GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Perniagaan Yang Sentiasa Menguntungkan

Perniagaan Yang Sentiasa Menguntungkan | Zaman sekarang, orang berlumba-lumba cari duit, maklumlah kos hidup makin tinggi.. Nilai duit dah makin rendah. Tak henti, perniagaan online diperkenalkan, dari yang ada produk hinggalah kepada perniagaan dan pelaburan yang tak tahu statusnya. Termasuklah juga perniagaan online serta cara cari duit di internet. 

Tapi ramai juga yang lupa, satu 'pelaburan' dan perniagaan yang lebih 1400 tahun lalu telah pun diperkenalkan oleh Nabi kita, junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. Perniagaan ni memang sentiasa untung dan tak akan rugi sampai bila-bila. Insha Allah... Modal tak perlu banyak asalkan ikhlas. Perniagan yang menjadi salah satu sunah iaitulah WAKAF. Jom kita review sikit pasal 'perniagaan yang sentiasa untung ni'
Perniagaan Yang Sentiasa Menguntungkan

PENGERTIAN WAKAF

Bahasa: Berhenti, Menahan, Menghalang Istilah/Syara’:  “Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan ijual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S.W.T” 

Beberapa pengertian/definisi lain: 

1) Definisi wakaf di sisi Abi Hanifah:

Iaitu menahan sesuatu asset atau harta yang sah pemiliknya pewakaf dan bersedekah manfaatnya ke jalan kabajikan.

2) Definisi wakaf di sisi Jumhur Ulama’: 

Iaitu menahan barangan harta yang boleh dimanfaatkan serta kekal asetnya – dengan memutuskan guna pakai ke atas asset itu dari pihak pewakaf atau lainya -ke arah kegunaan yang harus – atau diguna pakai penghasilannya ke arah kebaikan dan kebajikan – kerana mendamping diri kepada Allah.

3) Definisi wakaf di sisi Mazhab Maliki:

Iaitu pemilik menjadikan manfaat yang dimilikinya – sekalipun dimilikinya dengan menyewa – ataupun dijadikan penghasilan seumpama wang – kepada yang memerlukan – dengan jalan berlafaz- untuk jangka masa yang ditetapkan oleh pewakaf. Dengan itu – wakaf di sisi Mazhab Maliki ialah tidak memutuskan hak pemiliknya pada asset yang diwakafkan -hanya memutuskan hak mengguna pakai sahaja. 

DALIL PENSYARIATAN

a) AL-QURAN

Surah Al-Baqarah, ayat 261:
Bermaksud: Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah (perbelanjaan derma) ialah seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui.

Surah Ali ‘Imran, ayat 92:
Bermaksud: Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

b) HADITH NABAWIYAH

Dari Abu Hurairah, r.a, Rasulullah S.A.W bersabda: Bermaksud: “Apabila mati anak Adam, akan terhentilah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (harta yang diwakafkan), ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang mendoakannya” 

Hadith Riwayat Muslim Hadith dari Ibni Umar r.a. Hadith dari Ibni Umar r.a. dia berkata: Umar telah mendapat sebidang tanah di Khaibar lalu dia datang kepada Nabi s.a.w untuk minta pandangan tentang tanah itu, maka katanya yang bermaksud: “Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mendapat sebidang tanah di Khaibar, di mana aku tidak mendapat harta yang lebih berharga bagiku selain daripadanya, (walhal aku bercita-cita untuk mendampingkan diri kepada Allah Azzawajalla) apakah yang hendak engkau perintahkan kepadaku dengannya?” Maka sabda Rasulullah s.a.w kepadanya yang bermaksud: “Jika engkau hendak tahanlah (bekukan) tanah itu, dan sedekahkan manfaatnya.” Maka Umar pun sedekahkan manfaatnya dengan syarat tanah (maukuf) itu tidak boleh dijualbeli, tidak dihibahkan (beri) dan tidak diwariskan (dipusakai). Tanah itu diwakafkan ke atas fakir miskin, kaum kerabat, memerdekakan hamba sahaya, sabilillah, ibnissabil dan tetamu. Dan tidak ada halangan bagi orang yang menguruskan (yang diberi kuasa menjaganya yakni Nazir) untuk mengambil upah sebahagian darinya dengan cara yang wajar dan mengambil upahnya tanpa menganggap bahawa tanah itu miliknya sendiri.

c) IJMA’

Imam Al-Qurthuby berkata:
Sesungguhnya permasalahan wakaf adalah ijma (sudah disepakati) di antara para sahabat Nabi; yang demikian kerana Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Aisyah, Fathimah, Amr ibn Al-Ash, Ibnu Zubair, dan Jabir, seluruhnya mengamalkan syariat wakaf, dan wakaf-wakaf mereka, baik di Makkah mahupun di Madinah, sudah dikenal masyhur oleh khalayak ramai. (Rujuk: Tafsir Al-Qurthuby: 6/339, Al-Mustadrah 4/200).

