31 Ogos 2013

Persediaan Untuk Hadapi Masalah Air

Alhamdulillah... Lepas borong air di Tesco... Bik rumah buka paip dah ada air.. Cepat2 lah tadah air sbg persediaan hadapi masalah air lagi...

Tu lah dok bandar...memang masalah kalau xde air.. Dulu kat kampung...mmg tak kisah takde air... Telaga ada... Sungai pun ada...

Memang kena beringat sentiasa... Standby je tong2 air... Kalau tak...de je g kerja tak mandi... Hehe... Lakulah minyak wangi... Heee....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Diesel masuk sungai... Warga KL hadapi masalah air

Batang Berjuntai: Sebahagian besar penggunaan membabitkan lebih sejuta warga kota bakal mengalami gangguan bekalan air apabila tujuh wilayah di Lembah Klang dijangka mengalami gangguan bekalan untuk tempoh masa yang belum diketahui.

Gangguan berlaku ekoran tumpahan diesel yang dipercayai dari sebuah kawasan perusahaan yang beroperasi di Rawang, di sini, semalam.

Tumpahan berkenaan menyebabkan empat muka sauk loji di Sungai Selangor terpaksa ditutup sejak jam 8 pagi semalam, diikuti penutupan Loji Rawatan Air Sungai Selangor (SSP) Fasa 1, 2 dan 3 serta Loji Rantau Panjang.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Awam SYABAS, Abdul Halem Mat Som berkata, berikutan penutupan itu, bekalan air ke tujuh wilayah pengagihan air Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor dijangka terjejas secara berperingkat.

Sumber: Harian Metro

Memang masalh air betull... Pepagi pikir mana nak mandi... Akhirnya kami ke Lentang, Bentong utk mandi... Seterusnya ke Tesco utk cari air minuman plak... Tu pun berebut... Air begitu berharga di KL sekarang... Esok tgh pikir mana plak nak mandi... Hehe...

Breastfeedong Journey: Alhamdulillah Genap 2 Tahun

Alhamdulillah... Tanggal 31 Ogos 2011 hingga 31 Ogos 2013 genap dua tahun perjalanan penyusuan aku kepada Faiqah...

Alhamdulillah... Penat...lelah... Segala jerih perit dan susah payah perjalanan tu dapat ditempuh jua... Syukur sgt2 dapat juga susukan Faiqah genap dua tahun walaupun tak lah sepenuhnya...

Faiqah menyusu sepenuhnya sebelas bulan... Bermula dari tu dah mula campur atas faktor2 tertentu...tapi bukan pasal susu sikit aku campur...

Alhamdulillah... Rasa syukur mampu juga susukan dia hingga tahap nih... Memang mencabar... Tapi dengn semangat niat dan doa... Alhamdulillah.. Allah berikan kekuatan utk aku terus bertahan...dan lapangkkn rezeki susu untuk Faiqah...

Moga lepas ni... Aku dapat susukan adik Faiqah seperti Faiqah juga... Dapat bertahan dna dilapangkan rezeki hingga dua tahun... Ameen...

Nota ungu: Tiada tips luar biasa aku amalkan...hanya amalkan secara semula jadi... Tak de apa2 supplement pun... Cuma kuatkan smngt dan teruskan berdoa...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Memori 31 Ogos 2011 Tersemat Kekal di Sanubari

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Merdeka...merdeka...merdeka...

Tanggal 31 Ogos 2011 tak dapat aku lupakan... Detik sejarah yg berlangsung dalam hidupku... Tanggal ini juga... Aku bebas dari belenggu hidup yg sunyi... Kerana Allah anugerahkan aku dua org pendamping untukku ke syurga...

Tanggal 31 Ogos 2011 jam 2.31 pagi... Lahirlah seorang puteri kami.. Kelahiran nya di sambut dengan gembira dan syukur... Walaupun aku tak dapat beraya masa tu... Tapi sedikit tak terkilan...kerana kelahirannya seribu rahmat bagi aku dan suami...

Tanggal 31 Ogos 2011... Faiqah menjengah dunia... Faiqah lahir pada hari kebanggaan Malaysia... Memang Allah telah tetapkan Faiqah lahir pada hari itu... Kerana awal 2 minggu dari duedate... Syukur sgt... Tarikh yg senang nak ingat...

Alhamdulillah... Hari ini genap sudah usianya dua tahun... Tiada kata...tiada ungkapan hanya ucapan syukur dan doa dari aku dan suami...

Ya Allah...
Jadikan anak merdeka ini... Merdeka minda dari belenggu penjajahan moden...
Jadikan anak merdeka ini... Merdeka iman dari belenggu akidah yg salah...
Jadikan anak merdeka ini... Benar2 merdeka dari segala aspek kehidupan...
Kau peliharalah anak merdeka kami ini...Kau teguhkan imannya...kau mantap mindanya dan kau peliharanyalah dari dosa dan noda dunia...
Ya Allah... Jadikan anak merdeka ini hamba Mu yg SOLEHAH DAN BERIMAN di dunia dan akhirat.... Ameeen... Ameen... Ya Rabbal Alamin...

Selamat hari lahir yg kedua buat Faiqah Mu'affah... Kau penyeri dan pelengkap hidup ummi dan abi... We Love You Forever...

Published with Blogger-droid v2.0.10

30 Ogos 2013

Terasa Ambang Merdeka

Hari ni 30 Ogos... Sejak seminggu lepas aku dah terasa ambang merdeka... Kat KL setiap pagi dengar jet2 dari TUDM buat latihan utk kemerdekaan... Dan bila lalu kat jalan raya...banyak kenderaan tentera...

Terasa betul tahun ni... Tak tahu kenapa aura tu datang... Hari ni juga sambutan ringkas di sekolah... Makin terasa ambangnya...

Yang buatkan aku terasa ambang merdeka... Esok juga merupakan hari kelahiran puteri sulung kami Faiqah... Ya... Faiqah anak merdeka... Opss.. Aku tak nak citer pasal birthday faiqah...tggu next entry...

Walaupun secara batiniah kita tak merdeka sgt.. Tapi zahirnya kita patut syukur kita merdeka... Tak dijajah macam zaman atuk nenek kita dahulu kala... Cuma jajahan minda dan batiniah tu perlu lah kita kekangan dgn usaha dakwah yg berterusan... Moga generasi akan dtg betul2 merdeka...

Berdoalah...dan teruslah berdakwah utk bebaskan kita dari jajahan batiniah... Dan bersatulah demi merdeka secara zahiriah...

Moga negara kita terus aman... Moga kita dapat lahirkan pemimpin yg dapat kekalkan kemerdekaan ini...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Persoalan berkaitan Solat Jumaat dan Wanita

Jom muslimah tambah ilmu.. juga untuk muslim yang nak berkongsi dengan isteri dan saudara perempuan... jom baca nih:

Sumber: halaqah.net

Apakah hukum solat Jumaat bagi muslimat?

Solat Jumaat merupakan kewajipan yang telah diputuskan oleh ALLAH dan Rasul-NYA keatas semua Muslim yang mukallaf dan pengabaian terhadapnya dengan sengaja adalah berdosa besar. Namun, terdapat beberapa golongan yang diberi pengecualian terhadapanya berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w:

Sabda Nabi SAW;

الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة: عبد مملوك، أو امرأة، أو صبي، أو مريض

Maksudnya;“Jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orang sakit”  (Maksud hadith dari Thariq bin Syihab radiallahu-anha, Sunan Abu Daud - no: 1026 dan disahihkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani, al-Iraqi dan asy-Shaukani,Nail-ul-Authar, 3/527.)

