07 Jun 2013

Bila Anak Dah Nak Makan Sendiri...

Saya dah pandai suap sendiri... =)

Sengih suka dapat suap sendiri.. walaupun masuk mulut 2 3 biji je.. 

Ummi.. jangan kaco.. hee

Tengok.. kiri kanan semua dia balun... 

Nasi kicap dan ayam goreng
tapi 2 kali tambah sebab dapat suap sendiri..
mengamuk kalau ummi nak suapkan..
tapi reda lah lepas tu berterabur satu rumah... 

tak pe lah.. 
budak baru nak belajar kan.. ^_^
Cabaran Fasa Akhir Penyusuan

Cabaran Fasa Akhir Penyusuan

Alhamdulillah... Faiqah dah masuk 1 tahun 9 bulan, dan ini bermakna, tempoh penyusuannya juga 1 tahun 9 bulan. Dah masuk fasa akhir menyusuan. Lagi 3 bulan nak genap 2 tahun iaitu tempoh yang Allah nyatakan dalam al-Quran penyusuan susu ibu. 

Memang terasa cabaran yg dasyat fasa akhir ni...

1. Lapar
Memang ni yang aku rasa, lapar memanjang. Lepas makan terus rasa lapar lagi.. Satu hari 5 kali makan nasi dan diselang seli dengan buah. Air memang tak boleh mis la.. Kalau tak memang longlai. Aku pernah dapat komen negatif bila aku tulis pasal entry lapar ni dulu.. Kononnya aku tak dapat lagi nikmat Allah. Memang aku terasa hati dengan komen tu, tapi aku kenal org tu, xpe lah dia tak dapat susukan anaknya smpai besar, dia tak tahu cabaran tu, dapat menyusu nanti aku takut dia lebih teruk dari aku.. huhu... 

2. Kuat Menyusu
Ni memang dah jadi habit dia, makin kuat menyusu bila fasa akhir, tak kira masa. Kadang2 lepas makan pun menyusu lagi.

3. Kurang makan
Fasa akhir tiba, dia semakin memilih makanan.. Hadoi.. masak la apa pun, makannya tak banyak. Tu juga faktor dia kuat menyusu. Kadang2 geram pun ada.

4. Makin kuat merajuk
Bila tak dapat susu akan merajuk. tapi semalam aku dan suami mulakan proses utk ajar cerai susu. Dengan tekad hati, dia tido tanpa menyusu.. Suamiku tidurkan dia, dan aku dok luar bilik. Alhamdulillah berjaya. 

5. Makin aktif
Umur seusia dia mmg kuat bergerak dan makin aktif. Menyebabkan dia cepat haus dan punca dia nak susu. Tapi aku gantikan dengan air kosong. Tapi mmg dia snggup minum air kosong dari minum susu tepung. 

Cara nak ceraikan susu cara tradisional:
1. Letak benda-benda yang pahit macam serbuk kopi, perisa2 yang pahit.. Petua mak, letak buah melada pahit sebab mmg betul2 pahit buah tu.. kat bandar susah la nak dapat buah tu.
2. Letak benda-benda yg menggelikan. Contoh, letak pewarna sirap atau benda2 yg dia geli dan tak suka.

Cara moden dan psikologi:
1. Gunakan kaedah memujuk. Beritahunya, tempoh penyusuannya makin hampir, tu yang aku bagitau faiqah setiap hari.. nanti dah dua tahun Faiqah kena berhenti susu ummi, bagi peluang kat adik2 plak nanti ea.. 

2. Jangan pelawa. jangan pelawa susu ibu jika dia tak minta. Tapi aku rasa, yg ni tak berkesan utk Faiqah sebab Faiqah masih kuat menysuu, minta susu setiap sejam sekali.. tak pengsan ummi.

3. Kesediaan. Kena sabar melayan kesediaan Faiqah utk bercerai susu. Tak pelah kaedah yg aku dan suami guna ni secara slow2 je dulu.. Nak bagi dia biasa dengan susu lain. Jika Faiqah tak sedia mmg tak guna memaksa dia.

Macam mana jika bayi saya tak mahu behenti menyusu?

