07 Mei 2013

Petua Masuk Rumah Baru

Rumahku Kampungku... Satu2 rumah papan yg masih wujud di kg ku
Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.

Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.





Nota Ungu: Petua x kna mengna ngan gambar..hehehe...
Bidadari Syurga

Bidadari Syurga

Berhenti rehat jap... Update blog via phone je lah... Jap g baru nk on lappy... Baru lepas bersukan... Hehe...

Dah lama aku dan suami tak layan citer atau drama tv sma2 semalam dpt layan sama2 depan tv... Lepas faiqah tido... Sambil online fb.. Sama2 layan satu drama yg agak menarik kt astro... Bidadari Syurga...

Pernah tgk review sebelum ni mcm best.. Akhirnya dpt gak tgk... Kisah wanita suci yg berkhwin dgn pemuda yg miskin... Lakonan Fahrin Ahmad dan heroinnya Tasya Sheila...

Fahrin watak sebagai Akob dan Tasya Sheila sebagai Ainul Mardhiah... Ainul ni wanita berhijab yg x pnh dilihat atau disentuh oleh siapa2... Akob plak bekerja sbg pengembala kambing peliharaan bapa si Ainul ni...

Lepas lama dia kerja..dia perhatikan si Akob dan berkenan nk jodohkan Akob dan Ainul.. Tapi si bapa Ainul bgtau yg Ainul ni pekak dan bisu... Padahal tak.. Tapi Akob tetap terima juga...

Lepas khwin si Ainul ni tahu yg bapanya buat muslihat tu..dia teruskn berlakon sbg bisu dan pekak... Sampailah satu hari... Tuan Syed yg berbini ramai nk kan si bini Akob ni.. Masa pergelutan tu si Ainul bersuara.. Pecah lah tembelang si Ainul dan Tuan Syed tu plak strok mcm kna sumpahan si Ainul sebab Ainul wanita suci...

Namun rumahtangga mereka diuji... Lepas peristiwa tu Akob dingin dgn isterinya sebab dia rasa tertipu dgn muslihat isterinya sendiri... Hingga satu hari..dia hantar Ainul ke rumah bapanya secara baik... Namun Ainul bgtau...kalau nk buat apa2 tunggulah lepas anknya lahir.. Lembut hati si Akob lepas tahu isterinya mengandung...

Tapi hati Ainul terluka... Walaupun Akob memujuk dia tak nk ikut Akob balik... Tuan Syed yg strok tu tak sembuh2 hinggalah seorg ustaz bgtau dia boleh sembuh dgn cara minta maaf dr org yg buatkan dia jadi macam tu.. Dan minum air pemberian org tu..

Suatu hari..si Ainul ni dijemput utk sembuhkan Tuan Syed tu.. Elok smpai dan Ainul beri minum si Tuan Syed sembuh.. Dan itu menyebabkan dia lagi lah tergila2 kan si Ainul ni.. Dan mahu memperkosakan si Ainul.. Tapi tetiba suaminya Akob dtg selamatkan dia...

Alhamdulillah. .. Lepas peristiwa tu.. Si Akob minta maaf dgn Ainul atas tindakannya yg ikut nafsu amarah...dan bawa Ainul ke rumah...

Best tul citer ni sebab ada Islamiknya la juga.. Citer yg ringkas tapi ada moral of story... Tapi yg pasti citer ni dia ikut satu kisah benar yg popular... Kisah pemuda yg dpaat kahwin dgn wanita suci kerana kejujuran nya.. Dan citer ni ada dinyanyilan oleh kumpulan Rabbani tajuk Cari Pasangan...

Oklah.. Masa utk siapkan diri... Sapa tak tgk tgklah nnti... X rugi...

06 Mei 2013

Cuti ke tak ni???

Cuti ke tak ni???

Alhamdulillah... Dah habis dh bahang PRU 13 tinggal sisa2 yg masih berbaki... Biasa lah... Rumah dah siap pahat masih berbunyi... Soksek sana sini...

