07 Disember 2013

Ada Sebab Allah Rahsiakan Jodoh

Sumber: google images

Bab jodoh pula aku isukan... Biasa aku baca bab jodoh di blog acik a.k.a +Aku Penghibur ... Acik rajin la kongsikan tips dan renungan pasal jodoh ni.. cuma aku sebagai seorang isteri dan ibu yang dah berkahwin, sekadar ingin berkongsi pengalaman pasal jodoh ni..

Sebenarnya, aku tak pernah alami apa itu "Cinta Monyet".. biasakan dengar istilah ni.. terutama bagi pelajar sekolah dan remaja masa kini... sekolah rendah dah hangat nak berpakwe-makwe kan... atau istilah orang Utara "marka"... Aku tak pernah de rasa cinta sebelum masanya... bila timbul rasa cinta, iaitu bila usiaku menjangkau 22 tahun di zaman Universiti tahun ke-2... wah.. boleh ingat lagi kan... zaman sekolah memang pegang amanat dan pesan mak, zaman sekolah, belajar betul2 jangan nak bercinta... memang tak bercinta... lagipun watak aku agak kasar macam tomboi kot... xde sapa nak... tak kisah la kan.. sebab memang aku belajar je masa tu.. nak pula zaman aku sekolah dalam kelas lelaki tak ramai.. lagi lah tak pandang kan... jadi memang belajar aje.. 

Bila di universiti, datang perasaan "cinta" tu, aku tak tahu nak buat macam mana... hhu.. mula teringin nak ada pasangan.. jadi langkah pertama ialah aku kenali dulu siapa makhluk bernama lelaki ni.. mula research sifat, perangai, dan semuanya pasal lelaki di internet...  sebab kita diciptakan berbeza.. aku mula ramaikan kawan... mula ada akaun di Friendster dan Tagged yg femes masa tu kan... dan chatting di YM, tapi nak dijadikan cerita ntah macam mana aku ter"register akaun di laman sosial e-Kawan.. 

Sumber: google images

Laman e-Kawan tu, rupanya boleh cari kawan ramai... aku pun ramaikan kawan.. dari laman tu aku jumpe ramai lelaki tapi bukan realiti, tapi hanya fantasi di alam maya.. dan di pendek kan cerita... memang ramai aku kenal termasuklah buaya-buaya di alam maya... memang wujud ea buaya di alam maya... kena hati-hati.. akhirnya, lepas kawan putus dan putus... aku pasrah je.. sampailah satu hari terjumpa satu kata-kata dan madah cinta... "CINTAILAH ILAHI, PASTI KAU AKAN TEMUI CINTA YANG SEJATI"...

Aku jadikan madah tu sebagai azimat dalam hati.. akhirnya aku ubah pendirian tu, niatku dalam diri dengan izin Allah aku nak kahwin umur 24 tahun.. padahal tak jumpa lagi jodoh tu, dan dengan ciri-ciri yang aku nak tu ada aku senaraikan... tapi aku tak lagi macam mula-mula rasa cinta tu... aku banyak dekatkan diri dengan Allah... sebab kata-kata tu, buatkan aku terpikirkan.. solat sunat, puasa, dan amalan-amalan sunat yang lain.. hingga aku rasa, aku tak perlu lagi cinta manusia, dan aku jadikan Rabi'atul Adawiyah sebagai idola masa tu.. tapi dengan izin Allah, Allah temukan aku dengan cinta sejati yang aku sertakan ciri-cirinya.. dan alhamdulillah, dengan restu keluarga kami disatukan... 

Sumber: google images
Kisah ini, aku kongsikan untuk renungan bersama, terutama adik-adik yang sedang hangat bercinta.. kenapa Allah rahsiakan jodoh atau lambatkan jodoh, itu tanda Allah sayang... Jika masih belum jumpa jodoh, dekatkan diri kepadaNya, dan jadikan Allah sebagai cinta sejati dan utama kita... jika Allah tak temukan tu, maknanya hati kita masih letakkan cinta kepada manusia melebihi cinta kepada Allah.. Allah tahu isi hati kita...  Terus terang aku katakan... sangat berbeza sebelum dan selepas kahwin, dan kenapa Allah letakkan pahala orang sebelum dan selepas kahwin itu berbeza... 

Sebenarnya, sebelum kahwin, wajiblah kita banyakkan amalan-amalan sunat dan dekatkan diri dengan Allah.. seperti baca al-Quran, al-Mathurat, solat-solat sunat, qiamullail dan puasa sunat... sebab pabila kita dah kahwin, memang mencabar dah nak buat semua tu... nak baca al-Quran pun kena curi masa... nak solat sunat pun terpaksa perang dengan anak, solat fardhu pun perang dengan anak dulu.. nak memasak, nak itu dan nak ini.. memang tak cukup masa dah nak buat semua tu.. sama aje lelaki atau perempuan.. bila dah berkhwin, lain rasanya..tanggungjawab dah makin besar kena galas.. amalan yg zaman bujang kita buat, kadang tak boleh nak buat bila dah kahwin, ada saja halangannya... jika sebelum kahwin boleh solat berjemaah solat terawih cukup sebulan, tapi dah kahwin, ada anak pula, memang solat di rumah aje lah.. itu pun tengok kudrat kan... sebab tu Allah ni Adil dan Maha Mengetahui, pahala orang kahwin dan belum kahwin lain... 

Jadi, jika belum jumpa jodoh.. selepas puas berusaha.. usaha tapi paling utama, usaha untuk mencari CINTA ALLAH.. insha Allah satu hari pasti ALLAH akan temukan kita dengan CINTA SEJATI yang kita cari.. insha Allah.. Allah tahu yang terbaik untuk hamba-Nya... sekadar itu jelah yg boleh aku kongsikan... usah runsingkan hal jodoh, tapi jangan berhenti berusaha... 

p/s: tak perlu publish diri sangat di laman sosial sebenarnya, suami aku dulu pun kenal di alam maya, padahal tak tengok muka boleh terpikat... semua tu kerja Allah.. sebab jika dah cinta, rupa paras bukan yang utama... tapi iman dihati yang lebih utama... 

5 Lokasi Terbaik Bawa Anak Bercuti Di Hujung Minggu

Hujung minggu datang lagi dan anda masih kebuntuan mencari tempat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga? Jangan pergi jauh-jauh kerana semuanya ada dalam negeri. Selain masa yang singkat, tempat-tempat ini juga menarik untuk menghabiskan masa bersama keluarga, dimana semua pasti akan gembira. 


KIDZANIA, KUALA LUMPUR
Ia terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya yang berdekatan dengan Ikea. Biasanya, tempat letak kereta dekat kidzania ni sentiasa penuh tetapi anda boleh saja meletakkan kereta anda di Ikea. Membawa anak-anak mengunjungi Kidzania ini pasti meninggalkan seribu pengalaman buat mereka. Mana tidaknya, Kidzania merupakan pusat hiburan yang berbentuk pembelajaran interaktif dan pengalaman bekerja untuk anak-anak. Jika sebelum ini mereka hanya tahu status pekerjaan ibu bapa, kali ini mereka akan diberi peluang untuk melakukan pekerjaan itu sendiri. Dari situ, anda boleh tahu minat anak-anak.