Jika bayi anda tidak menunjukkan tanda dia mahu berhenti menyusu, bersabarlah. Dia suka berada di dada anda sebab itu menenangkan dia di samping memberikannya makanan. Dengan pertimbangan ini, anda boleh membantu dia menyesuaikan diri: 

Beri keselesaan dengan cara-cara lain 
Dengan perlahan, gantikan penyusuan badan dengan cara-cara lain untuk memupuk anak anda. Jika anda lazim menyusukan bayi anda untuk menenangkannya, cuba pula cara lain untuk membuat dia tenteram. Anda boleh membaca buku bersama-sama, nyanyikan dia, atau main mainan sebagai alternatif. 

Cuba lewatkan penyusuan 
Melewatkan penyusuan adalah efektif jika anak anda itu lebih tua dan boleh memahami penerangan anda. Apabila anak bertatih anda minta disusukan, katakan yang anda akan menyusukannya dalam sedikit masa dan alihkan tumpuannya kepada aktiviti lain. Jangan menyusukannya di awal petang, dan beritahu dia yang dia mesti tunggu sampai masa tidur. 

Pilih masa anda 
Peristiwa besar dalam hidup membuatkan bercerai susu lebih susah. Adakah anak anda sakit baru-baru ini? Selalunya bayi yang tidak sihat mahu menyusu lebih kerap. Sebenarnya, penyusuan badan mungkin mendatangkan kebaikan untuk bayi yang sakit. 

Begitu juga jika anda baru kembali bekerja, atau pindah rumah, anak anda mungkin masih menyesuaikan diri kepada pertukaran itu. Jika demikian, mungkin sekarang bukanlah masanya untuk membuat perubahan besar dalam kehidupan anak anda. Cuba lagi dalam masa sebulan. Lambat laun, ianya akan berlaku. 

" Isteri Bagi Suami Minum Darah HAID "

" Isteri Bagi Suami Minum Darah HAID "

Di Hari Jumaat ni.. Ikuti kisah ni, untuk pengajaran dan pedoman buat semua isteri. Nauzubillah.. 

Seperti yang telah diceritakan oleh seorang ustaz. Admin hanya copy paste untuk bacaan kita bersama – sebagai pengajaran dan tauladan bagi para isteri – dan secara tak langsung juga kepada para suami. Begini ceritanya…

---------------------------------------------
Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.

“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.

“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

“Entahlah.” katanya perlahan,

” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.

“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.

“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.

“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.

“InsyaAllah.” Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”

“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.

“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.

“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.

“Keluar lendir bercampur nanah.”

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”

“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

“Ustaz,”katanya,

“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”

“Kenapa?”pantas saya bertanya…

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya “Kenapa?”

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

*Kepada semua, ambil lah pengajaran dari cerita ini. 


06 Jun 2013

Mati Sia-sia Kerana Cinta

Seorang pemuda menggantung diri di rumahnya selepas putus cinta.. 
Aduhai dik, apasal la.. umur muda lagi baru 25 tahun, perjalanan hiudp pnajng lagi.. kenapa pilih jalan singkat.. 
dah terus2 tempah tiket masuk neraka sebab bunuh diri.. 

Adik2 sekali jangan lerr buat koje gini ea.. sia2 je hidup... 

Putus cinta sekali, bukan dah xde makna dalam hidup, banyak benda lagi boleh buat... 

Hadoi.. tak tau dah nak kata per... 



Baca: NI Hukum Pasal BUNUH DIRI

Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.

مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ ‏ ‏تَحَسَّى ‏ ‏سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Thabit bin Dhohak R.A. (ثابت بن الضحاك), sabda Nabi S.A.W.:

مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِشَيْءٍ فِيْ الدُّنْيَا عُذِّبَ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Jundub bin Abdillah R.A. (جندب بن عبد الله), katanya Nabi S.A.W. bersabda:

‏كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ بِهِ جُرْحٌ فَجَزِعَ فَأَخَذَ سِكِّينًا فَحَزَّ بِهَا يَدَهُ فَمَا ‏ ‏ رَقَأَ ‏ ‏ الدَّمُ حَتَّى مَاتَ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى ‏ ‏بَادَرَنِي عَبْدِي بِنَفْسِهِ حَرَّمْتُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
Maksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari dan Muslim)

Hukum Orang Bunuh Diri
Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.

Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.

