30 September 2013

Lebih pentingkan cerdik dari adab...

Lebih pentingkan cerdik dari adab...

Saja aku nak isu kan sikit pasal cerdik dan adab ni... Situasi masa sekrang dan cara pendidikan ibu bapa pada anak2... Insha Allah ini juga sedikit input yg aku dapat dari seminar dua hari pernah aku hadiri minggu lepas...

Realiti hari ini... Ibu bapa lebih mementingkan kesihatan dan kecerdikan serta kecemerlangan akademik anak-anak berbanding adab dan agama... Sebab tu sampai ada yang war-warkan produk utk tambahkan kecerdikan dan kecerdasan minda anak-anak... Sebab tu juga iklan susu tu berlumba-lumba pentingkan Dha dan perkembangan otak si anak sejak kecil...

Tapi sangat sedikit ibu bapa yg pentingkan adab dan agama... Berdasarkan pengalaman aku sebagai cikgu pendidikan Islam... Sangat sedih kot bila ibu bapa yg datang amik report card... Hanya kisahkan subjek2 akademik... Tapi tak kisah pun anak dia dapat markah rendah dalam agama... Janji cukup makan atau lulus ok lah tu... Tapi kalau subjek2 sains, matematik, bahasa... Dapat rendah disoal selidik si anak kenapa dapat rendah...

Sedih kan... Pendidikan agama di pinggirkan... Macam tu dari kecik tak ditekankan agama... Ada orang perli aku dan suami... Kononnya aku dan suami agak kejam sebab aku pakaikan faiqah tudung sejak umur dia setahun lebih masa tu... Prinsip aku... "melentur buluh biar dari rebungnya".. Biarlah org nk kata aku kejam... Tapi memang aku tegas bab adab dan etika...

Kecerdikan boleh diperbaiki... Boleh digilap dan boleh diajar jika tak cerdik... Tapi jika adab dan agama buruk... Tak mampu dah nak ubah... Melainkan kena usaha dgn usaha yg keras dan mohon hidayah Allah...

Biar tak cerdik dan tak pandai sgt asalkan ada adab dan budi bahasa... Serta agama... Tak de org nak tanya... Owh... Dia ada Phd de master luar negara tapi adab kosong... Tak bernilai bagi aku org macam tu walaupun de phd atau award sekalipun...

Bodoh boleh diajar... Tapi adab dan akhlak yg buruk... Boleh ke nak ajar org??? Susahkan
.. Jika yg membaca entry ni kurang bersetuju atau terasa aku mohon maaf... Tapi aku nak kita semua berfikir.. Semua org nak yg terbaik utk anaknya... Jangan harapkan anak soleh/solehah jika tiada usaha ke arah tu... Anak soleh/solehah bukan terletak pada sijil dan kepandaian...tapi adab dan agamanya... Fikir2kan da  selamat beramal...

Published with Blogger-droid v2.0.10
Deko-deko: Segalanya Purple

Deko-deko: Segalanya Purple

entah macam mana aku minat purple... ni angkara pengaruh suamiku yg minat giler dgn warna purple... Segala-galanya nak purple... 

Terjumpe gambar-gambar ni .. Segala-galanya purple... Jom layan... 









Dalam banyak-banyak gambar di atas... yang paling atas sekali.. ruang tamu purple tu paling aku suka... Kalau rumah besar aku buat dah... Tapi tak pelah... Idam je lah... Moga-moga tercapai suatu hari nanti.. tak kat dunia, mungkin di syurga nanti...Apa yang penting USAHA!!!... 


Ada je rezeki itu...

Ada je rezeki itu...

Rasa terharu... Syukur... Tak tahu nak gambarkan macam mana...

Sejak mengandungkan anak kedua ni... Mencurah-curah rezeki Allah bagi... Dalam pelbagai bentuk...

Rezeki yang tak disangka-sangka...
Rezeki berblog pun datang mencurah-curah dan tak pernah putus...

Ya Allah... Moga Allah teruskan lapangkan rezeki aku dan suami serta anak-anak kami...

Aku hanya tahu memberi tapi tak tahu nak meminta... Kau lapangkan juga rezeki kepada org tua kami...dan rakan2 yg sentiasa membantu kami serta bisnes rakan2 kami...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Restoran Tandas Kegilaan Pelancong

Makan dalam mangkuk tandas? Biar betul!
Tetapi itulah kegilaan sesetengah pelancong dunia. Mencari yang unik dan pelik, sebagai tanda ingatan restoran dan tempat yang dikunjungi. Jika anda juga berminat dengan perkara sebegini, kami paparkan enam restoran pelik dunia yang harus anda singgah. Meskipun anda mungkin tak lalu nak makan.

TOILET RESTAURANT, TAIWAN
Dikenali sebagai Marton Theme Restaurants yang terletak di Kaohsing, Taiwan mungkin hanya ditujukan buat pengunjung yang berjiwa 'kental'. Mana tidaknya, restoran ini mempunyai suasana bilik air di mana meja diperbuat daripada tab mandi manakala kerusi pula daripada mangkuk tandas. Makanan juga dihidangkan di dalam pinggan dan mangkuk yang berbentuk mangkuk tandas. Masih mahu berselera?

CANNIBALISTIC RESTAURANT, JEPUN
Nyotaimori yang bermaksud pinggan badan wanita ini merupakan satu nama restoran yang menyediakan sushi dan sashimi di Jepun. Makanan-makanan ini diletakkan di dalam badan manusia dan dihidangkan di atas meja bedah seperti yang biasa dilihat di hospital. Pelanggan boleh membedah bahagian badan untuk memakan makanan di dalamnya.

DINNER IN THE SKY RESTAURANT, BELGIUM
Terletak di Brussels, restoran ini menyediakan temapt makan untuk 22 orang dengan ketinggian 150 kaki. Tempat makan ini direka dengan diangkat menggunakan kren. Bagi anda yang tidak gayat, anda bebas menentukan ketinggian dan bayaran boleh tahan mahal.

DARK RESTAURANT, CHINA
Gemar makan dalam keadaan gelap? Restoran kegelapan ada terletak di Beijing, China. Jangan risau jika takut terlanggar perabot atau pengunjung lain. Setibanya anda di restoren ini, pelayan akan memimpin anda kerana mereka dilengkapi teropong malam ‘night vision’. Cuma anda merasa tercabar ketika mahu menyuap makanan. Oh ya, telefon bimbit dan alat elektronik lain tidak dibenarkan bawa jika berkunjung ke restoran ini.

MEDICAL RESTAURANT, TAIPEI
Mempunyai dekorasi bertemakan pusat perubatan, jangan terkejut kerana hidangan anda akan diambil oleh 'jururawat'. Makanan dan minuman pula akan dihidangkan di dalam botol yang disalurkan dari kantung drip seperti pesakit. Inilah keunikan D.S Music Restaurant di Taipei, Taiwan.

JAIL RESTAURANT, ITALY
Restoran ini terletak di dalam sebuah penjara di Itali yang berusia 500 tahun. Anda akan dilayan oleh pekerja yang dikawal ketat oleh warden penjara kerana mereka terdiri dari banduan penjara itu sendiri. Siapa sangka, restoran ini cukup terkenal sehingga anda perlu membuat tempahan meja seminggu awal.

Selain restoran pelik yang ada kami paparkan, terdapat banyak lagi restoran  pelik seperti restoran perkuburan yang terdapat di India, restoran bawah laut di Maldives, restoran kucing di Jepun, restoran kondom di Thailand dan banyak lagi. Apa lagi... Tepuk dada dan tanyalah selera!


yang pelik-pelik gak manusia suka... 

Sebutan Nampak Baik, Tapi Maknanya...

Sejauh mana kita tahu makna anak kita yang sebenar.. dari mana kita rujuk??? 