LEGOLAND, JOHOR
Legoland yang baru dibuka pada penghujung tahun lepas ini merupakan sebuah taman tema yang bertemakan lego. Untuk pengetahuan anda, setakat ini terdapat lima buah Legoland di dunia iaitu Denmark, United Kingdom, Jerman dan dua lokasi di Amerika Syarikat. Menariknya, Malaysia negara pertama di Asia yang buka cawangannya. Di sini juga terdapat lebih dari 40 permainan yang disajikan pada pengunjung. Jika anak anda 'gila' permainan lego, lokasi ini sesuai buatnya dan percayalah anak anda mungkin tidak mahu pulang!



ZOO TAIPING, PERAK
Sesekali bawa anak mendekatkan diri dengan habitat-habitat dan alam sekitar tidak ada salahnya. Selagi masih ada banyak binatang yang belum pupus, eloklah anda bawa anak-anak mengenali binatang yang terdapat di Zoo Taiping yang tidak jauh dari lokasi Bukit Larut ini. Jika anda terlewat sampai ke zoo, anda sekeluarga masih boleh menikmati keindahan alam semulajadi dan habitat yang aktif pada waktu malam. Bukan senang hendak melihat binatang-binatang ini keluar pada waktu malam dengan menggunakan lampu khas seakan cahaya bulan.



PUSAT SAINS NEGARA, KUALA LUMPUR
Terletak di Bukit Kiara, Pusat Sains Negara (PSN) merupakan sebuah muzium yang bertemakan sains dan teknologi. Beroperasi pada hari Sabtu hingga Khamis, kunjungan anda ke sini bukan sekadar melihat ilmu-ilmu sains tetapi membantu anak anda yang mempunyai minat yang tinggi terhadap bidang sains dan teknologi. Selain terdapat galeri dan pameran, terdapat juga taman pendidikan sains untuk anda rasai. Antara aktiviti yang boleh anda terokai adalah Alam Mesin Pintar, Science Wonderland, Eureka, Teater 3D, Sudut Islam dan Sains serta banyak lagi.



TAMAN BOTANI SHAH ALAM, SELANGOR
Bagi anda yang mempunyai anak yang lasak dan mahukan mereka meneruskan minat di dalam aktiviti lasak, jangan lupa bawa mereka ke Taman Botani Shah Alam. Selain dapat melihat taman haiwan, taman iklim empat musim, taman buah-buahan dan banyak lagi, anda boleh membawa anak anda merasai aktiviti perkhemahan. Tempat ini membolehkan anda berkumpul bersama dan terdapat ada kemudahan untuk bersolat. Selain berkhemah, terdapat aktiviti Skytrek, Flyfishing dan berbasikal.


Tak semua tempat kat atas tu pernah kami pergi... beberapa je yang dekat sekitar KL yang pergi.. Kidzania pun tak sempat pergi lagi.. tunggu umur yg sesuai la baru bawa Faiqah ke situ.. Memang sesuai bawa anak2 pergi tempat2 macam ni, sebab diorg boleh belajar sesuatu dari pemerhatian mereka sendiri... Belajar sambil berseronok... Jom bercuti... 
Hadkan Masa Menonton Televisyen

Hadkan Masa Menonton Televisyen


Anak-anak dan televisyen memang sukar dipisahkan. Tetapi jangan sampai mereka menjadikan televisyen sebagai tempat bergantung sehingga semua perilaku dipengaruhi oleh televisyen.

Penting bagi ibu bapa untuk mendidik anak agar tidak meniru perilaku dalam rancangan televisyen yang ditonton.

Kebanyakan rancangan yang tersiar dalam televisyen mengandungi banyak keganasan yang langsung tidak sesuai untuk peringkat usia kanak-kanak. American Academy of Pediatrics menyarankan ibu bapa menyediakan jadual atau menapis terlebih dahulu rancangan mana yang sesuai ditonton oleh anak-anak.

Apa Ditonton Anak!

  • Buat jadual menonton televisyen yang dipersetujui bersama. Misalnya dilarang membuka televisyen semasa waktu makan malam keluarga.
  • Hadkan waktu menonton televisyen, iaitu satu jam pada hari biasa dan dua hingga tiga jam di hujung minggu.
  • Jangan gunakan menonton televisyen sebagai ganjaran atau hukuman kerana  ia dapat membuatkan televisyen semakin tinggi nilainya di mata anak.
  • Seboleh mungkin temankan anak ketika mereka menonton kerana anda dapat menerangkan kekeliruan yang dilihat daripada rancangan televisyen.  


Rancangan Yang Sesuai Dipilih 
  • Mengandung nilai-nilai positif, misalnya berkongsi, rajin, berakhlak dan kasih sayang dalam keluarga dan kawan-kawan.
  • Sesuai dengan minat anak.
  • Merangsang rasa ingin tahu anak.
  • Membantu anak belajar bahasa dan tatabahasa baru.
  • Membuatkan anak gembira.
  • Mengembangkan minat anak pada aktiviti lain seperti membaca, dan melakukan kegiatan luar rumah.

Bagaimana Jika Si Kecil “TV Mania” 

  • Alihkan perhatian dengan memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan interaksi antara anda dan anak seperti membacakan buku cerita. Apabila kanak-kanak terlalu kerap menonton televisyen, mereka kurang tertarik pada buku. Mengurangkan masa menonton secara perlahan namun konsisten.
  • Galak anak melakukan aktiviti yang aktif seperti menunggang basikal, bermain bola yang banyak mengeluarkan peluh berbanding aktiviti pasif seperti menonton televisyen.
  • Disiplin menonton televisyen tidak akan berhasil jika ibu bapa sendiri tidak mengamalkan disiplin menonton televisyen di hadapan anak-anak.
Sumber: Majalah PaMa

Aku akui, sejak ada anak memang aku dan suami hadkan masa menonton tv dan rancangan kegemaran kami... walaupun rancangan, drama atau telefilem tu best, tetap kami tak tengok jika Faiqah tak tido atau main bersama... tambah2 kalau ada aksi gaduh, tengking menengking dan aksi2 negatif...termasuklah kartun... bahkan kartun Boboi pun kami tak bagi Faiqah tengok sebab ada aksi lawan-lawan kan... Upin Ipin pun ditapis... tak semua tajuk bagi tengok... Kalau hari minggu memang buat aktiviti luar, untuk elakkan dia ralit dengan tv... bagi pen dan kertas untuk dia buat apa yg dia suka... tapi setakat ni Faiqah memang tak minat dengan TV dan gadjet, dia suka aktiviti fizikal seperti nyanyi dan menari, serta main kejar2... mungkin itu lagi baik dari ada rancangan kegemaran... 

Trulylove Strawbery Pancake

Sarapan di hari minggu...
Memang plan nak buat pancake dari semalam.
Plan biasa-biasa sahaja... Tapi lebih luar biasa jadinya...

Pancake kerjasama suami isteri...
Sama-sama bancuh...cuma en.somi yg buat...
Alhamdulillah...

Masak dari hati...masak with iman...masak with love....

Selamat beristirehat dan berhujung minggu...

Published with Blogger-droid v2.0.10

06 Disember 2013

5 Cenderahati Popular Wajib Beli

5 Cenderahati Popular Wajib Beli


Tidak lengkap rasanya jika melancong tidak membawa balik cenderahati sebagai tanda kenangan mahupun buat hadiah kepada teman-teman. Kali ini, kami senaraikan barang pemberian paling popular yang sering dibeli oleh pelancong.

