31 Oktober 2013

Nak Tegur Tonjolkan Aje Dirimu

Sambil mendengar Forum Perdana, saja menyemak blog dimalam hari sementara en.somi melayan design2 baru untuk Homemadestickers...

Tertiba ada 5 commet untuk sedia dipublishkan..., dan antara dua komen tu adalah agak mengejutkan aku... sebab dah lama aku tak dapat komen dari orang atau blogger yang tak dikenali.. 


Dengan gelaran anonymous... dia memberi komen yang agak mengejutkan... terpikir-pikir pula siapa punya gerangan yang komen begini, gayanya macam memerli dengan entry Fesyen Ikut Binatang... pasal fesyen rambut... kat mana ea dia tgk suami ku??? lepas discroll baru perasan, di header aku, ada gambar encik.somi dengan gaya rambutnya... 

Jadi, buat pengomen yang bertanya, aku jawab walaupun tak tahu kamu siapa.. 


Fesyen rambut suamiku tu, nampak terpacak kan...sebab dia buh gel pengeras, dan untuk pengetahuan, rambut suamiku pendek aje, sebab dia bekerja pasukan unit beruniform, jadi rambutnya pendek di tepi dan sedikit je rambut di tengah, jadi dia buh minyak untuk keraskan rambut tu... memang lah nampak pelik, dalam gambar yang telah diedit begitu kan.. nmpk ler pelik sebab dalam gamabr yg diedit gitu, kalau tgk real takde pelik mana pun, sebab gaya biasa je... xdelah cacak-cacak macam landak tu pun..

Harap en.anonymous ni puas hati dengan jawapan ni.. dan entry tu pun bukan nak perli orang ke hapa, cuma saling mengingat aje.. sebab ketara sangat kepelikannya fesyen rambut tu kan... Andai ada terasa, harap dimaafkan... 

Cuma satu pesanku, jika nak tegur, nak tanya tonjolkan aje diri, tak yah nak sembunyi sebagai anonymous ea, maaf jika aku umpamakan seperti "Baling batu sembunyi tangan"... faham-faham sendirilah maksud simpulan bahasa ni ea... 

Aku tak kisah orang nak tegur aku, sebab aku pun insan dan blogger biasa, ada juga salah silap yang aku sendiri tak sedar.. mungkin dalam aku menymapaikan ilmu dan ajak orang ke arah kebaikan, aku tak sedar aku mengguris hati dan perasaan orang lain.. tapi tonjolkan aje dirimu.. 

Jika tak puas hati boleh aje emailkan teruskan kat aku:
myfirdaussy@gmail.com

Maaf kepada semua pembaca dan pengunjung blog ni, andai ada yang terasa dengan entry-entry yang pernah aku coretkan.. 

Tidur Buat Wanita Lebih Cantik Dan Sihat?


Tidur memang menyenangkan namun tahukah anda bahawa ketika anda sedang melelapkan mata sambil bermimpi indah, sistem tubuh badan anda melakukan perkara menarik. Tapi usah risau kerana ianya normal.


1. Suhu Tubuh Badan Turun
Menurun pakar tidur dan psikologis klinikal di Scottsdale yang juga penulis untuk buku "The Sleep Doctor's Diet Plan: Lose Weight Through Better Sleep" iaitu Michael Breus, suhu tubuh badan akan berkurangan sebaik saja anda tidur. Penurunan suhu memberi isyarat kepada otak untuk mengeluarkan melatonin yang boleh menjejaskan kitaran tidur. Suhu paling rendah sekitar 2:30 pagi.

2. Kurang Berat Badan
Cara terbaik untuk menimbang berat badan anda adalah ketika waktu pagi dan bukannya waktu petang. Anda kehilangan air melalui berpeluh dan bernafas keluar udara lembap pada waktu malam. Ia juga boleh berlaku pada waktu siang tetapi saat anda makan dan minum semasa berjaga tidak membantu untuk kurang berat badan. Jika anda hanya tidur empat atau lima jam setiap malam, anda sudah tidak memerlukan diet dan juga senaman. Untuk mengecilkan pinggang, sekurang-kurangnya anda memerlukan waktu tidur selama tujuh jam.

3. Ketinggian Bertambah
Sebaik saja anda bangun tidur, anda tidaklah berubah menjadi tinggi persis model tetapi saat anda tidur, anda beroleh sedikit ketinggian. Cakera di dalam tulang spina anda sebagai kusyen di antara tulang menghidrat semula dan menjadi lebih besar kerana berat badan anda tidak menekan  di atasnya seperti anda berdiri. Jika anda mempunyai tilam yang pejal, tidur mengiring seperti kanak-kanak merupakan kedudukan baik untuk mendapatkan lebih ketinggian kerana ia mengurangkan beban belakang anda.

4. Tekanan Darah, Kadar Jantung Berkurang
Apabila anda berehat, tubuh badan anda tidak perlu bekerja dengan kuat untuk mengepam darah maka sistem tubuh akan perlahan. Tekanan darah perlu berehat waktu malam supaya otot jantung dan sistem peredaran darah mempunyai masa untuk rehat dan perbaiki. Adalah penting buat anda yang mempunyai masalah tekanan darah untuk mendapatkan tidur selama tujuh jam.

5. Otot 'Lumpuh' Sementara
Bunyi seakan ngeri hakikatnya ia membantu mencegah anda melakukan perkara yang bukan-bukan pada lewat malam. Menurut Lisa Shives iaitu seorang pakar ubat internis dan tidur, meskipun keadaan berjalan ketika tidur merupakan situasi yang jarang berlaku namun ia sesuatu yang bahaya. Jadi, 'lumpuh' sementara inilah yang menyelamatkan anda saat tidur!

6. Keinginan Seks Tinggi
Sepertimana lelaki mengalami ereksi saat tidur, wanita juga boleh menjadi terangsang bukan kerana anda bermimpi Brad Pitt tetapi otak lebih aktif saat tidur. Lebih oksigen diperlukan sehingga akhirnya aliran darah mengalir keseluruhan badan terutama kawasan yang membangkitkan keghairahan anda. Mungkin ini punca anda bangun tiba-tiba pada lewat malam!

