07 November 2013

Wad Bersalin Paling Sibuk di Dunia!!!

Syukurkan... Kita di Malaysia takdelah sampai macam ni... Paling sibuk pun ada gak katil nak baringkan... Siap air cond lagi kan...

Tu pun aku kira org Malaysia ni sebab dah biasa hidup selesa... Tu yang diorg kadang2 tak boleh nak faham kekangan kakitangan hospital ni... Cakap kuat sikit kata marah dah...

Apa pun... Pengalaman bersalin bergantung juga pada rezeki... Jika rezeki baik... Baiklah.. Jika tak... Ada je ujian itu anggaplah sebagai kafarah dosa kita yg Allah nak ingatkan...

Buat rakan2 blogger yang sedang mengandung tu.. Banyakkan berdoa moga dipermudahkan urusan bersalin... Tak semesti bersalin di swasta selesa dan mudah... Hakikatnya bersalin itu sakit yang tak boleh digambarkan... Nikmatilah anugerah Allah yg terindah utk wanita itu... Dan syukurlah jika segalanya dipermudahkan...

Sumber pic: screencapture from fb

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bukan Hak Ustazah!!!

Pernah aku menegur seorang rakan yang kebetulan memakai tudung yang agak singkat... Secara gurau senda dia kata... "tak sampai seru lagi"... Aku terdiam aje... Sebenarnya tak boleh katakan begitu... Kerana seruan Allah telah sampai sejak 1400 tahun yang lalu dalam al-Quran...

Kemudian... Tak lama pula... Aku pula menegur...siapa pula yang bertudung labuh ea.. sebab nampak dari jauh... Rupanya kawan sekerja aku... Ingatkan cikgu baru kataku...

Jawapannya"nak berjinak2 pakai tudung labuh plak...jadi ustazah..."

Aku senyum bersahaja...

Sebenarnya menutup aurat bukanlah hak ustazah.. Bukan hak sapa2... Tapi hak semua wanita... Allah perintahkan semua wanita kena labuhkan tudung hingga ke paras bawah dada...

Bertudung labuh bukan hak ustazah ea... Jadi jangan nak kata bertudung labuh nanti nampak macam ustazah... Nanti alim macam ustazah... Nanti jadi ustazah... Ustazah itu hanya panggilan... Hakikatnya semua wanita itu serupa kejadiannya... Maka hak bertudung labuh hak semua wanita!!!

Jom kita pakai tudung L dan ke atas bukan M dan S lagi... Jom pakai tudung bawal tebal dan saiz 50 bukan yang jarang macam jala lagi... Jom pakai shawl yang boleh dilabuhkan didepan bukan ditinggikan diatas kepala...

Jom ikut apa yg Allah dan Rasul kata bukan rancangan dan majalah fesyen yang kata...

Amalkan!!!
Sebelum keluar rumah...beleklah tdung...baju...seluar...kain kita... Agak2 apa yg kita pakai tu orang lain terutama mata2 lelaki ajnabi boleh bayangkan tak apa disebalik apa yg kita pakai... Jika diorg boleh bayangkan atau kelihatan jelas bentuknya...maka tukarkan segera fesyen itu... Ingatlah... Menutup aurat bukan balut aurat... !!!

Sumber pic: fb

Published with Blogger-droid v2.0.10

Hukum Makan Najis & Perut Ikan (Termasuk Ikan Bilis)


Tadi sempat memasak untuk orang di rumah... Baru-baru ni aku de post pasal sambal taun atau sambal lanun kan... jadi hari ni memandang en.somi da kat rumah aku pun rasa nak buat sebab dah lama tak buat sambal taun...

En.somi ke kedai runcit belikan ikan bilis dan cili padi... sekali dia beli ikan bilis yang kecik2 tu.. kalau nak siang ikan bilis tu jenuh juga lah.. jadi dia suruh aje basuh2 dan terus goreng sekali dengan kepala dan tahi ikan bilis... saja aje tanya dia.. apa hukum makan najis ikan bilis ni???

Jadi persoalan tergantung tanpa jawapan.. tapi kami masak aje sampai siap... jadi aku pun mencari info... apa hukumnya makan najis ikan??? Jadi, terjumpa artikel berkenaan ni di laman web Ustaz Zaharuddin... Jom baca kupasan Ustaz Zaharuddin berkaitan isu hukum makan najis ikan termasuk ikan bilis..
*************
Islam berada di antara suatu faham kebebasan soal makanan dan extrimis dalam soal larangan. Oleh karena itu Islam kemudian mengumandangkan kepada segenap umat manusia dengan mengatakan:

"Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu." (al-Baqarah: 168)

Selanjutnya mengumandangkan seruannya kepada orang-orang mu'min secara khusus.

Firman Allah:
"Hai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari apa-apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta bersyukurlah kepada Allah kalau betul-betul kamu berbakti kepadaNya. Allah hanya mengharamkan kepadamu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka tidaklah berdosa baginya, karena sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih." (al-Baqarah: 172-173)

Point : Perut ikan tak termasuk dalam bab bangkai yang diharamkan dan jikalau ia mempunyai najis, ia adalah terhasil dari makanan ikan yang juga harus, justeru ia adalah harus di makan (bagi sesiapa yang nak makan le).

Makanan kedua yang diharamkan ialah darah yang mengalir. Ibnu Abbas pernah ditanya tentang limpa (thihal), maka jawab beliau: Makanlah! Orang-orang kemudian berkata: Itu kan darah. Maka jawab Ibnu Abbas: Darah yang diharamkan atas kamu hanyalah darah yang mengalir.

Maka perut ikan dan najisnya juga tak termasuk dalam bab ini.

Rasulullah s.a.w. ketika ditanya tentang masalah air laut, baginda menjawab:

"Laut itu airnya suci dan bangkainya halal." (Riwayat Ahmad dan ahli sunnah)

Dan firman Allah yang mengatakan:
"Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanannya." (al-Maidah. 96)

Umar r.a berkata: Yang dimaksud shaiduhu, iaitu semua binatang yang diburu; sedang yang dimaksud tha'amuhu (makanannya), iaitu barang yang dicarinya.

Dan kata Ibnu Abbas pula, bahawa yang dimaksud ‘thaamuhu', iaitu bangkainya.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Jabir bin Abdullah diceriterakan, bahwa Rasulullah s.a.w. pernah mengirimkan suatu angkatan, kemudian mereka itu mendapatkan seekor ikan besar yang sudah menjadi bangkai. lkan itu kemudian dimakannya selama 20 hari lebih. Setelah mereka tiba di Madinah, diceriterakanlah hal tersebut kepada Nabi, maka jawab Nabi:

"Makanlah rezeki yang telah Allah keluarkan untuk kamu itu, berilah aku kalau kamu ada sisa. Lantas salah seorang diantara mereka ada yang memberinya sedikit. Kemudian Nabi memakannya." (Riwayat Bukhari)

Tiada pun diarahkan oleh Nabi untuk membuang perut atau najis ikan itu terlebih dahulu.

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi Menyebut (Al-Halal wal Haram Fil Islam) :

Binatang laut iaitu semua binatang yang hidupnya di dalam air.