1. Rantai Kunci
Pemberian rantai kunci atau keychain adalah pemberian yang paling popular saat melancong. Kebanyakan rantai kunci sangat mudah untuk diperolehi. Jika anda tidak berkesempatan atau lupa membeli buah tangan, rantai kunci turut boleh diperolehi di lapangan terbang. Kebanyakan rantai kunci lebih murah dijual apabila anda membeli dalam jumlah yang banyak. Rantai kunci menjadi satu pemberian yang berguna dan boleh diingati sampai bila-bila kerana ia pemberian yang mudah dibawa ke mana-mana.

2. Magnet
Ada sesetengah pelancong gemar mengumpul besi berani atau magnet dari negara yang dikunjungi sebagai tanda bahawa sudah menjejakkan kaki ke negara tersebut. Pemberian magnet yang pelbagai corak dan warna ini cukup bererti jika diberi kepada teman yang mengharapkan pemberian dari anda.  Selain murah dan mudah didapati, mengumpul dan menampal magnet seperti di pintu peti sejuk kini boleh menjadi hobi seseorang setelah balik melancong.

3. Baju T
Pemberian baju T biasanya untuk rakan-rakan yang sudah membuat pesanan. Harga setiap baju T yang mempunyai mesej tentang negara yang dikunjungi adalah berbeza mengikut fabrik dan rupa. Namun, kebanyakan pelancong gemar membeli baju t yang ringkas dan tidak banyak corak. Baju t popular yang menjadi kegemaran ketika melancong untuk dibawa pulang adalah tulisan ringkas dan terdapat simbol negara.

4. Minyak Wangi
Minyak wangi biasanya dibeli untuk seseorang yang istimewa dan ahli keluarga yang terdekat. Ada sesetengah minyak wangi dari negara tertentu dijual murah tapi pembelian agak terhad menjadikan minyak wangi bukanlah hadiah yang boleh disenarai paling atas.

5. Aksesori Lain
Gelang manik, rantai, pen atau apa saja aksesori kecil turut menjadi cenderahati untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. Selain boleh dibeli dengan banyak dan tidak mempunyai masalah ruang untuk menyimpan di dalam beg, ia boleh dipakai pada bila-bila masa dan di mana saja. Meskipun jam tangan yang anda beli bukanlah yang asli tetapi nilai hadiah yang dibeli dari negara yang anda kunjungi lebih penting. Maklumlah, ia diperolehi dari jauh!

Melanconglah ke mana sekalipun, walau sekadar poskad menjadi cenderahati tetapi tetap memberi seribu kenangan buat si penerima. 
Sumber: Karangkraf

Aku tengok budjet.. tapi biasa memang beli magnet dan juga tshirt utk anak... yang lain-lain tu beli atas keperluan dan juga budjet yg ada... 
10 Kebaikan Minyak Kelapa

10 Kebaikan Minyak Kelapa


Zaman serba moden telah 'meminggirkan' khasiat minyak kelapa yang telah digunakan masyarakat terdahulu. Kandungan minyak kelapa yang tinggi lemak tepu, bersifat antibakteria dan anti kulat ini membantu meningkatkan metabolisme dan tenaga. Bermula dari dapur sehingga kesihatan dan kecantikan, ikuti 10 kebaikan minyak kelapa.

1. Titik haba yang tinggi
Siapa kata minyak kelapa tidak boleh digunakan untuk memasak, menggoreng dan membakar kek? Minyak kelapa tidak akan rosak atau oksida biar pun kepanasan mencecah 450 darjah fahrenheit atau 252 darjah celsius. Gantikan minyak sayuran dengan minyak kelapa hari ini dan boleh dijadikan pengganti untuk menghasilkan resipi yang sihat.

2. Melembap dengan baik
Ucapkan selamat tinggal kepada kulit kering yang memalukan kerana minyak kelapa selamat untuk digunakan pada keseluruhan tubuh badan dan wajah anda. Penggunaan minyak kelapa tidak membuatkan kulit anda berminyak atau melekit sebaliknya meningkatkan penghasilan kolagen dalam sel kulit dan mengelakkan kedutan.

3. Tingkat metabolisme, kurang berat badan
Minyak kelapa merupakan asid lemak rantai sederhana atau lebih dikenali sebagai sifat trigliserida. Ia merupakan lemak sihat tanpa lemak trans. Zarah-zarah asid lemak ini akan segera pergi ke hati, memberi tenaga dan meningkatkan metabolisma lantas mengurangkan berat badan. Mulakan dengan beberapa sudu besar minyak kelapa untuk tubuh langsing.

4. Pengganti ubat gigi
Ekoran minyak kelapa yang bersifat anti bakteria dan anti kulat, anda selamat menggunakan minyak kelapa yang dicampur baking soda untuk dijadikan ubat gigi. Simpan di dalam bekas pada suhu dingin di mana minyak kelapa akan bertukar menjadi cecair pada suhu 74 darjah fahrenheit dan 23 darjah celsius.

5. Perapi rambut
Jika ia boleh menjadikan kulit anda lembap dengan baik, tidak mustahil ia boleh menjadikan rambut anda lebih lembut. Anda hanya perlu biarkan  rambut anda semalaman atau selama 15 minit untuk mendapatkan rambut yang sihat dan bersinar. Kemudian, anda bilas seperti biasa.

6. Menyembuh luka dan kulit terbakar
Memandangkan minyak kelapa bersifat melembap secara semulajadi, anda boleh mencampurkan beberapa titik minyak lavender untuk membantu merawat kulit terbakar dan mengelak kulit menggelupas. Guna setiap hari untuk sembuh kerana minyak kelapa memperbaiki kolagen dan sel kulit.

7. Menambah susu ibu
Jika anda ibu yang menyusu, pastinya anda mahu membekalkan susu yang banyak untuk bayi anda. Mengambil minyak kelapa membantu meningkatkan susu ibu kerana lemak yang sihat ini merupakan komponen penghasilan hormon.

8. Deodoran semulajadi
Kandungan lauric asid di dalam minyak kelapa mampu membantu membunuh bau badan punca bakteria. Menyapu minyak kelapa pada kulit membantu menghindarkan bau yang tidak diingini.

9. Kelazatan dalam kopi
Jika anda tidak boleh melupakan kopi, anda boleh gantikan krim di dalam kopi anda dengan minyak kelapa. Percaya atau tidak, rasa kopi akan lebih lembut dan berlemak tetapi dengan gaya lebih sihat. Minuman kopi anda lebih bervitamin seperti yang diperlukan oleh tubuh anda.

10. Penyental badan
Sel kulit kering pada tubuh badan boleh dibuang dengan
menggunakan minyak kelapa yang dicampur gula. Anda boleh lakukan 'scrub' sendiri di rumah dengan lebih murah dan  menjimatkan.

Aku akui kesemua keberkesanan kebaikan di atas ni... aku pengamal minyak kelapa dara bioasli sejak 6 tahun yang lalu... apa yang boleh aku katakan, memang aku syorkan setiap rumah terutama isteri dan ibu, sediakan sebotol setiap rumah minyak kelapa dara ni... Selepas aku amalkan minyak ni, alhamdulillah asma aku beransur sembuh, memang dah tak pernah minum ubat batuk lagi, dan juga supplement yg sesuai utk setiap peringkat umur, boleh minum dan juga kegunaan luar... memang rugi siapa yg tak cuba.. dan minyak kelapa dara ni juga antara antibiotik hebat, kalau selsema atau sakit tekak, tak payah susah2 nak jumpe doktor lagi... nak beli kat mana??? boleh beli ONLINE kat SINI... free postage...
BIOASLI, syarikat IKS Bumiputera yg mengeluarkan produk berasaskan kelapa... 
Kerana Dunia Tanpa Sempadan: Tak Sedar Terbuka Aib Sendiri

Kerana Dunia Tanpa Sempadan: Tak Sedar Terbuka Aib Sendiri

Sumber: google images

Renungan bersama... sempena hari yang barakah, penghulu segala hari... situasi yang aku tengok sekarang.. di zaman moden, teknologi tanpa sempadan... 