7. Angin Mudah Keluar
Anda mungkin tidak suka mendengar perihal berkaitan angin, gas atau erti kata kentut! Ketika anda tidur, otot sfinkter dubur anda melonggar sedikit sehingga ia memudahkan anda membuang angin. Berita baiknya apabila deria hidu berkurangan saat tidur. Disebabkan itulah loceng kecemasan kebakaran dicipta kerana anda sukar menghidu ketika sedang tidur.

8. Kekejangan Seluruh Tubuh
Kebanyakan orang pernah mengalami tubuh badan tiba-tiba merasa sentakan dan ia adalah normal. Seramai 70% orang mengalami fenomena ini di mana otot tiba-tiba kontrak (nama teknikal untuk masalah sentakan ini adalah hypnic). Beberapa pakar berpendapat ia mungkin ada berkaitan dengan rasa kebimbangan atau jadual tidur yang tidak teratur.

9. Penghasilan Kolagen Meningkat
Kolagen merupakan protin yang menguatkan saluran darah dan menganjalkan kulit. Ketika anda tidur, hormon pertumbuhan dilepaskan untuk menukarkan sel lemak kepada tenaga malah merangsang pertumbuhan kolagen. Memandangkan kolagen terhasil saat anda tidur, krim pelembap wajah yang mengandungi retinol dan retinoid adalah baik digunakan sebelum masuhk tidur kerana ia meningkatkan penghasilan kolagen yang membantu mengatasi masalah pigment dan melawan kedutan.

Jadi, jangan bertindak menolak untuk tidur kerana khuatir muka menjadi besar mahupun sembab. Semuanya tidak benar kerana tidur yang cukup bukan saja baik untuk kesihatan tetapi juga kecantikan! 


Jom tidur, jika kurang tidur akan mengganggu kecantikan wanita... 

BODOHKAH IBUKU ANDAI TIADA IJAZAH,MASTER @ PHD.....

Sumber:google images

Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas.

Tiba giliran Naqiyudin, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.

Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!

"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."

Pendedahan Naqiyudin itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.

"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!"

Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin itu.

"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..."

Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin itu.

"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin di hadapan tu!"

Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.

"Takde apa cikgu. Maaf cikgu."

Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.

"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?"

Cikgu Yong mengangguk.

"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?"

Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin.

"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."

Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin sudah menyerang balas dahulu.

"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.

Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!

Kau ada...??"

Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.

Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.

***

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.

Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'

Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!....

MAK...engkaulah RATU hatiku...


Menangis aku baca kisah ni... hampir aje dengan kisah hidupku... ibu bapaku hanya seorang penoreh getah yang memang tiada sijil, ijazah, master apatah lagi Phd.... tapi ibuku dan bapaku adalah sumber inspirasiku dan ikon hebat kerana melahirkan aku dan menjadikan aku hebat seperti hari ini....Mak pak adalah RATU dihatiku selamanya...aku bangga dilahirkan sbg anak seorg penoreh getah...

AKU HANYA ANAK SEORANG PENOREH GETAH!!!

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa


Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;

Kaedah Pertama:
Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5),  Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi. 

Kaedah Kedua:
Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk. 

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku,  menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa. 

8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.

Pencegahan Awal

Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;

Doa Jimak 1

Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.

Doa yang tersebut di atas adalah dipetik daripada hadis nabi seperti berikut; 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; 

“Jika seseorang di antara kamu akan berjimak dengan isterinya kemudian membaca doa ini;

Doa Jimak 1

Maka jika Allah SWT mentakdirkan untuk dua orang suami isteri itu memperolehi anak, maka anak itu tidak dapat dimudaratkan atau diganggu oleh syaitan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai pencegahan awal bagi mengelakkan zuriat keturunan kita daripada diganggu dengan mudah oleh syaitan.

Sudah menjadi keazaman syaitan untuk menyesatkan umat Islam kepada kekufuran. Syaitan sentiasa bersungguh-sungguh mencari peluang yang ada untuk menggoda dan menghasut keturunan umat Islam supaya melakukan maksiat.

Maksud daripada hadis di atas jelas menunjukkan bahawa ketika pasangan suami-isteri sedang berjimak, syaitan ada bersama-sama untuk masuk ke dalam percantuman benih suami isteri yang akan terjadinya anak kelak.

Sekiranya doa yang tersebut di atas tidak dibaca ketika sedang berjimak, dengan mudah syaitan menjalankan pekerjaannya tanpa ada sebarang halangan. Syaitan akan duduk di benih yang akan terjadinya anak itu sejak dari awal lagi sehinggalah anak tersebut membesar.

Sebab itu anak-anak yang membesar ini sukar di bentuk ke arah membuat perkara-perkara ibadah dan kebaikan. Mereka lebih cenderung melakukan perkara-perkara maksiat.

Bagaimanapun jika doa yang tersebut tidak dibaca ketika berjimak mungkin kerana jahil atau lupa, masih ada lagi ikhtiar iaitu dengan memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak agar syaitan yang mengganggu menyerah kalah.

Doa-doa yang disarankan oleh Islam ketika mengadakan hubungan intim suami-isteri

1. Doa Bersetubuh 
    
Baca doa ini ketika suami mula hendak memasukkan zakar ke dalam faraj isteri.

Doa Jimak 1
Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.

2. Doa ketika hampir keluar mani

Baca ayat ini ketika suami terasa air maninya akan terpancut keluar. Oleh sebab ianya ayat al-Quran maka hendaklah membacanya di dalam hati.

Doa Jimak 2 

Terjemahannya: Dan Dialah (Allah) yang menciptakan manusia dari air mani, lalu dijadikannya (mempunyai) baka keturunan dan pertalian keluarga dan sememangnya Tuhan mu Maha Berkuasa (Surah al-Furqaan ayat 54)

Petunjuk anak sihat

Petunjuk anak sihat


1. Lincah
Anda mungkin pening kepala melihat dia sentiasa bergerak aktif dan tidak henti-henti bermain. Jangan risau! Itu tandanya dia sihat. Sebaliknya anda perlu bimbang jika dia kelihatan lesu dan tidak berminat untuk bermain.

2. Pandangan dua hala
Si kecil biasanya suka bercakap mengenai apa sahaja yang terlintas di kotak fikirannya. Dia akan memandang anda dan mahu anda turut memandangnya sewaktu dia bercerita. Ketahuilah itu adalah salah satu cara anda mengetahui bahawa dia sihat atau tidak. Jika pandangan lesu atau dia tidak mahu bercakap dengan anda, dia mungkin sedang sakit.