Binatang ini semua halal, didapat dalam keadaan bagaimanapun, apakah waktu diambilnya itu masih dalam keadaan hidup ataupun sudah bangkai, terapung atau tidak. Binatang-binatang tersebut berupa ikan ataupun yang lain, seperti: anjing laut, babi laut dan sebagainya.

Bagi yang mengambilnya tidak lagi perlu diperbincangkan, apakah dia seorang muslim ataupun orang kafir. Dalam hal ini Allah memberikan keleluasaan kepada hamba-hambaNya dengan memberikan perkenan (mubah) untuk makan semua binatang laut, tidak ada satupun yang diharamkan dan tidak ada satupun persyaratan untuk menyembelihnya seperti yang berlaku pada binatang lainnya. Bahkan Allah menyerahkan bulat-bulat kepada manusia untuk mengambil dan menjadikannya sebagai modal kekayaan menurut keperluannya dengan usaha semaksima mungkin untuk tidak menyiksanya.

Firman Allah:
"Dialah Zat yang memudahkan laut supaya kamu makan daripadanya daging yang lembut." (an-Nahl: 14)

"Dihalalkan buat kamu binatang buronan laut dan makanannya sebagai perbekalan buat kamu dan untuk orang-orang yang belayar." (al-Maidah: 96)

KESIMPULAN :
DARI SUDUT HUKUM, PERUT IKAN MALAH NAJISNYA ADALAH PERKARA YANG DIDIAMKAN HUKUMNYA OLEH ALLAH DAN RASULNYA, Natijahnya, hukumnya akan mengikuti hukum dagingnya sebagaimana dalil di atas, iaitu harus untuk dimakan bersekali dengan dagingnya.

Bagaimanapun, jika adat dan sains mendapati ianya tidak baik untuk kesihatan manakala adat mendapatinya sebagai kotor dan kurang elok. Maka adalah baik untuk menjauhinya. Kepala ikan pun sebenarnya nampak macam kotor dan mengerikan, tapi ramai orang suka makan kari kepala ikan, cuma saya belum pernah dengar kari perut ikan sahaja.

Justeru itu, dalam bab perut dan najis ikan bilis, ia isu yang sangat kecil dan ia adalah harus, siapa nak buang pun tiada masalah, siapa yang termakan atau memang nak makan pun tiada masalah.


Jadi... hukumnya HARUS MAKAN NAJIS IKAN...tapi uruf atau adat kita memang tak makan najis ikan sebab jijik dan kotor, sebab tu kita buang... tapi bab ikan bilis.. boleh je kalau nak makan.. xde masalah... tak buang pun boleh.. nak buang pun tak pe...
Ajal tak cepat dan tak lambat

Ajal tak cepat dan tak lambat

Ajal datang tak kira tempat, tak cepat sedetik dan tak lambat sedetik.. Itulah yang berlaku kepada seorang calon SPM 2013 yang tertiba jatuh dan meninggal dunia di dewan peperiksaan. Waktu tu tengah jawab soalan peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1. 

***************************************************

PASIR PUTEH: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya sempat menjawab soalan Bahasa Melayu kertas 1 selama 30 minit sebelum rebah dan pengsan di dewan peperiksaan sebelum disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Tengku Anis, di sini, pagi tadi.

Pelajar terbabit, Nur Syazwani Arifin, 17, yang bersekolah di Sekolah Menengah Ugama Arab Saniah, Jalan Nara di sini, meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi dan ketika ini masih dibedah siasat di hospital berkenaan untuk mengetahui punca kematiannya.

Bapa Nur Syazwani, Arifin Deraman, 48, berkata, anaknya demam sejak dua minggu lalu selain mengadu sakit belakang dan sesak nafas tetapi tidak teruk.

Katanya, walaupun demam, anaknya tetap belajar seperti biasa.

"Sehari sebelum peperiksaan, anak saya bersemangat untuk menduduki SPM demi menggapai cita-citanya menjadi seorang pensyarah, selain ingin mengikuti tiga adik-beradik lain yang berjaya ke menara gading," katanya.

Sumber: Harian Metro

Cara kematian pelajar ni senang kan... meninggal pula di tempat ilmu yang ditimba sehari-hari.. apa amalan pelajar ini agaknya kan.. al-Fatihah buat arwah... Moga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yg beriman.. 

06 November 2013

Adakah kita Ego???

Ego kita hingga tak mampu menerima teguran..
Berbanggakah kita dengan apa yang ada...

Jika kita ego...samalah kita dengan orang zaman dahulu yang tak menerima kehadiran Rasul pembawa kebenaran...

Jika kita takbur... Samalah kita dengan iblis yang bangga dengan kedudukan yang mulia hingga tidak mahu turut perintah Allah untuk bersujud pada Adam...

Dimanakah kita???
Renungkan..dan fikirkan bersama...

Sumber pic: fb

Published with Blogger-droid v2.0.10

Resepi Maal Hijrah: Crispy Potato Ring

Sebelum kes Faiqah jatuh tu... Dalam perancangan dri semalamnya dah berkira2 nak buat satu resepi baru...

Dapat idea lepas tengok iklan Mc Donald yang baru...Nmpak sedap aje... Jadi otak aku ligat memikirkan dan mereka resepi...

Bahan-bahan:
Kentang, tepung gandum, tepung jagung, garam, air suam, telur, serbuk roti, minyak untuk menggoreng... (sukatan agak2 ajelah ea... )

Cara-caranya:
1. Rebus kentang hingga betul2 empuk
2. Lenyekkan kentang hingga hancur
3. Gaulkan kentang lenyek dengan tepung gandum dan sedikit tepung jagung. Masukkan sedikit garam...dan air
4. Gaulkan adunan hingga jadi doh...
5. Bentukkan doh jadi doh yang kecil dan buat macam bentuk cincin.
6. Panaskan minyak.
7. Pukul telur dengan sedikit garam...
8. Celupkan bentuk adunan tadi ke dalam telur dan gaul dengan serbuk roti...
9. Goreng hingga garing dengan api sederhana...
10. Sedia untuk dihidang...

Wahhh.. Detail betui... Gaya chef dah bagi resepi... Boleh modified sendiri lah resepi ni... Nak tambah serbuk cili ke... Aku buat masin sebab boleh cicah dengan sos cili... Kalau buat manis jadi kuih keria plak nanti...

Masa dok uli adunan nilah faiqah jatuh... Lepas dia ok sikit baru sambung buat sampai siap...
Rasa resepi ni... Lemak2 masin... Aku guna air suam supaya adunan ni lembut walaupun dah sejuk... Semangat buat tapi Faiqah tak makan sebab dia jatuh tu kan.. Akhirnya kuih tu tak bersentuh pun... Huhu...

Tapi aku puas sebab menjadi resepinya.. Insha Allah akan datang aku buat lagi utk Faiqah...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Teguran dari Allah: Trauma Faiqah Jatuh

Dugaan 1 Muharram semalam... Rasa macam sudah jatuh ditimpa tangga.. Dugaan datang bertimpa2... Kegembiraan pagi diragut petang hari...

Lepas Asar semalam..semangat aku nak reka resepi baru satu Muharram... Masuk ke dapur utk buat dengan penuh semangat...

Faiqah pula semangat ikut ummi ke dapur... Nampak magnet fridge beraneka di pintu peti sejuk... Teruja dia nak main kereta Air Asia di peti sejuk... Dia tarik kerusi dan terus panjat dan main... Aku yang melihat melarang...