Renungan bersama juga, buat diriku dan juga blogger serta facebooker di luar sana... 

Kerana dunia tanpa sempadan, dan asyik dan ingin berkongsi segala hal dengan rakan-rakan, kadang kita tak sedar yang kita sebenarnya, telah buka aib dan privasi sendiri... Jika dulu, zaman takde teknologi, hal rumahtangga dan suami isteri tiada sapa tahu, tapi zaman sekarang, tanpa siapa pun bertanya, kita sendiri yang kongsikan... kita sendiri yang ceritakan... 

Itulah, kadang asyik sangat nak berkongsi hal yang membahagiakan, sebenarnya kita mengguris hati orang lain... Nasib dan rezeki seseorang kadang-kadang tak sama... Jadi perlu juga sembunyikan kebahagiaan yang kita ada... takut2 dalam diam, musuh mendoakan kita merana.. nauzbillah... 

Pernah ku tonton Forum Perdana Ehwal Islam... isu berkaitan laman sosial masa kini... salah satu input kuat yang aku dapat ialah... kita boleh kongsikan apa sahaja, tapi sebelum itu pastikan orang lain boleh dapat manfaat daripada itu... orang lain boleh doakan yang terbaik dan kita boleh beri yang bermnfaat untuk orang lain amalkan... 

Jika kita nak kongsikan hal suami isteri, anak-anak dan rumahtangga boleh kongsikan pengalaman itu, tapi selitkan ilmu yang bermnafaat supaya orang lain boleh amalkan...supaya pengalaman kita jadi sesuatu yang berguna untuk orang lain... insha Allah...

Itulah, suamiku juga selalu berpesan, sesekali sudahlah share atau publish entry hal peribadi... taip sesuatu yg bermanfaat untuk orang lain... insha Allah dapat pahala... hal peribadi adalah privasi kita yang tak perlu orang lain tahu... tak perlu nak kongsikan sangat... sebab kadangkala kita tak sedar apa kita taip dan kongsikan...tambah-tambah perempuan la kan... kadangkala taip dengan penuh emosi, tnpa pikirkan rasional dan kesannya pada masa akan datang... 

Teknologi untuk membantu manusia, tapi kdang2 dia boleh memusnahkan manusia... Jadilah pengguna teknologi yang bijak dan bermanfaat... insha Allah, moga apa yg kita taip, setiap jari yg kita gerakkan untuk menulis, mendapat pahala, dan bekalan kita di akhirat sna... insha Allah...

Renungan bersama... dan selamat beramal.. salam Jumaat... (^_^)

First GA Arra Ahmad



syarat-syarat penyertaan

1.Follow blog Arra Ahmad
2.Like page INI
3.Buat satu entri yang bertajuk First GA Arra Ahmad,letak header blog ini dan linkkan ke entri ini.
4.Hantar link entri ke ruangan komen entri ini 
5.Share entri anda di Facebook atau lain-lain platform sebanyak mungkin.

Pemenang akan dipilih melalui Random.org
dan seorang pemenang akan menerima sehelai kain batik sutera (4meter) yang berharga RM365!!!

05 Disember 2013

Tiada Lagi "Spam Comment" & "Cik Anony"


Dah lama nak kongsikan sebenarnya... tapi buat-buat lambat sebab rasanya dah ramai tahu kot kan... dulu aku tak tahu dan dalam dilema, macam mana cara nak atasi komen spam kat blog yang masuk banyak-banyak ni... geram, sebab tak larat nak delete... tu belum yang dok promote produk dan iklan lagi... tambah geram dengan en.anonymous... memang rimas, dengan tetamu senyap dan bersembunyi ni... Akhirnya, aku dapat satu akal... ubah aje setting kotak komen... habis cerita kan... tak yah nak pening-pening kepala... biar yg betul2 kawan aje komen, kepala tak serabut dan tak stress pikirkan makhluk-makhluk pelik di alam maya ni... 


Bagi yang tak tahu, mudah sangat caranya... 
tak perlu nak install software atau setting yang pelik-pelik..
Pergi je ke bahagian Setting > Post and Comment > Register User

Itu sahaja... komen yang kita akan dapat ialah dari pengguna atau blogger berdaftar aje... 
Jika ada yang nak menyamar jadi Cik Anonymous tu, dia kena la daftar jadi blogger...
Macam yang pernah aku citer DULU...
Sebenarnya, Cik Anonymous tu blogger berdaftar, tapi jadi penyembunyi juga.. sebab kalau tak daftar, dia tak boleh komen kat sini... 

Aku juga masih kekalkan Comment Moderation sebab, boleh pantau, siapa yang masuk dan komen blog ni.. sekurang-kurang mudah kita nak blogwalking dan berkunjung kembali... sebab aku jarang baca kembali apa aku dah publish, kecuali untuk balas komen...

Word Verification dibuang (no) sebab untuk memudahkan blogger meninggalkan komen... kadang-kadang ni antara punca org malas nak komen blog kita walaupun entry kita menarik... sebab nak taip word tu mesti teliti kan..sebab wording nya yg senget-benget... 

Itu sahaja lah perkongsian di petang hari... 

p/s: Kenapa setiap hari banyak sangat aku up entry ek... sampai 5, 6 entry plak tu.. huhu... bukan pe.. takut aku yang syok sendiri dan orang naik jemu nanti... sorry lah ea... idea terlebih kot... tengah de mood nak update blog ni... nak cari idea untuk update blog en.somi plak.. huhu

Semakin hari semakin menguji kesabaran

Sabar...sabar...sabarr... istighfar... istighfar...istighfar... 
Itulah aku... hmm.. tak larat dah nak jadi tarzan hari-hari..
dulu kat sekolah boleh la jerit kat anak murid...
ni cuti sekolah, tak larat dah nak menjerit gtu... 


Gatai nak isap puting... padahal dia mana isap puting pun... huhu
Ragam kakak yang bakal jadi kakak dan akan dapat adik tak lama lagi..
sungguh menguji kesabaran...
Tak tahu dah nak sbar macam mana..
yang syok perangai tu menjadi bila abi dia g kerja je..
ada abi dia ok aje... main elok aje.. baik budi... 
tapi time abi g kerja.. keluarlah belang perangai dia..
makin manja...

AKu tahu..
Faiqah inginkan perhatian.. 
dan makin manja.. cuba melayan dia sehabis mungkin..
hingga kdang-kadang makin menjadi-jadi perangainya...
memang menguji sungguh... 
macam nak menangis aku tahan sabar... 

Ya Allah..
Berilah aku kekuatan dan kesabaran melayan karenah Faiqah... 
ini juga cabaran buat aku nak berblog sbenarnya...
tak boleh nak ngadap lama-lama ok..
tak boleh juga nak mobile blogging sebab dia asyik suruh "tatak namba"...
haru biru jadinya... 