Jabir berkata: Tiada seorangpun dari sahabat Nabi yang memiliki kemampuan dan kelapangan rezeki, kecuali pasti pernah mewakafkannya. (Rujuk: Al-Mughni 8/185, Al-Zarkasyi 4/269).

Imam Tirmidzi menyatakan: Wakaf telah diamalkan oleh para ulama, baik dari kalangan sahabat Nabi mahupun yang lainnya, saya tidak melihat ada perbezaan pendapat di kalangan ulama mutaqaddimin tentang bolehnya wakaf, baik wakaf tanah mahupun wakaf yang lain.? (Rujuk: Sunan Tirmidzi 5/13 setelah hadits no. 1375). 

RUKUN WAKAF

a) Wakif (pewakaf).

Di antara syarat-syarat pewakaf adalah:
  • Mestilah memiliki secara penuh harta yang ingin diwakafkan, bermakna ia merdeka untuk mewakafkan harta itu kepada sesiapa yang ia kehendaki.
  • Berakal (sempurna akal fikiran) dan waras pemikirannya.
  • Baligh.
  • Pilihan sendiri untuk berwakaf dan tidak dipaksa (ikhtiar bi nafsih). 

b) Mawquf (harta yang diwakafkan).

  • Harta itu mestilah benda yang dapat diambil manfaatnya.
  • Harta yang diwakafkan mempunyai nilai harga (mutaqawwim).
  • Harta yang diwakafkan itu adalah milik sempurna oleh orang yang berwakaf (waqif).
  • Diwakafkan untuk tujuan yang baik sahaja dan tidak menyalahi syarak. 

c) Mawquf ‘Alaih (penerima wakaf).

  • Orang yang boleh untuk memiliki harta (ahlan li al-tamlik) – orang Islam, merdeka dan kafir zimmi boleh memiliki dan menerima manfaat harta wakaf. Manakala orang yang tidak sempurna akalnya, hamba sahaya, dan orang gila tidak sah menerima wakaf.
  • Penerima wakaf mampu menjadikan manfaat wakaf sebagai hal taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah S.W.T) dan perkara ini hanya ditujukan untuk kepentingan Islam sahaja. 

d) Sighah (penyataan wakaf).

  • Pernyataan wakaf yang dibuat sama ada secara lisan, tulisan bersama lafaz ataupun isyarat.
  • Melalui lafaz sama ada secara soreh atau kinayah. 
  • Lafaz soreh: lafaz yang jelas membawa maksud yang tertentu sahaja seperti “Saya mewakafkan rumah saya untuk orang-orang fakir”. 
  • Lafaz kinayah: lafaz yang membawa banyak maksud seperti “Hartaku adalah sedekah kepada fakir miskin”.
Sumber: www.ywm.gov.my

Inilah pelaburan dan perniagaan yang sentiasa menguntungkan kita... Pahala waqaf sentiasa mengalir...insha Allah hinggalah kita meninggal dunia. Selagi harta yang kita waqafkan digunakan oleh orang lain atau diamalkan oleh orang ramai, selagi tulah pahala itu berjalan. Mana perniagaan kat dunia ni yang macam tu kan... Tapi perniagaan dan perlaburan akhirat ada... Nak berwaqaf, tak susah tapi wakafkan selipar ke, sejadah ke kat surau tempat kerja kita tapi dengan syarat ikhlas, maksudnya tak perlu la mention nama pewakaf kan... Insha Allah... Jom kita sama-sama buat perniagaan dan pelaburan akhirat ni... Insha Allah, jika hati kita fikirkan akhirat,hati kita tak serabut nak fikir duit di dunia yang tak kan kekal lama ni... Jom berwakaf... 

9Ulasan

  1. thanks sharing.. dari xtahu jadi tahu..!

    BalasPadam
  2. insyaALLAH, perkara paling mudah dilakukan dan pahala yang berlipat ganda..yang penting iklas dan bukan menunjuk-nunjuk ;)

    BalasPadam
  3. subhanallah.. perkongsian yg sgt bermanfaat.. thanks kak

    BalasPadam
  4. Nak wakafkan besar2 mmg tak mampu la, tapi betul la jgk kak, selipar telekung sejadah pun kita boleh wakaf kan.. terima kasih kak

    BalasPadam
  5. skrng mmng orang berlumba2 niat.. tp dalam masa yng sama, kadang kuat berkira.. sedekah tak bg.. kdng2 dari situ rezeki tak masuk kn..

    BalasPadam
  6. TQ sharing ilmu ni sis..
    Kalau dpt wakafkan sesuatu bagusnya..pahalanya akan mengalir sepanjang hayat..InsyaAllah! :)

    BalasPadam
  7. Besar pahala disisi Allah...tapi mampukah kita?

    BalasPadam
  8. Subhanallah.. berbahagia di dunia & menguntungkan di akhirat, in shaa Allah... aamiin.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