Tapi hari ni mmg isu habis... Dup dap dup dap... Semalam smpai kul 1 lebih ada yg berjaga2 sebb semata2 nak tggu PM umum cuti sempena PRU13 bagi negeri2 yg mmg x cuti... Tapi hampa...

Tup2 pagi tadi.. Belum pukul sembilan pagi suamiku dah balik... Katanya dia kena halau balik sebab diberi cuti... Pastu beberapa sekolah sepnajang jalan dia balik pun tutup dan senyap sunyi... Huu..

KL cuti???? Hmmm.. Ea ke??? Aku pun carilah info2 kat tenet or fb pasal cuti... Tapi xde pun.. Keje juga... Cuma cikgu2 agak relax la.. Pelajar yg datang berapa kerat je.. Siap gabung kelas...

So..xde berita sahih yg kata KL cuti... Aku pun siap2 dgn mencari kekuatan diri g keje.. Mau tak longlai sebab tinggalkan suami dgn anak kat rumah... Huhu... Xpe lah.. Redha dan kuatkan smngt kan... Demi tugas dan amanah...

Datang sekolah pun lain je...mcm baru lepas raya je...senyap sepi... Budak2 pun penat gantung bendera agaknye.. Hehe...

Oklah... Itulah kisah desas desus cuti Raya yg penuh debaran... Nama pun kerja makan gaji kan.. Syukur lah... Sebab de kerje kan... Alhamdulillah... Opsss jangan merungut ok....

Selamat hari isnin...jangan monday blues... Selamat bekerja...

05 Mei 2013

03 Mei 2013

Cuti Raya

Cuti Raya

Assalam...

entry ringkas.. Insha-Allah... mulai hari ni blog bercuti sementara kerana aku dan keluargaku balik kg cuti raya... opss... untuk balik mengundi ok... bkn beraya... hhii

Peluang ni juga aku amik untuk melepaskan rindu nak balik kg sebab hampir setengah tahun means... 6 bulan aku tak balik tanah tempat aku dilahirkan... Insha Allah lepas balik dari kampung, banyak idea bernas akan aku kongsikan insha Allah... 

Selamat mengundi semua... Yang balik kg, hati2 dijalanan... 

buat pilihan yg bijak... ^_^
Kahwin Muda

Kahwin Muda

Oh, sebenarnya saya mahu share sesuatu dari lecturer yang saya hormati. Dalam kelas tadi, ada seorang sahabat bertanya,

"Doktor rasa sesuai tak kahwin muda masa tengah belajar?"

Jawapan Doktor sangat menarik bagi saya.

"Kalau saya ada anak perempuan yang minta kahwin masa belajar, akhlaknya bagus, pengurusan dirinya tersusun, hubungan dengan Allah terjaga, saya akan kahwinkan dia terus. Lebih lagi kalau satu kelas atau satu universiti. Tapi kalau anak perempuan saya yang minta nak kawen tu, hidupnya dengan TV, akhlaknya entah kemana, solatnya di hujung waktu, tentu saya tak bagi."

"Why?" soal saya dalam hati. Kemudian hati saya jawab kembali, "Yelah. Tak bersedia la tu."

Tapi jawapan Doktor cukup berbeza.

"Kalau anak perempuan saya tu, akhlak tak jaga dan saya bagi dia kawen. What do you expect from her husband? A very good husband? Sedang janji Allah lelaki yang baek adalah untuk oerempuan yang baek. Anak perempuan saya belum cukup baek,saya bimbang dia bawa balik calon yang juga tidak baek."

Jawapan yang ringkas,tapi bermakna buat yang ingin bermuhasabah diri.
Saya suka pendekatan Dr Ridhwan.

Antara tip laen yang saya berjaya kaut adalah pesanan Dr pada kami.