Tu pun kerja sekolah memang aku tak sentuh lagi ni... nak kena tunggu line clear baru blh ngadap kerja sekolah plak ni... 
sebab tu kadang-kadnag buat aku agak tertekan sebabnya... nak mengadap keje sekolah memang tak boleh dah di rumah... tapi tekanan org yg tak faham.. buatkan rasa nk berhenti keje je.. huhu...
tapi sbar aje lah kan.. buat apa yg terdaya aje lah... bior lah org nak kata apa... hmm.. sekadar coretan luahan rasa...sebab lama tak luah rasa di sini... sekali sekala kan.. 

p/s: "tatak namba" = tangkap gambar... penuh phone gambar dia aje.. 

Takde Maknanya Cuti Memasak

Hari ni hari cuti am bagiku... suamiku bagi.. tak payah memasak sebab petang nanti ada rancangan istimewa... tapi rasanya macam tak cuti je.. 
ball donut
Ball donut yang siap digoreng... mulanya tak menjadi, tapi lepas goreng jadi juga rupanya... hehe... lepas hajat ngidam nak buat donut dan makan donut hasil tangan sendiri... 

Kononnya tak nak masak la sebab suami dah izinkan... sebab pagi tadi pun tak masak, cuma goreng aje ball donut yang diuli semalam...  tapi sampai je tengah hari... Faiqah dah merengek-rengek dan mengamuk lapar... hoho.. maka, masuk lah juga ke dapur... masak seringkas mungkin... 

speghati bilis
Speghati ringkas aje untuk Faiqah... 

Masak speghati aje... dah masak tu pastilah untuk diri sendiri sekali kan... 

Itulah ragamnya, dok rumah xde makna nak bercuti dari memasak... boleh ke??? Boleh kalau dari pagi balik sampai ke petang atau malam... memang cuti... hehe...

Tapi tidak akan bercuti kalau sekadar melepak di rumah, sebab perut perlu diisi... tak diri sendiri, pasti anak nak makan kan... jadi memasak jugalah.. cuma cuti masak nasi je hari ni... 
Banjir: Teguran dan Peringatan Dari Allah

Banjir: Teguran dan Peringatan Dari Allah

Info grafik dari Harian Metro.. Negeri-negeri yang dilanda banjir
Banjir besar melanda keseluruhan negeri Pahang.. bila tengok bandar Kuantan... Ya Allah.. dah ibarat lautan sudah... memang kesian buat penduduk di negeri-negeri dilanda banjir... teringat aku peristiwa banjir besar yang pernah melanda negeri Kedah dulu..hingga rumah aku di kampung yg di atas bukit boleh dinaiki air separas lutut.. memang dasyat banjir waktu tu... rumah di tepi sungai nampak bumbung aje... 
Negeri yang terjejas akibat putus bekalan eletrik
Sumber: Harian Metro Online


Itulah situasi yg sama dihadapi oleh penduduk di Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor dan Melaka ketika ini... Banjir itu adalah teguran dan peringatan dari Allah untuk semua... Jika seorang buat dosa, Allah tak kan turunkan seorang je... tapi semua kena tak kira yang beiman atau tidak kepada DIa.. 

Banyak yang tersirat dari setiap musibah Allah berikan... mungkin untuk sucikan harta... dan juga peringatan kepada semua, segala apa yang ada adalah hak milik mutlak kepunyaan Allah... kita hanya pinjaman sementara di dunia... sebab tu tak boleh sombong... jika ada harta walaupun sedikit kena dan wajib kongsikan atau infakkan sama merasa... 

Marilah kita doakan moga cepat-cepat reda banjir di negeri-negeri yang terkena banjir kali ni... Kat KL pun dah nampak matahari dah hari ni... Alhamdulillah.. moga di negeri-negeri lain juga begitu... 

Moga langit kembali cerah, dan mentari kembali bersinar untuk kita semua... buat di uji... moga tabah dan redha... ada hikmah atas segala yg berlaku... Buat yang dilanda banjir tetap kena jaga aurat... biarlah kain baju dan seluar basah dari dok selak dan sising kain smpai nampak aurat yang tak sepatutnya... jangan di tambah kemurkaan Allah... moga kita sama-sama amik ikhtibar dengan banjir kali ini.. insha Allah... 

Segmen Tamat & Anda Telah Tersenarai



Tepat Jam 12 semalam... segmen pencarian bloglist sempena cuti sekolah 2013 dah pun berakhir... terima kasih kepada yang sudi join segmen yang tak seberapa ni... seramai 35 blogger yang tersenarai dalam peserta untuk segmen ni... dan kesemua mereka telah pun termasuk dalam bloglist 1,2,3 di blog ini... Anda yang tersenarai boleh semak di tepi tu ea.. blog siapa yg sertai tapi takde dalam bloglst kabor kan cepat ea... kot2 aku terlepas pandang... 

Terima kasih bagi yang sudi join dan mungkin ada tak sempat nak join.. next time aku buat lagi insha Allah... 



04 Disember 2013

Segmen: Pencarian Bloglist Cuti Sekolah 2013

bloglist

Dalam mencari sahabat, perlu juga ada tapisan...
Dalam blogwalking dan menjaga persahabtan antara blogger, 
akhirnya aku ambil keputusan untuk adakan segmen ni...

Segmen pencarian bloglist cuti sekolah...

Tiada syarat khusus aku kenakan... 
Segmen yang mudah sebab aku mencari sahabat yang betul sahabat untuk menjadi bloglist ku...
Sebab aku akan edit kesemua bloglist yang sedia ada nanti..
Segmen ini bertujuan untuk mencari sahabat blogger yang benar-benar komited dengan blog ni..supaya mudah aku follow, dan balas komen serta ziarah kembali... 
Sebabnya lagi, aku rasa macam tak adil je, ada blogger yang selalu komen dan jengah sini, tapi aku tak jengah kembali sebab kadang-kadang aje aku singgah bila nampak notification di G+.

Jadi untuk rasa adil, aku mencari siapa bloglist dan sahabat blog ni yang sebenar...


Caranya mudah aje...
Tinggalkan link URL anda di entry ni...
Jika nak buat entry pun boleh tapi pastikan tampal banner dan backlink kan ke entry ni...
Cuma nak lebih adil.. harap sebelum join segmen ni, pastikan follow blog ni dan follow G+ aku... itu je..

Segmen ni selama 2 minggu sahaja dari tarikh hari ni...
Selepas dua minggu, kesemua URL yang ada akan dimasukkan ke bloglist 1, 2, 3 aku... 
Tiada had URL aku cari...
Ukhwah fillah abadan abada...insha Allah... 

Insha Allah... jika ada rezeki lebih, mungkin ada bloglist bertuah yang akan dipilih.. insha Allah... 



*sticky post; scroll ke bawah untuk baca entry seterusnya*

10 Tips Tingkatkan Metabolisme Badan

Sumber: google images

Apakah itu metabolisme???
Metabolisma adalah jumlah keperluan tenaga atau kalori untuk fungsi asas badan anda. Pada setiap masa, samada tidur, senaman, mandi dan lain-lain, badan sentiasa membakar kalori. Metabolisma badan anda menentukan penggunaan tenaga badan. Tahukah anda kadar keperluan kalorie seharian anda? Ia tidak sama bagi semua. Ia bergantung kepada umur, jantina, berat badan, tinggi dan kadar aktiviti anda. 

