30 April 2013

Percubaan Char Kueh Teow

Percubaan char kueh teow en.somi...
Alhamdulillah..sedap dan menjadi...

Mudah je resepinya... Cuma kami x buh udang sebab dua2 alergik seafood...

Nampak mcm kosong tp de isi ayam dalamnya... So..idak lerr kosong sgt...

Alhamdulillah...

Cepatlah berlalu wahai 5 Mei

Cepatlah berlalu wahai 5 Mei

Debaran makin kuat terasa...
Gaya macam org baru nak kahwin...
Gaya macam wanita menanti hari nak bersalin...

Tu lah yg aku rasa..
Macam2 cerita...
Sok sek sok sek sana sini yg timbul...
Fitnah dan umpat tersebar macam burung berterbangan...

Aku hanya dengar dan tak tahu nak kata apa...
Mengiakan tidak... Menafikan pun tidak...
Nak kata betul tidak...salah pun tidak...
Cuma aku mohon dan berserah pada Allah...
Berdoa Allah tunjukkan kebenaran Islam kali ni di bumi Malaysia...

Debaran makin terasa...
Sana sini org sibuk berkempen...
Bendera penuh dah tak nampak rupa jalan...
Ceramah gung gang gung gang mencari pengikut...

Hadoii...
Ku mohon cepatlah berlalu 5 Mei...
Sebab tak sabar nak sambut hari ibu dan hari guru pula lepas tu...
Cepatlah berlalu...
Yang mengundi awal hari ni dah lepas dh tanggungjawab kpd negara...
Tinggal yg belum ni lah...

Sabar menanti debaran 5 Mei nanti...

Selamat mengundi...
Pastikan pilihan bijak demi Agama... bangsa dan negara..




Nota Ungu: FUH!!! Memang DUP DAP DUP DAP je... Nape ntah lerrr...

RAHSIA PSIKOLOGI WARNA

RAHSIA PSIKOLOGI WARNA


Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru. Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu warna diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia, namun baru belakangan ini penggunaannya telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia permotoran, pakaian, permainan dan sebagainya.  

MERAH 
Merah:
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyut nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

1.Merah Terang :
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Eksentrik. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh ghairah, semangat,dominasi, kelakian.

2.Merah Jambu :
Warna ini melambangkan romantisme, feminim. Warna ini mempunyai sifat menuntut dalam kepasrahan, menggemaskan dan jenaka.

BIRU 
Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi, dan tarikan nafas. Sementara semua menurun, mekanisme pertahanan tubuh membangun organisme.

1.Biru Tua :
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, perasa, integratif. Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.
2.Biru Muda :
Warna ini melambangkan keanjalan dari cita-cita. Sifatnya : Bertahan, Protektif, Tidak Berubah fikiran. Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

KUNING 
Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Leluasa dan santai, senang menunda-nunda masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

1.Kuning Terang :
Warna ini melambangkan sifat spontan yang eksentrik. Sifatnya : Toleran, Investigatif, Menonjol. Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berpengharapan, pemurah, tidak percaya.

HIIJAU 
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan kekerasan hati. Mempunyai keperibadian yang keras dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat: meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih superior dari yang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya senang dipuji, senang menasihati orang lain. 

KELABU & HITAM 
1.KELABU: 
Warna ini tidak menunjukkan erti yang jelas. Tidak terang dan sama sekali bebas dari kecenderungan psikologi. Warna ini cenderung neutral.

2.HITAM :
Warna ini melambangkan kehidupan yang terhenti dan kerananya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

COKLAT & UNGU 
1.COKLAT :
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka merebut, tidak suka memberi hati, kurang toleran, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

2.UNGU :
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat Gempuran Keras yang dilambangkan oleh warna biru. Perpaduan antara keintiman dan erotis atau menjurus pengertian yang mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan


Sumber: Koleksiku...



Nota Ungu: mmg kbnykn apa yg daku perhatikn.. wrna kegemaran mmpengaruhi perwatakn dan sikap.. wallahua'lam..ada rahsia Allah disebalik penciptaan warna dan manusia..
Kisah Si Pemalas dan Abu Hanifah

Kisah Si Pemalas dan Abu Hanifah

Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu.

Keluhannya mengandungi kata-kata, “Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik.”

Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik saja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya.

Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis, .” Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus”

Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, “Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin,sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku.”



Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik saja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.

Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, “Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian ‘malas’ namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya.

Jangan? jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja.

Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah?carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya.”

Sebaik saja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha.

Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu.

Dalam Islam tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan.

Sumber: Himpunan Kisah Teladan for Android

Nota Ungu: Takde istilah rezeki macam citer P.Ramlee tu ea.. tiup harmonika..kuar nasi dari langit.. nak dapat sesuap nasi pun kena usaha, apatah lagi rezeki2 yang lain... So NO to MALAS
Selamat Mengundi awal...

