GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tanda Kiamat: Masa Akan Menjadi Singkat

sumber: google images

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api". (Riwayat Tirmizi)

Keterangan:
Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa. Menurut Imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.

Sumber: Buku 40 Hadis Tanda Kiamat

Sekarang pun kita dah rasakan... masa cepat sangat berlalu... kalau bulan puasa pun tak terasa macam puasa kan... rasa kejap sangat... itulah tanda kiamat semakin dekat... moga sama-sama kita beringat... 

8Ulasan

  1. allah d tunjuk tanda2 kecil tp masih ramai yg menafikan +__+

    BalasPadam
  2. yup..saya pernah baca ni dalam buku..

    BalasPadam
  3. Maaf lama x jenguk. Singgah ari ni & nk ucap terima kasih mendoakan kesihatan saya yer!

    BalasPadam
  4. ramai org asyik nk meneka bilanya akan berlaku kiamat.. tanpa terlalu sikit bilangan yg mahu bertaubat

    BalasPadam
  5. ye la maria, 2 jam rasa macam 20 minit je.

    BalasPadam
  6. Mmg betul.. waktu skrng mmg terasa berjalan dgn cepat sekali.. Allahuakbar..

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