Tapi anak kan.. Yang dilarang itu yang dibuat... Dalam tak semena2... Sepntas kilat... Dub!!! Faiqah jatuh... Ya Allah... Tangan yang penuh dengan tepung tak sempat dibasuh... Diangkat faiqah.. Gosok kepala dan tuam yg benjol... Sambil selawat dan doa yg tak putus2...

Mandikan dia... Dan terus tenangkan.. Terus lemah lesu dia waktu tu... Hati tak keruan... Dalam masa yang sama..dapat pula berita tak gembira dari kawan sekerja... Ya Allah... Dugaan bertimpa2... Di kala suami kejauhan... Aku diuji begini... Menitis juga air mata redha.. Mencari kekuatan disebalik dugaan...

Faiqah masih lesu dan terus diam dari biasa... Dah sunyi sepi tanpa jeritan gembira dia.. Hatiku hiba dan risau... Ku adukan pada suami...berkongsi rasa... Lepas maghrib... Ku usap dan urut kepalanya.. Mgkin kesan jatuh buatkan dia pening... Dia terlelap seketika... Tapi dengan tiba2... Faiqah muntah segalanya... Terus kerisauanku bertambah...

Hati berkira2 nak bawa dia ke hospital... Namun.. Dia tak boleh nak berenggang langsung.. Macam mana nak drive... Suamiku yang di risau di sana... Terus je bagitau tuan rumah kami sewa... Alhamdulillah.. Insan mulia membantu... Tuan rumah dan anak2nya teman aku ke hospital... Sedikit kekuatan Allah berikan dgn hadirkan teman yg mulia...

Lepas diperiksa dan xray...faiqah tak apa2... Tiada retak...cuma benjolan biasa.. Tapi aku perlu pantau dia utk seminggu dua.. Suami ku dapat balik dr outstation... Alhamdulillah... Kekuatan ku kembali pulih dgn adanya suami...
Pagi tadi...faiqah bangun dan kembali senyum... Menangis gembira dan syukur kerana riuh kembali rumah kami... Alhamdulillah...

Disebalik semua... Aku sedar..Allah nak uji dan sedarkan aku... Jangan larang jika ank aktif dan bising... Sebab...sebelum kejadian..  Aku bebel kat dia sebab dia jerit2...bingit telinga... Tapi bila Allah sedarkan aku... Aku tak kan larang lagi dia bising dan jerit gembira... Aku akan biarkan dia dengan dunianya...

Ya Allah...terima kasih sedarkan aku... Buat suamiku... Mohon maaf kerana aku tak dapat jaga zuriatmu dgn baik...

Petua yg aku dapat tadi... Jika anak jatuh..cepat2 calitkan gula dihujung lidah... Supaya tenaga dia kembali pulih... Petua org lama2...

Aku memang trauma... Takut Faiqah jatuh lagi... Sebelum ni memang dia pernah jatuh tapi tak teruk begini.. Bahkan lagi besar benjol.. Tapi ok aje... Inilah teguran Allah untukku... Aku redha dgn ujianMu kerana ku tahu Allah sayang aku...

Published with Blogger-droid v2.0.10
All the Best to All SPM Candidates 2013

All the Best to All SPM Candidates 2013

Sumber: google images
Buat yang terbaik untuk semua calon SPM 2013...
Esok bermula debaran, mula memerahkan segala ilmu yang tersimpan...

Mulakan dengan doa, langkah kanan, bangun awal, baca al-Quran... 
Buat yang terbaik..
Ini penentu masa depan anda...
ke mana anda akan pergi selepas ini...

Do the best...
Berusahalah sehabis mungkin...
Berdoalah hingga noktah yang terakhir..
dan bertawakallah serendah hati.. 

Ingat pesan-pesan guru... 
Sumber: Fb

05 November 2013

Easy Peasy Giveaway by FD Part 2

Easy Peasy Giveaway by FD Part 2


Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Set Shawl Cinta Jannah x 2, Dress x 2, Inner Magic + shawl x 3, Topup RM30 x 1, Topup RM10 x 1, Topup RM5 x 1, Novel Love You Mr. Arrogant x 1, Button Badge Blogger x 6, Inner Bawal x 3, Miniature Watch x 1, Doodle x 1, dan Coklat Oreo x 1.

Easy Peasy Giveaway dianjurkan oleh Fatin Diana dan disponsor oleh Fatin Diana, Liliy Scarf, Blog Ieta, Daily Dress, Rubiey Scarf, LAC Touch Boutique, Miniature watch Malaysian Seller, Afifah Anuar, KAMI Banner Design, dan Chocolate A M.

Tamat 8 Nov 13, 10 malam

3 Hadiah Pilihan: Dress, Inner Magic + shawl , Inner bawal
Remaja Larikan 3 Beranak semasa berhenti di RnR

Remaja Larikan 3 Beranak semasa berhenti di RnR

Semalam berwhatsapps dengan kengkawan satu group dan rakan sekerja... Rakan sekerja maklumkan dan berpesan, jangan berhentikan kereta waktu takde orang ketika balik kampung. Sebab saudaranya, kira dua pupu dengan dia baru lepas kena culik dan dilarikan lepas berhenti untuk buang air di RnR Ajil. Katanya waktu tu sunyi dan tak de orang. Paling sedih... ada baby berusia 9 bulan dalam kereta MPV Grand Livina tu... Semalam kejadian tu berlaku.. dan berita tu dah pun masuk Harian Metro dan TV9 tadi...

************************************
DUNGUN: Sepasang suami isteri serta bayi lelakinya berusia sembilan bulan bukan saja ketakutan kereta dinaiki dilarikan seorang penjenayah malah nasib malang sekali lagi menimpa mereka selepas kereta yang dipandu penjenayah itu terbabit dalam kemalangan di Kilometer 88 Jalan Jerangau-Jabor, dekat Ladang Gajah Mati, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, kereta yang dinaiki tiga beranak terbabit, Pirhat Karim, 35, dan isteri Che Mastura Che Awang, 32, serta bayi lelaki mereka Muhammad Asyrat Ikhwan, sembilan bulan berhenti rehat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ajil, Hulu Terengganu.

Kereta jenis Nissan Grand Livina yang dinaiki mangsa sebelum itu dipandu adik iparnya, yang berusia 30-an dalam perjalanan dari Tumpat, Kelantan dan berhenti rehat di kawasan itu kerana adik ipar mangsa hendak membuang air.

Mangsa tiga beranak itu yang duduk di bahagian belakang kenderaan dikatakan tidak turun dari kenderaan itu sebelum seorang lelaki berusia 17 tahun memasuki keretanya dan bertindak memecut laju ke arah Kuantan.
KEADAAN kereta yang dilarikan suspek remuk selepas melanggar sebuah kereta proton waja dan lori tanah di Kilometer 88, Jalan Jerangau-Jabu
Ketua Polis Daerah Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, adik ipar mangsa yang menyedari kenderaan serta ahli keluarganya itu dilarikan kemudiannya segera ke Balai Polis Ajil untuk membuat laporan polis.


Katanya, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Bukit Besi dan Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) yang menerima laporan kejadian itu bertindak untuk membuat sekatan jalan raya.