3. Rambut sihat bersinar
Setiap kanak-kanak memiliki jenis rambut yang berbeza. Namun, kesihatan rambut dinilai dari segi keadaannya yang bermaya, kuat dan bersinar. Jika rambutnya mudah putus atau kusam, mungkin itu petanda dia kekurangan zat seperi B kompleks dan zink.

4. Suhu 36.5°C - 37.5°C
Jika anak lesu atau lebih selesa tidur berbanding bermain dan pada masa yang sama dia juga tidak lalu makan, maka segera periksa suhu badannya. Ada kemungkinan dia mengalami demam atau pun masalah kesihatan yang lainnya.

5. Tidak mudah sakit
Pada usia satu hingga enam tahun, anak anda mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan cenderung menerokai persekitarannya. Dia mungkin terdedah kepada kekotoran yang menjadi agen pembawa kuman. Jika daya tahan badannya kuat, dia tidak mudah diserang penyakit walau pun bergaul dengan rakan-rakannya yang tidak sihat.

Sumber: Majalah PaMa

Minyak Kitar Semula

Erk... ngeri je baca... apa2 pun... elakkanlah ea beli makanan bergoreng diluar...

Kalau nak makanan luar bergoreng kena pikir10 kali lah...

Aku dulu suka gak makan ayam rangkee... tapi lepas kuar dan tahu dan tengok minyak kitar semula..,terus tak suka... nak makan ayam goreng,  rela je beli ayam dan buat sndiri dirumah...

So, wahai peniaga janganlah pikirkan keuntungan semata2... tapi pikirkan kesihatan dan kualiti makanan pengguna...

Wahai pengguna... jom buat pilihn yang bijak... kita berhak memilih... tak guna makan supplement kan kalau pemakann tak dijaga... jadi jom memasak dirumah... lebih terjamin kebersihannya...

sumber pic:fb

Published with Blogger-droid v2.0.10
Buah-buahan Untuk Lelaki

Buah-buahan Untuk Lelaki


Tidak dinafikan peratusan lelaki yang gemar menikmati khasiat buah-buahan lebih rendah berbanding wanita. Mungkin kurangnya pendedahan mengenai khasiat buah-buahan yang melengkapi kehendak tubuh badan menyebabkan golongan ini terlepas nutrien yang terkandung di dalamnya.

BERI HITAM
Strawberi dan beri hitam merupakan antara buah yang termasuk dalam kelompok keluarga buah beri yang tinggi kandungan fiber. Pengambilan buah ini dalam kehidupan seharian membekalkan potassium, vitamin C, vitamin K dan nutrien untuk kesihatan mata. Lelaki digalakkan memakan buah ini kerana kandungan vitamin K yang ada di dalamnya membantu melindungi mereka daripada di serang kanser prostat.

TEMBIKAI
Kandungan air yang terdapat dalam buah ini mampu mengelakkan tubuh daripada mengalami dehidrasi dan menambah cecair di dalam badan. Bagi yang sering mengalami masalah kulit kering disarankan memakan buah tembikai bagi mendapatkan kesan lebih baik kepada kulit. Antara khasiat yang diperoleh daripada tembikai ialah vitamin A, vitamin B6 dan B1, potassium dan magnesium.

BETIK
Amat digalakkan untuk pesakit radang sendi kerana enzim protein-digesting yang terkandung dalam betik mengurangkan radang dalam badan. Khasiat vitamin A, vitamin E dan vitamin C yang dimiliki memenuhi 300 peratus keperluan tubuh badan setiap hari di samping berupaya mengelakkan oksida dalam kolekstrol seperti yang dialami pesakit jantung.

NANAS
Sangat bernutrien tinggi bagi meningkatkan biotin atau vitamin H, tiamina dan asid di dalam badan. Vitamin C, vitamin B1 dan fiber adalah khasiat yang terkandung dalam nanas. Di samping meningkatkan sistem imuniasi dan tenaga, ia turut menggalakkan kelenjar tiroid yang sihat.

PISANG
Bekalan tenaga untuk tubuh badan yang kebiasaannya diambil bagi menggantikan nasi. Atlet sukan gemar menikmati buah ini yang mengandungi enzim bromelain yang meningkatkan libido lelaki. Ia juga kaya dengan vitamin B (riboflavin dan potassium) yang penting untuk pengeluaran hormon testosteron. 

Hukum Ucap Selamat Sempena Perayaan Bukan Islam

Baru-baru ni ada terbaca kat blog kak +Farah Waheda Wahid tentang perayaan Deepavali.. Dah makin hampir dah masyarakat India di Malaysia nak sambut perayaan mereka kan... Jadi, dari pembacaan tu, difahamkan Deepavali lebih kepada perayaan keagamaan juga.. jadi apa hukumnya kita sebagai orang Islam mengucapkan selamat kepada orang bukan Islam yang sambut hari perayaan mereka???

Sumber: google images
Majlis Fatwa Kebangsaan ada mengeluarkan fatwa berkaitan dengan hukum mengucapkan salam dan selamat sempena perayaan bukan Islam:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  • Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
  • Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
  • Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.
Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-68 yang bersidang pada 12 Apr 2005 telah membincangkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Keputusan :
Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam beberapa kriteria utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut;

1. Majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.
Maksud “bertentangan dengan akidah Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.
Contohnya;
i. menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.
ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.
iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.
iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.
v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.

2. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang bertentangan dengan syarak.
Maksud “bertentangan dengan syarak” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam.
Contohnya:
i. Memakai pakaian berwarna merah seperti santa claus atau pakaian lain yang melambangkan agama;
ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang memabukkan dan seumpamanya;
iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti loceng gereja, pokok krismas, kuil atau memecah kelapa;
iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian, penyembahan, pemujaan, khurafat dan sebagainya.

3. Majlis tersebut tidak disertakan dengan “perbuatan yang bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” di negara ini.
Maksud “bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat Islam Negara ini yang berpegang kepada ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Contohnya:
i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;
ii. Berpakaian yang menjolok mata;
iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai senikata berunsur lucah serta pemujaan;
iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu cantik, laga ayam dan sebagainya.

4. Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam”.
Maksud “menyentuh sensitiviti masyarakat Islam” ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan mereka.
Contohnya:
i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah keagamaan bukan Islam;
ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;
iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;
iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.