Sabda Nabi SAW lagi;

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فعليه الجمعة إلا امرأة ومسافراً وعبداً ومريضاً 

Maksudnya;“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat jumaat melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit” (Riwayat di atas ditakhrij oleh Imam ad-Daruquthni dan al-Baihaqi dari Jabir bin Abdillah radiallahu-anhu, dinyatakan kelemahannya oleh Imam asy-Shaukani dalam Nail-ul-Authar, 3/527-528 hingga jatuh kepada taraf Dhaif).

Berdasarkan hadith di atas, Al-Imam Ibnu Munzir dalam kitabnya “Al-Ijm’a” menyatakan bahawa tiada khilaf dan telah bersepakat para ulama’  bahawa tidak wajib bagi seorang muslimat.

Bolehkah Muslimat menunaikan solat Jumaat?

Sekalipun lengkap kukuh dalil dan ijm’a yang menyatakan bahawa tidak wajib bagi seorang muslimat itu menunaikan solat Jumaat, namun masih ada ruang kebenaran untuk mereka menunaikannya jika begitu mahunya.

Sabda Nabi SAW;

لاتمنعوا نساءكم المساجد وبيوتهن خير لهن

Maksudnya: Jangan kamu tegah isteri dan anak perempuan kamu untuk solat di masjid; Solat di rumah lebih baik bagi mereka. (HR Abu Daud)

Sabda Nabi SAW lagi;

لا تمنعوا إماء الله المساجد ولكن ليخرجن تفلات

Maksudnya: Janganlah kamu tegah wanita-wanita di bawah tanggunganmu ke masjid; tetapi hendak mereka keluar dengan tidak memakai wangian. (HR Bukhari dan Muslim)

Ibnu Umar berkata, "Istri Umar menghadiri shalat subuh dan isya dengan berjamaah di masjid. Kemudian kepada istri Umar itu ditanyakan, 'Mengapa Anda keluar, sedangkan Anda mengetahui bahwa Umar tidak menyukai hal itu dan suka cemburu.' Istri Umar menjawab, 'Kalau begitu, apakah yang menghalanginya untuk mencegahku?' Orang itu berkata, 'Yang menghalangi Umar ialah sabda Rasulullah, 'Janganlah kamu semua mencegah hamba-hamba wanita Allah untuk mendatangi masjid-masjid Allah."' (HR Bukhari)

Sekalipun begitu, kebenaran ini masih juga terikat dengan khilaf perbincangan para fuqaha’ yang membahaskannya atas beberapa kemashlatan, keadaan, dan keutamaan.

“Dalam membahaskan hadith-hadith diatas, Imam Nawawi r.a berkata: Hadis ini dan yang semisalnya (menjelaskan) dengan jelas sekali bahawa wanita tidak dilarang pergi ke masjid. Akan tetapi dengan syarat-syarat yang telah disebutkan oleh para ulama yang diambil daripada hadis-hadis iaitu: Tidak memakai wangi-wangian, tidak tabarruj (berhias-hias, bersolek-solek), tidak memakai gelang kaki yang dapat terdengar bunyinya, tidak memakai baju yang mewah, tidak berikhtilat dengan kaum lelaki dan bukan gadis yang dengannya dapat menimbulkan fitnah, tidak terdapat sesuatu yang dapat menimbulkan bahaya di jalan yang akan dilalui. Apabila dia mempunyai suami atau tuan dan terpenuhi syarat-syarat yang disebutkan tadi, maka dimakruhkan melarang mereka ke masjid. Namun jika dia belum/tidak mempunyai suami atau tuan, maka diharamkan melarang mereka ke masjid apabila terpenuhi syarat-syarat di atas. (Syarah Shahih Muslim 4:382-383).”

Menurut Al-Fadhil Dr As-Syaikh ‘Atiyyah Saqqar didalam kitab “Al-Fatawa min Ahsan Al-Kalam fi Al-Fatawa wa Al-Ahkam”. Beliau menyatakan, ulama membahaskan perkara ini seperti berikut;

Ahnaf  (Mazhab Hanafi): Yang paling afdhal bagi perempuan menunaikan solat zohor di rumahnya, samada perempuan itu tua atau muda.
Malikiyyah (Mazhab Maliki) : Sekiranya perempuan itu bersangatan tua yang tidak menarik perhatian lelaki, maka harus bagi perempuan itu menunaikan solat jumaat. Adapun sekiranya perempuan itu boleh menarik perhatian kaum lelaki yang tidak membawa fitnah, maka hukum menghadiri solat jumaat adalah makruh. Adapun boleh mendatangkan fitnah, maka hukumnya adalah haram.
Hanabilah (Mazhab Hanbali) : Diharuskan perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya tidak berhias. Adapun berhias, maka hukumnya adalah makruh.
Syafiiyyah (Mazhab Syafi’i) : Makruh perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya ianya boleh disyahwati, walaupun ianya dengan memakai pakaian tebal sekalipun. Begitujuga, makruh perempuan menghadiri solat jumaat, sekiranya ianya tidak disyahwati, tetapi dia berwangi-wangian atau berhias.
“Pun begitu, ulama-ulama menyatakan haram kehadiran perempuan kepada solat jumaat yang boleh menimbulkan fitnah”. (Al-Fatawa min Ahsan Al-Kalam fi Al-fatawa wa Al-Ahkam : 1/627-628)

“Dalam hal ini, menurut Prof. Abdul Karim Zaidan, para wanita diperbolehkan dan dianjurkan untuk solat jumaat dengan syarat telah mendapatkan izin suami atau walinya, tidak menimbulkan fitnah, tidak memakai wangian, dan tidak berhias. Kalau mereka mampu memenuhi kelima syarat tersebut, mereka dianjurkan untuk ke masjid karana Solat Jumaat dikerjakan satu kali dalam seminggu di mana di dalamnya ada khutbah yang sangat berguna bagi mereka selain juga menjadi satu wadah untuk berkenalan dengan para wanita muslimah lainnya.”

Dari perbahasan ini, dapat dilihat, perdebatan dikalangan ulama tentang keizinan ulama ini sehabis-habis rendah pun adalah “keharusan” sahaja. Yang mana “keharusan” ini tidak membawa sesuatu amalan itu kepada darjat amalan yang dituntut, samada berbentuk sunat ataupun wajib. 

Perlukah solat Dhuhur selepas menunaikan solat Jumaat?

Bagi para muslimat yang sudah menunaikan solat Jumaat, ianya telah menjadi satu rukhsah ibadah yang telah menggugurkan kefardhuan Dhuhur keatas mereka.

Imam Ibnul Mundzir dalam kitabnya Al-Ijma' (m/s 44) menyatakan bahwa para ulama telah bersepakat dalam hal ini bahawa wanita yang telah mengerjakan solat jumaat tidak perlu lagi mengerjakan solat dhuhur.

Antara Solat Dhuhur di rumah atau Solat Jumaat berjemaah di masjid, manakah lebih utama dan afdhal?

Solat berjemaah di masjid atau musolla sangat digalakkan dalam Islam. Hadis-hadis Rasulullah SAW juga cukup banyak dalam memberi memberi motivasi bahawa kebaikan orang yang solat berjemaah jauh lebih baik berbanding solat bersendirian.  Juga terdapat hadis-hadis Rasulullah SAW yang mengecam dan memberi amaran yang sangat keras bagi mereka yang tidak hadir solat berjemaah. 

Malahan dalam suasana yang sangat getir pun mereka tidak mengabaikan solat berjemaah. Disebabkan keyakinan yang tidak berbelah bagi Rasulullah SAW bahawa penyatuan saf di dalam masyarakat adalah bermula dengan penyatuan saf di dalam masjid. 

Solat berjemaah di masjid wajib hukumnya, di mana keterangan masalah ini nampak sekali imbas bahawa solat jemaah seakan-akan diwajibkan bagi setiap muslim, baik muslimin mahupun muslimat. 

