GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

15 + 2 Tanda-Tanda Kamu Tertekan!


1) Mudah berubah mood dan mengalami masalah mood swing yang teruk hingga menyebabkan orang di sekeliling kamu mula tidak selesa dengan kehadiranmu. 

2) Tiba-tiba kamu terasa hiba dan mahu menangis tanpa sebab. 

3) Kamu bukanlah seorang yang pemakan, tetapi sejak akhir-akhir ini kamu kerap membeli makanan dan makan dalam kuantiti yang banyak dan lebih berbanding biasa. 

4) Secara tiba-tiba kamu terbayang-bayangkan bilik air yang mempunyai buth tub yang dipenuhi dengan buih-buih dan di hangatkan lagi dengan cahaya malap lilin beraroma. 

5) Bila menaip keyboard kamu seakan meghentak jari-jemari kamu di setiap block-block huruf yang ada di papan kekunci. 

6) Kamu sering berdengus , mengecit dan mengeluh bila melakukan sesuatu atau termenung keseorangan. 

7) Hilang fokus hingga menyebabkan kamu sendiri keliru apa yang perlu kamu lakukan sebenarnya. 

8) Mula lakukan aktiviti yang tidak sihat seperti merokok, melepak dan sebagainya. 

9) Jawab telefon dengan nada yang garang dan tidak mesra. 

10) Jerawat mula timbul di seluruh wajah secara tiba-tiba. 

11) Bila bangun tidur, kamu sedari tapak tangan kamu sakit dan berbekas akibat cengkaman kuku yang kuat . 

12) Kamu sangat terkenal dengan sikap ramah dan ceria, namun tiba-tiba kamu berubah menjadi seorang yang pendiam dan suka menyendiri. 

13) Sering menongkat dagu. Bukan kerana bosan tetapi entah kenapa fikiran kamu jadi kosong seperti hilang arah tujuan. 

14) Cepat melenting dan pemarah. Ada sahaja yang tidak kena.Bila dah marah-marah tiba-tiba kamu tersedar “kenapa aku marah orang tu macam tuh tiba-tiba! Hadui sebersalah pulak!”. 

15) Bibir kering dan mata mula kabur itu tandanya kamu perlukan waktu untuk rehatkan minda sebentar. 

16) Mempunyai masalah dan tidak selesa melihat bayangan diri sendiri di cermin. 

17) Sering terlupa benda-benda penting


Bila lihat balik tanda-tanda ni, betullah kadang-kadang kita tak perasan yang kita dalam tertekan kan... Lepas ni kena la alert dengan perubahan diri sendiri... 

5Ulasan

  1. Thanks maria..bahayakan bila kita tak perasan sebenarnya jiwa kita tertekan...semog dijauhkan...

    BalasPadam
  2. Tekanan boleh buat jiwa kacau.. klu tak dirawat boleh jadi tak siuman.. semoga kita semua sentiasa dijauhkan.. aamiin

    BalasPadam
  3. nk tudung bawal rose meh join sini http://artisarainbow.blogspot.com/2014/02/segmen-saya-nak-tudung-bawal-roses.html

    BalasPadam
  4. cukuplah dulu pernah kemurungan ..ishh serik

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