Aku nak kongsikan beberapa nama yang indah disebut tapi maknanya tak berapa nak best... 


Jika tak nmpk boleh clik dan besarkan.. 

Nama-nama ni aku printscreen dari Group Nama-nama Indah yang bermakna... 
Nama-nma ni dalam bahasa Arab yang dirujuk mknanya dari kamus Arab...
Aku syorkan kepada yang ada anak, cuba lah cek balik maksud nama-nama tu... dari sudut bahasa Arab... 

Boleh juga cuba semak nama anak anda di website ni:

Kadang-kadang sedap sebut aje.. tapi mknanya... 
Kebanyakan buku-buku nama di pasaran tak menunjukkan mkna yang tepat dan ada sesetengahnya bukan dalam bahasa Arab, tapi bahasa rom, parsi dan sebagainya... yang seakan-akan sebutan arab... 

Jika nak maklumat berkaitan nama... Join lah group Nama-nama indah yang bermkna...

Iklan Yang Berlegar-legar


Kesibukan buatkan tak sempat nak check akaun nuffnang... 

Pagi ni sempat jengah sekejap... Wah... Banyaknya iklan yang berlegar... 

Meh la tambah tabung untuk my baby... hehe... 
Akar Pokok Seakan Wajah Manusia!!!

Akar Pokok Seakan Wajah Manusia!!!


MARANG - Akar pokok ru disimpan seorang nelayan di Kampung Baru Rhu Muda, di sini, menjadi tumpuan apabila terdapat satu bahagian pada akar pokok itu berbentuk seakan wajah manusia.

Keunikan itu disedari ahli keluarga Ramli Kecik, 54, yang membersihkan akar pokok ru disimpan sejak lima tahun lalu tersebut ketika mereka sedang berehat di ruang tamu.

“Mereka terus memanggil saya untuk sama-sama melihat wajah yang pelik dan menakutkan, tetapi menarik pada akar itu,” katanya kepada Sinar Harian di rumahnya di Kampung Baru Rhu Muda, di sini.

Menurutnya, seorang daripada anaknya turut merakam dengan menggunakan telefon bimbit dan wajah pelik serta menakutkan itu kelihatan lebih jelas berbanding apabila melihatnya secara langsung.
Menceritakan penemuan akar pokok itu lima tahun lalu, Ramli berkata, dia mengambil dan menyimpan akar pokok ru tersebut selepas mendapati ia tidak hangus walaupun pokoknya dibakar seorang rakan di Kampung Alur Tuman, di sini.

“Sebelum dibakar, kami sering diganggu ‘lembaga misteri’ ketika melalui laluan menuju ke pantai berdekatan pokok itu. Kerana marahkan ‘lembaga misteri’ dikatakan menjadi penunggu pokok itu, rakan saya membakarnya.

“Namun agak menghairankan apabila akar pokok itu tidak terbakar yang hanya disedari keesokan harinya ketika melalui laluan sama menuju ke pantai. Saya kemudiannya mengambil akar itu untuk disimpan,” katanya.

Bagaimanapun, Ramli berkata, tiada sebarang imej atau wajah manusia kelihatan pada peringkat awal dia menyimpan akar sepanjang setengah meter itu.

Menurutnya, mungkin ada rahsia di sebalik kejadian itu, namun dia tidak mahu masyarakat terlalu taasub dan menganggap akar pokok ru tersebut adalah jelmaan penunggu pokok atau sebagainya.

“Saya akan simpan akar pokok ini yang mungkin berguna satu hari nanti,” katanya.

Penemuan itu adalah kejadian ketiga berlaku di daerah ini, kejadian pertama membabitkan dua sahabat di Kampung Kijing, di sini, yang melihat seraut wajah manusia lengkap dengan mata, hidung dan mulut muncul pada batang pokok tembesu ditebang mereka pada 31 Mei yang disiarkan Sinar Harian 1 Jun, tahun lalu.

Dalam kejadian kedua pula, pokok jenis melaka kijang milik seorang nelayan di Jalan Surau Ayah De, di sini, menjadi tumpuan apabila satu daripada dahannya seakan berwajah manusia.

Wajah pada dahan pokok kayu hutan dikatakan dapat mengubati penyakit kencing manis itu juga agak menakutkan. Keunikan itu disedari Abdullah Ali, 57, ketika berehat di pekarangan rumahnya pada 21 November, tahun lalu.


Kun Fayakun... Kuasa Allah mengatasi akal manusia... Takjub pun ea... Ngeri dan seram pun de... Kalau jumpe kat jalan mau terkejut gak... 

29 September 2013

28 September 2013

Mencolek di Malam Minggu

Hajat nak habiskan masa bersama Faiqah dan suami di dataran merdeka tak kesampaian... Sampai je pertengahan jalan... Faiqah dah terlentok atas moto... Terpksa la patah balik...

Masa balik... Sempat plak mata aku usha kedai runcit kat depan rumah... Ada pelam hijau comei2...

Memandang2 aku dan suami memang kaki colek... Dibelinya 5 biji pelam...

Wah... Suami meraikan mak buyung kan... Heee... Apa lagi... Sama2 mencolek di malam minggu di depan tv lah...

Nyum3... Sedap... Masam sungguh... Cicah kicap taruk garam je sikit... Sedap hingga menjilat jari... Bukan senang nak jumpe pelam masam macam ni... Memang rezeki malam minggu ni...

Jom mencolek di malam minggu... :-)

Published with Blogger-droid v2.0.10

27 September 2013

Budaya Parodi:Kes Isteri Mat Yo

Berikutan kes dan isu besar sekarang... Iaitu kes Isteri Mat Yo bersikap kasar dengan pak guard...

Heboh kan orang citer pasal tu... Aku pun ada gak usha kat youtube... Nak tahu saja.. Memang aku akui biadap... Cuma... Apa yang aku nak isukan kat sini bukan pasal bini dia... Itu dah jelas2 salah dia kan... Sikap dia kan...

Cuma aku tak berapa suka dengan budaya parodi... Bila search je... Mula lah... Kuar yg parodi lebih banyak dari yang video ori... Parodi ni maksudnya berdasarkan kamus dewan.. Meniru gaya atau bahasa dengan tujuan atau nada mengejek atau memerli...

Korang rasa-rasa bagus ke budaya tu???
Dan bila tengok kat facebook sampai de yang buat page "Kami benci bini Mat Yo"...

Bagi aku... Budaya yang sangat2 menampakkan betapa jahiliyyahnya kita kan... Ni mmg perangai masyarakat jahilliyah... Mengejek... Mengeji... Memaki hamun... Jadi batu api... Page tu dah sampai 61k likers...

Aku rasakan... Dosa isteri Mat Yo tu dengan pak cik tu je... Tapi dosa kita yg memaki hamun dia.. Membenci dia tu lagi besar... Layak ke kita nak benci org... Nabi s.a.w tak pernah pun ajar kita benci org... Nabi s.a.w dulu lagi dasyat... Siap kena jerut leher...kena baling tahi... Ada Nabi s.a.w maki hamun org tu??? Ni ke org yg kata syg Nabi s.a.w?? Cinta Nabi dan mengaku umat Nabi s.a.w... Org tak benci kita pun dh syukur... Andai kata satu hari Allah bg hidayah kat bini dia berubah sebenar-benarnya... Mampukah kita yg dok maki dia tu g minta maaf dgn dia???

Fikirkanlah... Budaya parodi ni budaya yg sgt menampakkan kita tak matang... Sangat jahillyah... Aku bkan nak  bela bini dia... Dia memang dah salah... Biarlah undang2 dan pak cik tu yg bertindak... Buat apa kita nak maki hamun dia... Dosa dia dgn pak cik dan Allah... Biarlah org yg berhak menghukum...