Padahal tidaklah demikian. Ini kerana di dalamnya terdapat beberapa pengecualian dan pengkhususan.

Di antara pengkhususan itu adalah tidak diwajibkan solat berjemaah bagi muslimat. Hal itu sesuai dengan ijm’a ulama. Adapun dibolehkan mereka untuk turut serta dalam solat berjemaah bukan bererti ia merupakan kewajipan bagi mereka sebagaimana yang telah dikatakan oleh Abu Muhammad bin Hazm rahimahullah; “Adapun bagi msulimat maka hukum menghadiri solat berjemaah adalah tidak wajib. Dalam perkara ini tidak terdapat ikhtilaf di antara para ulama.” (Al Muhalla 4: 196)

Sebaliknya wanita dianjurkan untuk solat di rumahnya kerana fadilat (keutamaannya) lebih besar dibandingkan dengan solat berjemaah di masjid.

Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita yang bermaksud: 

“Solat di bilikmu (rumahmu) lebih baik daripada solat di rumahmu. Solat di rumahmu lebih utama daripada solat di masjid kaummu.” (riwayat Ibn Khuzaimah) 

Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Janganlah kalian melarang wanita-wanita kamu (untuk pergi ke) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka." (riwayat Ibnu Khuzaimah) 

Berkata Imam Asy Syaukani r.h ketika menjelaskan lafaz: “Rumah-rumah mereka lebih utama bagi mereka, maksudnya adalah, solat mereka (muslimat) di rumahnya itu lebih utama bagi mereka dibandingkan dengan solatnya di masjid.”

“Jika mereka mengetahui yang demikian (pastilah mereka tidak meminta untuk keluar masjid). Akan tetapi kerana mereka tidak mengetahuinya, maka mereka meminta izin untuk keluar ke masjid dengan berkeyakinan bahwa pahalanya lebih banyak daripada solat di rumahnya.” (Al-Syaukani, Nailul Authar 3:131).

Dari riwayat-riwayat di atas, para ulama mengistinbatkan hukum bahawa solat wanita di dalam rumahnya lebih utama daripada solat di masjid.

Adakah penganjuran solat sunnah qabliah dan b’adiah Jumaat?

Para ulama sepakat bahwa shalat sunnat yang di lakukan setelah solat jumaat adalah sunnah dan termasuk rawatib ba’diyah Jum’at. seperti yang di riwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Bukhari:

Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a. ia berkata: Rasulullah saw bersabda:

 ”Jika salah seorang di antara kalian solat jumaat hendaklah solat empat raka’at setelahnya”. (HR. Bukhari dan Muslim).

Sedangkan shalat sunnah sebelum shalat Jum’at terdapat dua kemungkinan.
Pertama, solat sunnah mutlak, hukumnya sunnah. Waktu pelaksanannya berakhir pada saat imam memulai khutbah.
Kedua, shalat sunnah qabliyyah Jum’at. Para ulama berbeda pendapat tentang solat sunnah qabliyyah Juma’at. Pertama, solat qabliyyah Jum’ah dianjurkan untuk dilaksanakan (sunnah). Pendapat ini di kemukakan oleh Imam Abu Hanifah, Syafi’iyyah (menurut pendapat yang dalilnya lebih tegas) dan pendapat Hanabilah dalam riwayat yang tidak masyhur. Kedua, solat qabliyyah Jum’at tidak disunnahkan menurut pendapat Imam Malik, sebagian Hanabilah dalam riwayat yang masyhur
Adapun dalil yang menyatakan dianjurkannya solat sunnah qabliyah Jum’at:

Rasulullah SAW bersabda;

“Semua shalat fardlu itu pasti diikuti oleh solat sunnah qabliyah dua rakaat”. (HR.Ibnu Hibban yang telah dianggap shohih dari hadist Abdullah Bin Zubair).

Hadist ini secara umum menerangkan adanya solat sunnah qabliyah tanpa terkecuali shalat Jum’at.

Rasulullah SAW bersabda lagi;

“Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a. berkata: Sulayk al Ghathafani datang (ke masjid), sedangkan Rasulullah saw sedang berkhuthbah. Lalu Nabi SAW bertanya: Apakah kamu sudah solat sebelum datang ke sini? Sulayk menjawab: Belum. Nabi SAW bersabda: Solatlah dua raka’at dan ringankan saja (jangan membaca surat panjang-panjang)” (Sunan Ibn Majah: 1104).

Berdasar dalil-dalil tersebut, Imam al Nawawi menegaskan dalam kitab al Majmu’ Syarh al Muhadzdzab:
“Menerangkan tentang sunnah shalat Jum’at sebelumnya dan sesudahnya. Disunnahkan solat sunnah sebelum dan sesudah solat jumaat. Paling sedikit dua raka’at sebelum dan sesudah solat jumaat. Namun yang paling sempurna adalah shalat sunnah empat raka’at sebelum dan sesudah solat jumaat”. (Al Majmu’, Juz 4: 9)

Adapun Dalil yang menerangkan tidak dianjurkannya solat sunnat qabliyah Jum’at adalah:

Dari Saib Bin Yazid: “Pada awalnya, adzan jum’at dilakukan pada saat imam berada di atas mimbar yaitu pada masa Nabi SAW, Abu bakar dan Umar, tetapi setelah zaman Ustman dan manusia semakin banyak maka Sahabat Ustman menambah adzan menjadi tiga kali (memasukkan iqamat), menurut riwayat Imam Bukhori menambah adzan menjadi dua kali (tanpa memasukkan iqamat). (H.R. riwayat Jama’ah kecuali Imam Muslim).

Dengan hadith di atas Ibnu al-Qayyim berpendapat, “Ketika Nabi keluar dari rumahnya langsung naik mimbar kemudian Bilal mengumandangkan adzan. Setelah adzan selesai Nabi SAW langsung berkhutbah tanpa adanya pemisah antara adzan dan khutbah, jadi bila Nabi SAW dan jama’ah itu melaksanakan solat sunnah qabliyah Jumaat?

Dari dua pendapat dan dalilnya diatas jelas bahwa pendapat kedua adalah interpretasi dari tidak solatnya Nabi SAW sebelum naik ke mimbar untuk membaca khutbah. Sedangkan pendapat pertama berlandaskan dalil yang sudah sharih (argumen tegas dan jelas). Maka pendapat pertama yang mensunnahkan shalat qabliyyah jumaat tentu lebih kuat dan lebih unggul (rajih).

Kesimpulan 
  • Solat fardhu Jumaat tidak diwajibkan keatas muslimat namun dibenarkan mereka untuk menunaikannya dengan beberapa syarat yang perlu dipenuhi.
  • Sekalipun solat fardhu Jumaat secara berjemaah dibenarkan bagi muslimat untuk menunaikannya, kedudukan solat dirumah itu lebih afdhal dan utama bagi mereka.
  • Solat fardhu Jumaat sah untuk ditunaikan sekalipun jumlah jemaah yang menyertainya kurang daripada 40 orang. Cukup sekadar mempunyai imam dan makmum atau lebih tepat lagi sekadar mempunyai jemaah.
  • Solat sunnah qabliah dan b’adiah Jumaah itu adalah satu sunnah yang dianjurkan oleh baginda Rasulullah SAW.
  • Kesemua permasalahan di atas adalah khilafiyah furu’iyyah iaini perbedaan dalam cabang hukum agama, maka tidak sepatutnya di sempit penerimaannya di antara dua pendapat di atas. Dalam kaidah fiqh mengatakan “la yunkaru al-mukhtalaf fih wa innama yunkaru al- mujma’ alaih” (Seseorang boleh mengikuti salah satu pendapat yang diperselisihkan ulama dan tidak boleh mencegahnya untuk melakukan hal itu, kecuali permasalahan yang telah disepakati). Setiap di antara mereka yang bertungkus lumus mengusahakan dalil dan pendapat di atas adalah para ulama’, pewaris nabi yang kita cintai. Teladan para salafus soleh menganjurkan kita untuk menghormati pendapat daripada mereka. Jika diterima, maka janganlah dihalang untuk yang selainnya dan jika ditolah, maka tolaklah dengan penuh berhikmah tanpa perlu menimbulkan fitnah yang merosakkan kesucian agama Islam yang mulia ini. Semoga ALLAH merahmati kita semua sebagai pencari cintaNYA. Wallahu Ta’ala ‘Alam.
Sekadar berkongsi ilmu dihari Jumaat yang barakah... 
Artikel ini telah diubahsuai untuk mudahkan kefahaman pembaca... Artikel asal boleh dibaca DI SINI