Daripada Jabir bin Samurah (جابر بن سمرة) R.A. katanya:

‏أُتِيَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ ‏ ‏بِمَشَاقِصَ ‏ ‏فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ
Maksudnya: “Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.” (Muslim)
Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini menyebut:

“Hadith ini menjadi dalil bagi ulama yang berpendapat tidak disembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri disebabkan maksiat yang dia lakukan, inilah mazhab ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz dan al-Auza’ie. Manakal al-Hasan, al-Nakha’ie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie dan kebanyakan ulama berpendapat: Disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh diri. (Jumhur) kebanyakan ulama ini menjawab tentang hadith ini yang baginda tidak menyembahyangkannya sebagai melarang manusia dari melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri), namun jenazah itu disembahyangkan oleh para sahabat…”
Adapun mengenai teks hadith yang menyatakan orang yang membunuh diri itu kekal selama-lamanya di dalam neraka, para ulama menyatakan, ia ditujukan kepada orang yang menghalalkan perbuatan membunuh diri tersebut, atau maksudnya boleh difahami dengan memanjangkan tempoh azab ke atasnya di dalam neraka.

Hayati Peristiwa Israk dan Mikraj

Alhamdulillah... Hari ni Israk Mikraj kan... Mungkin ada yg lupa, tapi ramai yg ingat.. insha Allah.. 


Ramai dah yang tahu, peristiwa Israk dan Mikraj tu dan kronologi yang berlaku dalam peristiwa itu. Peristiwa Israk Mikraj ni, boleh dikatakan peristiwa yg terbesar berlaku dalam Islam sebab:


  1. Salah satu mukjizat Nabi s.a.w dan tnda kekuasaan Allah. Memang tak tercapai dek akal manusia, dalam satu malam saja, manusia biasa boleh ke naik ke langit da pulang semula ke bumi malam yg sama. 
  2. Peristiwa ni juga, merupakan antara kemuncak dakwah Nabi s.a.w. Melalui peristiwa ni, Saidina Abu Bakar mendapat gelaran as-Siddiq iaitu bermaksud membenarkan. Sahabat Nabi s.a.w yg pertama yg percaya apa yg Nabi s.a.w sampaikan disaat semua org menentang dan tak percaya peristiwa tu.
  3. Peristiwa yang membawa taklif yg utama kepada umat Muhammad s.a.w iaitu solat. 9 kali Rasulullah berulang alik jumpe Allah untuk kurangkan waktu solat dari 50 waktu sehari semalam kepada 5 waktu sahaja. Tu pun ramai yg tak buat juga.
  4. Peristiwa yang memaparkan pengajaran dan pedoman kepada Rasulullah s.a.w bahawa azab dan balasan Allah itu benar dan setimpal dengan apa yang dikerjakan didunia. Dalam peristiwa Israk Nabi s.a.w dipaparkan dengan pelbagai ragam manusia yang menerima nasib untung atau azab seksa Allah.
  5. Israk Mikraj bukan hanya diingati tetapi perlu di ambil pengajaran yg terkandung di dalamnya. 
Dalam peristiwa ini juga, Allah hendak kita berfikir tentang kekuasaan-Nya:

Firman Allah S. W. T. yang bermaksud: "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.(Surah Al-Israa': Ayat 1)

Dalam ayat 1 Surah al-Isra', Dia Maha Mendengar Lagi Maha Melihat. Buktinya telah dinyatakan sepanjang peristiwa Israk. Allah melihat apa kita buat, mendengar apa kita perkatakan walaupun detik di hati. Jika kita pegang pada konsep ni.. Insha Allah, nak buat jahat, nak niat jahat, nak buat maksiat pun takut. Sebab ada yang melihat. 

Moga peristiwa Israk Mikraj, sentiasa kita hayati, bukan diingati setahun sekali... 
Moga dengan peristiwa ini, kita berusaha untuk berubah dari kurang baik kepada lebih baik dan yang lebih baik kepada yg terbaik... Pilihan di tangan kita, nak tiket ke syurga atau neraka.. Sama-sama kita renungkan,

Salam Isra' dan Mikraj 1434 Hijrah buat semua rakan pembaca... Moga Allah merahmati kita selalu... ^_^

Untuk baca Kronologi Israk Mikraj baca SINI... Baca dan hayatilah... Moga kita jadi umat Muhammad yang terbaik... 

