27 Januari 2014

Petua Redakan Selesema Bayi

Sumber:google images

Hilangkan Selsema Kerisauan seorang ibu semakin menjadi apabila bayi kecilnya sudah beberapa hari mengalami selesema yang tidak reda. Merengek dan enggan menyusu membuatkan ibu semakin bimbang.  

Amalkan petua untuk menghilangkan selesema di kalangan bayi. Mungkin anda boleh cuba petua ini, mana tahu ia serasi dengan bayi anda.  

1. Guna kapur sirih dengan kunyit. Ambil kunyit hidup dan digesekkan dengan kapur makan. Sapu sepanjang batang hidung bayi.  

2. Madu membantu mengeringkan kahak. Campurkan madu dengan susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.

3. Daun sirih juga boleh digunakan untuk tujuan ini. Ambil beberapa helai daun sirih, ramas atau tekan menggunakan tangan dan ambil lendirnya. Sapu lendir sirih tersebut pada sepanjang batang hidung bayi.

Sumber: Majalah PaMa

Info tambahan:
Cara mencegah selesema:
1. Bagi ibu yang menyusukan anak, elakkan minum dan makanan sejuk...seperti minuman berais... Kena la pantang ea demi kesihatan anak...

2. Selalu tutup ubun-ubun dan kepala anak... Sebab ubun-ubun anak masih belum tumbuh tulang sepenuhnya, jadi angin sejuk.mudah masuk dan menyebabkan selesema.

3. Elakkan bawa bayi pergi ke tempat ramai orang...dan elakkan keluar pada waktu malam...

4. Selalu sapukan minyak bayi pada ubun-ubun, tapak kaki dan betis setiap masa... Terutama waktu pagi dan malam...dan pakaikan sarung kaki...


Posted via Blogaway

7 ulasan:

  1. perkongsian yg sgt bagus.. ! emm thx sharing.

    http://cartiecacloset.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian .. :)

    BalasPadam
  3. masa aiyan kecik pun akak gune petua yg kunyit tuh... sbb doc tak galakkan bby bwh setahun mkn ubat selsema kan... alhamdulillah kadang berhasil jgk n akak msh bg aiyan minum madu tiap hari

    BalasPadam
  4. CN selalu amalkan minum air madu, selain sedap, elok utk kesihatan ;)

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^