Selamat Mengundi awal...

Hari ni warga tentera, polis serta pasangan tentera dan polis nengundi awal... Suamiku tak terkecuali...

Aku tak mengundi awal... Masih alamat kat kg... Kena balik la 5hb nanti...

Selamat mengundi bagi yg mengundi hari ni...
Buat pilihan yg bijak...
Demi masa AGAMA ISLAM bangsa dan negara....

29 April 2013

28 April 2013

Nama-nama yang DILARANG dalam Islam

Nama-nama yang DILARANG dalam Islam



[Gabungan Nama]

Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang.

Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama ‘zana’, bunyinya sedap sekali tapi maknanya ‘berzina’ atau pun nama ‘wati’ yang bererti ‘bersetubuh’. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut.

Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya;

1. Balqis – ketua jin

2. Qistina/Kistina – penghulu jin

3. Najwa – bisikan

4. Zaqwan/Zaquan – anak jin

5. Haikal/Haiqal – tengkorak

6. Badrisha/Badlisha/Herisha

Anak-anak ini bermungkinan akan menimbulkan banyak masalah, seperti sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya.

________________________________________________________________

[Nama-Nama Yang Dilarang Dalam Islam]

Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain dalam Islam yang harus dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi anda:

A
Abiqah Hamba yang lari dari tuannya
Abkam Tidak celik, buta
Afinah Yang bodoh
Amah Hamba suruhan perempuan
Asiah Wanita yang derhaka
Asyar Paling jahat
Asyirah Yang tidak bersyukur atas nikmat
Aznie Aku berzina

B
Baghiah Yang zalim, jahat
Bahimah Binatang
Bakiah Yang menangis, merengek
Balidah Yang bodoh, bebal
Baqarah Lembu Betina
Batilah Yang batil, tidak benar

D
Dabbah Binatang
Dahisyah Goncang, stress
Dahriyah Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dami’ah Yang mengalir air matanya
Daniyah Yang lemah dan hina
Darakah Kedudukan yang rendah

F
Faji’ah Kecelakaan
Fajirah Yang jahat, yang berdosa
Fasidah Yang rosak, yang binasa
Fasiqah Yang jahat, si fasik
Fasyilah Gagal, kalah

G
Ghafilah Yang lalai, yang leka
Ghaibah Hilang
Ghailah Kecelakaan, bencana
Ghamitah Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghasibah Perampas, perompak
Ghawiah Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu

H
Haqidah Yang dengki
Hasidah Yang hasad
Hazinah Yang sedih
Huzn Kesedihan

J
Jafiah Yang tidak suka berkawan
Jariah Hamba suruhan perempuan

K
Kafirah Yang kafir, yang ingkar
Kaibah Yang sedih
Kamidah Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah Pendusta, pembohong
Khabithah Yang jahat, yang keji
Khali’ah Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khamrah Arak
Khasirah Yang rugi
Khati’ah Yang bersalah, yang berdosa

L
Laghiah Sia-sia, tidak berfaedah
Lahab Bara api
Lahifah Yang sedih, menyesal dan dizalimi
La’imah Yang tercela
Lainah Yang terkutuk

M
Majinah Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah Agama menyembah api atau matahari
Maridah Yang menderhaka
Munafikah Yang munafik
Musibah Celaka, bencana, kemalangan

N
Najisah Yang najis dan kotor
Nariah Api
Nasyizah Yang menderhaka dan melawan suami

Q
Qabihah Yang buruk, hodoh
Qasitah Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qatilah Pembunuh
Qazurah Kejahatan, perzinaan

R
Rajimah Yang direjam, yang dilaknat
Razani Kepala zakar lelaki
Razi’ah Kecelakaan, musibah
Razilah Yang keji dan hina

S
Safih Insan Manusia bodoh
Safilah Yang rendah dan hina
Sahiah Yang pelupa
Sharrul / Sharru Jahat
Sakirah Pemabuk
Sakitah Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Syafihah Yang bodoh
Syani’ah Yang buruk
Syaqiyah Yang menderita
Syaridah Yang diusir
Syariqah Pencuri
Syarisah Yang buruk akhlak
Syarrul Bariyyah Sejahat-jahat manusia
Syatimah Maki hamun

T
Tafihah Karut
Talifah Yang rosak, yang binasa
Talihah Yang tidak baik
Tarbiyah Yang papa kedana
Tarikah Anak dara tua

W
Wahiah Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wahimah Yang lemah
Wahinah Penakut
Wailah Bencana, keburukan
Wajilah Penakut
Waqi’ah Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Waqihah Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah Yang kotor
Wasyiah Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wati/Waty Nama Hindu/tiada makna
Wathy / Wathi Bersetubuh

Y
Yabisah Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Yaisah Yang berputus asa