“Dalam usaha membuat sekatan jalan raya, polis menerima pangggilan sebuah kereta terbabit dalam kemalangan dan sebaik tiba di tempat kejadian mendapati kereta itu adalah sebagaimana yang dilaporkan hilang,” katanya.

Ahmad Zailani berkata, kemalangan kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan bayi kepada pasangan itu cedera tercampak keluar dari kenderaan manakala suspek yang tidak mengalami sebarang kecederaan dikatakan berpura-pura meminta bantuan daripada pemandu sebuah kereta Perodua Myvi yang melalui kawasan itu.

“Pemandu kereta Perodua Myvi terbabit bersama ayahnya keluar membantu sebelum suspek masuk ke dalam kereta terbabit dan memecut ke arah Kuala Terengganu dengan turut melarikan sama empat lagi penumpang yang juga ahli keluarga pemandu kereta terbabit,” katanya. 

Katanya, bapa kepada pemandu kereta Perodua Myvi terbabit dikatakan dibantu seorang pengguna jalan raya di situ kemudiannya bertindak mengejar kereta anaknya yang dilarikan suspek itu. 

"Hasil perhubungan berterusan bapa gadis terbabit, dua kereta peronda polis dari Balai Polis Kuala Terengganu dan Balai Polis Batu Rakit berjaya memintas kereta yang dilarikan suspek sebelum berjaya menahan suspek di hadapan Masjid Al Salam, Batu Rakit, Kuala Terengganu kira-kira jam 6.45 petang,” katanya. 

“Kami bersyukur kesemua ahli keluarga mangsa selamat dan saya berterima kasih kepada semua yang membantu dan suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Nota ungu: Khabar dapat tadi.. bayi tu masih tak sedarkan diri... aku ada je gambar bayi tu, tapi sebagai menghormati pihak mangsa, aku tak boleh sebarkan... Apa-apa pun, kita sama-sama beringat dan mohon kengkawan doakan buat mangsa dan keluarga mangsa... 

Khasiat Sambal Taun/Sambal Lanun Johor

Pernah aku kongsikan antara makanan kegemaran dan pembuka selera en.somi ialah sambal taun. Tengok dekat page Dr. Zubaidi Ahmad, dinamakan sambal lanun, pertama kali plak dengar sambal lanun.. tak kisah lanun atau taun, yang penting asasnya sama iaitu ikan bilis dan cili. Lepas baca artikel tu, baru ku tahu, sambal simple ni ada khasiatnya... hehe... 


Jom baca artikel tulisan Dr. Zubaidi berkaitan dengan khasiat sambal lanun:

Pernah dengar sambal lanun Johor? Ia adalah antara menu dalam masakan Johor. Boleh cuba membuatnya. 

Cara membuat: 

1.Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat ketepikan 

2.Masukkan pula cili api, goreng sekejap hingga naik bau angkat. 

3.Goreng pula belacan sekejap hingga harum semerbak sehingga naik baunya. 

4.Pastu campurkan ikan bilis, cili api dan belacan kemudian bolehlah tumbuk atau kisar dgn blender kering hingga hancur.

Antara manfaat sambal ini ialah terdapat pada bahan yang digunakan iaitu ikan bilis, yang tidak asing lagi dalam masakan kita masyarakat Melayu. Ikan bilis mempunyai banyak nutrien.

Satu hidangan ikan bilis, 100 g, memberikan kira-kira 50,000 IU(International Unit) Vitamin A. ia sangat penting untuk penglihatan, pertumbuhan tulang, kesuburan dan pembahagian sel, di samping membantu untuk meningkatkan daya tahan dalam diri seseorang.

Ikan bilis juga mempunyai kalsium yang banyak. Satu hidangan 100 g ikan bilis, sama dengan 145mg kalsium. Kalsium adalah penting untuk tumbesaran tulang dan gigi yang sihat.

Selain itu, 100 g ikan bilis menyediakan 400mg kalium, yang sangat penting untuk fungsi jantung dan otot.

Dalam 100g ikan bilis juga mempunyai 36mcg Selenium. Ia sangat penting untuk pesakit jantung dan juga untuk membantu mencegah kanser prostat, perut, paru-paru dan kulit. Ia adalah suplemen yang bagus untuk lelaki yang mempunyai masalah kualiti sperma.

Jadi bagi sesiapa yang inginkan khasiat ikan bilis, boleh mencuba sambal lanun Johor.

Sumber: http://drzubaidi.com/blog

Nota ungu: tak sangka, suamiku makan makanan berkhasiat rupanya... walaupun simple tapi banyak khasiat kan.. dah lama tak buat nih... ingat nak buatlah nanti.. tapi tu lah ikan bilis pun dah makin mahal sekarang.. itu buatkan aku tak buat sambal ni... 

Hidup adalah pilihan

Salam Maal Hijrah...
Allah tahu yang terbaik walaupun kita mampu memilih...
Buatlah pilihan yang terbaik berpandukan panduan dan petunjuk dari Allah dan Rasul...

Ingatlah!!!
Allah sayangkan kita...
Jika Allah uji dan duga kita selepas pilihan dibuat itulah tanda kasih sayang Allah kepada orang-orang yang terpilih...

Allah sayang kita...
Allah tahu yang terbaik untuk kita...

Sumber pic:fb

Published with Blogger-droid v2.0.10

04 November 2013

Testimonial KOPIKO L.A. Coffee

Memalam update lagi blog, nak buat camne... idea tengah mencurah-curah... Berikutan entry hangat petang tadi... pasal Pek Nga dan LA Coffee... Ramai pula yang tanya sedap ke tak... hehe... ok.. meh sini nak citer sikit...

Kopi Red Guara LA Coffee

Sebenarnya, dah lebih setahun kot aku elakkan minum Nescafe 3 in 1 dan Coffee Pracampuran... Sebelum keluar LA Coffee ni, aku beli kopi DCL... memang sedap kopi DCL ni... dan kesan dia, sebagai milk booster aku gak, sebab masa tu masih menyusu Faiqah. tapi aku stop beberapa bulan atas sebab family planning... dan lepas kandungan 6 bulan, baru la cuba minum balik.. 
Kopi susu kambing plus madu bioasli

Selain tu, aku minum kopi susu kambing plus madu dari Bioasli. Aku ni alergik kambing, tapi susu kambing ni, tak lak aku alergik.. memang xde gula sebab manis madu... sedap dan pekat.. tapi en.somi tak leh minum sebabnya lepas minum lagi teruk plak migrain dia.. 

LA Coffee

Sehinggalah LA Coffee ni kuar kat TV... mulanya macam tak nak beli... tapi hari tu jenjalan kat Tesco Selayang, ada... harga plak dalam RM10.90 kalau tak silap... jadi siang beli.. malam tu gak try... 

haha... panjang bebelan aku deh... saboorr je lah.. 
Testimonialnya:
LA Coffee memang terbaik... LA Coffee memang Low Asid dan tak mengganggu perut.. suami ku yang tak boleh minum kopi pun, boleh telan LA Coffee ni, sebab tak mengganggu kepala dia.. tak sakit dan tak migrain pun dia minum.. aku jarang-jarang amik sebab preggy kan... tapi 25g je kandungan dia, masih selamat la utk diminum sekali-sekala oleh ibu mengandung buat hilang rasa teringin tu kan... 