5. Pihak penganjur dan orang ramai diminta mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama sebelum menganjur atau menghadiri majlis perayaan orang yang bukan beragama Islam.




FATWA PARA ULAMA

Imam as-Suyuti: Sesungguhnya Saidina Umar al-Khattab telah mensyaratkan ke atas mereka (kafir zimmi) agar tidak menzahirkan perayaan mereka di negeri-negeri umat Islam. Apabila mereka ditegah daripada menzahirkan, maka bagaimana pula seorang Muslim itu melakukannya? Tindakan tersebut adalah sebahagian dari tindakan yang boleh menguatkan ketamakan hati mereka utk menzahirkan perayaan mereka".
(As-Suyuti, Al-Amru bi at-Tiba' wa an.Nahy 'an al-Ibtida', hlm. 150.)

Fatwa Kerajaan Arab Saudi (Lajnah Daimah Lil Buhuts al-Ilmiyyah wal Ifta`) yang diketuai oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Ali Syaikh menyatakan dengan tegas:

“Dilarang bagi umat Islam untuk mengucapkan selamat atas hari raya orang kafir, karena ini menunjukkan sikap rela terhadapnya di samping memberikan rasa gembira di hati mereka.”

Dari Eropa, anggota Dewan Penelitian dan Fatwa Eropa
(Al-Majlis Al-Urubi li Al-Buhuts wa Al-Ifta`),

Dr. Muhammad Fuad Al-Barrazy, dengan tegas berkata:

"Saya tidak membolehkan untuk memberikan ucapan selamat hari raya kepada mereka (pemeluk agama lain), juga tidak membenarkan untuk saling bertukar hadiah dalam kaitan itu (bagi tujuan meraikan)”.


Kesimpulannya:
Walaupun ada yang fatwa kata boleh ucap, ada kata tak boleh, lebih baik kita elakkanlah dari ucapan selamat tu jika kita tahu perayaan tu melibatkan kepercayaan dan agama diorang kan... memelihara akidah itu lagi penting dan utama dalam Islam... 

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” 
(Surah Luqman, 31: 13)
Motivasi Pagi: Jatuh dan bangun

Motivasi Pagi: Jatuh dan bangun

Sumber: FB

Adakah anda berasa anda telah cukup gagal dalam hidup? Lihat tokoh-tokoh terkenal ini yang juga mengalami kegagalan dalam hidup tapi bangkit kembali,malah menguasai dunia!!

# Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun!

# Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”!

# F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidak pandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!

# Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana “Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”! Walt Disney juga dipecat oleh editor suratkhabarnya kerana beliau dikatakan ketandusan idea.

# Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!

#Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja”!
Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!

# Fred Smith (pengasas Federal Express) mendapat ‘C” dalam proposalnya di Yale University untuk idea sistem penghantaran malam.

# Col. Harland Sanders (pengasas KFC) telah gagal lebih dari 1000 kali untuk mendapat platform untuk memperkenalkan ayam hebatnya yang sangat terkenal kini.

# King C. Gillette (pengasas Gillete) gagal hampir 6 tahun untuk mengumpulkan dana mengetengahkan ciptaannya yakni pisau pencukur Gillitte.

# Nick Vujicic,seorang pakar motivasi terkenal yg dilahirkan tanpa tangan dan kaki pernah berkata, 'I was deeply depressed when I was eight years old,' he said. 'I went to my mum crying and told her I wanted to kill myself.

Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak. Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah S.W.T, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah S.W.T tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)

Umar Abdul Aziz pernah berkata kepada para panglimanya: “Sesungguhnya kita memerangi musuh dan melawan musuh kita dek kerana kemaksiatan yang mereka lakukan, seandainya bukan kerana itu kita sebenarnya tidak mempunyai kekuatan apa-apa pun kerana jumlah kekuatan kita tidak seperti jumlah kekuatan mereka, maka kita mampu menang kerana kekuatan keimanan kita”

INGAT! Katakan pada diri anda,"‘aku akan terus bangun, berdiri dan berlari, kerana aku bukan lemah!’

30 Oktober 2013

Silence is Better

Diam itu lebih baik dari berkata-kata...
Kadang-kadang rasa serik nak kongsi ilmu dan pandangan sebab banyak kali dah aku share ilmu dan pandangan orang salah erti kan....

Jadi sekarang... apa2 ilmu aku dapat atau ada aku hanya akan share di blog ni sahaja... dan linknya sekali je naik di FB,  dan lain2 aku akan share di komuniti google plus.,,

Aku serik dah nak share kat facebook... sebab macam2 org salah tafsirkan... semua org nak rasa dia saja yang betul.. padahal aku hanya kongsi ilmu yg aku dapat dan ada... untuk kefahaman dan manfaat bersama...

Itulah sebabnya kenapa aku lebih suka mencoret ilmu2 dan info di blog.., sebab rakan2 blogger ni lebih open minded,  dan boleh terima pendapat orang lain dengan terbuka...berbanding di facebook dan twitter...

Aku akan jadi silent reader je lah di mana2 group... sebab aku tak suka nak berbalah dengan org lain... bior lah... sebab kebanyakan spesis manusia di facebook tu nak tunjuk pandai... padahal tahu klik share,  copy npaste tanpa rujuk mana2 sumber yg sahih pun...

So,  silent is better...

p/s: alhamdulillah,  mujur ada blog medan untuk aku berkongsi ilmu dan pengalaman yg tiada siapa yg menghalang...

sumber pic:google images

Published with Blogger-droid v2.0.10

6 Tabiat Sihat 'Terlampau' Yang Menakutkan?

Sumber: google images

Anda cukup menjaga kesihatan sehinggakan terlupa bahawa pengambilan makanan sihat atau bersenam secara berlebihan turut mengundang kesan kurang baik.

1. Kulit kekuningan terlebih makan lobak
Menurut pakar diet sukan The Dallas Cowboys, Amy Goodson, mengambil terlalu banyak buah dan sayur berwarna oren boleh menyebabkan carotenemia. Carotenemia berasal dari perkataan carotene (karoten) yang menghasilkan warna oren pada sayur. Meskipun tidak berbahaya tetapi boleh menyebabkan kulit kekuningan dan oren.  Lebih baik anda campurkan sayuran yang mengandungi karoten bersama sayuran hijau atau sayuran warna lain. Anda masih boleh dapat banyak khasiat.