Tip-tip untuk Tingkatkan Metabolisma

  1. Makan 5-7 hidangan kecil setiap kali anda makan, sistem penghadaman badan perlu bekerja. Jadi dengan memakan lebih kerap dengan kuantiti yang lebih sederhana, metabolisma badan akan naik. Kalau tidak, metabolisma badan akan menurun dan anda cepat rasa penat dan lesu (seperti bulan puasa).
  2. Angkat berat! Tahukah anda bahawa otot membakar lebih kalori setiap hari berbanding lemak? Yup. Jadi katakanlah ada dua insan yang mempunyai jantina, tinggi, umur dan berat yang sama. Tapi seorang mempunyai lebih otot manakala seorang lagi lebih lemak. Siapa akan mempunyai metabolisma yang lebih tinggi? Sudah tentu yang lebih otot! Jadi mulakan senaman angkat berat anda hari ini. Tak kiralah di rumah ataupun di gym!
  3. Makanan pedas. Hmm walaupun saya sendiri kurang gemari makanan yang pedas, ayam masak chili dan lain-lain boleh membantu tingkat metabolisma badan. Tapi jaga-jaga dengan pengambilan kalori. Jangan terlebih.
  4. Coffee atau caffeine. Tahukah kenapa anda rasa segar dan lebih fokus selepas minum kopi? Ini kerana caffeine dalam kopi meningkatkan metabolisma dan justeru bakar lebih kalorie. Tapi jangan terlebih pulak, nanti susah. Baca disini mengenai baik-buruk coffee dan caffeine.
  5. Minum air mineral. Metabolisma badan perlukan banyak air untuk berfungsi dengan baik. Malah air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang.
  6. Makanan tenaga tinggi. Tingkatkan pengambilan makanan bertenaga tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan karbohidrat kompleks.
  7. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Protein mempunyai rantai kimia yang komplex yang perlukan 30% daripada jumlah kalori sebelum dihadamkan. Contoh: sekiranya anda nyahkan 100 kalorie protein, 30 kalori akan digunakan untuk menghadamkan makanan berprotein tersebut.
  8. Elakkan makanan ringkas. Makanan kompleks seperti roti perang, kacang lebih baik. Kenapa? Kerana untuk menghadamkan makanan kompleks, ia perlukan lebih banyak tenaga berbanding makanan ringkas seperti roti putih, gula-gula dan lain-lain.
  9. Kardio! Sudah tentu senaman kardio seperti jogging, badminton, berjalan dll dapat membantu tingkatkan keperluan kalori (tenaga) badan dan sekiranya keperluan tenaga badan mengingkat, metabolisma anda akan mengingkat. Amalkan paling kurang 20minit kardio 2-3x seminggu.
  10. Suplemen pembakar lemak (fat burner). Pernahkah anda tahu bagaimana suplemen pembakar lemak itu berfungsi? Hmm dan kenapa pulak “bakar” lemak? Kandungan utama kebanyakkan pembakar lemak popular di Malaysia dan dunia seperti Lipo6, JusMate5, Hydroxcut dan lain-lain adalah guarana, caffeine, ma huang dan lain-lain. Objektif ingredient ini bukanlah untuk “bakar” lemak tetapi untuk tingkatkan dengutan jantung, kadar pengederan darah – tingkatkan metabolisma. Adakah ia sesuai? Ah itu bergantung kepada individu. Tetapi seperti mana-mana ramuan, ia tidak membawa hasil yang sama untuk setiap orang.
Kata akhir, untuk tingkatkan metabolisma, yang penting adalah senaman angkat berat, pemakanan seimbang yang kerap dan apa jua aktiviti dalam kehidupan anda untuk tingkatkan penggunaan kalorie.
Sumber: kevinzahri.com

Metabolisme badan penting untuk kurus atau naikkan berat badan. Metabolisme yang tak stabil akan menyebabkan, kita mudah naik brat badan atau cepat kurus...

Simple Holiday Giveaway by SN

SIMPLE HOLIDAY GIVEAWAY BY SN
11 NOV - 6 DEC

 [  CLICK  BANNER TO JOIN  ]
_________________________________________________________________________________

SENARAI HADIAH 
SIMPLE HOLIDAY GIVEAWAY BY SN

     1.   Abaya Dubai material nida by Hasnur Haniim Collection's  x1
     2.   Dress Damia material chiffon ( full lining ) by Hasnur Haniim Collection's  x1
     3.   Sepasang Handsock by Hasnur Haniim Collection's  x1
     4.   Felt Craft by Jaja  x3
     5.   Tasbih Digital + Kompas by Tudung & Pakaian Muslimah ShuhadaHalim SemuaShop x5
     6.   Pensel box (lengkap alat tulis + pensel warna) by Tudung & Pakaian Muslimah 
           ShuhadaHalim SemuaShop  x1
     7.   Pasmina turki saiz besar by Tudung & Pakaian Muslimah ShuhadaHalim SemuaShop  x1
     8.   Tudung turki bidang 50 by Tudung & Pakaian Muslimah ShuhadaHalaim SemuaShop  x1
     9.   Tudung turki bidang 60 by Tudung & Pakaian Muslimah ShuhadaHalim SemuaShop  x1
   10.   Shawl by SoldOutScarves  x2
   11.   Lotion by Eymasu  x2
   12.   Layered Cardigan warna royal blue by NisAza Hijab  x1 *postage ditanggung pemenang*
   13.   Pashmina by Nur Illa  x3
   14.   2 Keychain by Saljiah Zafirah  x1
   15.   Button badge by Ain Rahman  x2
   16.   Cute notebook by Ain Rahman  x1
   17.   2 Unit Fridge Magnet by Nur Farahain  x2
   18.   Top Up RM 5 by Khalid Kyle  x2
   19.   Top Up RM 5 by Nor Nadia Syakila  x3
   20.   Top Up RM 5 by Siti Norhaziqah  x2
   21.   Top Up RM 5 by Nadia NK  x2

Macam mana nak masak bagi tak sedap???

Pening juga bila soalan ni ajukan oleh en.somi... macam mana nak masak bagi tak sedap??? Padahal aku masak tak pernah pun buh perisa atau bahan sesedap rasa... guna bahan yang ada aje.. Nak kata aku pandai masak... hehe.. masak entah apa-apa aje.. masak suka-suka hati aje.. tak pernah ikut resepi... 

Itulah gayanya.. macam mana nak masak bagi tak sedap... suamiku persoalkan kenapa masakan aku sedap-sedap... haha... opsss.. sorry, bukan nak tunjuk aku ni pandai masak ok... tapi itulah yang aku hairankan... apa saja aku masak semua sedap aje di tekak dia.. Syukur Alhamdulillah... tapi bila dah 3 tahun kahwin, asyik memasak aje kejenya... maka mendatangkan masalah pula padanya.. semalam doktor peribadi dia suruh diet sebab hampir2 dah nak obes.. hadoii la.. dan mulai sekarang aku dicutikan memasak dan kena tahan la tengok aku makan malam.

Aku masak tak pernah ikut resepi... apatah lagi buku resepi memang takde langsung kat rumah... masak suka-suka hati dan main campak aje... tup2.. sedap... haha.. nak buat macam mana.. bakat semulajadi kot... resepi campak mencampak... dan baling masuk kuali aje... 