"Lepas ni bila u all kawen, ada isteri/suami, then suami/isteri u all buat masalah/sakit.. Benda pertama yang u all kena buat adalah solat taubat. Sebab dosa kita,boleh jadi sebab isteri/suami/anak jadi nakal, tak dengar orang dan sebagainya"

Reflecting. It is the concept. Sebelum kita nak tuduh orang lain salah,kita tengok diri kita sendiri dulu bagaimana. Terbaik tips Dr!

Sumber: page Pakar Diari Hati

Sana sini pasal raya

Sana sini pasal raya

Dunia belog makin suram.. Mungkin ramai dh balik kg... Maklumlah raya tinggal 2 hari je lagi...

Bahang raya makin terasa... Moga baik2 saja hendaknya dihari raya... Jangan ada yg berduka ea.

Ehhhh... Raya apa plak ni??? Aku berciter pasal pilihanraya la... Dah makin dekat dh... Makin membahang.... Makin terasa debarannya...

Sana sini perang poster dan bendera... Penuh jalan... Warna warni... Smpaikan trafik light hijau jadi biru...

Dasyat kan.. Kt fb dan twitter lagilah... Penuh dh dok citer... Aku rasa debar gak sebab first time nak mengundi ni... Seblum ni pnh undi dlm kampus je.. Kali utk negara dan agama.. Besar tu tanggungjwab...

Ok lah... Melalut dh.. Apa2 pun aku ucap selamat berpilihanraya... Pilih dan betul2 pilih.. Kalau tak tahu istikharah cepat.. Da masa g nak minta petunjuk Allah ni...

Selamat balik kg... Hati2 dijalan raya... Hati2 memandu.. Patuhi had laju bukan sbb takut saman. .. Tapi sygi nyawa tu.. Ok... Selamat mengundi semua rakyat malaysia.... ^_^

Kisah Ashabul Kahfi dalam Surah al-Kahfi

Sempena Jumaat yg barakah... digalakkan mengamalkan membaca surah al-Kahfi... Bukan Yassin je.. banyak kelebihan membaca dan mengamalkan surah al-Kahfi...

Aku suka baca kisah Ashabul Kahfi.. kisah sejarah yg membuktikan kekuasaan Allah yg tercatat dalam al-Quran.. Jom baca kisah dan sejarah ni... 

Kisah Ashabul Kahfi (Bahasa Arab: أصحاب الكهف‎) merupakan suatu kisah benar mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.

Pemuda-pemuda beriman ini hidup pada masa Raja Diqyanus di Rom, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa a.s. Mereka hidup di tengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. Demi menjaga iman, mereka melarikan diri dari kota, dikejar oleh tentera raja untuk dibunuh. Hingga pada suatu ketika, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dipakai sebagai tempat persembunyian.

Bilangan pemuda
Bilangan pemuda yang sebenar adalah tidak diketahui, dan tidak menjadi kepentingan untuk berbahas mengenainya. Ada yang mengatakan 3, 5, 7, 8 termasuk seekor anjing.

Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 22, maksudnya;
Mereka akan berkata; Jumlah Ashaabul-Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka; dan setengahnya berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka, sebagai tekaan akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya anjing mereka. Katakanlah: Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Maka janganlah kamu berbahas mengenai mereka kecuali secara zahir, dan jangan kamu bertanyakan tentang mereka kepada seseorang pun dari mereka.

Dikatakan nama pemuda-pemuda tersebut adalah Tamlikha, Miksalmina, Mikhaslimia, Martelius, Casitius, Sidemius dan seorang pengembala kambing bersama anjingnya Qithmir.

