10 Januari 2014

Jimat Masa & Cara Mudah Memasak


Kisar ramuan
Pastikan kisar terlebih dahulu lada kering, bawang besar, bawang putih dan halia secara berasingan. Kemudian simpan di dalam bekas berpenutup dan simpan di dalam peti sejuk. Apabila anda ingin menyediakan hidangan, anda hanya perlu mengambil bahan tersebut dan ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa penyediaan hidangan.

Siang ikan dan ayam terlebih dahulu
Pastikan ikan dan ayam yang telah dibeli daripada pasar raya disiang terlebih dahulu dan dicuci bersih sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Ini dapat membantu anda mempercepatkan proses penyediaan hidangan tanpa perlu membuang masa untuk melakukan pelbagai perkara sebelum
memasak.

Rancang menu
Selalu fikirkan masakan yang hendak disediakan untuk keluarga lebih awal. Perancangan menu yang berjadual dapat mengelakkan anda daripada membuang masa terlalu lama untuk memikirkan menu yang ingin dimasak. Jika anda mempunyai jadual menu harian, pasti setibanya di rumah anda terus dapat menyediakan hidangan dengan serta-merta.

Kupas kulit
Jika anda tidak gemar mengisar bahan-bahan seperti bawang merah dan bawang putih terlalu awal untuk disimpan di dalam peti sejuk. Jadi anda hanya perlu kupas terlebih dahulu kulit bawang dan cuci bersih. Kemudian toskan dan simpan di dalam bekas berpenutup sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Ketumbar biji dan jintan biji siap disangai
Bila hari minggu, ada baiknya ketumbar biji dan jintan biji disangai (digoreng tanpa minyak). Kemudian kisar dan simpan di dalam bekas berpenutup. Cara ini akan dapat mengekalkan aroma dan paling utama cara ini dapat membantu anda menyediakan hidangan istimewa dengan lebih cepat proses penyediaannya.

Adakan stok makanan dingin beku
Nugget, kentang, tempura isi ikan burger, karipap dan sebagainya perlu ada di dalam peti sejuk. Menyediakan hidangan ini lebih mudah dan cepat.

Perapan ayam
Jika anda telah merancang untuk menyediakan menu ayam goreng pada esok hari. Sebaiknya pada malam itu anda telah gaulkan serbuk kunyit dan garam terlebih dahulu. Kemudian jangan disimpan di dalam freezer, tetapi letakkan ayam tersebut di dalam peti sejuk sahaja. Jadi setelah pulang ke rumah anda boleh terus menggoreng ayam tersebut dan ia cukup menjimatkan masa.

Petua yang sesuai untuk isteri yang bekerjaya...

10 ulasan:

  1. tip y saya amalkan..wat stok lada kering dah siap blender..lauk2 dah siap bersiang..

    BalasPadam
  2. ini yg sy buat. jimat masa, balik keje, ambil br dari peti ais then masak. mak saya yg bagi idea.hihi

    BalasPadam
  3. bagusnya tips ni... sesuai untuk ibu yang berkerjaya..

    BalasPadam
  4. Saya amalkan hampir kesemuanya tapi bila ke dapur tu ada ajelah yang melambatkan!

    Fikir tentang menu tu, awal pagi nak pergi kerja dah fikir apa nak masak untuk malam sebab senang kalau singgah ke kedai sebelum balik kerja ada list nak dibeli, tapi bila balik rumah tetiba aje rasa nak tukar menu!Geram!

    BalasPadam
  5. perkongsian yang baik.. selalunya ibu yang bekerjaya tiada masa untuk memasak.. dengan membuat persediaan begini tentu dapat menjimatkan masa.. :D

    BalasPadam
  6. banyak benda yang kita boleh buat untuk memudahkan kerja harian kita sebagai isteri dan ibu kan
    mencari fesyen Korea Murah dan Menarik.. Esgee

    BalasPadam
  7. cili blender mmg siap sedia dlm freeze..yang lain tunggu nak masak baru dipotong..hehe

    BalasPadam
  8. Petua yg bagus nih..in shaa Allah akan buat utk jimatkan masa memasak

    BalasPadam
  9. Petua yang bagus..selain dari siang ayam dan ikan siap2..sy juga bahagikan kepada beberapa bahagian utk di masak (mengikut hari)..thanks...petua2 lain sy akan cuba..

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^