Homemadesticker Kini Syarikat Berdaftar

Alhamdulillah... setelah berpenat lelah.. akhirnya semalam, suamiku memberitahu yang perniagaan kami telah pun didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM... Alhamdulillah... berbaloi dengan usahasama kami suami isteri... 



HOMEMADESTICKER ialah Perniagaan online yang kami buat setakat ni... meningkat setapak lagi... Alhamdulillah... dengan bakat dan minat yg sama antara kami berdua, kami beroleh tahap sekarang... Ramai kawan suami nak melabur dalam perniagaan ini.. tapi kami tolak atas sebab ini perniagaan keluarga... insha Allah akan dikekalkan dan juga sebagai pelaburan jangka panjang untuk generasi kami nanti... 

Kenapa kami daftarkan... kerana... menjadi satu kesalahan berniaga tanpa premit dan lesen... boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Kami juga syarikat pencetakan dan design... jadi segala design kami pernah ditiru tanpa keizinan... Jadi... jika kami berlesen dan berdaftar, kami berhak untuk amik tindakan undang-undang kepada mana-mana individu yg menciplak design kami sesuka hati... 

Alhamdulillah... lega bila dah berdaftar... xdelah rasa takut sgt nak berniaga secara terbuka... tunggu step seterusnya pula... Moga perniagaan ini mendapat keredhaan Allah... dan berkekalan hingga ke generasi kami yang akan datang... 

Nak tengok apa perniagaan yang kami buat??? Boleh lawat page HOMEMADESTICKER

Boleh semak, perniagaan Jualan Langsung dan Online tetap kena daftar... sebab kami tak nak jadi macam ni... brpa sgtlah modal daftar..jika nak bandingkan keuntungan yg akan kita dapat jika betul2 serius nak berniaga... 



Sarapan Zaman Dulu-dulu

Ni sarapan aku zaman dulu-dulu...
Mak selalu buat...

Cekodok masin namanya...
Cicah sos atau kuah kari....
Makan panas2 memang sedap...

Senang nak masak...
Tepung, garam dan kunyit sikit... Bancuh dgn air... Pastu goreng dalam minyak yg betul2 panas...

Buat dgn tangan bukan pakai sudu...supaya bentuknya cantik...

Simple tapi sedap...
Nilah sarapan dulu-dulu...
Gaya org sederhana makan kan...

Published with Blogger-droid v2.0.10

29 Ogos 2013

Parking Lelaki vs Parking Wanita

Parking Lelaki vs Parking Wanita

Kisah semalam lihat kawan aku nak kuar parking dari parking yang sempit... Sampai dua org kwn lelaki jadi jaga parking... Tersenyum je... Itulah perempuan kalau parking kan... Hehe...

Pernah lihat beza lelaki dan perempuan parking???Aku selllu je perhatikan... Memang beza juga... Antaranya...

Tayar depan tak dibetulkan (stereng tak tegak)... Biasa aku jmpe perempuan parking macam ni...lelaki jarang2... Tapi ada juga...

Biasa lelaki parking mengundur...perempuan parking dari depan masuk terus... Aku dulu gtu gak..tapi lama2 drive baru ada keyakinan nak parking reverse... Sekrang mmg dh selesa dan rasa sedang parking mengundur...

Biasa perempuan ni x kisah sgt masuk ke senget dalam petak parking tapi lelaki agak kesah... Tapi walaupun aku pmpuan... Aku kisah... Memang aku betulkan dan betul2 masuk petak parking...

Bukan nak tgk sapa betul salah...sekadar penilaian dan pemerhatian aku... Sama je..lelaku ke pmpuan tetap buat slh...

Cuma aku byk terikut dgn teknik memandu suami... Parking masuk petak...tegakkan stereng... Off radio dan aircond... Buka sikit cermin tingkap utk keluarkan haba dari dalam kalau parking kat tempat terdedah panas... Baru keluar... Pastu autolock dan tarik pemegang pintu utk pastikan betul2 kunci...

Pernah dgr ceramah Dr.Fadhilah Kamsah... Kajian yg diorg buat... Lelaki ni agak yakin dari segi jarak dalam memandu... Perempuan kurang yakin bab jarak... Tapi memang akui kebenarannya lah... Tapi tak dinafikan perempuan pun kdg2 dh melebihi lelaki...terlebih berani pun ea juga...

Kalau dijalanraya...perempuan jgn nak tunjuk berani sgt lah... Kita tak tahu...ntah2 samseng jalanan ke... Kita tu perempuan.. Jagalah adab ea...

Tu je lah setakat yg aku perhatikan... Agak2 apa lagi beza cara memandu dan parking lelaki dan perempuan ea...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Resepi PA: Sarapan yang tak berapa nak boleh ikut

Selamat pagi...

Pagi nih rasa nak buat sarapan.. Biasa makan roti sapu planta je... Hari ni terlebih rajin... Hhhe...

Tengok dalam peti sejuk ada sosej breakfast...oblong dan kentang... Ok... PA kan ada... Terus menggunakan khidmat PA lagi...

Mengurangkan sedikit kalori dan kolestrol..s3bab tu aku panggang guna PA... Kalau goreng bertambah minyak lagi...

Panggang oblong...dan sosej.... Dah siap panggang kentang dan akhir sekali bakar roti yg disapu planta...

Dihidangkan dengan air coklat panas... Sos pedas dan mayonis serta ditambah keju...
Ala-ala Barat betul resepi sarapan pagi nih...
Hehe...

Nih je lah yg mampu ku sediakan... Jangan nak buat selalu ea... Tak berapa nak sihat lah kalau amalkan selalu... Sesekali tak pe kot kan...

Korang sarapan apa pagi nih??? Selamat berkerja dan bersarapan... :-)

Published with Blogger-droid v2.0.10
Sumpah Iblis Kepada Kaum Wanita Yang Anda Perlu Tahu!!

Sumpah Iblis Kepada Kaum Wanita Yang Anda Perlu Tahu!!

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

“Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang.”Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, “Hah,tak apa-apa kan?”

2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

“Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka.”

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk “V”.

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.”

Maka tergodalah si wanita. “Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin,” begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

“Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa.”

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih “power”.

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. “Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung.”

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. “Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan.”

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, “Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut”

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, “Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini.”

“Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?” hati si wanita curiga.

“Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?” syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah…

Wallahualam…

SUMBER: FUH.MY

28 Ogos 2013

Review Drama: Sejadah Putih

Selamat malam... lama tak layan drama kat TV... biasa elok nak layan ada menyelit je.. sibuk tekan remote... haha.. siapa lagi kalau bukan Faiqah la kan.. 

So, malam ni aku melayan TV... mula layan I'm Not Single kat Astro Ria, tapi sebab dah berkali tengok, cer lah tgk tv lain... tertengok info kat Astro Oasis... Wah.. macam best... 

