14 Februari 2014

Hukum Pakai Gelang Berloceng

Sumber:google images

Soalan: 
Saya baru mendapat seorang cahaya mata puteri. Saya terlalu gembira dan teruja menyambut kelahirannya dengan bermacam-macam barang perhiasan yang saya belikan termasuk gelang kaki. Apakah hukumnya memakai gelang kaki/tangan berloceng atau tidak berloceng?

Jawapan: 
Dinasihatkan kepada diri sendiri dan ibu bapa yang lain untuk menyambut kelahiran putera-puteri dengan cara bersyukur kepada Allah SWT. Antara cara kita bersyukur ialah membanyakkan sedekah kepada ibu bapa bayi-bayi di luar sana yang serba tidak berkecukupan, sehinggakan tidak mampu membeli pakaian bayi biarpun sehelai. 

Justeru daripada membeli bermacam-macam perhiasan untuk anak tersayang, belilah beberapa perhiasan sahaja manakala duit selebihnya disedekah kepada mereka yang lebih memerlukannya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” [Surah Ibrahim, ayat7]. 

Adapun hukum memakai perhiasan gelang tangan atau kaki berloceng kepada bayi, maka ia dibolehkan. Malah ada kebaikan di sebaliknya, iaitu ibu bapa dapat mengetahui bayi sudah terjaga dari tidur, sedang merangkak atau sedang bermain-main sendiri.

Larangan memakai gelang berloceng hanya ditujukan kepada wanita yang sudah baligh, kerana bunyi loceng itu, sama ada disengajakan atau tidak akan menarik perhatian kaum lelaki untuk mengganggu mereka. 

Allah SWT berfirman: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya…… jangan mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.” [Sebahagian dari ayat 31 surah al-Nur]

Kesimpulannya:
  • Cara melahirkan rasa syukur dalam Islam atas kelahiran cahayamata ialah, sedekah akikah dan doa selamat serta membantu orang yang memerlukan.
  • Boleh membeli sesuatu bernilai untuk zuriat sendiri asalkan hasil lebihan harta yang telah kita sedekahkan.
  • Harus memakaikan gelang berloceng kepada anak kecil sebagai peringatan dan keselamatan.
  • Haram memakai gelang berloceng bagi wanita yang sudah baligh, kerana cara tersebut cara wanita jahiliyyah untuk menarik minat lelaki kepada mereka... 
  • Justeru, jika nak beli barang kemas kat anak pastikan hasil tu adalah lebihan dari sedekah yang kita dah buat dan barangan kemas seperti loceng kaki hanya boleh dipakai sebelum baligh, dah baligh haram pakai... 

7 ulasan:

  1. terima kasih berkongsi mengenai permasalahn ini, ..pemakaian gelang loceng bg baby dibolehkan bg tujuan tertentu ...dan haram bg wanita.

    BalasPadam
  2. nice sharing terima kasih dear :)

    BalasPadam
  3. entri ni mengingatkan tentang sesuatu perkara, thanks for sharing maria... *_^ salam jumaat...

    BalasPadam
  4. Mudah2an menjadi peringatan yg baik buat kita semua.. terutamanya wanita...

    BalasPadam
  5. Pernah pakai at one time..tapi tulah terpaksa jalan slow-slow takut bunyi..he..he

    BalasPadam
  6. Glad to know this, thanks for sharing ^^

    BalasPadam
  7. tb smpi skg pki berloceng.hurmm acaner er

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^