Mulia sgtkah kita sampai nak jatuhkan org lain hanya kerana sikap dia yg tak matang tu??? Fikirkanlah...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Penapis Air Al-Jabbar

Sejak hampir setahun berpindah menyewa di rumah baru yang selesa... mula terpikir dgn kesihatan yang ting tong kan... Air di KL memang tahu dah kurang bersih... Mula-mula kerana xdenya peruntukan kami hanya pasang penapis air yg kipas di kepala paip tu... 

Sejak kes air tercemar dan ketiadaan air di KL tu, kami beli stok air di pasaraya... tapi air RO sebab air mineral dah hbis waktu tu... Tapi rupanya, air RO lagi teruk dari air paip yg siap di masak... sebab air RO menyebabkan satu keluarga kena sakit tekak... 

Akhirnya budjet gaji ni, kami buat pilihan... pasang penapis air... ada ke yang murah??? sebab setahunya penapis air ribu riban kan harganya.. dan kaalu boleh tak nak berhutang dah...sebab sejak settle sgala hutang, memang tak nak hutang lagi... 

So, aku dan suami sama-sama cari di internet... Suami aku jumpe di FB, tawaran hebat penapis air al-Jabbar... aku plak masa yang sama, mencari penapis-penapis air yang disahkan halal sebab dulu pnahkan aku coret entry pasal penapis air yang dibuat dari tulang babi... Boleh baca kat SINI... 

Jadi.. lepas semak dan suami aku jumpe tawaran hebat... penapis air harga RM499 je sekali dengan kos penghantaran dan pasang... terus la deal dan PM orang tu... Alhamdulillah masih ada stok lagi tawaran tu... nak jadi rezeki kami kot kan.. 

So, hari Rabu malam tu dia datang pasang... Alhamdulillah... kejap je dia pasang... tapi kepala paipnya x sama saiz jadi en.suami kena cari kepala paip yg sama saiz dgn kepala paip nya... Keesokkannya barulah boleh guna... Lepas ditapis, memang rasa lain air yg diminum... sedap dan rasa macam manis sikit... jernih betul... Penapis air ni ada 7 penapis termasuk 1 penapis di luar... memang ada cop halal dan dapat piawaian dr ISO... Lagi pun al-Jabbar, memang tahu lah kan.. org Malaysia yg cipta alat-alat utk kesihatan... Alhamdulillah... rasa lebih terjamin dengan ada penapis air... sebab air di Malaysia mmg tercemar... tgk aje sungainya.. tak lalu nak tgk kan..

nota ungu: dulu pikir dok umah sewa je.. mls la nk psg.. tpi pikirkan kesihatan dan jangka masa nak dok sini lama lagi.. pasang juga lah... 
Bersangka Baik

Bersangka Baik

Sumber: FB

Bersangka baik... 
Biasanya Allah uji orang selalu buat amal kebaikan dengan prasangka dan syak wasangka buruk terhadap orang yang kurang amal kebaikannya.. 

Orang selalu ke masjid, pasti terlintas sangka buruk pada orang yang jarang ke masjid
Orang yang bertudung, pasti terlintas sangka buruk kepada orang yang mendedahkan aurat
Orang yang baik, pasti terlintas sangka buruk kepada orang yang jahat...

Itulah penyakit hati yang dikuasai nafsu dan syaitan..
Bersihkan hati dan minda dari sangkaan buruk...

Moga amal kebaikan yg kita buat tak sia-sia.. 
sentiasalah berbaik sangka sesama manusia dan kepada Allah...
Renung-renungkan dan selamat beramal...
Salam renungan di hari Baraqah... (^_^)

26 September 2013

Hidung Baru di Dahi

Beijing: Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Xiaolian mempunyai hidung baru yang tumbuh di dahinya.Xiaolian, 22, menjalani rawatan bagi menggantikan hidung asalnya yang cacat selepas dijangkiti virus di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian.

Xiaolian, mengalami kecacatan di bahagian hidungnya akibat kemalangan jalan raya pada Ogos tahun lalu dan doktor yang merawatnya gagal memulihkan hidungnya.

Ekoran nahas yang dialaminya, hidung Xiaolian mengalami jangkitan dan tulang hidungnya terjejas.Doktor tidak mempunyai pilihan lain tetapi terpaksa menjalankan prosedur yang membolehkan hidung barunya tumbuh di dahi bagi menggantikan hidung asalnya.

Hidung itu direka dengan menanam tisu kulit ke dahi Xiaolian. HIDUNG baru Xiaolian dipotong mengikut bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil daripada rusuk Xiaolian.

Pakar bedah berkata, hidung baru itu tumbuh dengan baik dan pembedahan transplan akan dijalankan dengan secepat

Sumber: Harian Metro

Baru kita tahu bahawa pentingnya hidungkan... Memang tak boleh hidup tanpa hidung kan... Hargai hidung anda...

Minggu yang tercungap-cungap

Minggu yang tercungap-cungap

Minggu yang tercungap-cungap...
Memang semput sungguh aku minggu nih...
Last2 minit baru dapat tahu ke seminar dua hari... Dah berhari kat sana... Mula lah badan longlai sikit...

Sakit tekak dan selesema mula menjengah... Dah tahu...tugas aku hari sabtu ni memang terpaksa pass pada orang lain... Aset penting tu utk pengacara majlis kan...

Jadi...hari kelam kabut plak siapkan teks untuk pengacara majlis... Aku tukang sediakan teks sebab dah diamanahkan sebagai ketua... Jadi cuba buat juga walaupun badan lemau sebab sakit tekak dan selsema...

Mujur juga... Dengan izin Allah kombinasi minyak kelapa dara dan air barli melegakan sikit perit sedari semalam...dah kurang sikit hari ni...

Rutin check up utk mengandung tadi pun tak berapa nak ok sebab bila citer nurse pun faham lah... Bdan aku tak cukup rehat... Tekanan darah rendah dan Hb menurun... Cuma berat memang mendadak naik... Huhu...
Tapi apa2 pun baby aktif bergerak... Alhamdulillah... Insha Allah... Tak sabar nak tunggu selesai majlis sabtu ni... Kalau tak selagi tu rasa tak selesa dan tak leh dok diam...
Kalau suamiku sibuk... Aku pasti sibuk gak... Haha... Sehati sejiwa la katakan... Cuma tak sejawa... Hehe...

Badan aku memang alergik aircond... 2 hari berseminar dok dalam aircond je... Sebab tulah makin teruk selsema dan perit tekak nih... Syukur di jadikan sbg guru sebab dapat excersice banyak2... Hehe...

Moga Allah permudahkan urusan aku minggu ni dan permudahkan urusan kami suami isteri pada masa2 akan datang...

P/s: Mohon maaf... Tak sempat nak balas komen2 dan kunjung balas... Insha Allah... Anda akan dijengah... Jangan serik ea datang sini... :-)

Published with Blogger-droid v2.0.10

25 September 2013

Wahai Sahabat... Renungkan sejenak...

Wahai Sahabat... Renungkan sejenak...

Sahabat2ku sekalian bacalah sejenak..

Diriwayatkan, bahawa :
Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu Mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.

Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:

"Yaa Rabb..
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia soalat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."

Maka Allah berfirman:
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah"
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").

Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis:
"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:

"Wahai Rabb Kami..
Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"

SAHABAT Ku..
Mudah2an dengan ini, aku telah  mengingatkanmu Tentang Allah ..

Agar aku dapat besertamu kelak di Syurga & Redha-Nya..
آمِيّنْ.  يَا رَبَّ العَالَمِينْ  

Ya Allah

Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat2 yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-Mu..

Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...

Oleh itu...

Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan2 ke Syurga  & jalan2 kebaikan.

WAHAI SAHABATKU

JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI...JIKA AKU TIADA DI SYURGA NANTI...