Z
Zalijah Kebinasaan
Zalilah Yang hina
Zalimah Yang zalim
Zaniyah Penzina, pelacur
Zufafah Racun pembunuh






Nota Ungu: Info ni saya dapat dari FB, jika ada yg lebih arif pasal ni... mohon pencerahan dan kongsikan.. supaya kita sama2 dapat manfaatnya... Sharing is caring.. :)
Petua Memberi Hadiah Pasangan Lelaki Anda

Petua Memberi Hadiah Pasangan Lelaki Anda


Lelaki ialah golongan yang sukar untuk diselami hati dan perasaannya. Sebenarnya lelaki boleh digolongkan dalam beberapa kumpulan antaranya lelaki manja, macho, aktif, romantik dan sensitif.

1. Jika lelaki meminati barangan seperti patung, kad-kad muzikal berbaur cinta atau baju-T dan seluar, bermakna lelaki ini tergolong dalam lelaki yang manja. Bagi lelaki macho, mereka pula lebih menggemari hadiah daripada wanita yang berupa jaket kulit, tali pinggang kulit, topi keledar atau yang melibatkan motosikal berkuasa besar dan kereta sport.

2. Lelaki romantik pula akan menggemari hadiah berupa ungkapan I Love You, cakera padat lagu-lagu romantik, foto atau barangan yang melibatkan mesej dan makna simbolik.

3. Untuk lelaki sensitif pula, mereka ini lebih menyukai hadiah seperti buku, sajak atau diari agar mereka dapat menghabiskan masa bersendirian.

4. Lelaki aktif pula menggemari hadiah berupa barangan seperti kasut, seluar dan baju sukan, topi, jam tangan atau pil vitamin.

Justeru, sebagai wanita, adalah penting untuk anda mengetahui jenis apakah pasangan anda. Hakikatnya, memang susah menjaga hati lelaki. Apatah lagi memikirkan apakah yang hadiah sesuai untuk lelaki kesayangan anda.



Nota ungu: mmg ssh nk cari hadiah utk llki sbb brgn llki sgt terhad... pusing2 itu je lh.. kan3...

27 April 2013

SR atau SM yang mana Best???

SR atau SM yang mana Best???


Dalam dok tengok2 dan belek2 FB tadi jumpe ni kat page Kelab Guru Malaysia.. Tetiba terasa nak gak cakap sesuatu... Sebab semalam aku dan suami dok bincang gak pasal ni... kami sama2 teman Faiqah layan citer Upin Ipin tajuk "Terima Kasih CIkgu".. Sedih je babak dalam citer tu.. 

Sebenarnya, sekolah menengah ke, rendah ke dua2 ada kepentingannya... Sebenarnya Allah tahu yang terbaik untukku.. Sebabnya pengalaman aku sendiri, masa sebelum aku jadi cikgu dan beljar kat Universiti bidang pendidikan, aku dapat dua tawaran.. Satu, Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) di UTM, Skudai Johor. dan satu lagi aku dapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak di USM, Pulau Pinang.

Kedua2 jurusan ni aku dapat temuduga hari yang sama. Tempat temuduga lain-lain.. Yang UTM tu temuduga di Alor Setar dan yang kat USM tu di USM Penang. Bapa ku tanya nak g mana satu.. Akhirnya bapaku suruh g ynag jauh dulu.. temudga yg UTM dulu di Alor Setar.. dan lepas habis je temuduga tu, terus ke USM pula utk temuduga yg lagi satu.. 

Memang Allah tahu yg terbaik kan.. Sampai je di USM, tak lama pun temuduga, sebab aku cakap aku lambat sebab hadir temuduga tawaran dari UTM, so, dia tnya nak pergi tak yg kat UTM tu.. aku berbelah bagi mula2.. last2 penemuduga tu kata, yang ni mmg cnfirm dapat so, pilih je nak UTM ke USM katanya... Akhirnya dengan gerak hati, aku pilih UTM.. 

So, jadilah aku Graduan UTM.. di UTM mmg diajar pasal sekolah menengah dan praktikal pun di sekolah menengah... Tapi bila posting, Allah tentukan yg terbaik utk kitakan.. Sebab apa, aku memang di postingkan di Sekolah Menangah.. tapi ada kengkawan aku di postingkan di sekolah rendah.. 

Bila aku tengok balik diri aku, kenapa Allah tak tempatkan aku di sekolah rendah, karekter aku yg garang dan muka yg macam singa lapar bila marah, tak sesuai nak ajar budak2 kecik... dan jiwa aku pun lebih suka pada budak sekolah menengah sebab mudah nak tackle walaupun diorg kasar sebab aku ni kasar sikit orgnya..