LA Coffee ni bagi aku, tak tinggi sangat kafein sebabnya, urine tak berbau kopi yang kuat... sebab beza kalau minum Nescafe.. jadi bagi yang nak cuba, tak rugi beli LA Coffee... kiranya iklan tu tak tipu ea..boleh dipercayai... Suamiku pernah buat LA Coffee campur milo, minum panas-panas... sedap juga.. hehe... sekali lagi, sapa-sapa yg nak cuba boleh cuba ea... tak rugi.. sebabnya ini dari company KOPIKO kan... jika anda pernah rsa sedapnya gula-gula KOPIKO, anda pasti kena rasa LA Coffee... 

Ini, testimonial free aje.. xde bayaran pun... hhee.. 
sebab dah ramai bertanya, maka dijawab dengan entry... 

Sumber pic: Google images
Salam Maal Hijrah 1435H

Salam Maal Hijrah 1435H

Sumber: Imdan UTM@fb
Bermula lepas maghrib nanti, masuklah tahun baru bagi tahun hijrah... dan permulaan tahun baru dalam kalendar Islam. Hijrah sinonim dan diambil dari peristiwa hijrah Rasulullah dan orang Islam dari Makkah ke Madinah iaitu berlaku pada tahun 622 Masihi. Hijrah berlaku atas beberapa faktor antaranya:
1. Perintah dari Allah
2. Ancaman kaum Quraisy Makkah
3. Penyebaran agama Islam

Perjalanan dari Makkah ke Madinah mengambil masa 8 hari iaitu sejauh 320KM... antara kronologi hijrah:


  1. Sehari sebelum Hijrah - Musyrikin Mekah berbincang menghalang Rasulullah berpindah ke Madinah. mereka mengambil keputusan membunuh  Rasulullah ketika sedang tidur
  2. Malam Hijrah - Pemuda Musyrikin Quraisy mengepung  rumah Rasulullah, bersedia menyerbu  dan membunuh baginda. Allah memberitahu Rasulullah pakatan tersebut dan memerintahkan baginda berhijrah ke Madinah. Rasulullah meminta  Saiyidina Ali tidur di tempat baginda. Rasulullah ditemani saiyidina Abu Bakar keluar dari  Mekah ke gua Thur.
  3. Setelah 3 hari 2 malam (di gua Thur) - Rasulullah dan saiyidina Abu Bakar meneruskan perjalanan ke Madinah.
  4. Berhenti selama 4 hari di Quba' dan membina masjid Quba'(masjid pertama dalam Islam)
  5. 12 Rabiul Awal ,tahun 13 kerasulan / 2 JULAI 622 MASIHI Rasulullah, Abu Bakar  dan rombongan sampai ke Madinah disambut oleh penduduk Madinah dengan kegembiraan dan kesyukuran dengan alunan nasyid:

طلعالبدرعلينا 
من ثنيا تالوداع 
وجباالشكر علينا 
مادعاالله داع 

أيها المبعو ث فينا 
جئت با لأ مر المطاع 
أنت غو ثناجميعا 
يامجمل الطباع 

أنت شمس أنت بدر 
أنت نورفوق نور 
أنت إكسير وغالى 
أنت مصباحالصدور 

صلى الله على محمد 
صلى الله علية وسلم 

Peristiwa ini memberi kesan yang besar kepada Islam dan dakwah Islam. Namun, dari sudut yang lain.. kita juga perlu melakukan hijrah. Dari kurang baik kepada yang baik, dari baik kepada lebih baik, dari lebih baik kepada penyempurnaan dan istiqamah dalam kebaikan. Setiap hari wajar kita melakukan hijrah, bukan tunggu maal hijrah aje baru nak buat azam atau perubahan kan... kerana orang yang sentiasa berhijrah ialah orang yang berjaya dan cemerlang di dunia dan akhirat:

“Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Salam Maal Hijrah buat semua teman-teman yang mengenali diri ini atau pun rakan-rakan di alam maya..
Mohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan dan kesilapan diri ini.. Moga tahun ini (1434H) memberi seribu erti dan penginsafan untuk kita dan tahun akan datang (1435H) memberi makna dan penghidupan yang baru..

Jangan lupa, berdoa letakkan niat dan azam untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik iman, amal dan ihsannya kepada agama, diri, keluarga dan masyarakat seterusnya negara.. insha Allah...

Salam Maal Hijrah buat semua...
ikhlas dari: Maria Firdz dan Faiqah serta baby... (^_^)

Santai Petang Cuti: Pek Nga Nyok dan LA Coffee

Santai2 dipetang..cuti2 begini...melayan si Faiqah yang becok...

Perut berkeroncong minta diisi lagi walaupun dah 2 pinggan nasi ditelan... Adat lah kan.. Mak buyung memang kuat makan... Hehe..

Idea nak makan datang...
Maka jadilah resepi kampung versi Baling...

Pek Nga Nyok a.k.a lempeng kelapa... Org baling panggil lempeng tu pek nga... Nyok tu kelapa atau  nyiur...

Penyedap hidangan... LA Coffee panas berasap... Hidangan yang betul2 memikat...

Santai petang hidangan petang kampung vs barat la ni... Sambil menonton utk tambah lemak dibadan... Hehe...

Tengok Faiqah makan tu... Sedaaappp... Nyum3... Hehe...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Buah-buahan Terbaik untuk Bayi

Apabila anak anda sudah mula diberi makanan pejal, buah-buahan antara makanan yang mesti diperkenalkan. Ia mudah diberi, mudah hadam dan sedap dimakan.

Buah-buahan yang kaya dengan vitamin dan mineral paling sesuai sebagai makanan awal diperkenalkan. Berikut lima jenis buah yang baik diberikan kepada bayi.


*PISANG
Untuk bayi enam bulan ke atas.
Kandungan nutrisi utama: kalium, fosfor, vitamin A, asid folat.

Cadangan sajian:
1. Kupas kulit pisang, lenyekkan sedikit dan boleh terus disuap kepada bayi.
2. Puri pisang



*OREN
Untuk bayi enam bulan ke atas.
Kandungan nutrisi utama: kalium, kalsium, vitamin A, vitamin C, asid folat, serat.

Cadangan sajian:
1. Cuci bersih buah oren, kupas dan perahkan jusnya. Beri kepada bayi.
2. Dapat dijadikan pemanis yang menyegarkan dalam penyediaan puri buah.


*EPAL
Untuk  bayi enam bulan ke atas.
Kandungan nutrisi utama: kalium, magnesium, fosfor, kalsium, vitamin A, vitamin C.

Idea sajian:
1. Puri epal









*PIR
Untuk bayi enam bulan ke atas.
Kandungan nutrisi kalium, fosfor, kalsium, vitamin C.

Idea sajian:
1. Puri pir:
*Bagi bayi berusia lapan bulan, boleh ditambahkan bijirin agar puri ini menjadi padat.
*TOMATO
Untuk  bayi lapan bulan ke atas.
Kandungan nutrisi: protein, serat, kalium, magnesium, fosfor, kalsium, vitamin A, asid folat.