9 Waktu Mustajab Menasihati Anak

Sebagai ibu bapa...kita nak yg terbaik utk anak2... Bila kita marahi...kdg2 kita pujuk...

Di atas adalah 9 waktu mustajab yg sesuai utk nasihat anak2... Nasihat dengan belaian dan sentuhan lebih berkesan daripada bercakap macam bagi syarahan dan ceramah...

Jom ibu bapa... Kita amalkan bersama... Moga kita jadi ibu bapa cemerlang dunia akhirat....

Sumber pic: Fb

Published with Blogger-droid v2.0.10
Lagi kes Bayi Mati di Pusat Asuhan

Lagi kes Bayi Mati di Pusat Asuhan

PUTRAJAYA: Seorang bayi lelaki, Mohd Danish Rayqal berusia lima bulan ditemui mati oleh pengasuhnya di sebuah pusat jagaan di sini hari ini.

Bayi itu didapati sudah tidak bernyawa semasa pengasuh berkenaan hendak memandikannya kira-kira pukul 3 petang.

Bapa bayi itu, Ismail Ramli, 28, yang menghubungi Bernama berkata beliau bergegas ke Hospital Putrajaya sebaik dimaklumkan mengenai perkara itu.

"Pihak taska telah menghubungi saya setelah mereka sampai di hospital, dan bayi saya telah disahkan meninggal dunia," katanya.

Ismail membuat laporan polis kerana meragui punca kematian anaknya yang sihat semasa dihantar ke pusat jagaan pagi ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan polis akan menjalankan siasatan. - Bernama

Sumber: Harian Metro

Seram sejuk terima berita2 macam ni.... Semalam faiqah selsema teruk..aku dah berat hati nak hantar kat pengasuh.... Tapi doa ibu memang Allah makbulkan...seawal dulu.. Lpas hnatr anak ke tangan pengasuh... Masa tu aku berdoa dan berserah pada Allah moga Allah lindungi dan pelihara anak aku... Al-Fatihah buat bayi tersebut... Dah memang suratan Ilahi... Sbg saham utk ibu bapanya di akhirat kelak....

Nak je kaya cepat sebab nak berhenti keje... Laki aku kaya je..mmg letak jawatan... Nak jaga anak sendiri.... Huhu... Jika ajal anak tu sekali pun...biarlah depan mata kita... Anak juga adalah pinjaman...bila2 je Allah boleh amik balik... #remind myself

24 September 2013

Berseminar Menambah Ilmu

Petang semalam berkali-kali dapat call dari pejabat... Rupanya nak maklumkan aku kena g seminar...

Disebabkan tak senang duduk... Sebelum ke kelas...g pejabat dulu amik surat dulu... Seminar berkaitan dengan Pengajaran Pendidikan Islam...di Institut Kefahaman Islam Malaysia...

Dah debar dh....sebab lama tak drive sengsorang kat kl selain g sekolah... Nak tak nak kena gak drive... En.somi aku busy minggu nih... Tapi search siap2 kat mana lokasi... Nasib dekat JPNWPKL je... Tapi tahu dh...jalan tu busy...

Seawal sesudah subuh aku dah gerak..rushing hantar anak ke pengasuh... Terus gerak ke tempat seminar... Alhamdulillah...smpai sejam awl...

Jom berseminar.. 2 hari berkampung kat sini... Moga dapat ilmu baru hari ini... Insha Allah... Jika ada yg boleh dikongsikan... Akan ku kongsi di sini...

Published with Blogger-droid v2.0.10

23 September 2013

Warga Emas 72 tahun dukung suami selamatkan diri dari kebakaran

Warga Emas 72 tahun dukung suami selamatkan diri dari kebakaran

KLUANG: Seorang warga emas, Misnah Tabri, 72, bagaikan mendapat kuasa luar biasa dengan mendukung suaminya, Harun Badar, 78, yang kudung kaki kiri keluar dari rumah mereka yang terbakar di Kampung Haji Noor, Simpang Renggam di sini, jam 11.15 malam semalam.

Ketika kejadian, pasangan warga emas itu tinggal berdua di rumah berkenaan selepas anak bongsu mereka, Fauzi, 38, pergi ke Johor Bahru kerana ada tugasan luar.

Menurut anak ketiga daripada empat anak pasangan berkenaan, Nizam, 48, ibunya terdengar jeritan jiran mengatakan bahagian ruang tamu rumah mereka terbakar.

"Api mula merebak ke bilik tidur mereka. Ibu kemudiannya menggagahkan diri mendukung bapa keluar dari rumah melalui dapur sebelum berlindung di rumah jiran.

"Api merebak dengan pantas dan kira-kira 10 minit kemudian, kediaman berkenaan hampir hangus. Mereka bertiga turut tinggal sehelai sepinggang," katanya.

"Kerugian dianggarkan kira-kira RM50,000. Bagaimanapun, kami bersyukur kerana ibu bapa terselamat dalam kejadian ini," katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Renggam Mohamad Adam berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran pada jam 11.17 malam.

"Kami tiba di lokasi kejadian setengah jam kemudian dan ketika itu, 90 peratus daripada rumah berkenaan sudah hangus.

"Api berjaya dikawal dalam masa 10 minit dan dipadamkan sepenuhnya setengah jam kemudian. Punca kebakaran masih disiasat," katanya.

Sumber: Harian Metro

Itulah... Kun fayakun... Kalau Allah nak lindung tu kan... Dengan apa cara sekalipun akan terselamat... Dah memang bukan ajalnya lagikan...walaupun dah berumur... Tapi kalau Allah kata dah ajal... Usaha lah... Makanlah apa saja atau lindunglah macam mana pun jika sudah ketetapan ajalnya tetap akan smpai tak lambat sedetik dan tak cepat sedetik pun...

Kisah satu dan seratus

Kisah satu dan seratus

Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka. bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat. Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:

Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."

Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"

RM100 menjawab; "Belum pernah"

RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat."

Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

Semoga cerita ini memberi pengajaran kepada kita semua.

Sumber:myemail

Moral of the story... Banyakkanlah sedekah juga... Kesian kat duit seratus... :-)

Khasiat Kacang Bendi yang kita tak tahu...

Khasiat Kacang Bendi yang kita tak tahu...


Sayur kacang bendi terkenal sebagai sayur tambahan dalam masakan kari atau pun asam pedas. Ada orang kurang menggemari sayur bendi kerana lendir yang ada di dalamnya.

Namun terdapat banyak khasiat tersembunyi di dalam sayur ini. Buahnya dikatakan mampu membantu menguatkan otak serta menambah daya ingatan dan kecerdasan.

Sementara biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil serta mengurangkan bengkak atau radang.

Bahkan ada orang mengamalkan makan bendi kerana dikatakan mampu mengurangkan masalah sukar bersalin.

Air rebusan biji,akar, serta bunganya boleh dijadikan ubat pada pelbagai kudis dan bisul. Air rebusan buahnya kalau dicampur dengan gula memang sesuai dijadikan sebagai sirap ubat batuk atau merawat sakit kerongkong. Lendir yang terdapat dalam buahnya boleh dijadikan krim penyejuk serta melembutkan kulit.

Air rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk meredakan bengkak saluran kerongkong dan hidung.

Dikatakan kacang bendi baik amat untuk rawatan penyakit kencing manis. Caranya ialah dengan mengambil dua biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengahnya. Rendam dalam segelas air semalaman (tutup gelas). Keesokannya, keluarkan kacang bendi dan terus minum airnya. Lakukan selama dua minggu. 