Layanlah.. lepas Faiqah tido layan... huhu.. memang sentap tengok drama nih..tajuk "Sejadah Putih"... lama dah kuar, tapi aku baru nak tgk... sedih citer nih.. menginsafkan... drama pasal harta pusaka... 

Kisah Amir yg gilerkan harta bapa dia, sanggup mainkan bapa sendiri, seksa dan buang ibu bapa kandung dan keluarga sendiri demi nak bolot harta tu... Memang tragis aku tengok.. sampai nangis2.. huhu... Part tragis dia pijak perut kakak ipar dia yg tengah sarat mengandung... 

Tapi dari situ Amir insaf bila dia tgk betapa perit kakak dia nak melahirkan anak... dia insaf disitu... Namun, mak ayah dia bagus, tetap maafkan dia dan diorg pun sedar sebab diorg salah didik Amir... terlalu percaya dan sygkan amir nih... 

Akhirnya memang dia bertaubat dan bapa dia hadiahkan sehelai sejadah putih buat anaknya Amir... 

Nak tahu detail boleh lah tengok lagi... aku pun rasa nak tengok lagi nih... 


Tiga produk tradisional dikesan mengandungi bahan racun

Tiga produk tradisional dikesan mengandungi bahan racun

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai tidak membeli dan menggunakan tiga produk tradisional tidak berdaftar iaitu Li Long Mei Guo Mo Bang, Africa Black Ant dan Ginseng Tu Chong Wan Li Heong kerana dikesan mengandungi bahan racun berjadual sildenafil atau dexamethasone.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Datuk Eisah A Rahman berkata, sildenafil dikesan pada produk Li Long Mei Guo Mo Bang dan Africa Black Ant, manakala dexamethasone dikesan pada produk Ginseng Tu Chong Wan Li Heong.

"Penggunaan sildenafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan serius seperti pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat berbahaya dan kesan sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung.

"Sementara itu, penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan boleh mengakibatkan kesan sampingan yang serius seperti ulser perut, lemah otot, tulang rapuh, peningkatan paras gula dalam darah, peningkatan tekanan darah, glaucoma dan sindrom Cushing," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sumber: Harian Metro

Memang kena hati2 guna produk kesihatan atau kecantikan... Kalau suami ku pastikan halal dulu baru beli...

Apa Salah Bayi ni???

Apa perasaan korang tengok gambar ni?
Apa rasa jika ia dari zuriat keturunan anda?

Dari sekarang...jagalah...zuriat keturunan kita tak kira lelaki dan perempuan...

Permudahkanlah perkahwinan dan jangan hampiri zina....

Sumber pic: FB

Published with Blogger-droid v2.0.10
Bukan Botol Susu yang Patut Diharamkan Tapi...

Bukan Botol Susu yang Patut Diharamkan Tapi...

Panjang berjela lak tajuk... Macam tajuk entry kat blog Acik... Hehe... Sorry ea acik...dah terikut plak buh tajuk panjang2.. Hehe...

Ok...story kisah depan mata lagi.. Pengalaman hari ni... En.somi teman aku ke KKIA hari utk rutin check up bulanan... Seperti biasa dialah tukang jaga Faiqah...

Sementara menunggu giliran...saja lah lepaskan Faiqah bebas bermain dan bertegur sapa...dengan anak2 yg sebaya dia.. Entah macam mana tadi entah dari mana ada keropok Super Ring warna oren terang kat tangan... Tengok kat lantai pun ada... Huh... Dia mmngutip...

Faiqah memang masih mengutip...tetap kena pantau... Suami aku nampak memang berang lah dia.. Pantang dia... Tambah2 jajan dan keropok macam tu... Mula aku minta baik... Suami minta baik2 dia tak bagi...terus rampas dan buang... Semua org tgk... Last2 aku suruh je dia tunggu di dalam kereta...sebab Faiqah dah melalak kuat...

Memang aku pun geram... Bila aku tengok..bersepah keropok dan jajan di lantai... Nampak kotor dan jijik di Klinik tu... Eee... Geram plak...

Patutnya jajan tu yg diharamkan bukan botol susu dan puting... Ni sibuk nak kempen susu ibu sampai haramkan botol susu...tapi jajan tu lebih bahaya dari botol susu...susu formula dan puting tu aku rasa...

Mungkin ada gak yg kata aku dan suami bertindak kejam... Tapi kami memang serius bab makan jajan... Keropok memang jauh langsung tak bgi... Biorlah nak kata kejam ke hape... Anak kami kan... Aku dan suami pun kecik2 dulu dididik macam tu...

Sepatutnya kena bertindaklah pihak yg bertanggungjawab.... Buat kempen kesedaran pasal jajan nih...haramkan jajan untuk kanak2...

Published with Blogger-droid v2.0.10
Wajah Jenazah Menjadi Hitam Akibat Selalu Maki Ibu

Wajah Jenazah Menjadi Hitam Akibat Selalu Maki Ibu


Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an.

Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya. Apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.

Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

“Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu. “Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.

Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya. Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!”

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

Nauzubillah Min Zalik

Sumber: fuh.my

Autopublish entry
Cerewet untuk kebaikan

Cerewet untuk kebaikan

Hari ni check-up rutin untuk ibu mengandung macam aku... Ni minggu ketiga berturut-turut aku ke klinik.... Demi si anak turutkan aja... Minggu depan check up Faiqah pula untuk 2 tahun...

Rasa macam leceh kan...setiap minggu ke klinik kerajaan... Berjam-jam menunggu... Waktu mula2 nak buat buku merah aku berkira2...macam nak buat kat swasta je... Sebab tengok klinik ni macam cerewet dan leceh... Namun selepas berbincang dan minta pandangan rakan2 berpengalaman.... Aku gagahkan diri dan sabar ke KKIA...

Ada juga yg ke swasta untuk rutin bulanan...sebab tak tahan nak tunggu berjam2 dan leceh dgn kerenah doktor dan nurse kerjaan...  Pernah juga ke swasta... Tapi aku sendiri tak puas hati...sebab tak detail macam kerajaan... Bila aku fikir2kan... Klinik kerajaan memang leceh...cerewet... Banyak prosedur...tapi semua tu untuk kebaikan kita juga sebenarnya...

Tiada siapa nak lambat kan..semua nak cepat...tapi setiap kesabaran ada manisnya... Bagi ku biarlah leceh dan cerewet... Semuanya untuk kebaikan kita... Sabar aje lah...sebab kat klinik kerajaan bkn nak rawat kita sorg...tapi ramai... Jadi tak kisah lah cerewet pun... Janji ada kebaikannya... Lama menunggu??? Habiskan dgn zikir dan bermesra dgn yg lain sama2 menunggu...kan mmngeratkan silaturrahim...

Jadi... Sbar aje lah... Cerewet tu untuk kebaikan...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Hebatnya Farmasi Allah

Setiap yg Allah jadikan untuk manusia dan kebaikan manusia...

Tumbuhan dan haiwan untuk manusia...
Hebatnya Allah...dan sayangnya Allah pada kita..
Berapa ramai yg hargainya...

Renungkan bersama...

Sumber pic: FB

Published with Blogger-droid v2.0.10

27 Ogos 2013

Kisah Cikgu dan Murid: Hobi Kami tengok Embun

Kisah Cikgu dan Murid: Hobi Kami tengok Embun

Cikgu: okey murid murid saya cikgu baru kat kelas ni, boleh bagitau nama nama korang dan hobi?

Murid: boleh cikgu..!!

Murid 1: nama saya ali bin jul hobi saya tengok embun..

Murid 2: nama saya abu bin tang hobi saya tengok embun..