Idea sajian:
1. Sos tomato:
Cuci bersih lalu rebus tomato sampai empuk, sehingga kulitnya mudah dikupas.
Setelah dikupas, potong menjadi empat bahagian. Kisar hingga halus, lalu tapis menjadi sos tomato.
Hidangkan bersama dengan puri kentang atau sayuran


Tambahan info (berdasarkan pengalaman sendiri):
Petua buah pisang: pisang dapat membantu menambah kenaikan berat kanak-kanak atau bayi yang susah naik berat badan.. Faiqah dulu, seminggu sebelum pergi timbang kat klinik, bagi makan pisang dulu.. Alhamdulillah, naik berat badannya... orang dewasa pun boleh amalkan petua ni... 

Tomato: boleh melicin dan melembutkan serta memberi kelembapan semula jadi pada kulit. Amalkan makan tomato mentah atau puree tomato.. 

Oren: Boleh membantu, mengurangkan selesema kerana kandungan vitamin C yang tinggi, serta mengurangkan lendiri pada tekak dan paru-paru... 

Puas Hasil Tangan Sendiri

Makin seronok dan suka sendiri... bior lah orang nak kata aku syok sendiri pun.. apa pun aku suka tengok perubahannya... iaitu blog Truly Love ini.. 


Hasil cetusan idea sendiri, mengalami evolusi demi evolusi dan perubahan demi perubahan yang semakin baik aku kira... Rasa seronok dapat hasilkan blog sebegini dengan hasil tangan dan idea sendiri. 

Pernah aku dapat tawaran orang nak tolong edit blog aku, tapi aku tolak dengan baik, sebabnya rasa takut aku sendiri tak puas hati... jadi, walaupun aku tak pro dan tak sepandai blogger lain dalam mengedit blog, tapi aku belajar sendiri sedikit demi sedikit untuk perbaiki blog ni... 

Alhamdulillah... rasa seronok tengok hasil karya sendiri... 
Walaupun tak secantik blog orang lain.. tapi ianya lahir dari cetusan idea dan kreativiti sendiri..
Dengan bantuan blogger-blogger yang rajin berkongsi ilmu blogger... 
terhasillah blog dark purple trulylove hari ini.. 

Alhamdulillah juga, kerana suami memberi galakan dan sokongan untuk aku terus berkarya menyampaikan ilmu di sini... Alhamdulillah syukur sangat lihat hasil usaha tangan sendiri... 

Insha Allah akan terus diperbaiki dari masa ke masa untuk memudahkan orang mencari ilmu di sini.. 
Akhirnya Tok Gajah berjaya kalahkan Kancil

Akhirnya Tok Gajah berjaya kalahkan Kancil

Sebijak-bijak Kancil, akhirnya tumpas juga ditangan Tok Gajah.... itulah adat perlawanan, ada kalah dan menang... Begitulah kisah dongeng, eh! dongeng ke??? takkk... kisah benar ni... memang betul semalam Tok Gajah berjaya kalahkan Kancil yang bijak... memang kancil bijak, semua lawan dia tumpaskan.. tapi semalam Tok Gajah lagi bijak... 

Itulah kisah benar, Tok Gajah mengalahkan kancil menyebabkan seluruh rakyat jelata bersorak gembira. Buat Kancil, lain kali cuba lagi... kemenangan ini dinanti oleh Tok Gajah selama 21 Tahun untuk menang..

Eh..  macam kisah si kancil plak.. hehe... itulah kisah bola semalam.. aku tak tengok pun.. tapi en.somi tengok semalam kat kedai mamak dengan kengkawan dia... tak pernah-pernah layan bola.. tertiba layan bola plak dia..hehe.. sesekali kan.. semalam aku tido awal, sebab kepenatan melayan si mek Faiqah tu la... jadi bangun awal pagi ni, tengok la berita.. owh.. rupanya Tok Gajah yang menang... berjaya juga Kancil dikalahkan Tok Gajah.. itulah sebijak-bijak kancil... hehe... 

Firasat aku mengena juga rupanya, entah kenapa naluri aku kata Pahang yang akan menang.. tapi aku diamkan je.. tak berani nak kuarkan apa-apa statement lah.. takut tak betul.. tapi betul pula naluri dan firasat aku ni.. hehe... 

Tahniah buat Pahang, yang rangkul juara Piala Malaysia 2013... Buat Kelantan, janganlah kecewa...kerana gtu dah adat permainan ada kalah dan menangnya... 

**********************************

SHAH ALAM: Pahang menamatkan penantian selama 21 tahun bagi menjulang Piala Malaysia apabila mengalahkan juara bertahan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam di sini, malam ini.

Penyerang import dari Argentina, Matias Ruben Conti muncul wira skuad Tok Gajah selepas menyumbat gol tunggal menerusi tandukan pada minit ke-58 selepas memanfaatkan hantaran daripada Azamuddin Mohd Akil.

Kemenangan itu merupakan kejayaan ketiga Pahang merangkul piala berprestij itu selepas tahun 1983 dan 1992.

Pada pertarungan antara pasukan gergasi Pantai Timur itu musim ini, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan seimbang dengan melancarkan serangan berbahaya namun gagal menyudahkan sebarang percubaan pada separuh masa.

Sumber: Harian Metro

03 November 2013

Dah bagi betis nak paha pula!

Dah bagi betis nak paha pula!

Kuala Lumpur: “Kalau tak ada epal, saya tak mahulah. Nasi lemak pun saya tak mahu,” kata seorang gelandangan dengan bersahaja kepada kakitangan lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk Pertubuhan Penggerak Wanita Muda (PEWADA) yang mengedar bantuan makanan kepada golongan itu di sekitar Pudu Sentral, di sini, malam hujung minggu lalu.

Lelaki itu bersikap pemilih disebabkan gelandangan di kawasan berkenaan sentiasa mewah makanan berikutan keprihatinan warga kota dan pelbagai NGO yang kerap turun padang mengedar makanan pada malam minggu. 

Dalam kata lain, mereka boleh memilih makanan disukai, manakala yang lain ditolak secara baik. 

Situasi itu disaksikan wartawan Metro Ahad yang dipelawa NGO berkenaan menyaksikan program penyerahan makanan kepada gelandangan sekitar Pudu Sentral.


Seorang gelandangan yang memperkenalkan dirinya sebagai Azli, 37, berkata, pada malam itu saja mereka menerima stok makanan yang mencukupi hingga keesokan hari.

Sumber: Harian Metro

Haishh... rasa nak marah pun ada, kesian bercampur baur... kesian sebab takde tempat tinggal yang selesa, tapi nak marahnya bila 'diman' tinggi plak... tak nak makan nasi lemak pula.. hmm.. aku ni bersarapan makan biskut kering aje... buah epal plak yang dia nak.. hmm... buah sebulan sekali aje dapat makan... pandai pula diorg diman-diman ea... itulah dah diberi betis, nak paha pula... huhu.. untunglah de orang bagi makan... hmm.. syukurlah sikit.. 
Wahai Isteriku: Ingatlah Saat Kita Berjauhan

Wahai Isteriku: Ingatlah Saat Kita Berjauhan

Sumber: FB

Berjauhan... satu anugerah sebenarnya, sebab menggamit rasa rindu yang mendalam... Tapi bagi suami isteri perpisahan adalah memeritkan... aduhh.. payah nak luahkan.. 