Dulu masa zaman anak dara aku bukan jenis suka masuk dapur.. adik aku lagi rajin memasak dari aku.. aku memang malas masuk dapur.. cuma rajin makan.. tolong mak tu ada la sikit, tu pun setakat potong bawang aje... lain-lain mak masak lerr... tapi lepas kahwin ni, jadi lain macam plak... pantang de kelapangan memang aku memasak.. tapi suami la kemas dapur.. haha.. jangan tiru perangai aku ok.. aku tukang masak aje.. 
Sumber: google images
Tapi... itulah.. pegang dengan moto chef Ammar "masak dari hati, masak with iman" buatkan masakan dan air tangan isteri lebih sedap... tak caya cuba ok.. terutama pngantin baru...yang nak pikat perut suami.. hihi.. tapi jaga-jaga juga ea..kang suami obes payah pula... hihi...

So, sekarang tiada pula petua tak nak bagi sedap... walaupun tak buh garam tetap ada rasa juga masakan kita... huhu... xpe lah... musim cuti sekolah je aku nak pulun memasak pun.. dah naik keje susah dah nak memasak.. sebab sibuk dengan keje dan urusan rumahtangga yang lain... tak leh dah nak masak sedap-sedap kecuali hujung minggu...

Petua nak masak sedap... macam pesan UAI tu.. tak pandai, tapi rajin, lama-lama jadi sedap... tak caya cubalah... 

autopublish entry

Pertambahan Berat Badan Semasa Hamil

Risau berat badan bertambah secara mendadak ketika mengandung??? dan ada juga yang risau, berat tak naik-naik ketika mengandung. Kalau tanya doktor, ada doktor marah dan ada doktor kata ok aje bila naik berat banyak dalam tempoh yang tertentu... 

Untuk kandungan kali ni, berat aku konsisten aje naik... tak turun lagi.. tapi masa mengandungkan Faiqah dua kali alami penurunan mungkin dalam bulan puasa agaknya.. tapi penurunan berat badan di akhir kehamilan juga salah satu tanda hampir bersalin.. 

Jom tengok carta ni sebagai rujukan.. berat badan yang ideal dan pertambahan berat yang sepatutnya ketika mengandung... 


Carta di atas menunjukkan kebanyakan berat badan adalah dari penyimpanan nutrien termasuk lemak dan perkembangan otot iaitu sebanyak 4.5-5.5kg. Peningkatan cecair badan dan darah di dalam tubuh badan ibu hamil disebabkan oleh perkembangan bayi yang pesat di dalam kandungan. Pembesaran payudara bersiap sedia untuk penyusuan kepada bayi anda. Pembesaran rahim disebabkan perkembangan bayi yang semakin membesar iaitu lebih kurang 1kg dalam sepanjang kehamilan. Berat bayi secara purata adalah di antara 3-3.5kg. Oleh itu, jumlah peningkatan 11-16kg di sepanjang kehamilan  adalah dicadangkan untuk ibu hamil. Akan tetapi, tumpuan tidak seharusnya begitu banyak kepada berapa banyak berat badan bertambah semasa mengandung, tetapi anda harus menjaga pemakanan anda yang sihat sepanjang kehamilan.

Trimester pertama:
Dalam tempoh 3 bulan pertama, berat badan ibu hamil akan meningkat lebih kurang 1.6kg. 
Trimester kedua:

Dalam tempoh 3 bulan yang akan datang, jumlah kenaikan berat badan untuk kebanyakan ibu hamil lebih kurang 5.5-6.4kg. Di mana kenaikan berat badan sebanyak 0.5kg seminggu.

Trimester ketiga:
Dalam tempoh 3 bulan terakhir, kebanyakan wanita menaik berat badan lebih kurang 5kg.

Nota: 
Ini adalah angka purata bagi majority wanita sebagai panduan dan bukan mengantikan nasihat daripada doktor anda. Jika corak pertambahan berat badan anda berbeza, ini tidak bermakna kenaikan berat badan anda abnormal.

Tumpuan tidak seharusnya begitu banyak kepada berapa banyak berat badan bertambah semasa mengandung, tetapi anda harus menjaga pemakanan anda yang sihat sepanjang kehamilan.

Sumber: baby-ibu.com

Lepas ni tak yah risau lagi jika naik banyak atau sikit... yang penting kenaikan tu bukan disebabkan penyakit lain seperti diabetes... cuma aku pernah terbaca.. jika kenaikan melebihi 12kg sepanjang kehamilan agak susah nak dapat berat ideal kecuali breastfeeding... tapi jika kurang 12kg, memang mudah nak dapatkan berat asal sebelum mengandung... 

Breastfeeding adalah langkah paling berkesan untuk dapatkan berat asal kembali selepas bersalin... tapi ada juga yang BF tapi tak berjaya dapat berat asal.. ada masalah sikit disitu sebenarnya... iaitu ada masalah metabolisme yang rendah.. nanti aku kongsikan cara nak tingkatkan metabolisme badan secara semula jadi tanpa bantuan ubat atau pil kurus... 

HANYA berlaku sekali dalam 823 tahun!!!

Sumber: google images

Bulan Disember 2013 ini ada 5 hari Isnin, 5 hari Selasa dan 5 hari Ahad.

Peristiwa ini HANYA berlaku sekali dalam 823 tahun!!! MasyaAllah

Ia dipanggil 'MONEY BAGS'.

Kita satu-satunya generasi
yang telah melihat ...

01/02/03
02/03/04
03/04/05
04/05/06
05/06/07
06/07/08
07/08/09
08/09/10
09/10/11
10/11/12

& akan menempuh tarikh

11/12/13 dalam masa seminggu saja lg ... Anda boleh menjadi salah seorang yang pertama untuk memberitahu.

Maha Suci Tuhan yg menjadikan alam...

Sumber: FB

03 Disember 2013

GA 2013 By PermataBiru


Sebagai menyokong rakan sesama blogger...
maka aku pun menjoinkan diri selepas ternampak di blog +izan mama mia 

Syarat senang dan mudah.. 
Jom join ramai-ramai... 
tarikh tutup esok (4 Disember 2013 sebelum jam 12 tengah hari)

KLIK Banner untuk join ea..
Jom ramai-ramai support... :)

Kisah Misteri Tingkat 13 KLCC.

Kisah Misteri Tingkat 13 KLCC.

Sumber: Google images

Ini ada suatu kisah misteri yang berlaku di tingkat 13 KLCC, dikatakan kisah benar yang mengerikan lagi menyeramkan ini terjadi kepada seorang staff lelaki yang bekerja di tingkat 40 bangunan KLCC.

Pada hari tersebut (hari Khamis malam Jumaat) beliau ada membuat OT dan terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam sendirian. Sampai di depan lif, dia pun tekan tombol untuk turun. Kemudian,pintu lift terbuka tanpa ada sesiapa di dalamnya. Dia masuk dan tekan tombol “G” untuk ke Ground floor.

Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke atas, tidak turun ke bawah. Ketika sampai di tingkat 59, lift tersebut berhenti. Dan pintu lif terbuka… kemudian masuklah seorang perempuan yang cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis. Dia tak pernah melihat perempuan itu sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun masuk dan berdiri di belakangnya.

Dia tertanya-tanya di dalam hatinya… “Siapa perempuan itu, dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah?” Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah. Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat ke satu tingkat.

Tiba di tingkat 13, lampu lift terpadam dan lift terhenti. Dia mencium bau yang teramat busuk, yang mengganggu rongga hidungnya. Bulu romanya tiba-tiba berdiri. Dalam keadaan yang begitu cemas dan seram, dia cuba menenangkan perasaannya dengan membaca apa sahaja ayat-ayat suci yang terlintas diingatannya sambil memberanikan diri untuk menoleh ke belakang setelah lampu lift menyala. Tiba-tiba saja, perempuan yang berada belakangnya ketawa ……… dan segera berkata …….. 