Lokasi gua
Kahfi bermaksud gua. Ashabul bermaksud ahli. Mereka tidur selama 3 abad atau 309 tahun. Ada 3 gua yang dimaksudkan itu:

  • Gua di Efesus, Anatolia, Turki sekarang. Paulus, Orang Yahudi dan Kristian mempercayainya di sini.
  • Gua di Damsyik, Syria.
  • Gua di Amman, Jordan. Gua ini lebih menepati ciri-ciri yang diberi dalam al Quran.
Gua di Ephesus
Kisah Ashabul Kahfi dikatakan berlaku di sekitar suatu tempat yang kini digelar Gunung Pion (Mt. of Pion). Di sana terletak sebuah gua yang diberi nama Gua Tujuh Orang Peradu (The Cave Of The Seven Sleepers) yang terletak di Efesus (Ephesus), Turki. Kisah tersebut telah berlaku sekitar lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Berkenaan dengan sejarah itu, Allah telah menerangkan kisah yang terjadi terhadap peradu-peradu itu dalam al-Quran. Kisah itu dikatakan berlaku di tempat berkenaan pada zaman pemerintahan Maharaja Dikyanus (Decius) sekitar tahun 249 sehingga 251 Masihi. Manakala peristiwa itu berakhir 309 tahun kemudian dan mula menjadi buah mulut masyarakat dunia khususnya kepada penganut agama Kristian dan Islam setelah terjaganya peradu-peradu beriman itu dari tidurnya pada zaman pemerintahan Maharaja Theodosius II yang beragama Nasrani (Kristian) sehinggalah sekarang. Pada zaman Theodosius itu, setelah berakhirnya peristiwa ajaib itu, sebuah tempat ibadah (Gereja Nasrani) dahulu telah pun dibina.

Gua di Ar Raqim, Amman, Jordan
Profesor Muhammad Taisir Dhabyan dalam bukunya 'Penemuan Besar Abad 20 : 7 Petidur Tiga Abad' menyatakan gua tersebut terletak di 7 km tenggara bandar baru Amman, Jordan. Peristiwa Ashabul Kahfi begitu istimewa sehingga surah dinamakan al Kahfi.