2. Serat buat perut kembung
Anda mungkin pernah mengalami perut kembung dan berangin setelah menukar menu dari nasi putih kepada roti penuh mil oat atau gandum. Menurut pakar gastroenterology dari Vincent Medical Center Los Angeles iaitu Patrick Takahashi, serat berlebihan menyebabkan gas dilepaskan oleh tindak balas antara bakteria usus dan serat melalui perut. Bakteria pada karbohidrat tidak dapat diserap oleh usus kecil sehingga membawa kepada pembentukan gas. Untuk mengurangkan kembung perut, 14 gram serat setiap 1000 kalori diperlukan.

3. Air kencing berwarna gelap selepas bersenam
Senaman berat boleh mengakibatkan rhabdomyolysis, keadaan di mana berlaku koyak pada tisu otot dan bocor di dalam darah. Menurut pakar perubatan sukan dari Hoag Orthopedic Institute di California, David Kruse, kerosakan otot keterlaluan boleh menyebabkan kecederaan buah pinggang. Simptom otot bengkak mungkin tidak kelihatan tetapi air kencing berwarna gelap, jantung berdenyut laju dan sakit otot perlu mendapat rawatan segera. Kurangkan masalah ini dengan kekal hidrasi dan bersenam mengikut kemampuan tubuh.

4. Banyak minum air buat anda sakit
Badan memang memerlukan banyak air untuk 'menjalankan' tindak balas dengan betul. Namun, terlebih minum air boleh menyebabkan hyponatremia, iaitu keadaan di mana ia sangat berbahaya apabila lebihan air boleh mencairkan natrium dalam aliran darah. Ia boleh menyebabkan rasa loya, kekejangan otot dan kekeliruan yang boleh membawa maut! Secara purata, seorang wanita sepatutnya mengambil lebih kurang 2.7 liter cecair setiap hari bergantung pada tahap aktiviti, iklim, kesihatan dan lokasi.

5. Bar protin buat anda sembelit
Kebanyakan bar protin bukan saja rendah serat tetapi kurang nutrisi seperti hidangan lengkap meskipun ia dikatakan mengandungi kandungan vitamin dan mineral. Matlamat anda sepatutnya makan lebih banyak makanan lengkap. Oleh itu, pilih buah dan mentega kacang semula jadi atau yogurt rendah lemak dan beberapa buah beri. Ada baiknya pilih saja bar protin yang mengandungi tiga hingga empat gram serat.

6. Terlebih guna pembersih tangan melemahkan sistem imun anda
Anda merasa yakin apabila menggunakan gel antibakteria setiap lima minit, terutama diserang selesema. Tetapi terlalu banyak perkara baik boleh menjadi kurang baik! Kerap menggunakan pembersih tangan menjadikan bakteria lebih 'mesra' dan lebih terdedah kepada serangan patogen. Menurut kajian dari Public Health, University of Machigan School, orang muda lebih terdedah kepada alahan atau demam kerana bahan yang ditemui di dalam pembersih tangan. Sabun biasa dan air adalah bahan terbaik untuk membasuh tangan.

Sepatutnya, setiap pengambilan makanan sihat bergantung kepada keperluan tubuh badan seseorang. Ia samalah diibaratkan seperti mahu cepat sembuh dengan mengambil ubat-ubatan tanpa menyedari terlebih ubat boleh memberi kesan kurang baik pada buah pinggang. Tepuk dada, tanyalah selera!


Bersederhanalah dalam segala hal.. Tapi benar juga sebenarnya... dalam penjagaan kesihatan jangan takut dan terlalu menjaga sangat, takut2 over tu yg memudharatkan nanti... ada orang jaga anaknya, jangan bagi kotor, pakaian pun basuh buh khas untuk kanak-kanak, segalanya khas lah... tapi aku rasa tindakan itu lagi bahaya, sebab nanti sistem imun dia makin lemah sebab tak bekerja... jika kita bandingkan budak kampung yang main lopak, main kotor, main hujan dan tahan lasak, memang badannya lasak dan tahan serta kental imunnya... berbanding anak-anak yang terlalu menjaga kesihatan termasuk pendedahan supplement terlalu awal... 
Sebenarnya Aiskrim Banyak Khasiat

Sebenarnya Aiskrim Banyak Khasiat


Kanak-kanak dan aiskrim amat sinonim. Pertama kali merasainya kesedapan aiskrim, kanak-kanak terus jatuh cinta. Kalau boleh setiap hari pagi dan petang mereka hendak makan aiskrim. Namun seperti biasa, sebagai ibu bapa pasti kita melarang anak kecil makan terlalu banyak aiskrim.

Alasan kita, tak elok makan aiskrim banyak sebab nanti batuk. Benarkah aiskrim boleh menyebabkan penyakit batuk di kalangan kanak-kanak? Hakikatnya aiskrim bukanlah punca seseorang itu batuk kerana ketika makan aiskrim, ia akan sepantasnya mencair.

Proses pencairan aiskrim lebih pantas berlaku dengan pengaruh susu badan. Sebaik aiskrim masuk ke dalam kerongkong, suhunya sudah tidak sesejuk suhu ais. Larangan si kecil yang demam, batuk dan selesema daripada makan aiskrim juga satu mitos.

Bahkan ketika anak sakit, tubuhnya kehilangan banyak cecair dan mudah mengalami dehidrasi. Keengganan mereka menjamah sebarang makanan atau minuman boleh menyebabkan sakit menajdi semakin teruk.

Aiskrim yang mengandungi air boleh digunakan sebagai pembekal mengembalikan cairan yang hilang. Rasa dan teksturnya yang lazat sudah pasti digemari oleh kanak-kanak, sekali gus pengambilannya mampu membantu proses penyembuhan sakit si kecil.  

Sebagai makanan kudapan, aiskrim tidak seharusnya menjadi makanan larangan. Pendapat yang mengatakan jika ibu hamil tidak boleh makan aiskrim kerana alasan akan menyebabkan bayi obes adalah salah.

Aiskrim tidak akan menambah terlalu banyak tenaga jika diambil secara wajar. Jumlah pengambilan aiskrim yang sesuai untuk ibu hamil adalah dua hingga tiga cawan setiap minggu.

Fakta aiskrim
*Dalam bahan utama aiskrim iaitu susu ada lebih daripada 100,000 jenis molekul. Selain air dan lemak, molekul-molekul itu merangkumi protein, karbohidrat, mineral, enzim-enzim, gas serta vitamn A, C dan D.