Sumber: Majalah PaMa

Dah lama tak makan kacang bendi... sebab bulu kat kacang tu buatkan kerongkongku sangat sensitif.. lagipun org yg de resdung, kadang2 alergik dengan bendi.. Tapi kalau bendi buat masak kari campur dengan ikan.. sedap... tak pun asam pedas kan.. Dulu aku makan, tapi sejak kerongkong sensitif dan mudah batuk, aku jadi fobia nak makan... Apa-apa pun bendi memang berkhasiat... dan kalau tanam mudah nak tumbuh dan susah nak kena penyakit ulat pokok... Tapi dengan petua di atas, ingat nak try makan bendi semula lah.. 

autopublish entry

Apa Status Blog Ni???

Sejak dua menjak, ramai orang dok kongsi pasal SEO lah.. ranking di Alexia lah... duit lah... ranking di browser lah.. macam2 lah yang aku belajar pasal blog... so, aku pun nak cuba-cuba juga... Tadi blogwalking kat blog kak Intan Berlian... baca pasal semak SEO ni... dia pun belajar dari kak Izan Mama Mia.. jadi aku menggatalkan jari nak semak gak.. JOm tengok status blog ni sekarang...

Status SEO..
14% je.. hehe... memang tak heran pun... aku bukan penulis popular... hehe..

Ni plak ranking di Alexia.. 
nampak tak.. kat Malaysia 5k ke atas tu.. tapi aku rasa sykur juga dengan ranking ni, sebab ntah apa2 je blog ni.. tapi boleh plak tersenarai bawah 10k.. ok lah kan..

Sebab niat aku berblog bukan nak buat duit atau nak popular, tapi nak sampaikan ilmu.. Aku nak orang manfaatkan ilmu2 yang aku smpaikan disamping memperingatkan diri aku sendiri... Dan kadang2 aje, aku coret hal peribadi sebagai kenangan... 

Berblog sebagai hobi jadi.. ianya bukan tumpuan utama aku... sekadar menghabiskan masa lapang dan berkongsi ilmu yang secebis di dada bersama orang yang mencari ilmu.. serta sama-sama nak ajak orang buat dan amalkan kebaikan sebelum menuju dan menemui Pencipta... itu saja niatku berblog.. jauh skali nak glamour atau popular.. 

Redha Allah dalam aku menulis disamping keredhaan suami yang ku pohon.. 

Pelajar Dapat 47A, Pecah Rekod Dunia!

Pelajar Dapat 47A, Pecah Rekod Dunia!

Kat Malaysia, dapat 18A, 20A dah bangga kan.. Tapi jangan tak tahu ada dapat hampir 50A dalam peperiksaan... relax je... Ikuti kisah ni... 
Haroon Tariq dua dari kiri bersama rakan sekolahnya

Seorang pelajar Islam di Pakistan dinobatkan sebagai pelajar paling bijak di sana apabila memperoleh 47A untuk peperiksaan O, A-level. Ikuti kisah anak muda yang mahu membuktikan bahawa ada rakyat Pakistan yang mahu mengubah negaranya yang sering dipandang rendah.

TANAM KEYAKINAN
Kisah Haroon Tariq, 18, yang berasal dari wilayah Pakhtunkhwa Khyber, Pakistan bermula pada tiga tahun lalu apabila dia mula mengambil peperiksaan pertama pada tahun 2010 ketika masih mengikuti Army Public School di Peshawar.

Haroon kemudian berpindah ke Islamabad kerana mengikuti kerjaya ayahnya seorang tentera. Apabila menetap di Froebels International School, Haroon mengumpul semua peperiksaan O-level dan GSCSE antarabangsa.

Dalam tempoh tiga tahun, Haroon mempelajari 50 subjek berlainan untuk O dan A-level dengan mendapatkan 38A pada O-level dan menjadikan jumlah keseluruhan 47A untuk peperiksaan O dan A-level.

Subjek yang diambil merangkumi Human and Social Biology, Islamic Religion and Culture, Physics, Chemistry dan Global Development.

MAHU LAIN DARI LAIN
Haroon menyiapkan O-levelnya selama setahun meskipun pelajar biasa perlu menyiapkannya selama tiga tahun.

"Disebabkan siap cepat, saya mempunyai baki dua tahun untuk O-level. Maka, saya berpendapat saya mahu melakukan sesuatu yang lain dari yang lain," ujarnya kepada pemberita di sana.

Tambah Haroon, dia mahu menjadi lebih cemerlang berbanding pelajar cemerlang yang sedia ada. Disebabkan itu, dia mahu mengambil lebih banyak subjek. Setelah berjaya pecah rekod, Haroon bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti British untuk mendalami bidang kejuruteraan.

"Saya mahu mendalami bidang kejuruteraan pada masa depan. Namun, buat masa ini belum membuat keputusan sama ada memilih kejuruteraan software atau kejuruteraan aeronautical," akhirinya.

Sejak dari tahun 1980 lagi, peperiksaan GCSE O-level ramai diambil pelajar UK. Kini, bilangan pelajar bijak mengambil peperiksaan O-level ini meningkat termasuk Pakistan. Siapa sangka, negara yang kerap berdepan dengan pergolakkan dunia ini mampu berjaya. Anda bagaimana?


Usaha tangga kejayaan...
Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan kan... 
Jika anda fikirkan boleh, anda pasti boleh melakukan...
Anda adalah apa yang anda fikirkan...

Padah Buang Cili Sos Rosak


Sumber: Harian Metro Online

Pelik-pelik la baca berita sekrang ni kan... ada je tak kena... sebab sos aje, sampai kena belasah dengan suami... Pelik-pelik sungguh.. tambah2 pening polis la sebab kes laki bini pun diorang kena handle kan.. Itulah... kahwin tu memang syok, tapi kalau xde ilmu... macam tu lah.. Yang diorang tahu ilmu nak buat anak je... padahal ilmu laki bini tu la kna belajar.. hmm.. pedoman untuk anak-anak mda yang kemaruk sangat dok bercinta tu.. perkahwinan itu tanggungjawab, jangan dok angau macam dalam novel cinta atau drama bersiri ok... 

22 September 2013

Design Name Card untuk Bayi Nama-nama Indah

Semalam kebizian yg amat... Sejak dari pagi aku de program... Balik rumah, terus memasak untuk tetamu yang nak datang... Kawan suami dari Johor dan keluarga sebelah suami... 

Kebetulan en.somi buatkan design untuk kete kakak dia... Aku plak buat design yang telah lama dipinta olehkak long... Asyik tak sempat.. semalam Faiqah de kawan main, boleh la ngadap photoshop dan buat design yang dipinta...


Design kad nama untuk bayi dari Kumpulan Nama-nama Indah yang Bermakna... Kumpulan yang ditubuhkan untuk cari nama-nama yang baik maknanya dalam bahasa Arab dan unik... Kad nama ni, untuk bayi-bayi yang telah dilahirkan dan namanya adalah inspirasi dari kumpulan tu... Semua nama bayi yang diambil dari hasil ciptaan Kak Long dari group tu akan jadi anak angkat dia.. Setakat ni dah lebih 100 orang anak angkat dia.. jadi dia nak wujudkan kad nama nih, sebagai panduan dan simpanan kepada ibu bapa bayi untuk masa depan.. Kira macam kad pengenalan gak.. sebab siap Ejaan nama dalam Rumi dan juga Bahasa Arab beserta maksudnya sekali... 

Semalam siap gak aku design.. tapi simple je... Tunggu akn datang, may be cuti nanti aku akan upgrade lagi design kad ni.. sebab agak kelam kabut kan design.. so, design cikai2 je... 

Bagi yang tengah cari nama-nama unik untuk anak dan bayi masing serta maksudnya yang cantik dan indah dalam bahasa Arab, boleh ke Kumpulan  Nama-nama Indah Bermakna... Design kedua, sedang cari idea untuk cipta logo... Aku sekadar menyokong je minat kak long... dan saja melepaskan gian design...sbb lama tak design gian gak... sebab dah minat kan.. hehe... 