Murid 3: nama saya jus tin bin ber hobi saya tengok embun

Cikgu: waaa hobi semua sama tengok embun ok murid perempuan plak..

Murid 4: hye semua.. Nama saya embun..

Sumber: Gempak.org

autopublish entry

Hari Jadi Kucing RM100 000

Terkejut aku... Nak gelak pun ada...
Anak aku pun xde majlis hari jadi...
Memang kaya tul lah nih...
Agaknye sebab tak tahu nak buat apa kot...

Xpe lah.. Dia mampu kan...
Ikut sunnah sayang kcing...

Sumber pic: fb

Published with Blogger-droid v2.0.10
Ketahui tentang Pedih Ulu Hati

Ketahui tentang Pedih Ulu Hati


Pengenalan
Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut menggangu kawasan bawah esofagus. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai lower esophageal sphincter(LES) tidak tertutup. Asid ini memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Ini akan menyebabkan kesan kimia terjadi. Kenyataan yang selalu digambarkan adalah sakit dada seperti terbakar. Selalunya terjadi selepas makan berat.

Pedih ulu hati adalah gejala biasa. Sekiranya ia terjadi sekali sekala ianya tidak perlu dirisaukan. Namun ada sesetengah orang mengalaminya berkali kali malah ada yang setiap hari. Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan. Kekerapan pedih ulu hati adalah gejala Gastro Esophageal Reflux Disease(GERD)

>Tanda dan Gejala

Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis termasuk:
  • Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada
  • Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan
  • Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin di belakang tekak
  • Sendawa
  • Batuk yang teruk
  • Suara menjadi serak
  • Pernafasan berbunyi seperti serangan asma.


>Komplikasi
Sekiranya pedih ulu hati yang teruk, anda memerlukan diagnosa gastroesophageal reflux, Barret's esophagus, peptic ulser atau kanser. Berjumpalah doktor anda untuk mengesahkan dignosa tersebut. Komplikasinya termasuklah oesophagitis, strictures dan barret's oesophagus.

>Rawatan
Kebanyakan orang boleh mengawal ketidak selesaan pedih ulu hati dengan mengamalkan cara hidup sihat dan ubat ubatan tanpa preskripsi doktor. Tetapi sekiranya ia semakin teruk, ubatan ini mungkin hanya membantu untuk sementara waktu. Sekiranya anda mengalami(GERD) anda mungkin memerlukan ubatan lain untuk mengurangkan gejala.

Sekiranya mengalami pedih ulu hati yang teruk anda boleh menghilangkannya dengan menukar tabiat pemakanan anda. Berhenti merokok juga sangat membantu. Antacids atau bismuth subsalicylate boleh mengurangkan kesakitan pedih ulu hati dan meneutralkan asid perut bagi serangan sekali sekala dan boleh didapati di kedai-kedai ubat dan farmasi berhampiran anda. Metaclopramide juga diambil bagi mengosongkan perut dengan kadar segera.

Pembedahan
Pembedahan mungkin diperlukan untuk membetulkan lower oesophageal sphincter dan memberhentikan tidak balas refluk asid. Pembedahan boleh dilakukan dengan menggunakan laparoskop dan hanya memerlukan rawatan beberapa hari di hospital.

Gastroscopy perlu dilakukan hanya sekali sebelum pesakit menjalani pembedahan untuk melihat sejauh mana komplikasi seperti Barret's esophagus (keadaan kanser yang berpotensi, keadaan kanser dan akibat terlalu lama terdedah dengan asid) atau kanser esofagus. Sekiranya Berret's esophagus ditemui, proses gastroscopy tahunan perlu dilakukan bagi melihat perkembangan kanser maglinan.

Pencegahan

>Sukatan pemakanan
Menukar amalan pemakanan boleh membantu mengurangkan gejala pedih ulu hati:
  • Mengenalpasti dan mengelakkan makanan yang sangat memberi kesan kepada anda. Elakkan makanan pedas dan berempah terutamanya kari, minuman berkarbonat dan makanan yang diawet.
  • Cuba untuk kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung biasanya terjadi akibat memakan makan berlemak. Lemak akan melambatkan proses pencernaan dan menambahkan rasa perut yang penuh


>Pengubahsuaian Cara hidup
  • Amalkan jumlah makanan yang sedikit. Makan jumlah yang sedikit dengan lebih kerap berbanding hanya dua atau tiga kali jumlah yang banyak.
  • Makan perlahan lahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan. Sekiranya anda mempunyai masalah, letakkan sudu dan garfu setiap kali suapan.
  • Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan tenang dengan perlahan lahan. Makan ketika dalam tekanan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut .
  • Berhenti merokok. Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan dan ketidakcernaan


Sumber: HERE

autopublish entry
Bergantung harap hanya pada Allah

Bergantung harap hanya pada Allah

Rasa nak meluahkan sesuatu... Ramai org konon ada ilmu ada iman...tapi tak bergantung harap pada yg Esa... Sejauh mana kita bergnatung harap pada Allah???

Cubalah uji diri... Atau dirimu diuji dengan sakit dan susah.... Bila sakit...pergantungan kita pada ubat dan doktor... Tapi sedikit pada Allah... Memang kena ikhtiar   tp sejauh mana pergantungan dan pengharapan pada Allah...

Jika Allah uji dgn susah...penggantungan pada manusia utk membantu...sedikit pada Allah... Sebaliknya...kena harap pada Allah dulu...baru pada manusia...

Kenapa aku katakan semua ni... Dua situasi aku alami... Kes misi mini bike... Ramai marah gak bila aku buat macam tu... Nasib tak jadi apa2..kalau jadi apa2 kang... Eee... Giler lah... Mungkin akan ada yg kata suami giler dan kejam kan...

Korang penah rasa susah tak de duit tak??? Bagi aku...biar susah aku asalkan tak meminjam hatta duit saudara sendiri... Tapi tu bukan alasan... Knp aku naik moto??? Sebab pengalaman... Pengalaman tu indah sgt... Susah... Memang terasa penat tapi seronok...sebab aku tak harap yg lain...melainkan Allah lindungi kami dan mudahkan urusan kami...

Sepanjang perjalanan balik dr JB nak ke Melaka... Aku mohon Allah lindungi kami dari panas mentari... Lindungi anak kami Faiqah... Alhamdulillah... Memang redup je.. Seolah2 ada awan memayungi kami sepanjang nak sampai ke Melaka....

Kita hamba-Nya.. Doa je Allah kata..pasti Allah akan kabulkan... Memang Allah permudahkan..janji niat baik...

Situasi kedua... Kes aku kena jaga SPM... Pada masa yg sama aku prgnant 8 bulan masa tu... Ada suruh aku  minta pengecualian... Tapi aku tak fikir sgt hal tu... Pada aku... Aku redha... Rencana Allah tu pasti yg terbaik utkku... Cuma usaha ku adalah sikit...tapi tak mengharap...selebihnya serah segalanya pada Allah... Aku tak mengharapkan sgt lah dapat... Tapi jika dapat rahmat Allah utkku... Jika tak dapat... Moga Allah lindungi dan permudahkan urusan ku....

Kadang2 susah berkongsi dengan org yg kurg pengharapan pada Allah.... Redha is the best way... Harap je pada Allah...kurgkan harap pada manusia.... Sebab Allah je berkuasa menolong kita dengan pelbagai cara....sama ada melalui manusia...alat...atau malaikat....

Pengharapan dan penggantungan kpd Allah bukti iman pada qada dan qadar Allah... Memang rukun iman yg terakhir tapi tu lah paling susah org nak imani...