*Susu mengandungi beberapa komponen bioaktif berupa protein susu, laktosa, asid lemak dan mineral terutama kalsium. Itu sebabnya produk-produk hasil tenusu termasuk aiskrim memberi sumbangan yang tinggi kepada kesihatan tubuh.

*Kandungan kalsium dalam aiskrim berfungsi menjaga kepadatan tulang, mencegah osteoporosis, kanser dan hipertensi.


Sebelum ni memang tak tahu, tapi betul juga fakta ni sebabnya, kalau batuk atau sakit tekak, cepat2 aku cari aiskrim yang betul2 berkrim... memang cepat baik batuk dan sakit tekaknya... aku bagi je Faiqah makan aiskrim cuma tak kerap... sesekali aje... 

Apa Dosa Bayi Ini Didera dengan Susu Panas???

Baca berita ni pun buatkan aku panas hati.., rasa nak aje g cari pengasuh tu,  tuang air panas menggelegak dalam kerongkong dia.. biar dia rasa apa bayi ni rasa...

Lihat si comel ini,  buatkan aku menangis sendiri... Ya Allah.., berilah anak ini kekuatan dan kesembuhan segera Ya Allah...

Kau hukumilah pengasuh yang menderanya itu dengan seadil-adilnya...

Mohon pihak berkuasa cepat ambil tindakan dan siasatan...

Sedihnya tengok adik ni menderita macam ni..
Ya Allah lindungilah anak-anak kami semasa kami keluar mencari rezeki membantu suami kami... Ya Allah.. lindungilah anak2 kami...

sumber: screecaptureformfb

Published with Blogger-droid v2.0.10

Hukum Mandi Wiladah

Sumber: google images
Hukum mandi wiladah pernah jadi isu yang hangat dalam perbincangan group di Facebook... ada yang kata wajib mandi, ada yang kata tak wajib mandi... jadi di sini, nak huraikan, nak rungkaikan permasalahan ibu-ibu tentang hukum mandi wiladah.. adakah wajib mandi wiladah atau sebaliknya... sebab kalau hukum mandi sebab nifas semua orang tahu kan... 

Wiladah maksudnya darah yang keluar bersama-sama bayi ketika melahirkan anak... manakala nifas pula darah yang keluar selepas melahirkan anak... perlu faham jenis darah dulu, baru boleh jenis mandi yang hendak dilakukan... 

Persoalan yang diutarakan...

Soalan; Salam Ustaz. Saya ingin meminta penjelasan tentang mandi Wiladah. Apakah dalil yang disandarkan bagi kewajipan mandi wiladah ini? Adakah ia bermakna seorang wanita yang melahirkan anak perlu mandi dua kali; mandi wiladah dan mandi nifas?

Jawapan;
  • Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging). 
  • Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi. 
  • Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan; “Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah –sebagaimana yang biasa berlaku-, maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas” (Jil. 1, hlm. 82).
  • Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya (Lihat; al-Majmu’, 2/168). Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab tersebut (yakni keluar darah dan keluar mani)” (al-Mughni, 1/165).
Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawai, jil. 2.
2. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 1.
3. Al-Fiqh al-Manhaji, Dr. Mustafa al-Khin dan Dr. Mudtafa al-Bugha, jil. 1.
4. Ahkam at-Toharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan.

Kesimpulannya:

Berdasarkan penerangan dan rujukan kitab-kitab fiqh tersebut menegaskan hukum mandi wiladah wajib sekiranya selepas melahirkan anak, tiada darah nifas mengikutinya, namun jika ada darah nifas yang mengikutinya maka tertakluk kepada hukum darah nifas, iaitu selepas nifas baru mandi wajib... Jadi jangan pertikaikan dan janganlah jatuhkan hukum berdosa jika seseorang tu tak mandi wiladah sebabnya kita berpegang pada 4 mazhab dalam masalah fiqh, tiada istilah salah atau berdosa jika seseorang itu ikut hukum dari mazhab yang lain... kerana perbezaan pendapat dan khilaf antara ulama fiqh ada satu rahmat bagi sekalian alam... wallahu a'alam... 
Bubuh Arak Dalam Masakan!!!

Bubuh Arak Dalam Masakan!!!


KUANTAN - Seorang tukang masak sebuah hotel terkenal di Jerantut yang cuba menipu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) akhirnya mengaku menggunakan arak selepas disoal siasat.

Tukang masak berkenaan pada mulanya mengaku arak jenis wine itu adalah minumannya dan disimpan bersama bahan masakan lain termasuk sos dan kicap.

Bagaimanapun, selepas melihat tulisan tertera Gourmet Cooking Wine yang ditunjukkan penguatkuasa, dia bersetuju bahawa arak itu digunakan untuk memasak masakan Cina.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, dua jenis arak yang ditemui itu diimport dari China dan dipercayai digunakan ketika menyediakan masakan kepada pelanggan Islam kerana peralatan masakan sama tanpa sebarang pengasingan.

“Kandungan alkoholnya hanya satu peratus tetapi kita tetap serius dengan perkara ini bagi menangani kemaslahatan pelanggan Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Noridzuan berkata, semua tukang masak di hotel berkenaan bukan Muslim dan hotel itu juga tidak pernah memohon sijil halal tetapi pemantauan dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui status halal masakan yang disajikan.

Menurutnya, pengurusan hotel tidak berminat memohon sijil halal kerana restoran di hadapan dapurnya menghidangkan minuman keras bagi pengunjung bukan Islam.

“Mereka juga tetap mahu meneruskan penggunaan ramuan dan aneka sos yang tidak dapat disahkan status halal yang tidak dapat menepati syarat dan prosedur pensijilan halal,” katanya.

Noridzuan berkata, pemantauan dilaksanakan bersama Pejabat Agama Islam Jerantut dan Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut.

Selepas lebih satu jam membuat pemeriksaan, katanya, kumpulan pemantau itu mendapati amalan kebersihan tidak memuaskan secara keseluruhan terutama di bahagian dapur dan peti sejuk.

“Sarang telur dan telur yang tidak dibasuh dan diletak berhampiran dengan tempat memasak dan semua pekerja di bahagian dapur tidak mendapat suntikan anti typhod serta gagal menghadiri kursus pengendalian makanan.

