nanti mempunyai kulit yang putih dan halus serta terhindar dari mendapat ruam lampin.
Sumber

Entry autopublish

6 ulasan:

  1. amat berguna untuk mereka yang mempunyai bayi kecil kan..

    BalasPadam
  2. owh...ludah bertakung rupanya salah satu sebab kenapa bayi lambat bercakap rupanya...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  3. Bagus petua2 ni..TQ sharing sis...:)

    BalasPadam
  4. tips dari orang lama ni masih boleh diguna pakai zaman2 ni juga !

    BalasPadam
  5. air limah cokelat tu macam mana ya? aiza tak tahu.. hehe..

    BalasPadam
  6. lidah bertakung tu mcm mana yer? CN part istilah2 ni mmg fail

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^