Versi dalam Al-Quran

Firman Allah dalam Al-Quran (Surah Al-Kahfi ayat 10 hingga ayat 26):
أَمۡ حَسِبۡتَ أَنَّ أَصۡحَـٰبَ ٱلۡكَهۡفِ وَٱلرَّقِيمِ كَانُواْ مِنۡ ءَايَـٰتِنَا عَجَبًا (٩) إِذۡ أَوَى ٱلۡفِتۡيَةُ إِلَى ٱلۡكَهۡفِ فَقَالُواْ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً۬ وَهَيِّئۡ لَنَا مِنۡ أَمۡرِنَا رَشَدً۬ا (١٠) فَضَرَبۡنَا عَلَىٰٓ ءَاذَانِهِمۡ فِى ٱلۡكَهۡفِ سِنِينَ عَدَدً۬ا (١١) ثُمَّ بَعَثۡنَـٰهُمۡ لِنَعۡلَمَ أَىُّ ٱلۡحِزۡبَيۡنِ أَحۡصَىٰ لِمَا لَبِثُوٓاْ أَمَدً۬ا (١٢) نَّحۡنُ نَقُصُّ عَلَيۡكَ نَبَأَهُم بِٱلۡحَقِّ‌ۚ إِنَّہُمۡ فِتۡيَةٌ ءَامَنُواْ بِرَبِّهِمۡ وَزِدۡنَـٰهُمۡ هُدً۬ى (١٣) وَرَبَطۡنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ إِذۡ قَامُواْ فَقَالُواْ رَبُّنَا رَبُّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ لَن نَّدۡعُوَاْ مِن دُونِهِۦۤ إِلَـٰهً۬ا‌ۖ لَّقَدۡ قُلۡنَآ إِذً۬ا شَطَطًا (١٤) هَـٰٓؤُلَآءِ قَوۡمُنَا ٱتَّخَذُواْ مِن دُونِهِۦۤ ءَالِهَةً۬‌ۖ لَّوۡلَا يَأۡتُونَ عَلَيۡهِم بِسُلۡطَـٰنِۭ بَيِّنٍ۬‌ۖ فَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبً۬ا (١٥) وَإِذِ ٱعۡتَزَلۡتُمُوهُمۡ وَمَا يَعۡبُدُونَ إِلَّا ٱللَّهَ فَأۡوُ ۥۤاْ إِلَى ٱلۡكَهۡفِ يَنشُرۡ لَكُمۡ رَبُّكُم مِّن رَّحۡمَتِهِۦ وَيُهَيِّئۡ لَكُم مِّنۡ أَمۡرِكُم مِّرۡفَقً۬ا (١٦) ۞ وَتَرَى ٱلشَّمۡسَ إِذَا طَلَعَت تَّزَٲوَرُ عَن كَهۡفِهِمۡ ذَاتَ ٱلۡيَمِينِ وَإِذَا غَرَبَت تَّقۡرِضُہُمۡ ذَاتَ ٱلشِّمَالِ وَهُمۡ فِى فَجۡوَةٍ۬ مِّنۡهُ‌ۚ ذَٲلِكَ مِنۡ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ‌ۗ مَن يَہۡدِ ٱللَّهُ فَهُوَ ٱلۡمُهۡتَدِ‌ۖ وَمَن يُضۡلِلۡ فَلَن تَجِدَ لَهُ ۥ وَلِيًّ۬ا مُّرۡشِدً۬ا (١٧) وَتَحۡسَبُہُمۡ أَيۡقَاظً۬ا وَهُمۡ رُقُودٌ۬‌ۚ وَنُقَلِّبُهُمۡ ذَاتَ ٱلۡيَمِينِ وَذَاتَ ٱلشِّمَالِ‌ۖ وَكَلۡبُهُم بَـٰسِطٌ۬ ذِرَاعَيۡهِ بِٱلۡوَصِيدِ‌ۚ لَوِ ٱطَّلَعۡتَ عَلَيۡہِمۡ لَوَلَّيۡتَ مِنۡهُمۡ فِرَارً۬ا وَلَمُلِئۡتَ مِنۡہُمۡ رُعۡبً۬ا (١٨) وَڪَذَٲلِكَ بَعَثۡنَـٰهُمۡ لِيَتَسَآءَلُواْ بَيۡنَہُمۡ‌ۚ قَالَ قَآٮِٕلٌ۬ مِّنۡہُمۡ ڪَمۡ لَبِثۡتُمۡ‌ۖ قَالُواْ لَبِثۡنَا يَوۡمًا أَوۡ بَعۡضَ يَوۡمٍ۬‌ۚ قَالُواْ رَبُّكُمۡ أَعۡلَمُ بِمَا لَبِثۡتُمۡ فَٱبۡعَثُوٓاْ أَحَدَڪُم بِوَرِقِكُمۡ هَـٰذِهِۦۤ إِلَى ٱلۡمَدِينَةِ فَلۡيَنظُرۡ أَيُّہَآ أَزۡكَىٰ طَعَامً۬ا فَلۡيَأۡتِڪُم بِرِزۡقٍ۬ مِّنۡهُ وَلۡيَتَلَطَّفۡ وَلَا يُشۡعِرَنَّ بِڪُمۡ أَحَدًا (١٩) إِنَّہُمۡ إِن يَظۡهَرُواْ عَلَيۡكُمۡ يَرۡجُمُوكُمۡ أَوۡ يُعِيدُوڪُمۡ فِى مِلَّتِهِمۡ وَلَن تُفۡلِحُوٓاْ إِذًا أَبَدً۬ا (٢٠) وَڪَذَٲلِكَ أَعۡثَرۡنَا عَلَيۡہِمۡ لِيَعۡلَمُوٓاْ أَنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقٌّ۬ وَأَنَّ ٱلسَّاعَةَ لَا رَيۡبَ فِيهَآ إِذۡ يَتَنَـٰزَعُونَ بَيۡنَہُمۡ أَمۡرَهُمۡ‌ۖ فَقَالُواْ ٱبۡنُواْ عَلَيۡہِم بُنۡيَـٰنً۬ا‌ۖ رَّبُّهُمۡ أَعۡلَمُ بِهِمۡ‌ۚ قَالَ ٱلَّذِينَ غَلَبُواْ عَلَىٰٓ أَمۡرِهِمۡ لَنَتَّخِذَنَّ عَلَيۡہِم مَّسۡجِدً۬ا (٢١) سَيَقُولُونَ ثَلَـٰثَةٌ۬ رَّابِعُهُمۡ كَلۡبُهُمۡ وَيَقُولُونَ خَمۡسَةٌ۬ سَادِسُہُمۡ كَلۡبُہُمۡ رَجۡمَۢا بِٱلۡغَيۡبِ‌ۖ وَيَقُولُونَ سَبۡعَةٌ۬ وَثَامِنُہُمۡ ڪَلۡبُہُمۡ‌ۚ قُل رَّبِّىٓ أَعۡلَمُ بِعِدَّتِہِم مَّا يَعۡلَمُهُمۡ إِلَّا قَلِيلٌ۬‌ۗ فَلَا تُمَارِ فِيہِمۡ إِلَّا مِرَآءً۬ ظَـٰهِرً۬ا وَلَا تَسۡتَفۡتِ فِيهِم مِّنۡهُمۡ أَحَدً۬ا (٢٢) وَلَا تَقُولَنَّ لِشَاْىۡءٍ إِنِّى فَاعِلٌ۬ ذَٲلِكَ غَدًا (٢٣) إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ‌ۚ وَٱذۡكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلۡ عَسَىٰٓ أَن يَهۡدِيَنِ رَبِّى لِأَقۡرَبَ مِنۡ هَـٰذَا رَشَدً۬ا (٢٤) وَلَبِثُواْ فِى كَهۡفِهِمۡ ثَلَـٰثَ مِاْئَةٍ۬ سِنِينَ وَٱزۡدَادُواْ تِسۡعً۬ا (٢٥) قُلِ ٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِمَا لَبِثُواْ‌ۖ لَهُ ۥ غَيۡبُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۖ أَبۡصِرۡ بِهِۦ وَأَسۡمِعۡ‌ۚ مَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا يُشۡرِكُ فِى حُكۡمِهِۦۤ أَحَدً۬ا (٢٦)