“Pihak hotel sebenarnya tidak melakukan sebarang pelanggaran Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011) kerana tidak terdapat apa-apa pernyataan halal atau apa-apa perkataan atau objek yang boleh membawa pengertian halal di premis hotel itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan pelanggan Islam tidak mudah terpedaya dengan ajakan individu tertentu supaya mencuba masakan di hotel atau restoran terkenal yang tiada tanda halal.

Jaip juga menggesa premis makanan supaya lebih peka dengan keperluan penyediaan makanan halal bagi pengguna Islam terutama aspek ramuan yang jelas tidak halal.

Sumber: Sinar Harian

Sebab tu tak yah la bangga atau beriya sangat nak makan kat hotel... kebanyakan hotel memang menggunakan arak dalam masakan...kalau nak makan kat hotel, semak dulu status halal kat JAKIM ea... jangan main tibai aje... aku respek lagi makanan kat restoran biasa tepi jalan... dah tentu-tentu orang Islam yang masak... Restoran tepi jalan yang menjadi pilihan aku ialah Zed Tomyam di Greenwood... memang terbaik walaupun gerai kecik je tepi jalan... walaupun tepi jalan tapi restorannya bersih sampai ke dapur... 
Rahsia disebalik Solat Subuh

Rahsia disebalik Solat Subuh

Sumber: google images
SOLAT SUBUH MENJADI PENGHALANG MASUK NERAKA?
Rasulullah SAW bersabda : "Tidaklah akan masuk neraka orang yang melaksanakan solat sebelum terbitnya matahari (yaitu solat subuh) dan solat sebelum tenggelamnya matahari (yaitu solat asar)." (H.R. Muslim no. 634)

SOLAT SUBUH JAMINAN MASUK SYURGA
Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang mengerjakan solat bardain (yaitu solat subuh dan asar) maka dia akan masuk syurga." (H.R. Bukhari no. 574 - Muslim no. 635)

SOLAT SUBUH DAPAT PAHALA SEPERTI SOLAT SEMALAMAN
Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang solat isya' berjamaah maka seolah-olah dia telah solat malam selama separuh malam. Dan barangsiapa yang solat shubuh berjamaah maka seolah-olah dia telah solat seluruh malamnya." (H.R. Muslim no. 656)

SOLAT SUBUH MENDAPAT JAMINAN KESELAMATAN
Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang solat subuh maka dia berada dalam jaminan Allah. Oleh karena itu jangan sampai Allah menuntut sesuatu kepada kalian dari jaminan-Nya. Kerana siapa yang Allah menuntutnya dengan sesuatu dari jaminan-Nya, maka Allah pasti akan menemukannya, dan akan menelungkupkannya di atas wajahnya dalam neraka jahannam." (H.R. Muslim no. 163)

BERCAHAYA DI HARI KIAMAT
Rasulullah SAW bersabda : "Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang banyak berjalan dalam kegelapan (Isya' dan Subuh) menuju Masjid, dengan cahaya yang sangat terang pada hari Kiamat kelak."
(H.R. Ibnu Majah - Tirmidzi)

SOLAT SUBUH LEBIH BAIK DARI DUNIA DAN ISINYA
Rasulullah SAW bersabda :
"Dua rakaat solat subuh itu lebih baik dari dunia beserta isinya." (H.R. Muslim - Ahmad)

PARA MALAIKAT MENYAKSIKAN
Allah SWA berfirman : "Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh. Sesungguhnya solat Subuh tu disaksikan (oleh malaikat)." (Q.S. Al-Isra' 78)

Rasulullah SAW bersabda : "Dan para malaikat malam dan malaikat siang berkumpul pada shalat fajar (subuh)." (H.R. Bukhari no. 137 - Muslim no. 632)

SubhanAllah...
Begitu banyak keistimewaan yang tersembunyi dibalik solat subuh. Sungguh merugilah kita yang telah sengaja meninggalkan serta melalaikannya.

Semoga kita tetap menjadi Umat Nabi Muhammad SAW yang senantiasa istiqamah dalam melaksanakannya. Niscaya kita akan termasuk golongan orang-orang yang beruntung di dunia juga di akhirat kelak. InsyaAllah.

Semoga catatan ini bermanfaat untuk kita semua. Dan menjadikan kita sebagai insan yang selalu istiqamah menjalankan solat subuh...

Aamiin Ya Rabbal 'Alamin...
Sumber: PDH

29 Oktober 2013

Alasan-alasan Untuk Clash Cara Student Universiti

Alasan-alasan Untuk Clash Cara Student Universiti

Alasan-alasan yang dicipta oleh pelajar-pelajar universiti dan kolej:
Sumber: google images

Student Kimia : Saya banyak terdedah dgn bahan kimia, saya takut tak dpt beri zuriat. Kita berpisah eh? "

Student Fizik : "Saya belajar pasal fizik kuantum yg tak nampak, jadi saya tak nampak awak dlm diri saya. Kita clash"

Student Matematik : "Saya dah buat kira-kira guna limit function, mmg sampai sini saja limit perhubungan kita"

Student Biologi : Maaf, saya dah jatuh cinta dengan serangga dan tumbuh-tumbuhan. Bukan dgn awak lagi"

Student Pergigian : "Saya tahu yg cinta awak palsu sepalsu gigi palsu! Nyenyenye."

Student Perundangan : "Talk to the hand, see you in court!"

Student Sains Politik : "Awak dah tahu saya ni Pro-M, yang awak undi Pro-Aspirasi pasal apa? Kita break!!" LOL

Student Seni : "Gaya awak tak cukup abstrak untuk menambat hati saya. Maaf"

Student Pengajian Islam : "saya solat istikharah malam tadi dan sorry, awak tak ada dalam petunjuk masa depan saya".

Student Culinary pulak : '' Saya tengok awak tak cukup lagi skill memasak ni. Awak kena habiskan kelas memasak dulu okeyy ''

Student Electric: distribution board(DB) asyik trip je.test continity msti ade yg short..kite clash,sy nk tukar wiring lain

Student landskap: setelah dipilih pokok yg cantik...dibajak dn dibaja...hadirnya org ke3 memotong akar perhubungn nie...akhirnya perhubungn nie layu dn mati..kita clash awk dh jadi bunga tahi ayam pd saya..

Student seni bina: telh direka cntik..tpi syg dlm pembinaan keretakkn mula nmpk...bancuhn simen xckp kuat bgi perhubungn ini..so kita clash...aku dh ckp guna konkrit mixed ko xnk...