Siapa pasangan yang sentiasa berkepit tak pernha berenggang???
Ceh, bohong lah kalau kata tak pernah langsung berpisah, paling tidak pasti satu hari pernah kan.. 
Aku juga pernah begitu, pernah nikmati alam nikmat perkahwinan jarak jauh (PJJ) selama sebulan lebih ketika usia perkahwinan baru menjejak 3 bulan, dengan usia kandungan 2 bulan masa tu... aduhai... perit sungguh rasa... walaupun tak jauh sangat Bentong-KL je, tapi kedudukan kewangan yang tak stabil masa tu, menjadi penghalang untuk berjumpa setiap minggu.. 

Sebenarnya, itulah nikmat perpisahan sementara ni.. rindu membuak di dada.. rindu pada yang halal, dan hanya doa dikirimkan sebagai penguat diri... Namun, sebagai isteri, wajiblah menjaga adab-adab bila berjauhan dengan suami:

Adab-adab bila berjauhan dengan suami:

1. Menjaga maruah diri dan suami
Wajib bagi seorang isteri menjaga maruah sebagai isteri. Antaranya, dilarang berpakaian yang boleh menarik perhatian lelaki lain, jangan melenggokkan suara bila bercakap, dan jaga pandangan.
Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sekiranya boleh aku menyuruh seorang sujud kepada seorang nescaya akan aku suruh kaum wanita (isteri) supaya sujud kepada suami mereka”. 

2. Minta izin dengan suami
Wajib seorang isteri, minta izin daripada sang suami ketika keluar rumah sama ada hendak pergi bekerja atau ke mana sahaja. Jika nak pergi kerja, hanya ke situlah kita pergi.. jika nak ke tempat lain yang tidak ada perancangan, umpamanya nak ke kedai bersama rakan, wajib minta izin juga.. sebabnya permintaan pertama tadi suami hanya fahamkan pergi ke tempat kerja. Ada kepentingannya memberi tahu suami.. kerana jika berlaku apa-apa diluar jangkaan, suami akan tahu...

3. Jaga pemakaian
Jagalah pemakaian termsuk di rumah, jangan pakai seksi semasa ketiadaan suami... takut2 menimbulkan fitnah. 

4. Jaga batasan pergaulan
Jangan bercakap dengan lelaki ajnabi tanpa kepentingan tertentu... jika atas urusan kerja, maka hanya atas urusan kerja sahaja. 

5. Amalkan doa perlindung dan amalkan tips PJJ.. 
Amalkanlah doa perlindung dan tips PJJ selalu.. zaman sekarang dah canggih.. tak de masalah dah jika nak berhubung.. tak de masalah perhubungan.. canggih belaka dah.. kalau tak berhubung langsung tu kira alas lah tu.. 

Tulah antara adab-adab sebagai isteri yang wajib dijaga.. suami pun kena juga jaga adabnya seperti jaga pandangan dan teguhkan iman, dengan solat dan zikir... supaya tidak terjadi seperti kisah INI...
Lelaki akan diuji bila bersendirian, jadi perlulah kuatkan iman dengan amalan wajib dan sunat.

Jadi releven lagikan "sayangkan isteri tinggal-tinggalkan"... tapi bagi yang sentiasa PJJ tu, memang Allah pilih kamu untuk hadapi situasi itu.. dan Allah tahu kamu kuat... Aku ni sesekali je PJJ... tu pun dah rasa lemau.. jika berbulan tak tahu nak kata pe... hehe... memang jarang berpisah dah lepas PJJ sebulan tu... g mana-mana pun sekali.. macam belangkas... hehe... tapi tu lah... indahnya PJJ... rindu sangat mendalam bila PJJ ni.. lain dari yang lain... tapi rindu pada yang halal... bagi yang belum kahwin, jangan nak rindu lebih2 buat dosa aje.. kahwin cepat2 supaya dapat rindu halal... :)


Nota ungu: entah apa yang aku bebelkan dalam entry ni.. bermanfaat ke tak ni ek.. huhu.. menaip entry dalam keadaan mengantuk je nih.. huhu

Berhujung Minggu di Aquaria KLCC

Rumah dekat sangat aje... dari dapur dah boleh nampak KLCC dengan jelas, tapi nak jejak kan kaki di Suria KLCC tu terasa macam jauh sangat... bukan apa, aku dan suami ni jenis serabut tak boleh tengok keadaan yang serabut dengan orang ramai dan kereta yang bersesak... 

Faiqah teruja melihat KLCC... 
Tapi setiap hari Faiqah sering tunjuk, "Umi Abi tu", sambil jari runcing menunjuk ke arah puncak KLCC... Jadi, dah berjanji dengan dia, jika berkelapangan akan bawa dia g KLCC... Alhamdulillah semalam cuaca redup di petang hari... menunaikan hasrat Faiqah melihat bandaraya Kuala Lumpur... Teruja dia melihat bangunan tinggi pencakar langit di Kuala Lumpur... terdongak sambil ternganga tengok menara tinggi-tinggi.. 

Dalam 15 minit sampai dah ke Suria KLCC, lepas parking terus menuju ke Aquaria KLCC.. memang ramai semalam... maklumlah hari cuti kan.. ramai ibu bapa bawa anak-anak menikmati hidupan laut di Aquaria KLCC... 
Cas tiket masuk ke Aquaria KLCC,
Maklumat lanjut boleh tengok kat sini: http://www.aquariaklcc.com
Aquaria KLCC dibuka setiap hari termasuk hari minggu dan hari cuti umum dari jam 10.30 pagi hingga 8.00 malam, tapi waktu akhir pembelian tiket jam 7.00 malam... Harga tiket RM38 untuk dewasa bagi pemegang MyKad dan RM50 bagi dewasa yang tiada MyKad (pelancong), kanak-kanak 3 tahun ke atas dikenakan bayaran RM28 bagi warganegara dan RM40 (pelancong)... 

Perkhidmatan dan pekerja-pekerja yang ramah mesra... lepas beli tiket kami terus saja masuk... menikmati dalamannya yang mulanya haiwan-haiwan kecil di dalam kaca... makin masuk ke dalam, makin seronok... banyak hidupan laut. Faiqah mula teruja melihat pelbagai binatang... pelbagai hidupan laut yang Allah ciptakan... rasa ta'ajub dengan kebesaran Ilahi... 

Ikan besar

Pertama kali lihat jerung dari dekat
Ikan kerapu besar

Obor-obor putih

Bergambar kenangan sebelum keluar dari Aquaria KLCC

Lepas berjalan-jalan, dan bergambar melihat hidupan laut... akhir sekali tembus ke kedai cenderamata... banyak cenderamata sebagai kenang-kenangan... biasa kalau ke mana-mana, cenderamata yang pasti kami beli ialah magnet fridge dan juga kenangan untuk Faiqah, pastinya seekor anak patung yang comel... hehe... 

Magnet fridge pantul cahaya sebagai kenangan

Nemo sebagai kenangan untuk Faiqah.
Tambah lagi lah koleksi binatang peliharaan Faiqah
Alhamdulillah... sekejap aje perginya... selepas Asar gerak, maghrib dah sampai rumah.. dok dekat je, tapi bertahun baru sampai... Alhamdulillah, balik rumah Faiqah dah diam, sebab tertunai sudah hasrat dia nak tengok KLCC dari dekat.. insha Allah, satu masa akan bawa dia ke KL Tower pula... Insha Allah, selagi dok KL ni, habiskan dululah melancong dalam negara sebelum ke luar negara... sebab tempat sendiri pun banyak lagi tak diteroka... insha Allah... 