"(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".[18:10]

"Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya".[18:11]

"Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji; siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu)".[18:12]

"Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah dan petunjuk".[18:13]

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran".[18:14]

"(Mereka berkata pula sesama sendiri): "Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu?(Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.[18:15]

"Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari RahmatNya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna".[18:16]

"Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya".[18:17]

"Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah); sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka".[18:18]

"Dan demikian pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya) supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (Sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.[18:19]

"Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada agama mereka (secara paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sesekali akan berjaya selama-lamanya".[18:20]

“Dan demikian Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya oang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya;pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantah sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: “Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid (tempat ibadah) di sisi gua mereka”.[18:21]

“(Sebahagian dari) mereka akan berkata: “Bilangan Ashabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka”; dan setengahnya pula berkata bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka”, secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: “Bilangan mereka tujuh orang dan kelapannya ialah anjing mereka”. “Katakanlah (wahai Muhammad): “Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit”. Oleh itu janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorang pun dari golongan (yang membincangkannya)”.[18:22]

“Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”.[18:23]

“Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “InsyaAllah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.[18:24]

“Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka :tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli kitab) dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu)”.[18:25]

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya-lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya dan jelas sungguh pendengaranNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya) dan ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya”.[18:26]

Ni Versi Lagu Ashabul Kahfi... Jom layan...