Dia Sepah, Dia Kemas

Hobi Faiqah sekarang... 
sepahkan makanan..
tak nak dah disuap...
semua nk mkn sendiri..

hasilnya...
berkecah satu rumah..

tapi tadi..
waktu aku memasak, dia makan roti..
letak dlm mangkuk..
mula2 mmg betul2 mkn..
suap bukan main..

10 minit kemudian 

semuanya atas lantai...
hadoi.. 
sekali dia g penjuru dapur..

tengok apa dia buat...
v
v
v
v
v
v




haaa..
pandai pun..
pandai sepah, pandai kemas...

hehe.. tapi msalah sikit...
penyapu dan penyodok lagi tinggi dari orgnya... hehe...

good job my dear..
satu pembelajaran yg baik.. 



nota ungu: last2 ummi gak yg sapu.. sebab dia sapu x masuk2 dlm pnyodok.. hehe.. mngamuk dan tido je lpas tu.. hihi.. pnt buat sepah.. 

.:: Rahsia Isteri Yang Setiap Suami Perlu Tahu ::.


" Cintai isterimu… Apabila dia merasa kopi atau tea anda. Dia hanya utk memastikan rasanya sedap untukmu."

" Cintai isterimu… Apabila dia 'memaksa' anda utk bersolat. Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu."

" Cintai isterimu… Apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu."

" Cintai isterimu… Apabila dia masak tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu."

" Cintai isterimu... Apabila dia merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana."

sumber: fb

05 Jun 2013

BAGAIMANA NAK JADI SOLEHAH?

BAGAIMANA NAK JADI SOLEHAH?

BAGAIMANA NAK JADI SOLEHAH? BACA SEBAHAGIAN DARIPADA PANDUAN NI

✿"Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening)."
(Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

✿"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."
An-Nur : 31

✿"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina."
(Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

✿"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka."
An-Nur : 31

✿"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya."
(Riwayat At-Thabrani)

✿"Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja."
(Riwayat Muslim dan Bukhari)

✿"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."
Al Ahzab : 32

✿"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)

✿"Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sumber: PDH@fb

Perkara yang boleh kita Mengumpat.

Perkara yang boleh kita Mengumpat.

Mengumpat sinonim dengan perempuan kan.. Kononya perempuan kuat mengumpat. Tetapi lelaki juga tak terkcuali. kalau mengumpat lebih dari perempuan kot... 

Ada perkara yang kita HARAM mengumpat:

Iaitu tentang ciptaan Allah. Mengumpat mengenai ciptaan Allah, contohnya, mengata orang tu gemuk gedempol macam badak, krus melidi tak cantik. Hitam gelap macam kopi.. semua tu ciptaan Allah. Haram mengumpat dan jika mengumpat berdosa. 

Haram juga mengumpat hal yg orang tak suka. Contohnya, pasal keluarganya, hartanya, anak2nya.. Haram bercerita pasal org lain, yg orang tak suka. 

Tapi ada beberapa perkara yang harus kita umpatkan:

1. Jika kita dizalimi
Contohnya, jika seorang isteri dizalimi suami. Maka harus dia ceritakan suami dia zalimi dan cara dia dizalimi kepada pegawai pejabat agama.

2. Dihadapan Penguatkuasa
Contohnya, bila berlaku kes jenayah, saksi harus menceritakan hal yg terjadi dan penjenayah yg lakukan.. itu tak dikira sebagai mengumpat.

3. Jika diminta pendapat
Contoh, Ali bakal jadi menantu kepada Abu, maka Abu minta pendapat Umar tentang Ali. maka Umar harus ceritakan pasal Ali kepada Abu dengan syarat tidak direka-reka cerita.

4. Sebagai peringatan
Contohnya, sebarkan kejahatan yg org lakukan sebagai peringatan dan langkah berjaga-jaga kepada org ramai.

5. Orang yg telah Allah umpatkan.
Contohnya, Firaun, Qarun, Abu Lahab yang memang dalam sejarah Allah umpat pasal org2 ni. Maka harus kita mengumpat pasal diorg ni sebagai peringatan...


