GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kelebihan Mendidik Anak Perempuan

Seperti satu kepelikan dalam masyarakat kita, jika anak sulung perempuan, anak kedua mengharapkan anak lelaki, dan begitu juga sebaliknya... kenapa perlu ke lahir sepasang anak??? Bagi aku tak kisah ada anak lelaki atau perempuan kerana anak itu anugerah dan amanah Allah... Alhamdulillah, kami dikurniakan dua anak perempuan setakat ni... Syukur dan sesungguhnya aku yakin, Allah lebih tahu kemampuan aku dan suami untuk mendidik anak perempun... dan dalam mendidik anak perempuan dan lelaki sememangnya ada cabaran dan dugaan yang berlainan... 
Salah didik anak perempuan, jadilah seperti dalam kartun ni.. nauzubillah...
Sumber: google images
Dalam Islam rupanya, ada kelebihan bagi sesiapa yang menjaga/mendidik/memelihara anak perempuan... Hayati maksud hadis Rasulullah s.a.w ini:

Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." 
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi) 
Huraian Hadith: 

1. Perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. 

2. Kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

3. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud: "Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita." Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.

4. Kata orang ˜menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang'. Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

5. Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.
Sumber: google images
Alhamdulillah.. syukur dikurniakan anak perempuan... sesungguhnya Allah tahu kemampuan kami untuk mendidik anak perempuan sebaik mungkin.. dan aku akui, sangat mencabar mendidik anak perempuan, kerana perlu banyak sabar dan bermain dengan emosi, siapa ada anak perempuan tahu la kan camne, dengan kuat merajuk, sensitif dan segala macam perangai dan kehendaknya lagi.. Apa-apa pun, jika dididik sebaik mungkin dengan sabar dan ke jalan yang diredhai Allah, insha Allah syurga dan pahala menanti... bukan bermakna mendidik anak lelaki tiada ganjaran, ada dan tetap berpahala, cuma cabaran mendidik anak perempuan ni lebih... cuba bayangkanlah hadis Nabi s.a.w tentang golongan yang banyak di neraka ialah wanita.. jadi sebagai ibu bapa, nak didik anak perempuan untuk elak diorg masuk neraka tu bukan senang, sebab diri sendiri sebagai ibu bapa pun belum tentu ke syurga kan... 

Antara hadis lain berkaitan kelebihan menjaga anak perempuan:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.” Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?” Sabda baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.” Seorang lelaki berkata, “atau untuk seorang wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Juga untuk seorang.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim) 

Riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari) 
Sumber rujukan: Page di FB

Jadi, buat para wanita dan remaja perempuan, jadilah yang terbaik untuk ibu bapa kita, kita sebagai anak sudah pasti tak nak ibu bapa ke neraka kan... Jadi, dengarlah kata orang tua dan sayangilah mereka sebagaimana mereka sayangi kita sejak kecil... 

13Ulasan

  1. alhamdulillah dpt ilmu singgh bca n3 akk

    betul tu kak,anak llki atau perempuan keduanya ttap rezeki dari Allah

    smga dipermudahkan buat ibu bapa dan saya serta suami nnti sekiranya dimurahkan rezeki dpt anak perempuan.aamiin

    BalasPadam
  2. thanks 4 sharing..rujukkan yang berguna untuk saya satu hari nanti insyallah...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  3. salam Maria, secara langsung sy memang tersentuh kerana sy juga punya tanggungjawab membesar dan mendidik 2 anak gadis yg kian meningkat dewasa... , membesar depam mata mengikut syariat Islam itulah yg diharapkan ; semoga Allah memberikan kekuatan untuk kami suami isteri melalui cabaran ini, ..kalau ikut kata sesetengah pihak jaga anak perempuan lbh senang dan ada juga kata jaga anak lelaki lagi mudah..wallhualam ..masing2 dengan alasan dan yg pasti anugerah Allah wajib dijaga/dididik dengan baik.

    BalasPadam
  4. banyak pancarobanya mendidik anak lelaki dan perempuan nie....

    BalasPadam
  5. Anak lelaki atau perempuan, bersyukurlah diatas anugerah Allah. Yg penting, berilah didikan yg sempurna...ilmu dunia dan akhirat yg secukupnya.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah Akak sy pun dapat anak perempuan 2 org comel2 lagi... Insha Allah sy akan didik dgn Ilmu Agama yg secukupnya...

    BalasPadam
  7. insya-Allah setiap hari berusaha menjadi anak yang terbaik untuk mak..

    BalasPadam
  8. perkongsian yg sgt bermanfaat.. ibubapa sy ada 3 org anak perempuan. moga2 mereka diantara yg bertuah mendapat ganjaran drpd Allah swt.

    BalasPadam
  9. Saya ada 3 anak perempuan & sorang je lelaki huhu.. :D

    BalasPadam
  10. Jadi, buat para wanita dan remaja perempuan, jadilah yang terbaik untuk ibu bapa kita, kita sebagai anak sudah pasti tak nak ibu bapa ke neraka kan...


    kita sebagai anak perempuan memang sentiasa nak buat yang terbaik..tp tak pernah di hargai pun.
    ayah cuma nampak anak lelaki je yang bagus.nak apa semua dapat..

    rasa macam malang jadi ank prmpuan ni. bab kerja rumah semua kena buat.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