Nota Ungu: Moga bermanfaat untuk semua... kalau nak baca kisah pengalaman seorang blogger yg pergi ke Gua Ashabul Khafi.. Baca SINI...
Kelebihan Amalan Surah al-Kahfi

Kelebihan Amalan Surah al-Kahfi

Salam Jumaat... Alhamdulillah jumpa lagi hari Jumaat... Alhamdulillah masih diberi nafas dan nikmat Islam dan Iman hari ni... Biasa sebut hari Jumaat, pasti ramai yg nak buat amal kebajikan... sedekah dan mengamalkan surah2 tertentu.. dan antara surah yg digalakkan membacanya pada hari JUmaat ialah SURAH AL-KAHFI... banyak potongan hadis2 sahih menceritakan tentang kelebihan membaca dan mengamalkan ayat2 dari surah al-Kahfi... antaranya:


Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]

Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
 [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]

Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
 [ Hadis Riwayat Ahmad ]

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada Abi Said Al Khudri berkata:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]




Nota Ungu: Banyakkan kelebihan membaca al-Quran... satu huruf diberi ganjaran pahala.. moga kita menjadikan al-Quran sebagai teman wajib kita kemana sahaja... ameenn... 

02 Mei 2013

Whatsappa, Wechat dan Line

Macam2 timbul aplikasi utk pengguna semakphone kan.. Hihi... Smpai semak dah tepon ni...

Dulu mula2 whatsapp.. Wah... Heboh tul... Apa2 whatsapp ek... Free la katakan...

Dok.. Tak lama wechat plak... Canggih sikit.. Sebab boleh kol dan video kol...

Sekarang yg baru sikit... Line... Aku baru install.. Sebab tgk iklan kat tv.. Hihi.. Biasa... Ketinggalan sikit aku... Hihu..line ni boleh chat.. Boleh post something kat timeline.. Mcam fb dan tweet sebab org blh komen.. Cuma dia leh kol.. Tu je.. Tapi semua aplikasi di atas guna internet ok...

Ok.. Itu lah perkembangan zaman... Tak terkejar rasa nk kejar tknologi kan...

Korang ada apa¤?? Tapi aku still selesa dgn SMS dan email je.. Hihi.. Sbb bukan dgn sapa2 pun dok chat... Kengkwn dialam maya je... Realiti di tempat kerja.. Itu je.. So.. X guna sngt aplikasi ni...

Ok lah.. Selaaat meneroka ea.. Wasslm..

Kisah Teladan: Jibril A.S, Kerbau, Kelawar & Cacing

Kisah Teladan: Jibril A.S, Kerbau, Kelawar & Cacing


Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibril AS untuk pergi menemui salah satu makhlukNya iaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "Hai kerbau apakah kamu senang setelah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawapan itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelawar.

Malaikat Jibril AS mendatangi seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "Hai kelawar apakah kamu senang setelah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelawar. Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang setelah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, daripada dijadikan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".



Sumber: Apps Kisah Teladan for Android
Semuanya Pasal Bawang

Semuanya Pasal Bawang

Bawang, sinonim dgn dapur... Kalau de dpaur de bawang..de bwang de la dapur kan..
Bawang ni penyedap makanan... Tak sedap masakan kalau tak buh bawang... Tak kisahlah bawang besar ke bawang kecik ke bawang putih ke bawang merah...


Beberapa petua pasal bawang yang aku tahu saja aku nak kongsikan... Boleh je sapa2 nak amalkan...


Kulit bawang penghalau syaitan
Ni petua org lama2... Kalau ada budak2 menangis diwaktu maghrib... Tok nenek akan amik kulit bawang merah dan putih bakar kat dapur kayu... Bau yg menyengat hidung dikatakan boleh menghalau hantu syaitan yg mengacau...


Bawang besar pemanis masakan
Gunakan banyak bawang besar boleh menjadi pemanis masakan, terutama sambal atau masakan yg pedas. Tak payah guna gula sebaliknya gunakan bawang besar yg di kisar.