Dosa mengumpat, ibarat memakan daging saudara sendiri.. Maka jagalah lidah. Hati-hati dalam berkata-kata...

Info diatas adalah dari ceramah Ustaz Mohd Kazim Elias.... Nak tonton videonya KLIK SINI

04 Jun 2013

Menu Dinner di Tengah Malam

tadi menu tengah hari... ni tgh malam lak...
maggi hot cup perisa tomyam dengan ice blended perisa oren... nyum3...

Jom makan... nyum3... sesekali makan cenggini... bkn selalu.....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Pelangi petang

Lama tak tengok pelangi... tadi x sangka dapat dua lapis pelangi...

masa atas motor balik dr kedai... nampak pelangi... tak lepas tgk smp ke rumah...

cantiknya pelangi yg Allah buat... mmg aku suka tgk... cantiknya... pelangi...

ada kata2 mutiara ttg pelangi...
"kita menangis melihat mendung dan hujan yang menutupi matahari, tapi sebenarnya Allah nak gantikan pelangi yang cantik"....

Published with Blogger-droid v2.0.10
Ciri-ciri Ibu Bapa Derhaka

Ciri-ciri Ibu Bapa Derhaka

Biasa kita dengar anak derhaka je kan.. Tapi kita jarang di dedahkan dengan ibu bapa yg derhaka.. Sebenarnya memang wujud ibu bapa yg derhaka zaman sekarang pun ada. Jangan ingat status kita sebagai ibu bapa yg Allah muliakan buatkan kita sewenang-wenang boleh gunakan 'kuasa' tu. Hati2 kadang2 kita sebagai ibu bapa boleh jadi derhaka gak.. 

Sebagai ibu bapa, apa hak anak yang WAJIB kita penuhi???

1. KEPERLUAN FIZIKAL 
* Makan, mimum, dan tempat tinggal
* Keperluan kesihatan

2. KEPERLUAN AKAL 
* Ilmu mengenal Allah iaitu ilmu agama
* Ilmu duniawi untuk kemajuan dan perkembangan di dunia.

3. KEPERLUAN EMOSI 
Tip-tip untuk pengisian emosi ini:
* Mengucup anak-anak dengan penuh kasihsayang
* Bermain dan bergurau
* Memberi hadiah dan kata-kata pujian
* Membelai kepala anak-anak
* Sering Bertanya Khabar dan berbual-mesra
* Mendahulukan anak perempuan berbanding lelaki dalam belaian kasih sayang.

4. KEPERLUAN ROHANI 
* Pendidikan Tauhid –beriman kepada Allah dengan cinta, takut dan rasa diawasinya.
* Penyuburan cinta kepada Rasullalah dan keluarganya.
* Pengajaran al-Quraan dan hadis-hadis

Ada 4 hak anak yg wajib ibu bapa penuhi, dan jika kita sebagai ibu bapa tak penuhi semua tu, kita boleh dikategori ibu bapa yg derhaka pada anaknya.. 

Ibu bapa juga boleh dikatakan derhaka terhadap anaknya jika:
1. Pilih kasih
Pilih kasih antara anak-anak yg lain. Membezakan anak-anak sama ada dari segi pendidikan ataupun kecerdikan akal fikiran. 

2. Tidak jodohkan anak perempuannya
Bila sampai umur anak perempuan berkahwin, maka wajib ibu bapa carikan jodoh yang baik utk anak gadisnya. Tetapi jika ibu bapa tidak mengahwinkan anaknya boleh dikategorikan anak derhaka. Walaupun begitu, ibu bapa tidak berhak untuk memaksa anak gadisnya berkhwin. Perbincangan dan persetujuan anak gadis perlu diambil kira.

3. Tidak melaksanakan hak-hak anak.
Ibu bapa yg tak melaksanakan hak-hak anak, boleh dikatakan ibu bapa derhaka. 

Bukan senang jadi ibu bapa, perlukan kesediaan dan pengorbanan. Allah memang memuliakan status ibu bapa tetapi tidak meminggirkan status anak. Masing2 kena tunaikan hak2 yg diperuntukan. 

Moga ini sebagai panduan kita ibu bapa dalam mendidik dan mencorakan anak2 kita.. Moga kita tak tergolong dalam ibu bapa yang derhaka. 