“Maaf ya… saya kentut…abang jangan marah ya ?”... lallalalallalala.... =.='
Sumber: Oh Media

Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM


Entah kenapa tergerak hati petang ni memberanikan joinkan diri dengan GA yang dianjurkan oleh blogger hebat ini.. uhu...

Tak pe lah.. mencuba kan.. tak salah.. syarat pun mudah sgt... mana tau rezeki baby.. hehe.. 
Bagi yang nak join.. KLIK BANNER di atas ea... 
Tarikh tutup: 15 Disember 2013
Rawatan Kecantikan dengan GARAM!!!

Rawatan Kecantikan dengan GARAM!!!


Lazimnya, garam lebih meluas digunakan ketika memasak. Namun tahukah anda bahawa garam juga diibaratkan sebagai senjata penting dalam dunia kecantikan. Mulakan rawatan ala spa di rumah anda hari ini dengan menggunakan garam asli yang tidak bercampur dengan unsur lain.

·         Mata lesu

Larutkan ¼ sudu teh garam dengan ½ liter air hangat lalu basahkan bahagian mata dengan larutan air garam tadi. Anda juga boleh merawat mata yang lesu dengan helaian kapas yang telah dibasahkan dengan larutan air garam. Letakkan kapas basah tersebut di bahagian mata dan biarkan untuk beberapa minit hingga kering.

·         Pembersih wajah

Campurkan 1 sudu teh garam dan 1 sudu teh minyak zaitun dalam mangkuk kecil. Gunakan campuran tadi sebagai pembersih wajah. Selain mudah, ia turut berkesan menanggalkan kotoran dan solekan tebal. Campuran garam dan minyak zaitun ini bertindak seperti scrub dan kemudian dicuci sehingga bersih.

·         Menyingkir kulit kering

Rendam kaki dalam air hangat yang telah dicampurkan bersama garam. Urut kaki dengan berus halus atau batu apung untuk menanggalkan sel kulit mati dan kulit kering. Biarkan kaki direndam selama 10 minit dan bilas dengan air. Keringkan ia sebelum menggunakan losen bagi memelihara kelembapan kulit.

·         Rawat kulit berminyak

Bagi merawat kulit wajah berminyak, isi botol penyembur bersaiz kecil dengan air hangat yang ditambahkan bersama satu sudu teh garam. Semburkan ia pada wajah dan keringkan.

Berkat di sebalik membaca Bismillah.

Sumber: google images
"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."


Sejauhmana kebenaran kisah ini, tidak pula ku ketahui.. namun, teladan dari kisah ini boleh kita manfaatkan bersama.. biasakan lidah dengan mulakan setiap pekerjaan yang baik dengan "Bismillah"... dan akhirinya dengan "Alhamdulillah"...  Moga bermanfaat... 
Jangan Bazirkan Air Mata kecuali Untuk DIA!!!

Jangan Bazirkan Air Mata kecuali Untuk DIA!!!

Sumber: FB
Jangan bazirkan air mata dengan menangis tak tentu hala...
Sebaiknya air mata kurniaan Allah kita menangis untuk DIA..
Tanda rindu, cinta dan juga mengenang dosa..
Itulah nangis yang berpahala...

Jangan bazirkan air mata kerana mnangis putus cinta manusia..
Kerana kasih dan cinta Allah kepada kita melebihi segalanya...

Ingatlah Allah dan menangislah kerana-Nya...

02 Disember 2013

TERKINI: Tarif Elektrik Naik Bermula 1 Januari 2014

Sumber: google images

Kadar purata tarif elektrik di Semenanjung naik 4.99 sen atau 14.89 peratus iaitu daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kwj kepada 38.53 sen/kwj.Bermula 1 Januari 2014, Turut berlaku kenaikan tarif elektrik adalah di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu sebanyak 5 sen atau peningkatan 16.9 peratus.

Empat faktor yang mendorong kenaikan itu adalah disebabkan kesan penyelarasan harga gas domestik (0.51 sen/kwj); Kesan penetapan harga gas asli cecair (3.41sen/kwj); kesan penyelarasan harga arang batu (0.17 sen/kwj) serta semakan tanrif Tenaga Nasional Berhad (TNB) (0.90 sen/kwj).

Kenaikan tarif elektrik itu diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada sidang media khas di Bangunan Parlimen sebentar tadi.

Bab lampu kipas dan segala bagai tu boleh terima dan boleh jimat... tapi segala gadjet yg de kena cas setiap hari.. hadoii.. kena kembali ke zaman silam kot gayanya... pakai pelita minyak dan lilin aje... huhu... Air aku boleh jimat.. tang elektrik ni agak susah nak jimat.... buat macam mana pun gtu juga... hmm...sebab keperluan asas kan.. hmmm... sabar je lah.. 
Filem Ular akan datang 5 Disember 2013

Filem Ular akan datang 5 Disember 2013

Tadi masa dok layan tv dengan Faiqah... tertengok satu filem baru yang akan ditayangkan 5 Disember 2013... Tajuk filem "Ular"... 

Tengok promo je buat aku teruja nak tengok.. ea lah filem pasal binatang memang menarik perhatian ku untuk tonton... macam best je.. filem pertama di Malaysia yg berkisar pasal binatang reptilia yang ganas ni.. cuma aku rasa takdelah setanding citer Anaconda kan.... tak yah la nak banding filem kita dengan negara luar sebab jauh beza nya.. tapi dari promo tu nampak best dan menggerunkan... 


Ni pula antara Sinopsis filem ni:

Ular mengisahkan Myra (Lisa Surihani) seorang wartawan jenayah yang digantung kerja telah diarahkan untuk membuat liputan di sebuah pusat peranginan di sebuah pulau. Myra yang ditemani jurukameranya, Remy (Yusry) tidak pernah menyangka tugasannya kali ini bukanlah satu tugasan biasa apabila percutian hebat yang dimenangi oleh 10 orang pemenang cabutan bertuah bertukar menjadi sebuah mimpi ngeri yang tidak terduga.

Segalanya bermula apabila ada di antara tetamu pusat peranginan itu dengan beraninya telah menyelinap masuk ke dalam hutan yang telah dipagari dengan pagar elektrik. Rambo yang panic setelah menyedari hal tersebut segera mendapatkan Encik Aziz, pemilik pusat peranginan tersebut. Ia secara tidak langsung telah menimbulkan rasa ingin tahu Myra dan Remy untuk merungkai apakah rahsia yang cuba disembunyikan oleh Encik Aziz (Namron) di sebalik kewujudan pusat peranginan tersebut.

Berjayakah Myra mencungkil rahsia di sebalik pusat peranginan tersebut? Dan apakah yang akan berlaku kepada mereka setelah menyedari mereka sebenarnya terperangkap di sebuah pulau yang dipenuhi oleh penunggu asal pulau tersebut?

Teruja pula nak tonton filem ni... 5 Disember nanti baru kuar panggung... tak lama dah esok lusa je.. 
Bagi yang berkesempatan dan sukakan filem misteri dan penyiasatan mungkin sesuai dan boleh tonton nanti... Best ke tidak tak tahu la... nanti kita tengok la gane komen penonton...