Student art : sy mix all color utk jadikan khidupan cinta kita menarik..tapi tiap kali sy tertidur atas drawing sya...sya xpnah dpt ilham utk menjadikan work sy gojes...rasanya awak xmembntu la dlm hati sya.

Student civil engineering : sy rasa structure dalam hati sy ni x cukup kuat utk support loading awk so kita break je la...lagipun kesibukan sy x bole mengatasi segalanya

Student sains admin - setelah melakukan swot analisis, saya dapati terdapat kelemahan dalam pentadbiran dan polisi hubungan antara awak dan saya. cost benefit analisis juga mendapati, direct dan indirect kos untuk meneruskan hubungan ni lebih tinggi dari direct dan indirect benefit yang diperolehi oleh awak dan saya. oleh itu, hubungan ni tak patut di teruskan.

Student engineering : saya cuba memperbaiki dan mencari jalan,maaf jalan kita terus kedepan tak nampak dengan awak,kita stop..

Student account : awak saya dah cuba perbaiki kesalahan namun cinta kita masih ta imbang . Saya risau mungkin ada kesalahan yang ta dpt dikesan oleh imbangan duga menyebabkan cinta kita senget sebelah . Dan awak jugak banyak debitkan duit saya dari kredit .

Student bahasa: Gaya bahasa awak tidak memenuhi fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik cinta saya. Nampak gayanya, neurolinguistik dan petalogi kita tidak lagi sinonim.

Student nursing: sy sdh ubat hati sy dgn mcm2 ubat tp awak slalu sakitkan hati sy.sy xtahan prgai awk so,kita clash

Student HR (Human Resource): kalo awk xpndai mgurus manusia mcmne awknk kwin dgn sy....awk kene pndai mgurus dri awk dlu....

Student Sejarah : saya baru membuat kajian arkelogi dan mendapati bahawa awak berasal dari zaman neolitik berbeza dengan saya dari zaman Paleolitik, maka kita tidak serupa.. Bye..

Student Fhotografi : saya dah puas menCri photo awk dhati saya tapi saya cnfuse smpy ke saAt ini sy x jumpa 2 gmbr awk..Kta clash ok..

Student comm engi : sy calibrate signal ant kte tp byk noise dr awk la..so sy dcide tukar komponen laen la..hehe

Pelajar medic: maaf,sy dah dissect heart sy. Yang sy jumpa cuma 4 chambers and blood.Takde pun nama awak dekat situ.maaf.kbye.

student account : B4 kawen sy da buat satu balance sheet expenses ngan awak ..tp asik x balance jer...kuar ngan awak bnyk loss dri untung..so sy decide kite putus...supeye balance sheet sya balance die same.

Student IT : Saya dah looping coding antara kita, awak asyik lakukan error yang sama. Saya takdapat rasa kita akan compile sampai bila-2. Jadi, shutdown all memory kita adalah jalan terbaik untuk kita. *LogOff 

Sumber asal: Pakar Diari Hati, diedit oleh penulis blog ini berdasarkan komen-komen dari post PDH... Just for FUN... tiada kena mengena antara yang hidup atau yang mati... hehe... 

Aplikasi Untuk Mobile Blogging

Mobile blogging bukan istilah baru kan...
tambah sekarang dah banyak gadjet canggih...
Ramai blogger juga memilih untuk mobile blogging sebabnya untuk mudahkan update blog,  jimat masa,  boleh online di mana saja...

Begitu juga dengan aku... suka mobile blogging... sebabnya peruntukan satu hari dalam jam je boleh dan sempat buka laptop... hari minggu langsung tak buka laptop... jadi mobile blogging adalah cara untuk pastikan blog sentiasa update dan boleh blogwalking dengan mudah...di mana saja...

Antara aplikasi yang aku guna untuk mobile blogging:

1. Clean Master
aplikasi ni untuk memudahkan kita clean cache... jika selalu online memang kena clean cache dan history browser supaya mobile tak berat...

2. Battery Doctor
aplikasi ni untuk jimatkan penggunaan battery... tapi aku tetap standby power bank sebab jika online je,  dalam jangka masa lama cepat juga habis.. tapi sekurang2 dgn battery doctor ni banyak membantu untuk jimatkan battery...

3. Blogger-roid
aplikasi untuk update blog dengan cepat.., contoh nak share gambar dengan entry ringkas... kelebihannya.. dia autosave juga dalam history jika kita tertutup phone dengan tetiba... cuma tak boleh paste mana2 entry atau artikel dalam ni...

4. Blogger
aplikasi kedua yg biasa ku gunakan... biasa kalau nak copy paste artikel dari mana2..walaupun copy,  wajib sertakan sumber asal ea...

itulah antara aplikasi yg biasa ku gunakan... tapi untuk protection,  pastikan mobile anda ada antivirus dan sentiasa update... untuk keselamatan phone anda...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kesan Penyakit Melalui Tapak Kaki

Sapa pernah g Spa Refleksiologi...
sebenarnya ilmu ni.. mak daku dah turunkan pun...

Jika sakit perut atau tak sedap perut.. jangan urut atau buh minyak di perut,  tapi buh kat kaki dan urut kat tapak kaki...

Ilmu ni dah lama... tapi orang baru nak rungkaikan...

Jom kita sihatkan badan dengan refleksiologi ..

Selalu2 lah urut tapak kaki bior cergas sikit badan kan... kalaau petua mak aku lagi... waktu berpntang tu selalu urut tapak kaki dan tungku bahagian tapak kaki... nanti terasa segar sampai ke dalam....

jom refleksiologi... ^_^

sumber pic: fb

Published with Blogger-droid v2.0.10
8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki

8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki


Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.

Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.

Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.

Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke :Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak :Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).

Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.

Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).

Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.


Memang betullah... mak pak aku di kampung memang suka berjalan kaki... memang susah nak kena penyakit dan awet muda... tapi kita sekarang sebab dah ada kemudahan, nak g kedai runcit depan rumah pun start enjin moto kan... Jom kita amalkan berjalan kaki... satu hari lebih dari 10000 langkah... target tuh... ayuh! mulakan sekarang... 

Setakat ni, kerjaya yang banyak berjalan ialah suri rumah, guru, jururawat... memang antara kerap berjalan kan... :)