Moga bermanfaat. :)


Sumber rujukan : SINI

Rakanku Yang Prihatin Bulan Mei


Terima kasih kepada rakan-rakan ku yg prihatin sentiasa datang menjengah dan memberi komen sebagai tanda sokongan dan aspirasi.. Saling menyokong antara blogger selain meningkatkan trafic, komen membina menaikkan semangat ku utk terus mencurah idea dalam dunia blog ini... 

Terima kasih atas sokongan kalian.. 

Jom jengah blogger2 yg prihatin ini:




Nota Ungu: Mereka rakan yg prihatin sentiasa dtg mengomen... terima kasih keprihatinan kalian.. :)

03 Jun 2013

Tujuan Al-Quran diturunkan

Sila baca dan renungkan bersama...

AlQuran tidak diturunkan utk buat hantaran bukan pula sebagai hiasan...

AlQuran yg mahal dan cantik tidak bermakna jika tiada yg membaca dan menghayati serta memahaminya...

AlQuran bukan pelindung tapi amalan membaca dan memahami ayat alQuran akan melindungi manusia kerana itulah kata2 Allah yg Esa...

Renung2kan dan selamat beramal...

Sumber gambar: FB

Published with Blogger-droid v2.0.10

Pelik Perempuan Mengandung

Pelik kan perempuan mengandung... Sapa pernah mengandung mungkin dia sendiri tak perasan.. Tapi aku perasan je..

Perempuan mengandung ni memang pelik..
Emosinya memang tak tentu hala. Kdang2 suka..kadang2 marah..kdg2 sedih... Dan yg pasti mmg cepat sensitif... Pantang salah cakap kan...

Orang mengndung memang pelik.. Tengah2 malam idam nak itu ini... Nak makan macam2 kdg2... Masa aku mngdung mujur tak idam pelik2.. Lau tak jenuh laki aku kan.. Hihi...

So, apa peranan suami ketika isteri mengandung??? Suami kena la layan sebab sapa suruh mengandungkan isterinya kan.. Haha... Layan kan aje... X lama biasanya perangai pelik ni awal2 je.. Dah akhir dia cuma pans wpun aircond psg dibwah suhu beku... Haha... Nmpk sgt kelentong.. Hihi..

So.. Suami kena layan perangai pelik si isteri ketika mengandung... Sebab mmg gtu sebab perubahan hormon wanita.. Lagi pun perempuan mengndung mmbawa yg bernyawa didalam badannya...

Perempuan mengandung memang pelik... Jadi suami kena faham dengan kepelikan ni ea...

Published with Blogger-droid v2.0.10

02 Jun 2013

Bahasa tertua di dunia Islam

Bahasa tertua di dunia Islam

SALAH satu bahasa daripada rumpun Semetik yang digunakan oleh orang yang mendiami Semenanjung Tanah Arab di bahagian barat daya Asia ialah bahasa Arab. Bahasa itu digunakan oleh kira-kira 200 juta bangsa Arab.

Dari segi sejarah, bahasa Arab berasal dari keluarga Afro-Asia yang telah digunakan di wilayah Sahara sejak abad ke-8 sebelum Masihi (sekitar 8000 SM). Kini, bahasa Arab mengalami perkembangan pesat. Bukan hanya kosa katanya yang banyak dipengaruhi kata asing tetapi juga struktur dan gaya bahasanya.

Dahulu, ketika gerakan penterjemahan bermula, bahasa Yunani merupakan bahasa asing yang banyak mempengaruhi bahasa Arab. Istilah Yunani yang banyak diserapkan ke dalam bahasa Arab, seperti falsafah (falsafah), kataghuriyah (kategori), utulujiyyah (teologi) dan iqlim (iklim).

Antara bahasa klasik daripada keluarga Afro-Asia yang lain, keaslian bahasa Arab tetap terpelihara, terutama kerana bahasa ini menjadi bahasa agama yang diabadikan dalam al-Quran. Oleh itu, al-Quran merupakan pelindung dan pemelihara bahasa Arab.

1. Struktur 
Huruf Arab memiliki sistem bunyi yang berbeza daripada bahasa Eropah. Bahasa berasaskan Latin memiliki lima vokal, iaitu a, e, i, o dan u, sedangkan bahasa Arab memiliki tiga vokal, iaitu aa, ii dan uu. Huruf Arab memiliki empat harakat (baris penandaan bunyi): fathah, kasrah, dammah dan jazm atau sukun.