Nota ungu: Lebih suka bawa Faiqah pergi tempat-tempat yang boleh dekatkan dia dengan alam semulajadi..

Mudahnya Nak Kata...

Sumber: FB


Alhamdulillah...
kerana Allah masih bangunkan kita pagi ini...



Alhamdulillah...
kerana Allah masih kurniakan nikmat Islam,  iman dan akal hari ini...



Alhamdulillah...
kerana Allah masih kekalkan kesempurnaan pancaindera hari ini...



Alhamdulillah...
kerana Allah masih beri peluang untuk lihat orang yang kita sayang...



Alhamdulillah...
kerana Allah masih kurniakan rezeki yang cukup untuk kita sekeluarga hari ini...



Alhamdulillah...
atas segala nikmat dan kurniaan Allah yang tak terhitung banyaknya...


Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Selamat berhujung minggu...

02 November 2013

Reddelima Giveaway Part 2 by Dunia sebenar Shida

Assalamualaikum, peace upon you.







Dengan ini shida menganjurkan Reddelima Giveaway Part 2 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 30.10.2013 dan akan tamat pada 12.11.2013 (2 weeks). Pengumuman pemenang untuk Part 2 akan shida umumkan setelah mendapat keputusan dari pihak penaja. Untuk Part 2 pilihan pemenang sepenuhnya dipilih oleh penaja dan juga berdasarkan Unique Click (jadi affliate) Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :




  syarat-syarat wajib :  


  1. Like  Page Penaja dan Share (klik pada button share dalam entri ini)  :  

  2. Like, G+ entri ini  dan Follow Blog Shida :

  3. Buat satu entri bertajuk :  Reddelima Giveaway Part 2 by Dunia sebenar Shida

  4. Copy dan paste kod dalam entri korang

  5. Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini

  6. Wajib Daftar menjadi Affliate www.reddelima.com dan letak banner Affliate dalam blog (akan disemak oleh Penaja) : klik cara Daftar Affliate dengan 7 langkah mudah!








Senarai Hadiah  |  Senarai Peserta

Bila Anak Cerewet Makan

Sumber: google images

Aduh memang pening kepala mama kalau anak cerewet makan. Ia sangat menguji kesabaran ibu. Penat memasak tidak hilang apabila si manja enggan membuka mulut merasa masakan yang disediakan.

Kadang kala kita terfikir bagaimana anak sekecil usia setahun lebih sudah pandai memilih makanan apa yang hendak di makan. Sebenarnya ia bermula daripada didikan awal di rumah.

Ibu bapa perlu menetapkan undang-undang makan sejak anak mula belajar makan makanan pejal. Ketegasan diperlukan untuk mendidik anak-anak membesar sebagai anak yang tidak cerewet bab makan.

*Pentingnya menetapkan masa makan yang konsisten setiap masa.

*Pastikan semua ahli keluarga makan bersama setiap kali waktu makan.

*Jika anak enggan makan pada waktu makan, anda perlu tegas memberitahunya selepas ini tidak ada makanan jika dia terasa lapar.

*Elakkan gangguan televisyen, alat permainan ketika waktu makan. Kadang kala ada ibu bapa yang memang mendidik anak sejak usia bayi makan sambil menonton televisyen atau bermain. Alasannya supaya anak mudah makan. Kesannya apabila besar, mereka tidak mahu makan kerana asyik menonton televisyen.

*Libatkan anak-anak dalam proses penyediaan makanan bermula daripada membeli bahan, menyediakan dan memasak.

*Tanya anak soalan seperti “Hari ini nak makan ayam ke ikan?” berbanding “Hari ini nak makan apa?”. Ia lebih memberi kesan teruja kepada anak untuk menjamah makanan yang dimasak nanti.

*Jika anak enggan makan sayur, ceritakan satu watak kartun yang hebat kerana makan sayur. Misalnya kartun Popeye. Dengan melihat kehebatan kartun tersebut disebabkan makan sayur, anak-anak kecil akan terpengaruh.

Semuanya terletak kepada cara pujukan ibu bapa melatih anak mereka membesar sebagai anak yang tidak cerewet makan. Jika anak tak suka makan sayur, periksa diri adakah anda sendiri makan sayur atau tidak?

Ibu bapa adalah cermin kepada anak-anak jadi pastikan kita menjadi cermin yang terbaik buat mereka.

Sumber: Majalah PaMa

Petua Tambah Selera Makan
Sumber

Petua yang pernah saya buat ialah amalkan minum air didihan nasi... dan amalkan 3 kali mandikan anak dengan air ramasan daun kucai.. cubalah... :)
Dah ada Jalan Sendiri pun Boleh Terbabas

Dah ada Jalan Sendiri pun Boleh Terbabas


RAWANG: Seramai 120 penumpang yang menaiki tren Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter tiga gerabak cemas selepas ia tergelincir berhampiran Stesen Rawang di kilometer 354.88 jam 10.00 pagi tadi.

Bagaimanapun kesemua penumpang terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Pengurus Komunikasi Korporat KTM Berhad Siti Badariah Wan Hanafi berkata, perkhidmatan KTM Komuter dan ETS di Sektor Tengah mengalami gangguan ekoran insiden kegelinciran yang berlaku berhampiran Stesen Rawang di kilometer 354.88, pagi tadi.

Menurutnya, tren yang mengalami kegelinciran adalah tren KTM Komuter tiga gerabak yang membawa penumpang seramai 120 orang.

“Penumpang yang terselamat dipindahkan ke Stesen KTM Rawang menggunakan Tren Enam Gerabak dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.


“Insiden itu menyebabkan beberapa perkhidmatan KTM Berhad telah mengalami gangguan iaitu Perkhidmatan Komuter bagi laluan Rawang - Tanjung dan Tren ETS Silver KL Sentral-Ipoh,” katanya dalam satu kenyataan media.

Siti Badariah berkata, semua penumpang akan menggunakan perkhidmatan bas dari Rawang–Serendah dan Serendah-Rawang sebelum menaiki tren ke destinasi masing-masing. Perkhidmatan bas shuttle ini disediakan secara percuma bagi pengguna laluan Rawang-Tanjung.

“Bagi Tren ETS Silver–KL Sentral-Ipoh perkhidmatan ini akan ditamatkan di stesen Rawang dan penumpang akan menaiki bas ke Stesen Serendah dan meneruskan perjalanan ke Ipoh menggunakan ETS.

“Penumpang boleh meminta pemulangan tambang penuh untuk perkhidmatan yang dibatalkan ataupun menukar semula tarikh perjalanan. Kerja-kerja membaik pulih landasan sedang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, KTM Berhad memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Maklumat lanjut, sila hubungi talian KTMB Care Line 1-300-88-5862.


Sebenarnya kejadian ni buatkan aku kiaskan dengan iman dan hidup kita... dah ada jalan pun boleh tergelincir, ibarat keretaapi tu lah.. dah ada landasan sendiri tapi masih boleh terbabas dan tergelincir.. begitu juga dengan pegangan dan hidup kita, jika kita tak pegang kuat pada landasan agama (al-Quran dan as-Sunnah), iman kita juga pasti akan mudah tergelincir macam tu... oleh itu, peganglah kuat-kuat wasiat Nabi s.a.w ini.. sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ. (الإمام مالك)
Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.)." (Imam Malik)