GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Bolehkah Potong Kuku dan Rambut Ketika Berpantang???

Bagi wanita Melayu, banyak pantang larang ketika berpantang ataupun selepas melahirkan anak. Cuma ada yang masih kuat amalkan pantang larang ini dan ada yang amalkan yang mana penting sahaja. 

Antara pantang larang yang biasa kita dengar ialah pantang bab pemakanan selepas bersalin... Ini biasa dan kebanyakannya amalkan hingga sekarang, cuma ada beberapa pantang larang berkaitan dengan adat Melayu lama, antaranya ialah wanita dalam pantang dilarang memotong kuku dan rambut selama mana dalam pantang. Pantang larang ini adalah bertujuan,kononnya angin meroyan naik ke kepala dan boleh menyebabkan gila meroyan... 

Pendapat aku sendiri, pantang larang ini bertentangan dengan ajaran dan syariat Islam kerana ia berkaitan dengan Taharah ataupun kebersihan. Islam amat titik beratkan bab kebersihan. Di dalam hukum fiqh Islam, wanita yang berjunub atau sedang berhadas besar tidak dibenarkan melakukan ibadat-ibadat wajib seperti solat, puasa, tawaf, masuk masjid, memegang al-Quran, bersetubuh... Tetap bab taharah tetap ditekankan dalam Islam walaupun ketika berjunub. 
Sumber:Buku fiqh wanita bahagiab Taharah
Fahaman adat Melayu, wanita yang berhadas besar sebagai kotor adalah tidak munasabah...kerana dalam Islam tiada diskriminasi terhadap wanita berhadas besar, cuma ada sebab-sebab dan hikmah tertentu kenapa larangan tersebut dikenakan kepada wanita yang sedang berhadas besar. Tiada dalil nas al-Quran atau Hadis tentang larangan memotong rambut atau kuku ketika berhadas besar. Bahkan ijmak ulama' juga tidak pula mengeluarkan kata sepakat tentang larangan memotong kuku dan rambut.

Justeru, wanita dalam pantang diharuskan dam dibolehkan memotong rambut dan kuku seperti biasa. Islam mementingkan kebersihan.. Kebersihan juga sebahagian daripada iman. Bayangkanlah jika adat dan pantang larang ini diamalkan, 44hari kuku tidak dipotong, pasti menyusahkan untuk si ibu menguruskan anak kan...

Jadi, Islam itu mudah tapi bukan untuk dipermudah-mudahkan...


8Ulasan

  1. fae selalu dgr kalo datang period x blh cut kuku. so, after reading entri akak, i can then conclude blh cut kuku walaupun masih period.

    BalasPadam
  2. Sangat berguna info nih, lebih jelas sekarang. Cantiknya blog, sebelum ni warna lain, kan? Purple adalah juga warna kegemaran saya..

    BalasPadam
  3. Wah cikgu cik akak suka entri cikgu yang nie.terbaik

    BalasPadam
  4. dlu time sek slalu excuse, ckp period bila spot check kuku. pdahal boleh je potong kuku mase period =)
    nice share .

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah... Terima kasih atas pencerahan mengenai potong kuku semasa dalam pantang...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