Salah satu ciri utama struktur bahasa Arab klasik adalah mendahulukan kata kerja daripada kata nama pada setiap ayat. Hal ini berbeza daripada struktur yang digunakan dalam kebanyakan bahasa moden yang mendahulukan kata nama daripada kata kerja. Bahasa Arab ditulis dari kanan ke kiri, manakala bahasa Latin dari kiri ke kanan.

2. Piawaian bahasa 
Arab klasik Al-Quran menjadi standard bahasa Arab klasik. Struktur, tatabahasa dan ungkapan dalam al-Quran dianggap sebagai contoh dan sumber terbaik untuk mempelajari bahasa Arab klasik. Malah sejak abad ke-2 Hijrah, ahli bahasa selalu menggunakan al-Quran sebagai model dalam penulisan bahasa Arab.

Al-Quran juga menjadi bahan rujukan paling asli dalam menguji kesahihan bahasa Arab. Kini, bahasa Arab klasik hanya terdapat dalam penulisan ilmiah termasuk karya keagamaan, sedangkan untuk komunikasi sehari-hari sebahagian besar warga Arab hanya menggunakan bahasa amiyah (popular).

3. Karya nahu 
Dalam bidang nahu (tatabahasa), karya Imam Sibawaih berjudul Al-Kitab dan karya al- Khalil bin Ahmad al-Farahidi berjudul Awamil dianggap sebagai karya agung. Buku al-Alfiyyah (Seribu Bait) karangan Ibnu Malik merupakan buku tatabahasa yang ditulis dalam bentuk bait syair. Buku ini dianggap sebagai buku nahu paling popular. Ia menerima ulasan daripada puluhan ahli bahasa dan mendorong ciptaan ratusan buku penjelasan (syarh) tentangnya.

Di beberapa pondok pengajian di Malaysia, buku ini dijadikan rujukan baku untuk mata pelajaran nahu. Salah satu manuskrip pelajaran bahasa Arab dalam bidang nahu ialah Awamil. Naskhah ini ditulis dalam huruf Arab dan diterjemahkan ke dalam bahasa Jawa.

4. Lingua franca 
Semasa kejayaan Islam, bahasa Arab menjadi bahasa lingua franca, (bahasa yang digunakan sebagai alat komunikasi antara orang yang berlainan bahasa) bukan hanya bagi orang Arab, tetapi juga bukan Arab yang tinggal di seluruh wilayah Islam.

Di samping itu, bahasa Arab juga digunakan oleh para ilmuwan dan ulama Islam berketurunan bukan Arab untuk menulis karya agung mereka, antara lain Ibnu Sina (Iran), al-Farabi (Turki), al-Dahlawi (India) dan al-Nawawi al-Batani (Indonesia).

Sungguhpun kini bahasa Arab tidak lagi menjadi bahasa yang digunakan secara meluas di luar masyarakat Arab, badan keislaman seperti madrasah dan pondok pengajian masih menghidupkan bahasa ini secara aktif.

Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa tertua di dunia. Bahasa itu sehingga kini diajarkan di pondok pengajian di Malaysia, misalnya nahu (tatabahasa Arab) dan morfologi (sistem bentuk khat Arab).

5. Kajian bahasa dan ilmiah 
Pada abad ke-18, bahasa Arab merupakan salah satu bidang yang mendapat perhatian khusus para ilmuwan Arab. Pelbagai kumpulan kajian bahasa dan kajian ilmiah diwujudkan. Hal itu bertujuan untuk menghidupkan kembali bahasa Arab Klasik (fushah) yang penggunaannya berkurangan di kalangan bangsa Arab sendiri. Di samping itu, kumpulan kajian itu didirikan untuk mengatasi pengaruh asing kerana penterjemahan karya asing kembali dilakukan oleh orang Arab.

6. Pengaruh bahasa asing 
Dalam zaman moden, banyak istilah asing diserapkan ke dalam bahasa Arab. Walaupun terdapat padanan dalam bahasa Arab, istilah asing lebih sering digunakan, misalnya tilfiziyun (TV), radiyu (radio), tilifun (telefon), barlimen (parlimen ) dan kombyuter (komputer). Selain itu, bentuk konjugasi yang menjadi ciri bahasa Arab juga diterapkan dalam istilah asing yang diserap ke dalam bahasa Arab, seperti talfaza, mutalfaz dan tilafaz (semuanya berkaitan dengan TV).