Selamat Berhujung Minggu

Selamat berhujung minggu dan ceria2 selalu...

Dalam kegembiraan...jangan lupa nikmat kesenangan yg Allah kurniakan... Moga kita semua dalam iman dan tak kufur nikmat...

Sumber pic: Fb

Published with Blogger-droid v2.0.10

21 September 2013

Markah dari Silent Reader

Untuk renungan buat semua penulis blog dan laman sosial...

Berhati2 menulis.. Tulislah sesuatu yg bermanfaat dan boleh diamalkan oleh semua orang...

Kisah peribadi... Tak semua boleh dan patut dikongsikan kepada semua orang...

Sebarkan kebaikan dan hentikan umpatan dan fitnah yg diada-adakan...

Peringatan untuk diri sendiri... Dan semua...

Sumber pic: Fb

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tanam Kereta untuk Kegunaan Lepas Mati

Entah apa2 je..
Dia buat mcm Firaun...
Memang aku tergelak baca berita nih...
Dah la mahal lak tu... 1.5k harga kete dia..
Dia tanam malam ni... Esok org g korek... :-)

Sumber: Harian Metro

Published with Blogger-droid v2.0.10
Isteriku... Berhentilah Mengeluh...

Isteriku... Berhentilah Mengeluh...

Bismillahir-Rah maanir-Rahim ... Kisah ini menceritakan sepasang suami istri yang memiliki tujuh orang anak. Suatu hari, suaminya melihat sang istri sedang menangis sambil memasak makanan.

Melihat hal itu, suami bertanya, “Wahai Istriku, apa yang terjadi denganmu? Apa yang membuatmu menangis?”

“Aku menangis karena merasa sangat lelah dalam mengurus keluarga dan melakukan semua pekerjaan rumah,” sahutnya. “Aku mengurus tujuh anak kita dengan berbagai tabiat mereka. Aku harus menyediakan makanan, membereskan rumah, mencuci baju yang sangat banyak. Aku bekerja 24 jam sehari. Rasanya, aku tidak sanggup lagi untuk melakukan semua ini.”

Sang suami tersenyum. “Apa yang harus aku lakukan?” tanyanya.

“Tolong carikan aku budak perempuan yang dapat membantuku mengurus semuanya.”

“Tentu saja, aku akan mencarikannya. Tapi, tolong dengarkan aku sebentar saja,” kata sang suami sambil membelai istrinya dengan penuh kasih sayang.

“Allah senantiasa membantu hamba-Nya yang tidak pernah berputus asa dan ikhlas dalam mengerjakan apa pun yang mengandung kebaikan. Kau adalah seorang istri yang sangat sabar dalam menjaga keluargamu, seorang ibu yang menjadi teladan bagi ketujuh anakmu, dan menjadi pendampingku yang salihah dengan beratnya tugas-tugasmu. Aku bisa saja mencarikan seorang Pembantu untuk meringankan pekerjaanmu. Namun, jika kau tetap mengerjakan semua kebaikan itu untuk keluarga kita maka Allah akan menghapus semua salah dan dosamu.” Ujar suaminya.

Sang suami kemudian berkata lagi, “Istriku yang salihah, perempuan yang tidak pernah lelah menjaga keluarganya dan ikhlas dengan apa yang dilakukannya, Allah akan menetapkan setiap butiran keringatnya menjadi kebaikan yang dapat melebur keburukannya sekaligus mengangkat derajatnya.”

Sang Suami membelai Istrinya yang masih terisak menahan malu, lalu diajaknya duduk santai di ruang dapur mungil yang sangat sederhana itu, lalu Sang Suami melanjutkan nasehatnya,

“ coba ingat kembali Wasiat Rosulullah SAW kepada Fatimah putri Beliau, yang dipersunting Ali Bin Abi Thalib yang sangat miskin, yang ketika itu juga sedang mengeluh kepada Ayahnya Rosulullah SAW karena tangannya yang dulunya halus kini berubah menjadi kasar dan lecet-lecet karena setiap hari harus menumbuk gandum sendiri, mengolah dan memasaknya. Ada 10 WASIAT Beliau kepada Putrinya :

1.Wahai Fatimah ! Sesungguhnya wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, kelak Allah akan tetapkan baginya kebaikan dari setiap biji gandum yang diadonnya, dan juga Allah akan melebur kejelekan serta meningkatkan derajatnya.

2.Wahai Fatimah ! Sesungguhnya wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, niscaya Allah akan menjadikan antara neraka dan dirinya tujuh tabir pemisah.

3.Wahai Fatimah ! Sesungguhnya wanita yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan kemudian mencuci pakaiannya, maka Allah akan tetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4.Wahai Fatimah ! Sesungguhnya wanita yang membantu kebutuhan tetangga-tetang ganya, maka Allah akan membantunya untuk dapat meminum Telaga Kautsar pada hari kiamat nanti.

5.Wahai Fatimah ! Yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keridhaan suami terhadap istri. Andaikata suamimu tidak ridha kepadamu,maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah Fatimah, Kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6.Wahai Fatimah ! Disaat seorang wanita hamil, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah tetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan, serta melebur seribu kejelakan. Ketika seorang wanita merasa sakit akan melahirkan, maka Allah tetapkan pahala baginya sama dengan pahala para Pejuang Allah. Disaat seorang wanita melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Disaat seorang wanita meninggal karena melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikit pun, didalam kubur akan mendapat taman yang indah yang merupakan bagian dari taman surga. Allah memberikan padanya pahala yang sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.

7.Wahai Fatimah! Disaat seorang istri melayani suaminya selama sehari semalam, dengan rasa senang dan ikhlas, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya dihari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allahpun akan memberikan kepadanya pahala seratus kali ibadah haji dan umrah.

8.Wahai Fatimah! Disaat seorang istri tersenyum dihadapan suaminya, maka Allah akan memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9.Wahai Fatimah! Disaat seorang istri membentangkan alas tidur untuk suaminya dengan rasa senang hati, maka para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10.Wahai Fatimah! Disaat seorang wanita meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki jenggotnya dan memotong kumisnya serta kuku-kukunya, maka Allah akan memberi minuman yang dikemas indah kepadanya, yang didatangkan dari sungai-sungai surga. Allah pun akan mempermudah sakaratul maut baginya, serta menjadikan kuburnya bagian dari taman surga. Allah pun menetapkan baginya bebas dari siksa neraka serta dapat melintasi shirathal mustaqim dengan selamat.

Istrinya pun menangis karena merasa malu. Sejak itu, dia tak pernah lagi mengeluh.

Subhaanallah, wasiat ini merupakan mutiara termahal nilainya, khususnya bagi setiap istri yang mendambakan kesalehan.

Betapa Agung dan Mulianya Posisi Wanita dalam rumah tangga ketia ia rela dan ikhlas menjalani Fitrahnya sebagai seorang Istri.

Wallahu’alam bishshawab

Sumber: Facebook

Menangis kisah ni... betullah.. kadang2 penat sikit rasa nak mengamuk dah... Wahai suamiku.. maafkan isterimu.... ya Allah... ampunkan dosaku...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Pintaku padaMu...

Pintaku padaMu hari ini dan hari2 akan datang.

Berikan aku kekuatan dan kebahagiaan...

Ku mohon keredhaan dalam setiap amalan...

Moga dapat Kau kabulkan...

P/s: Korban hari sabtu...program di rumah Allah bersama pelajar2 yg dikasihi... Moga Allah redhakan ketulusan hati pengorbanan sang suami dan si puteri...

Published with Blogger-droid v2.0.10
Cikgu dibuli anak murid!!!

Cikgu dibuli anak murid!!!


