14 Februari 2014

6 Cara Atasi Bibir Merekah!

Musim kemarau dijangka sampai bulan April.. Lama tu.. Sekarang ni pun dah rasa bahang... Kesan lain kemarau ialah bibir pecah... Pedih kot.. Pakai segala macam jenia pelembab bibir pun x berkesan... Dah minum banyak air pun sama je... Tapi ada beberapa langkah untuk rawat bibir merekah... Jom baca dan cuba amalkan... Hanya guna bahan-bahan yang mudah didapati...


♛ Butter / Mentega 
Ia bukan sahaja menyedapkan lagi masakan tetapi ia juga boleh membantu mengatasi masalah bibir kering. Caranya mudah, ambil sepotong butter / mentega yang kecil kemudian oleskan ke seluruh bibir. Ini kerana, lemak yang ada di dalam butter / mentega boleh menyembuhkan kulit kering dan mengembalikan kelembapan secara alami. Selain itu, ia juga boleh menghilangkan warna lebam di bibir.  
♛ MADU 
Madu memang terkenal dengan 1001 kebaikannya. Salah satunya ialah merawat kulit yang kering dan mengekalkan kelembapan sama seperti fungsi butter / mentega. Kamu boleh oleskan madu di seluruh kulit bibir dan biarkan ia mengering dengan sendiri. Cara lebih mujarab, kamu boleh campurkan beberapa titis air lemon ke dalam madu yang sedia ada. 

♛ TOMATO 
Selain memberi manfaat pada kulit wajah, tomato juga boleh merawat masalah bibir kering. Caranya mudah sahaja, potong tomato mengikut kesesuaian kemudian oleskan ia di bibir, jangan bilas dengan air. Biarkan ia mengering dan kemudian sapukan beberapa titis madu di bibir. 

♛ LOBAK MERAH 
Jangan terkejut, lobak merah sebenarnya mempunyai manfaat mencerahkan warna bibir dan mengekalkan kelembapannya juga. Kisar lobak dengan menggunakan blander sehingga menjadi minuman. Sebelum kamu minum, tapiskan dahulu air tersebut kemudian ambil ampas dan letakkan di bibir selama beberapa minit. Kemudian bilas dan jangan lupa untuk minum air lobak yang tersedia.

♛ MINYAK KELAPA 
Selain bagus untuk rambut, minyak kelapa juga sangat sesuai di pakai ketika kulit bibir mengering dan pecah-pecah. Oleskan minyak tersebut beberapa kali sehari setiap kali bibir terasa kering. Pastikan minyak kelapa sentisa ada di dalam tas tangan kamu sebagai langkah persediaan.

♛ TIMUN HIJAU 
Pasti kebiasaan kamu menggunakan timun sebagai masker bukan? Selain digunakan sebagai penyejuk muka, ia juga boleh mengekalkan kelembapan di bibir. Kamu hanya perlu potong timun mengikut kesesuian kamu kemudian gosok-gosokan isi timun ke bibir selama beberapa minit. Lakukan pekara ini setiap kali kamu rasa bibir mula mengering dan pecah-pecah. Lakukan setiap hari dan lihat hasilnya!

4 ulasan:

  1. butter dan madu tu bagus... akak amalkan butter, madu dan vaseline... *_^

    BalasPadam
  2. saya pakai lipstick collagen d'herbs. ehehehe..sesuai dgn sy lah.

    BalasPadam
  3. Thanks Maria..sekarang ni bibir kering sangat..panasa kan..nanti bolehlah cuba tips ni!!!

    BalasPadam
  4. madu adalah mmg terbaik mmg xdpt nafikan..mcm2 kegunaan madu boleh dibuat rupenyee kn ;)

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^