GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kenapa Air Kencing Bayi Lelaki kategori Najis Mukhaffafah???

Dulu, bila belajar Fiqh bab Taharah (bersuci), tertanya sendiri kenapa dalam hukum Islam,  air kencing bayi lelaki kategori najis mukhaffafah atau najis ringan, tetapi najis bayi perempuan kategori najis mutawasittah atau najis pertengahan???

Cara menyucikan kedua jenis najis ini berbeza... Najis mukhaffafah, hanya dengan memercikkan air mutlak ke tempat yang terkena najis. Manakala, najis mutawasittah pula, cara menyucikannya perlu buang dahulu najis, kemudian basuh dengan air mutlak hingga hilang bau, warna dan rasa... 

Dari segi cara menyucikan dah berbeza.. Menyucikan najis mutawasittah lebih detail berbanding najis mukhaffafah... Ciri-ciri yang dikelaskan dengan najis mukhafafah ialah:
  1. Air kencing Bayi lelaki
  2. Bayi tersebut Berusia dua tahun ke bawah.
  3. Hanya minum susu ibunya sahaja. Jika dah bercampur dengan makanan pejal atau susu formula tidak termasuk dalam kategori najis mukhaffafah, tetapi kategori najis mutawasittah dan cara menyucikan najisnya perlu ikut cara najis mutawasittah...


Bila tengok ciri khas ni, tertanya kenapa bayi lelaki??? Kenapa tidak bayi perempuan... Ok,.meh sini nak jelaskan... Menurut ulama fiqh dan juga orang yang arif tentang perubatan dan sains, sebenarnya dari sudut sains, terdapat perbezaan antara ciri-ciri air kencing bayi lelaki dan bayi perempuan... Boleh klik gambar di bawah untuk tumbesaran yang lebih jelas... 

Jadi,.sebenarnya dalam Islam bukanlah nak wujudkan diskriminasi terhadap perempuan atau wanita... Tetapi sebenarnya, inilah jawapannya...

Syukurlah kita dilahirkan sebagai wanita... Allah dan Rasul sayang kita sebenarnya... 

Sumber rujukan dan screencaptured dari buku Fiqh Wanita (Wanita Dambaan Syurga), buku ini juga, adalah buku rujukan utama dalam rancangan Cinta Ilmu Fiqh Wanita bersama Ustazah Isfadiah di TV alHijrah... Rujukan lengkap untuk para wanita... Belilah tak rugiii...:-)

9Ulasan

  1. itu yang sebaiknya....nice sharing...

    BalasPadam
  2. Allah menjadi sesuatu itu ada sebabnya..indahnya menjadi wanita :)

    BalasPadam
  3. Info ilmu yg baik.. t kasih diatas perkongsian..

    BalasPadam
  4. baru aiza tahu sebabnya selepas membaca entri ini.. setiap apa yang Allah tetapkan pasti ada hikmah yang tersendiri..

    BalasPadam
  5. setiap sesuatu pasti ada asbabnya...Allah Maha Mengetahui segala galanya

    BalasPadam
  6. syukran sis....baru jelas bila baca :)

    BalasPadam
  7. Salam
    Salam
    Wanita harus terima derajat lelaki satu tingkat tinggi .. Dan neraka lebih ramai wanita.


    BalasPadam
  8. http://detikislam.blogspot.my/2013/05/fakta-disebalik-air-kencing-bayi-lelaki.html?m=1

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