*cikgu masuk kelas...
Murid : Selamat pagi, Cikgu.
Cikgu: (Menengking)Mengapa selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamatpagi, petang dan malam Cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera Cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, Cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid : Bodoh!
Murid : Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu: Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu: Salah!
Murid : Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu: OhTuhan!
Murid : OhHamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid : Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu: Habisaku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu: Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Ahahah........ ksian cikgu 2 blh gile dibuatnye..

Sumber: Myemail

20 September 2013

Letak Parang dileher bayi 4 bulan sebagai ugutan!!!

Klik gambar utk tumbesaran... (sumber: screen captured dari HMetro Mobile)

Seram aku baca berita nih... Meremang bulu roma dan nak nangis rasanya...

Huhu... Alhamdulillah tindakan polis tu cepat kan... Kalau tak... Nauzubillah...

Huhu... Aku tak dapat bayangkan... 4 bulan... Mana lah tahu apa2 kan... Itulah bahana dadah... Ya Allah.... Lindungilah anak2 kami....

P/s: banyak betul kes melibatkan kanak2 dan bayi sekarang ni membuatkan hati ku sbg ibu tersentap kuat.... Hanya pada Allah aku mampu berserah dan mohon pertolongan....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tak ke Mana Berlumba di Dunia

Korang pernah tengok filem Mami Jarum yang pernah popular satu ketika dulu... Banyak nasihat dalam filem tu.. Antara yang nak ditunjukkan dalam filem tu ialah resam atau sikap masyarakat kita iaitu suka berlumba dan jenis tak boleh tengok orang lain lebih dari dia... 

Orang buat rumah baru, dia nak buat rumah baru...
Orang beli sofa baru, dia nak sofa baru...
Orang beli tv baru, dia nak tv baru...
Orang beli handphone canggih dan mahal, dia nak handphone canggih dan mahal...
Orang beli baju cantik, dia nak baju cantik...
Sumber: Google Images
Begitulah sikap orang sebegini... Dia tak boleh tengok orang lebih dari dia... Aku ada gak perasaan ni dulu, tapi masa belajar dulu kat sekolah.. Aku tak senang duduk ada orang lebih tinggi markahnya dari aku.. Tapi aku kira masa jadi pelajar wajib ada sikap ni, sebab dari situ kita bersaing dan berusaha... Tapi bila bab melibatkan harta dunia...tak usahlah bazirkan wang dan harta semata-mata nak bersaing dengan orang lain... Ada yang sanggup berhutang sebab nak puaskan nafsu sendiri.. 

Dalam Islam, perasaan iri hati sangat tak digalakkan... sebab banyak kesan buruk seperti dendam, pergaduhan dan permusuhan... Tapi dalam dibenarkan iri hati iaitu:

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “T harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar (yang diredai oleh Allah SWT) dan orang yTidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah SWang dikurniakan oleh Allah SWT ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan hadis) serta diajarkannya pula kepada orang lain.” (Hadis riwayat al-Bukhari) 

Dari hadis diatas, dapat disimpulkan dalam Islam dibenarkan perasaan iri hati iaitu ke atas dua golongan:
  1. Iri hati kepada orang yang ada harta dan membelanjakan hartanya ke jalan yang diredhai Allah seperti sedekah, waqaf dan sebagainya.
  2. Iri hati kepada orang yang ada ilmu agama dan disebarkan ilmu kepada orang lain... (ibarat macam guru kan... ada ilmu disebarkan pada orang lain [pelajar], sebab tu tak heran la ramai orang dengki dgn cikgu kan... hehe)
Moga kita tiada perasaan nak berlumba-lumba dalam mengumpul harta dunia yang tak ke mana... Sebaiknya biarlah kita berlumba-lumba mengerjakan sebanyak mana amal sebagai bekal di akhirat sana... 
Anak Mati di Pusat Asuhan

Anak Mati di Pusat Asuhan

KUALA LUMPUR: "Saya lihat kepalanya sudah terkulai ketika meletakkannya di kerusi bayi di dalam kereta malah muka dan bibir sudah kebiruan malah ketika menjerit memanggil namanya pun anak saya tidak membalasnya," kata Muhamad Norman Rosman, 26. bapa kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan yang maut di pusat asuhan kanak-kanak di Wangsa Maju, di sini, semalam.

Bayi malang itu, Muhamad Qhaliff Muhamad Norman disahkan oleh doktor meninggal dunia dua jam sebelum bapanya menjemput anaknya itu kira-kira jam 5.30 petang semalam. 

Menceritakan kejadian itu, Norman berkata, dia menjemput anaknya itu seperti biasa di pusat asuhan terbabit dan menyangka anaknya sedang tidur.

Menurutnya, bagaimanapun sebaik masuk ke dalam kereta dia terkejut apabila kepala anaknya terkulai sementara muka dan bibir kebiruan.



"Saya kemudian meminta penjelasan pekerja di situ namun jawapan diberikan mengecewakan kerana mereka memberitahu tidak mengetahui apa yang berlaku kepada anak saya.

"Bimbang dengan keadaan Qhaliff saya terus menghantarnya ke sebuah klinik swasta berhampiran sebelum doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia lebih kurang dua jam," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, malam tadi.

Norman berkata, dia sekali lagi mendapatkan penjelasan daripada pekerja pusat asuhan itu dan memaklumkan kejadian menimpa anaknya.

"Ketika itu baru mereka memberitahu anak saya sebelum itu ada mengalami muntah darah namun mereka menyangka tidak serius dan tidak memaklumkan kejadian itu kepada saya dan isteri.

"Tindakan mereka tidak memaklumkan kejadian itu mengecewakan saya kerana sejak lahir anak saya tidak mempunyai masalah sebaliknya hanya sukar minum susu," katanya.

Beliau berkata, dia menghantar anaknya itu bersama seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun kira-kira jam 11.30 pagi.

"Ketika itu anak saya ceria dan bermain dengan kakaknya seperti biasa. Namun tidak menyangka perkara ini terjadi dan saya juga sudah membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya,” katanya.


Kisah-kisah macam ni buatkan ibu bapa tak senang duduk.. Si ibu rasa nak berhenti kerja je... Begitu gak perasaan aku, mampu berdoa je.. Moga Allah lindungi anakku... Rasa seram sejuk rasa... Rasa nak je cepat2 masa berlalu... Ya Allah lindungi anak kami, semasa kami keluar mencari rezeki-Mu... ameen... 

Sembunyikan Kebaikanmu

Berdakwah itu wajib tapi bukan dengan menceritakan  kebaikan apa yang kita buat...

Sembunyikan  apa kebaikan yg kebaikan tapi sebaliknya teruskan ajak orang buat kebaikan..

Renungan bersama dan selamat beramal...

Sumber pic: fb

Published with Blogger-droid v2.0.10

19 September 2013

Budak kena penyek!!!

Budak kena penyek...
Hari2 budak ni kena penyek...
Tu la... Sapa suruh sakat umi lagi...
Kena penyek pastu gelak2...
Siaplah lari satu rumah sebab takut kena geletek... Siap gelak... Umi senak la adik dia pun turut terhibur kt dalam perut...

Itulah rutin aku setiap pagi sebelum buat kerja rumah...
Adoii... Terhibur sungguh...
Tapi balik keje dia tak layan aku dah...
Dia cari abi dia je..
Tido pun bawah ketiak abi...
Bangun pagi cari siap panggil.. "nak abah"

Ni lah rupa budak kena penyek...
Geram kan... Patut tak kena penyek... Hehe...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Buah Berpantun

Kenai dak buah apa...
Lama ooo.. X jmpe n makan buah ni...
Tadi kawan aku bagi masa taklimat...
Lepas gian gak la... Sebab lama tak makan...
Susah nak jumpe buah ni...

Buah apa ni????

Ni lah buah berpantun... D3ngar ea pantunnya..