Pengaruh bahasa asing ke atas bahasa Arab moden tidak terbatas pada istilah tetapi juga pada ciri utama bahasa Arab. Struktur kata kerja dan kata nama pada subjek-predikat diterbalikkan, misalnya zara kalintun al-Quds (Clinton mengunjungi Baitulmaqdis) menjadi kalintun zara al-Quds. Surat khabar merupakan medium komunikasi paling utama dalam mempromosikan perubahan struktur bahasa Arab. Malah, surat khabar menjadi salah satu media massa yang memperkayakan unsur serapan bahasa asing ke dalam bahasa Arab.

7. Karya sastera
Perhatian para ilmuwan Arab Muslim klasik terhadap bahasa Arab sangat tinggi. Hal ini, misalnya, diperlihatkan dalam pelbagai hasil karya, antara lain ialah novel Hayy ibn Yaqzan, Alf Lailah wa Lailah dan Kalilah wa Dimnah. Tiga karya ini merupakan novel klasik berbahasa Arab yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah.

8. Faktor perkembangan
Kosa kata bahasa Arab semakin berkembang. Ada beberapa faktor penyebabnya, iaitu kemasukan sejumlah besar kosa kata bahasa lain ke dalam bahasa Arab, pengambilan kosa kata dialek Quraisy dan suku lain oleh para penyusun kamus Arab dan penulisan pelbagai kosa kata yang jarang digunakan dalam kamus Arab. Kebanyakan kata sinonim yang disebut dalam kamus Arab pada hakikatnya hanya digunakan dalam pengertian metafora dan banyak nama benda menggunakan kata sifat. Berkaitan dengan kamus, ahli bahasa klasik telah mewariskan banyak karya, antara lain Lisan al-'Arabi yang dikarang oleh Ibnu al-Manzur (m.d 1369).




Nota Ungu: Alhamdulillah, walaupun aku terpksa belajar Arab sebab mmg tak suka, tapi  sekarang syukur sgt, sebab dgn bahasa Arab aku boleh memahami al-Quran dan pelajari indahnya al-Quran...



autopublish entry 

01 Jun 2013

Hukum Gantung Gambar dalam Rumah

Hukum Gantung Gambar dalam Rumah

Soalan yang diajukan :

Apa hukumnya kita menggantung gambar bernyawa didalam rumah. Contoh gambar kita menerima sijil?

Jawapannya

Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah saya meneliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat. Hadis Nabi yang bermaksud :

Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah SAW kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Riwayat Muslim)

Berkata Imam Manawi : Yang dimaksudkan dengan gambar pada hadis ini ialah suatu yg mempunyai ruh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai ruh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni-penghuni rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam.

Haram bagi orang yang meletakkan gambar atau patung yang bernyawa di rumah-rumah mereka, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut. Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk pohon, kapal, rumah, ayat Al-Quran, Kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.

Hal di atas beza dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh kamera dan video. Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik tersebut mengandungi unsure-unsur pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut dan seumpamannya, maka hukumnya adalah haram dan bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku Seni Dalam Islam :

"Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng."

Pandangan saya, gambar manusia atau makhluk bernyawa yang dihasilkan oleh seni lukisan, adalah haram sepertimana yang terdapat di dalam hadis di atas. Di haruskan gambar dari hasil seni lukisan bukan gambar manusia dan makhluk bernyawa seperti gambar pemandangan, masjid, rumah, kereta dan seumpamanya. Harus juga bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera atau video untuk digantung atau diletakkan di rumah bukan bertujuan penyembahan, mengagungkan, gambar yang tidak mendedahkan aurat, gambar orang kafir dan seumpamanya. Gambar kamera yang dibolehkan adalah bertujuan sebagai kenangan, tanda kekeluargaan dan seumpamanya.


Bacaan artikel lengkap:

Ini pula artikel tentang hukum anak patung dalam rumah


Nota Ungu: Moga bermanfaat (^_^)


Entry autopublish