27 Februari 2014

Petua Mencegah Bayi Kembong dan Selesema

Mencegah lebih baik dari mengubati... Ramai yang cari penawar bagi bayi yang kembung... Tapi sejauh mana kita mencegahnya... Sedikit perkongsian berdasarkan pengalaman dan pemerhatian... Insha Allah... Moga bermanfaat...

1. Menjaga Pemakanan
Bagi ibu yang menyusu badan, kena berpantang dan jaga pemakanan... Walaupun dah habis pantang kena pantang juga dan tak boleh makan sebarangan... Badan kita mungkin boleh terima, tapi badan anak kita masih belum cukup matang nak terima semua jenis makanan...

2. Amalkan sapu minyak
Yang ni pasti ramai buat... Tapi sejauh mana dan berapa lama amalkan amalan menyapu minyak ni? Biasanya orang sapu minyak di perut je kan... Tapi cara terbaik untuk elak kembung dan selesema, ialah menyapu di atas ari-ari bayi, betis, tapak kaki dan ubun-ubun bayi...

Kenapa perlu sapu diubun-ubun bayi? Biasa aku perhatikan, bagi yang bawa bayi lepas pantang, tak ditutup kepala bayi dengan topi atau kain... Sebenarnya, tak sia-sia orang buat dan cipta topi bayi tapi ada kepentingannya... Ubun-ubun bayi masih lembut dan tak tertutup sepenuhnya... Bagi bayi yang lahir awal dari duedate, biasanya ubun-ubunnya lebih luas berbanding yang overdue... Ubun-ubun tu, mudah masuk angin... Info ni juga dari nurse... Salah satu punca bayi mudah kembung dan selesema sebab tak dijaga bahagian ubun-ubun ni lah..

3. Kurangkan terdedah dengan sejuk
Kurangkan bayi didedahkan dengan sejuk... Sama ada aircond, kipas atau cuaca sejuk... Jika terdedah lama, pastikan sapu seluruh tubuh dengan minyak... Badan bayi perlu hangat sentiasa... Jika terdedah dengan sejuk tu yang mudah kembung dan selesema... Bagi yang ada bayi, elakkan pergi tempat ramai orang..

Mencegah lebih baik dari mengubati... Cara mengubati kembong dan selesema...

1. Tuam perut bayi dengan tuala atau kain yang hangat.. Tetapi nak lagi berkesan, tuam dengan daun ubi keledek atau daun sirih yang dilayur atas api...

2. Sapu minyak dan urut pada betis dan tengah tapak kaki hingga bayi kentut atau membuang...

3. Bagi selesema pula, sapukan minyak diubun-ubun dan batang hidung...  Jika bayi susah bernafas, ambil secebis tisu, basahkan dan letak dibatang hidung bayi,tinggikan bantal atau biarkan bayi tidur mengiring...

Itulah petua ringkas yang dapat ku kongsikan... Tapi ambil langkah mencegah lebih baik dari mengubatikan... Moga bermanfaat... :-)


Posted via Blogaway

6 ulasan:

  1. always keep them warm :)
    nice sharing

    BalasPadam
  2. good info..baby mmg mudah masuk angin, selamat la dulu Irfan jarang kena kembung perut ..

    BalasPadam
  3. Tak de anak keciklah MF hehe....
    Tp dedulu selalunya buh minyak je kat perut dan lumur kat betis dan tapak kaki

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^