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan saya makan,
Suruh mengaji saya..... dot...dot...dot..(sambung sendiri) hehe...

Itulah buah keranji...
Dulu makan buah ni... Biji dia tak buang...
Buat kira2... Habis kira... Buat jentik2...

Itulah nostalgia buah berpantun...

Published with Blogger-droid v2.0.10
7 Tanda-tanda Awal Isteri Derhaka kepada Suami

7 Tanda-tanda Awal Isteri Derhaka kepada Suami

Terdapat 7 tanda-tanda awal isteri derhaka kepada suami.


1 - Menghina atau mengumpat suami
Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri. Jika membuka rahsia suami dianggap menjejaskan kewibawaan suami, apatah lagi menghina atau mengumpat suami.

2 - Mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain
Sifat ini terlalu berat dan buruk untuk ditanggung oleh seorang suami. Si isteri tidak sepatutnya dalam apa keadaan sekalipun mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain. Adalah sepatutnya kita sebagai isterisentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.

Rasulullah saw bersabda :
Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah.

3 - Isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami
"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."
(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

4 - Isteri mendoakan kecelakaan buat suami
Isteri yang solehah adalah isteri yang sentiasa mendoakan kebaikan, kesejahteraan dan rahmat Allah swt bagi suaminya dan bukannya sebaliknnya.

5 - Membenci kegemaran suami
Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami adalah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga. Tiada siapapun yang menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri. Satu kurniaan Allaw swt yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya. Sememangnya ada ketika dan masa kita rasa kehendak kita sebagai isteri tidak dipenuhi sewajarnya. Namun yang demikian itu tidak bermakna kita dengan sewenang-wenangnya berhak menafikan kesukaan atau kegemaran si suami.

Firman Allah :
Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa : 34)

6 - Menjadi tekanan kepada suami
Tidak dinafikan keadaan ekonomi hari ini adakalanya mampu memberi impak besar kepada sesebuah institusi kekeluargaan. Namun begitu, si isteri perlu bersikap bijaksana dan rasional dalam mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami. Di samping itu juga, adalah lebih baik jika si isteri sama-sama membantu menguruskan rumahtangga agar ini dapat mengurangkan tekanan kepada si suami.

Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya.
(Riwayat Ibnu Majah)

7 - Mengungkit-ungkit janji suami
Redha dan bersyukurklah dengan setiap pemberian suami. Sesungguhnya itulah nikmat dan rezeki yang terbaik bagi isteri.

Sabda Rasulullah saw :
"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah saw ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda dan bermaksud :
"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Riwayat Muslim)

InsyaAllah mudah2an pembacaan ini ada manfaatnya dan sungguh berhikmah.

Sumber: Facebook

autopublish

Warna Mempengaruhi Emosi Kanak-kanak

Warna mempengaruhi emosi kanak-kanak... Pemilihan warna yang sesuai akan membantu ibu bapa kontrol anak-anak.. Artikel ni berkaitan dengan pemilihan warna bilik untuk anak-anak.. 


Tahukah anda warna yang dipilih untuk bilik anak membantunya merangsang keupayaan minda dalam menjalani kehidupan seharian lebih selesa ketika berehat, bermain, belajar mahupun tidur. Warna adalah elemen paling beremosi dan mendesak dalam mana-mana suasana dekorasi. Bagaimanapun tugas memilih warna boleh menjadi perkara menyeronokkan dan mudah jika kena gayanya.

Anak-anak lebih banyak menghabiskan masa mereka di dalam bilik tidur berbanding ruang tamu, ruang makan dan bilik mandi. Justeru ibu bapa perlu peka terhadap warna yang dipilih untuk menjadi latar dinding kamar tidur si anak. Anak-anak cenderung memberikan reaksi positif terhadap warna cerah seperti merah jambu, biru atau merah. Mereka juga cenderung bereaksi negatif terhadap warna-warna gelap seperti coklat, hitam atau kelabu.

Oleh itu ibu bapa disarankan menggunakan warna-warna cerah kerana ia dapat merangsang kreativiti, menguatkan daya imaginasi, memberi semangat, mempengaruhi rasa estetika dan menguatkan rangsangan motor.

Kesan Warna Universal
Merah : Dinamik, bersemangat, merangsang, aktif, kuat, hangat, agresif.
Tetapi bila terlalu banyak warna ini dapat menimbulkan kemarahan, tekanan, ketidaksabaran, ugutan, dendam dan suasana kelam kabut.

Sebaiknya, jangan digunakan untuk bilik bayi (di bawah usia setahun).

Kuning : Warna yang susah ditangkap mata, ceria, hangat, dan bertenaga.
Bagaimanapun warna ini kurang sesuai untuk bilik tidur anak kerana terlalu terang akan menyebabkan silau dan sukar untuk beristirehat.

Biru : Warna yang paling nyaman untuk mata, menenangkan, aman, menerima, sabar.
Terlalu banyak warna biru dipercayai dapat menyebabkan rasa dingin dan membuat anak jadi pasif. Jika ingin menggunakan warna biru, pilih yang warnanya tidak terlalu pucat sehingga tak terasa kesan ‘dinginnya’.

Hijau : Rileks, sepi, semula jadi, menenangkan dan kelihatan pemalu.
Jika terlalu banyak hijau, ia akan menjadikan anak seorang yang malas. Untuk mengurangkan kesan negatifnya, hijau perlu digabungkan dengan merah atau oren.

Oren : Percaya diri, ramah, penuh keceriaan.
Pemilihan warna oren di bilik tidur membuatkan anak selalu terjaga, sebaiknya ia harus dikombinasikan dengan warna lain. Jika terlalu banyak oren, boleh menjadikan ruangan terlalu gelap sehingga memerlukan banyak cahaya perlu masuk.

Ungu : Boleh meningkatkan imaginasi anak dan kreativiti.
Tapi terlalu banyak terdedah pada warna ungu juga boleh membuat mood anak terganggu dan menyebabkan anak terlalu ingin berkuasa.

Lilac : Menyentuh spiritual.
Jangan gunakan rona lilac di bilik tidur anak lelaki kerana boleh membangkitkan sifat feminin. Untuk mengelakkan rasa hambar, padukan ia dengan warna hitam atau perak.

Warna Feminin vs Maskulin
Biasanya bilik tidur anak perempuan lebih sesuai dengan pilihan warna lembut seperti merah jambu, hijau muda, ungu lembut kerana ia memberikan impak feminin dan lemah lembut.

Sementara untuk anak lelaki pula, pemilihan warna biru, kelabu, hijau sesuai dengan karakter mereka selain menyenangkan mata orang lain yang memandang.

Warna Untuk Anak Hiperaktif
Oleh kerana anak hiperaktif bermasalah untuk memberi tumpuan pada sesuatu perkara maka terapi warna adalah salah satu cara mengatasinya.

Bilik untuk mereka sesuai dicat dengan warna-warna sejuk atau dingin seperti biru muda, hijau, ungu.

Warna Untuk Anak Autisme
Jika anak anda menghadapi masalah autisme, psikologi warna yang boleh menstimulasi mereka adalah warna-warna hangat atau panas seperti oren, kuning dan merah.

Sumber: Majalah PaMa

Panduan ni juga boleh digunakan dalam pemilihan pakaian juga... Bagi anak2 lelaki yang lasak, jangan belikan baju berwarna terang seperti merah dan oren..sebaliknya beli warna-warna sejuk dan lembut seperti hijau, ungu dan biru... Dan kajian warna ni ada betulnya sebab apa yg aku perasan bila pakaikan Faiqah baju dengan warna yang terang dan garang seperti merah dia agak aktif dan agresif... dan jika warna-warna lembut, perwatakan dia lebih lembut dan cool serta mudah disuruh... Moga bermanfaat untuk ibu bapa diluar sana...