Published with Blogger-droid v2.0.10
Atasi Sindrom 'Monday Blues' Buat Pengantin Baru

Atasi Sindrom 'Monday Blues' Buat Pengantin Baru


Tidak puas lagi bersama-sama suami tercinta, menyulam kasih di destinasi indah, kini perlu memulakan tugas seperti biasa semula. Arghh bosannya. Rasa seperti tidak mahu bekerja, akan tetapi tanggungjawab harus dilaksanakan. Di dalam fikiran terbayang-bayang saat berdua bersama nya tanpa gangguan dari sesiapa. Begitulah yang sering di alami oleh pasangan pangantin baru. Mereka diibaratkan seperti belangkas, mahu kemana pasti berdua ibarat tidak boleh dipisahkan. ‘Monday blues’ yang anda lalui zaman bujang pasti sangat berlainan sekali bila anda sudah mendirikan rumahtangga. Jom ikuti beberapa tips, atasi sindrom ‘Monday blues’ bagi anda yang baru mendirikan rumahtangga.

Terhadkan masa berdua
Pada hujung minggu pasti anda tidak mahu diganggu oleh sesiapa bukan? Jadi terhadkan masa untuk anda berdua sahaja supaya anda benar-benar mencapai kepuasan maksimum bersama. Elakkan melakukan temu janji pada hari minggu kerana ia boleh menganggu masa bersama anda berdua. Lagi bagus sekiranya anda dan pasangan keluar bersama untuk membeli belah barang-barang keperluan harian. Memandangkan anda baru berkahwin, pasti banyak benda yang belum di beli untuk mengisi ruang di rumah baru anda.

Bercuti
Sekali sekala, keluarlah  bercuti kemana-mana destinasi pilihan anda dan pasangan. Dengan kesibukan kerja, pasti anda inginkan sesuatu yang boleh menghilangkan stres dan membuatkan anda dan pasangan lebih santai dan romantis. Tidak perlu memilih destinasi yang jauh memandangkan limit masa anda berdua untuk bercuti hanya pada hari minggu sahaja. Cukup hanya sekadar pemilihan destinasi yang dekat. Contohnya jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur, anda boleh bercuti ke Port Dickson bersama pasangan anda. Itu sudah cukup menghangatkan hubungan anda berdua.

Tonton wayang bersama
Hari minggu pasti tidak seronok kalau dibiarkan begitu sahaja tanpa melakukan apa-apa. Jadi apa kata anda dan pasangan keluar menonton wayang menyaksikan filem-filem romantis. Sekiranya anda tidak mahu di ganggu sesiapa, anda boleh juga membeli VCD dan menonton bersama pasangan anda di rumah. Menikmati lakonan romantis dari pelakon terkenal sambil memeluk pasangan di atas sofa pasti membangkitkan suasana yang menghangatkan.

Kemas rumah bersama
Tentu tidak selesa bila melihat keadaan rumah yang berselerak dengan perabot yang belum tersusun. Jangan biarkan suami anda sahaja untuk mengangkat perabot-perabot tersebut. Ringankan tulang anda untuk membantunya. Sekiranya anda tidak larat, barulah minta bantuan jiran atau saudara-mara.

Sediakan sarapan
Cuba bangun seawal mungkin pada pagi isnin untuk menyediakan sarapan untuk pasangan anda. Anda boleh juga menyediakan bekal makanan kepada suami anda untuk ketempat kerja. Sebagai contoh, roti bersama sosej. Anda juga boleh menulis I love u di atas sosej tersebut menggunakan sos atau mayonis. Pasti suami anda teruja!

Ciuman hangat
Sebelum melangkah ke tempat kerja, pastikan anda mencium tangan suami anda terlebih dahulu dan hadiahkan satu kucupan mesra ke pipi nya. Peluk erat-erat suami anda menunjukkan padanya anda tidak boleh berpisah dengan nya walau ke tempat kerja. Pasti suami anda tidak sabar-sabar untuk pulang berjumpa anda nanti.

Kejutan
Sebelum suami anda melangkah ke tempat kerja, apakata anda selitkan gambar anda yang palingsweet dan seksi ke dalam briefcasenya. Anda juga boleh mengirimkan bunga segar ke pejabat suami anda. Pasti suami anda gembira dengan pemberian tersebut.

SMS/WHATAPP/ FACEBOOK
Semasa berada di tempat kerja, kirimkan SMS, Whatapp atau ke facebook suami anda kata-kata cinta. Contohnya, “I miss u sayang, jumpa malam nanti okay” pasti suami anda tersenyum riang membacanya.

Sumber: HERE

Pasangan pengantin lama pun boleh buat juga... hehe... 
Solat Pakai Seluar Pendek

Solat Pakai Seluar Pendek


Ttg gambar solat pakai seluar pendek tu, selepas mendapat feedback dr Ustaz Mohd Noor (Melaka), beliau menjawab:

Harus bg Mazhab Maliki&Hambali..sbb tu geng2 org gelap yg bnyak guna mazhab ni

MAZHAB MALIKI
Pendapat yang sepakat dalam mazhab ini mewajibkan menutup aurat daripada pandangan orang ramai.

Ketika bersembahyang, menurut pendapat yang sahih daripada mazhab ini, diwajibkan menutup perkara berikut:

Aurat orang lelaki ketika bersembahyang ialah aurat berat (mughallazah) sahaja, iaitu kemaluan hadapan, zakar berserta buah zakar dan kemaluan belakang yang terletak antara kedua-dua papan punggung. Oleh itu, diwajibkan mengulangi sembahyang dengan segera sekalipun terdedah kedua-dua papan punggung sahaja, ataupun terdedah ari-ari. Paha tidak dikira sebagai aurat pada pandangan mereka, hanya zakar dan buah zakar sahaja berdasarkan Hadith riwayat Anas:

Bahawa di dalam Peperangan Khaibar, Rasulullah s.a.w. telah terkoyak kain pada pahanya, sehingga aku temampak keputihan pahanya.
Maliki dan Hanbali: aurat lelaki ialah kemaluannya sahaja (zakar dan duburnya)
Dalil: hadith Anas bahawa pada hari Khaibar, Nabi membuka pahanya (HR alBukhari)

Namun dalil al-Qur'an yg menyentuh aurat lelaki secara khusus tidak ada.

Tahqiq al-Qardhawi: Memetik pendapat Ibn Qayyim tentang bagaimana kita mengkompromi dua hadith yang saling bertentangan, maka ialah dengan membahagikan aurat lelaki kepada aurat berat (kemaluan) dan aurat ringan (dua paha atau pusatnya). Maka hukum yang jelas ialah haramnya membuka aurat yang berat yakni kemaluan dan dubur. Aurat pusat dan paha sebaiknya ditutup juga, tapi jika keadaan terdesak, maka dibolehkan.
(al-Qardhawi, Fatawa Mu'asirat, Jld 5 & 6 Pustaka Salam) 

So jgn pelik lah..kat kmpung kamu jgn pulak beramal ..kene belasah nanti


Pendapat aku lah pula.. seeloknya pakailah seluar panjang nampak lagi sopan.. Solat kan nak jumpe Allah... Malulah dengan Allah.. walaupun sah hukumnya.. tapi nampak kurang sopan.. Kalau kita nak jumpe menteri, jumpe orang-orang besar pakai kemas, cantik dan mahal, kenapa nak jumpe Allah sekadar seluar pendek??? Begitu juga dengan perempuan kan... kalau nak jumpe org besar-besar beratus dan beribu habis utk bersiap, tapi kenapa bila nak jumpe Allah, hanya pakai telekung yang dah lusuh dan bertahi lalat??? renung-renungkanlah dan selamat beramal... 

Namun, jelas lah... tak de salah bersolat dgn seluar pendek, cuma kurang sopan je kalau kita tgk kan... 

