GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tips Hasilkan Susu Ibu Selepas Bersalin

Sumber: google images
Alhamdulillah, susu ibu adalah anugerah dan rezeki terindah buat ibu dan bayi selepas bersalin... Tetapi tak semua ibu akan terus ada susu ibu selepas bersalin... Pengalaman penulis sendiri, anak pertama terus dianugerahkan dengan susu ibu sebaik sahaja melahirkan, tetapi kelahiran kedua tidak begitu... Kena usaha untuk hasilkan susu ibu... 

Di sini, ada beberapa tips yang dikongsikan berdasarkan pengalaman sendiri... Tips untuk hasilkan susu ibu selepas bersalin...

1. Niat
Niat untuk menyusu anak sejak dari awal kandungan... 

2. Semangat
Niat dan semangat perlu seiring... Jika berniat tapi tiada semangat juang untuk menyusu badan, susah juga nak hadapi dugaan awal hasilkan susu badan.

3. Set Minda
Mind Setting itu penting. Bila minda kita dah disetkan, yang kita nak susukan dengan susu badan, walau macam mana diduga kita akan kuat hadapinya. Susu tiada selepas melahirkan dibuang jauh-jauh. Yakin dan set minda bahawa susu badan kita ada dan sentiasa ada untuk anak kita.

4. Banyakkan minum air kosong
Banyakkan minum air. Buang jauh-jauh pesanan orang tua, bahawa lepas bersalin jangan minum air banyak takut kembang rahim.. Buang jauh-jauh mitos tu...sebab badan kita sangat perlukan bamyak air terutama untuk hasilkan susu badan...

5. Makan kurma
Amalkan makan buah kurma sebaik sahaja melahirkan. Makanan sunnah yang memang terbaik untuk tubuh badan kita dan sesuai utk semua...

6. Bertungku
Bertungku selepas bersalin, tak kira bersalin normal atau secara pembedahan... Untuk usaha hasilkan susu badan, sentiasa buat urutan dengan geselkan tungku panas di tapak kaki... Tujuannya untuk melancarkan peredaran darah keseluruh badan... Teknik ni ala-ala refleksiologi... 

7. Kerapkan menyusu
Walaupun selepas melahirkan tiada susu, jangan putus asa...bagi juga bayi isap susu badan... Sebab air liur bayi bertindak balas dengan otak untuk menghasilkan susu badan... 

8. Doa dan tawakal
Selepas berusaha, berdoalah dan bertawakallah kepada Allah... Sambil menyusu badan banyakkan zikir dan istighfar... Amalkan zikir "Ya Matin" serta istighfar ketika menyusu bayi... 

Inilah antara usaha-usaha yang aku sendiri buat... Menyusu badan perlukan semangat yang kuat. Sebab sepanjang penyusuan memang kita akan diuji dan diduga. Jadi dengan semangat, doa dan tawakal... Insha Allah...penyusuan kita akan dipermudahkan... Insha Allah... 

4Ulasan

  1. Nice sharing Maria...best sgt kalau dpt menyusukan baby...teringat pengalaman dulu...

    BalasPadam
  2. terima kasih di atas perkongsian tips ini.. mungkin berguna untuk aiza 1 hari nanti..

    BalasPadam
  3. Ye btuk tips yg bgus..sy mse pregnantkan ank kedua memg byk minum air suam..Alhamdulillah memg susu byk...

    BalasPadam
  4. alhamdulilah anak kedua dapat merasa manisnya full BF.. and #2 tu rasa cam kadang kadang shot shot sket tu yang rasa nak giveup.
    Syukurla baby dah setahun masih lagi menempel :) tq for the tips

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