Petua hilangkan pedih mata ketika menghiris bawang
Petua yg mak aku pernah ceritakan, cara nak hilangkan pedih mata ketika hiris bawang, cucuk bawang yg tak dihiris di hujung pisau.. kononnya pedih tu akan diserap oleh bawang dicucuk tu.. hmm.. macam tak logik tapi tak tahu lah betul ke tak .. cuba je lah.. hehe

Mitos: Orang yg pedih mata ketika kupas atau hiris bawang
Mitos ni aku dapat dari keluarga sebelah suami aku... kononnya org yg pedih mata ketika kupas atau hiris bawang, org tu banyak penyakit dalaman badan.. contohnya buah pinggang kurang sihat atau paru2 bermasalah.. aku tak sure sgt pasal ni.. kena tanya doktor lah utk kepastian ea..

Bawang putih keluarkan angin dalam badan
Yang ni petua popular lah kan.. memang betul pun.. bawang putih boleh bantu utk keluarkan angin dalam badan. Dulu2 aku suka makan bawang putih bakar sebab mmg banyak angin dalam badan.

Bawang putih sebagai pengilat kuku
Yang ni aku pernah buat.. Sebagai pengilat kuku semula jadi.. tenyeh bawang putih yg dipotong sikit dihujungnya pada kuku... buat selalu baru nampak hasilnya.. kuku pun jadi bersih je.. cuma tak best, lepas tu kena sabun banyak2 .. kalau tak melekat bau bawang tu.. 

Ni pula info pasal khasiat bawang putih:

1. Mengurangkan risiko strok
2. Mengurangkan risiko kanser.
3. Anti bakteria dan antivirus.
4. Antiinflamasi.
5. Mengandungi banyak iodin.
6. Membantu sistem pencernaan.
7. Meningkatkan sistem imunisasi.
8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.



Bawang merah mengandungi vitamin C, potassium, serat dan asid folik. Ia juga mengandungi kalsium, zat besi dan protein yang tinggi.

Beberapa penyelidikan telah dijalankan tentang khasiat bawang merah terhadap kesihatan manusia. Dari hasil penyelidikan tersebut, mereka mendapati bahawa bawang merah mengandungi 2 sebatian utama. Sebatian pertama ialah sulfur seperti allyl propyl disulphida (APDS) dan sebatian kedua pula ialah flavonoids seperti quercetin. Flavonoid dipercayai mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mempunyai unsur-unsur anti-kanser, anti-bakteria, anti-viral, anti-allergenic dan anti-inflammatory. Dari penyelidikan terkini, bawang merah di dapati effektif terhadap sel kanser hati. Bawang merah didapati mengandungi 6 kali ganda kandungan phenolic berbanding bawang biasa (bawang besar). Bawang merah boleh menolong hati membuang toksin dari badan dan ia mempunyai saponins untuk menghindar dan membunuh sel kanser.

Bawang merah juga didapati boleh menghindarkan kanser perut. Ia mengeluarkan anti-coagulant yang boleh mencairkan darah dan seterusnya meningkatkan tahap tinggi aktiviti anti-platelet yang baik untuk pesakit symptomatic antherosclerotic, kardiovaskular, serangan jantung dan strok. Ia juga membantu meningkatkan fungsi otak seterusnya mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's. Bawang merah juga boleh mengurangkan tahap gula bagi mereka yang menpunyai kencing manis dengan menghadkan keberkesanan insulin dan meninggikan metabolisma glukosa.

Memakan bawang merah setiap hari boleh membantu penumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis sehingga 20%. Ia mengandungi Prostaglandin A-1, agen yang kuat untuk mengurangkan tekanan darah (blood pressure). Kandungan sulfurnya juga boleh membantu kulit kelihatan muda.




Nota Ungu: Bawang memang busuk kan.. tapi sangat berguna...dan satu lagi info tambahan... bagi lelaki yg amalkan makan bawang merah/bawang besar boleh membantu memekatkan air mani dan meningkatkan kualiti sperma... info ni dapat dari buku yg aku bca tpi x ingt dh buku apa... boleeh la cuba ea..

01 Mei 2013