26 Ogos 2013

Hutang Halang Syurga

Biar miskin asalkan hidup tenang tak berhutang...
Pernah hidup dikelilingi hutang.. Gaji sebulan habis bayar hutang... Tido pun x lena....
Akhirnya aku ambil pendekatan mudah...
Hutang yg langsai... Tolak gaji je...
Alhamdulillah..selesai hutang..

Dah tak de lagi dibebani hutang...
Tinggal hutang bank... Tu pun dah tolak gaji awal2... Mmg dapat gaji bersih dah...
Kereta ke moto ke... Dah langsai semua...
Alhamdulillah...

Biar kita hutang dengan Allah... Contohnya puasa sebab kita akan ingat dan alert...dari hutang manusia kan... Kadg2 lupa... Tambah2 bab duit...

So... Biarlah tak kaya dan tak mewah dari hidup dikelilingi hutang....

Sama-sama kita beringat...

Sumber pic: fb

Published with Blogger-droid v2.0.10
Betul Kata Mak...

Betul Kata Mak...

Alhamdulillah... Baru habis kelas.. Release tension jap tanda kertas PBS bebudak nih dgn blog omelan aku nih...

Tension kot... Kelas depan Band 2 pun tak lepas... Padahal suruh baca berkali-kali... Opsss.. Ok.. Dah2.. Jgn citer pasal PBS...

Aku nak kisahkan pasal Misi Mini Bike aku yg lepas... Da lerr beberapa kengkawan sekerja yg aku kongsikan pengalaman ni bersama... Memang ada yg bebel gak lah... Macam2 persoalan diorg timbulkan... Nanti lain kali aku citer...kenapa boleh jadi kerja giler tuh...

Tapi soalan top dari kengkawan aku... "eh...tak lenguh dan sakit badan ke?" ni soalan top nih... Da gak lah komen rakan blogger kan tnya macam ni...

Terus terang aku cakap... Tak de rasa lenguh atau sakit badan... Yg ku rasa lenguh vontot je... Tapi kejap je... Tapi lepas rest ok je... Lepas lapik dgn bantal ok lah... Xde lah rasa sakit badan...

Eh.. Apa yg diamalkan..sampai badan boleh tahan macam tu??? Tak susah... Bagi org perempuan... Aku amal je apa mak aku pesan... Waktu berpantang lepas bersalin... Pantang betul2... Jaga makan... Bertungku dan paling pantang sekali jangan minum ais...

Aku memang ikut mak aku pesan... Dalam pantang memang mak aku jaga... Pastinya dijaga mcam dia pantang dulu... Dari bab pemakanan hingga bab lain2... Aku tak amik apa2 jamu atau produk sebab aku menyusu dan sebab aku ada asma...

Tapi bab makan mmg aku jaga... Bertungku memang dah... Biasa org bertungku sampai 44 hari je.. Aku tak... Sampai 6 bulan lebih... Pastu kalau hari hujan atau sejuk... Memang sapu myk angin di kaki...dan pakai stokin sampai 5 bulan lebih... Dalam tempoh setahun lebih memang aku tak minum ais.... Suami aku juga pun mmg jaga betul bab nih... Sekarang pun jarang sgt minum ais kecuali teringin betul...

Buah2an yg sejuk2 sampai setahun lebih aku amal... Bertungku bila waktu malam dan time hujan... Suami pun tak jemu bakar batu tungku yg import dari kampung...

Betullah kata mak... Dan mak aku sendiri pun pengamal pantang tegar... Umur 60 lebih mampu angkat kapak dan angkat baldi angkut air lagi... Memang kuatkan... Mak mentua pun pesan macam tu... Pantang lah betul2... Waktu pantang tu jaga lah betul2...

Jaga makan time pantang... Ada setengah org anak sorg dah lenguh sana sini...sampai kena amik supplement... Tapi Alhamdulillah... Aku amalkan je apa mak aku pesan... Dan aku sendiri rasa kesannya...

Insha Allah... Anak seterusnya aku akan terus amalkan macam mak pesan... Betullah kata mak...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jatuh bangunan kena sawan

Kuching: Hasrat seorang gadis untuk bertemu bapanya di bandar raya ini tidak kesampaian apabila dia ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan rumah kedai di Jalan Keretapi di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, Nurul Faizura Syahira Mohammad, 19, dari Kampung Sambir, Asajaya, dekat sini, terjatuh dari balkoni rumah sewa bapanya selepas diserang sawan secara tiba-tiba.

Akibat kejadian itu dia parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada jam 6 petang.

Bapa mangsa, Mohammad Dan, 49, yang juga pengawal keselamatan berkata, anak kedua daripada empat beradik itu datang ke bandar raya ini bersama bapa saudaranya Sabtu lalu semata-mata untuk bertemunya kerana kali terakhir berjumpa pada Aidilfitri lalu.

Sumber: Harian Metro

Tu lah bahayanya kena penyakit sawan... Kalau kena kat bayi lagi bahaya... Banyak dah kes sawan yg sebab kan kematian dan kecacatan kekal... Takziah dan al-Fatihah utk Allahyarham Nurul Faizura....

25 Ogos 2013

Guna semula: Buat perangkap nyamuk

CARA BUAT PERANGKAP NYAMUK MUDAH DAN SENANG.

Apa yang kita perlukan ialah:

200 ml air 50 gram gula perang, 1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) dan 1 botol plastik 2-liter.

Bagaimana caranya:

1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher

2. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.

3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.(Nyamuk tertarik dengan karbon dioksida)

4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.

5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.

Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.

Di samping membersihkan rumah , tapak pembiakan nyamuk dan nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini dalam: Sekolah, taska, Hospital,kedai, ladang, dan lain-lain .

Sumber: Page Gempak.org

jom cuba... Kalau betui..x yah dah nak beli ridsect lagi... Hehe... 
Dilema Pasangan Nak Berkahwin

Dilema Pasangan Nak Berkahwin

KAHWIN HANTARAN MURAH
☞ Ish! Murahnya hantaran dia, ni mesti bakal menantu dia sengkek ni!

KAHWIN HANTARAN MAHAL
☞ Ish! Mahalnya? Nak jual ke anak apa?! Mesti nak menunjuk hantaran anak dia mahal.

KAHWIN UMUR MUDA
☞ Ish! Muda-muda dah kahwin, ni mesti ade buat benda tak baik ni. Ntah-ntah dah ada isi kot!

KAHWIN DI LEWAT USIA
☞ Ish! Dah tua baru nak kawen, tu la muda-muda tak nak kawen, org da beranak-pinak dia br nak kawen. Kesian, tak laku kot!

KAHWIN MAJLIS KECIL
☞ Ish! Ni majlis kahwin ke ape? Kedekutnya, makanan pun ntah pape bukan selalu, buatlah besar sikit!

KAHWIN MAJLIS BESAR
☞ Ish! Besarnye majlis. Kalah anak DATUK. Nak berlagaklah tu, macam anak die je nak kawen kat dunia ni!

BERSANGKA BAIKLAH, JANGAN DENGAR KATA ORANG, DENGAR KATA ALLAH! HIDUP INSYAALLAH BAHAGIA. NAK KAHWIN TAK SUSAH TAPI MEREKA DAN KITA YANG BUAT KAHWIN JADI TERSEKSA..

Sumber: ADMIN PAKAR DIARI HATI

Mmg realiti apa yg pdh tulis ni... Akhirnya sy amik alternatif... Ikut apa Allah kata bukan ikut apa yg org kata... Sebab ingat balik kata2 P.Ramlee dalam citer Ahmad Albab... "Kekayaan, Kebahagiaan Rumahtangga datang dari Allah bukan bapa"

Syarat-syarat untuk Melakukan Maksiat

Syarat-syarat untuk Melakukan Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata,

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki- Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab,

"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan,

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab,

"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak- isak.

Sumber:FB