Budak sekolah rendah, kena touch hati diorg macam ibu2.. Aku bukan xde sifat tu, tapi dgn anak sendri je.. anak org tak reti sgt.. Kalau budak sekolah menengah, kita tackle diorg macam kawan.. cuma ada batasnya.. Namun, apa2 pun sekrg ni cikgu SM dan SR sama level je kan.. x perlu nak beriri hati dah.. cuma kerja dan bebanan yg lain lah.. itu semua bergantung pula pentadbiran sekolah masing2.. 

Kesimpulannya, SM atau SR kedua-duanya ada kpentingan.. cikgu SM dan SR perlu didik anak2 ni dengan jiwa seorg guru dan ada sifat keibuan.. dan yg pasti SM atau SR sama je matlamatnya, cikgu nak lihat anak2 muridnya berjaya.. cikgu SR ddidik dan disambung pula didikan tu dengan cikgu SM.. so, masing2 de peranannnya.. Keseronokan tu datang dari hati yang IKHLAS... insha Allah jika hati ikhlas datanglah budak macam mana pun latar belakangnya, kita dapat didik dia.. insha Allah.. 

Ikhlaskan hati... (^_^)

Kelebihan Surah Al-Fatihah

Surah al-Fatihah surah seribu guna... Nak ubat penyakit apa pun boleh.. sebab jika kita hayati maksud ayat.. ayat dalam Surah al-fatihah sangat lengkap... Dalam apa jua sakit, amalkan dan baca al-fatihah...Al-fatihah banyak kelebihannya, sebab tu surah ini, surah pertama dalam al-Quran, diwajibkan di baca dalam solat dan juga makna surah iaitu "PEMBUKA"... 

Jom amalkan bersama... 

1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur: Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian: Melepas-kan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur. Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA


26 April 2013

Binatang Apa Itu Kiyomi???

Haha... kelakar betul semlam... sebelum tamat kan kelas akhir...semalam.. tertiba terlintas nak tanya anak murid aku.. binatang apa tu kiyomi??? Haha.. saja nak tahu... 


Sekali anak2 murid aku buat gaya la kiyomi menerangkan apa itu kiyomi.. rupanya kiyomi tu lagu korea dengan gaya2 comel sekali... hehe.. memang kelakar lah anak murid aku buat... tersenyum sendiri aku... 

Waktu petang dah kan.. tension kalau belajar serius je.. sesekali selitkan dengan minat anak remaja... dan aku suruh diorg ciptakan Kiyomi Islamik.. haha.. mencabar tu nak rekacipta kan... Biarkan diorg pikir.. Diorg kreatif dan inovatif.. hehe.. 

Sekali tengok video ni.. memang comei pun... hehehe


Nota Ungu: Macam mana nak cipta Kiyomi Islamik.. Hmmm.. aku pun masih terpikir2 gak... 

Suami Isteri disaran gaduh seminggu sekali

Suami Isteri disaran gaduh seminggu sekali


Sumber: Facebook..

Hayati lagu Allayarham Tan Sri P.Ramlee..

Sedangkan lidah lagi tergigit;
Apa pula suami isteri;
Buang yang keruh ambil yang jernih;
Baru teguh peribadi...

Dari pergaduhan itulah kita kenal pasangan kita... Sebab kalau bahagia je.. tak tahu kelemahan pasangan nanti.. Tu suami isteri.. Kalau setakat tunang or boyfriend gaduh banyak2 pun xpe... Sebab lagi kita kan kenal sikap pasangan kita tu nanti... 

So, jangan takut nak bergaduh... Cuma jangan lempar pinggan mangkuk dah la.. Gaduh2 sayang.. (^_^)

Program Gerhana Bulan Separa & Zuhal: 26 April 2013


Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) akan menyediakan beberapa buah teleskop untuk orang awam menyaksikan Gerhana Bulan Separa ini. Orang ramai dijemput hadir ke program tersebut pada 26 April 2013, jam 3.00 pagi hingga 6.00  pagi di Planetarium Negara. Masuk adalah percuma. Selain daripada Gerhana Bulan Separa, anda juga berpeluang menyaksikan Planet Zuhal menerusi teleskop sekiranya cuaca mengizinkan. 

Pada 26 April 2013, kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan Separa pada jam 2:04 a.m. sehingga 6:11 a.m.  Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama Bulan melintasi bayang Bumi seperti yang terdapat dalam Rajah 1.



Gerhana pada 26 April ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 2:04 a.m. waktu Malaysia. Walau bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat dilihat  memandangkan Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap.

Bulan mula memasuki bayang umbra Bumi (U1) pada  jam 3:54 a.m. dan gerhana maksimum akan berlaku pada jam 4:09 a.m.  Fenomena gerhana ini dapat disaksikan sehingga 4:21 a.m. apabila Bulan keluar sepenuhnya dari umbra Bumi (U4).

Gerhana masih terus berlaku sehingga jam 6:11 a.m. tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan kerana Bulan berada di kawasan bayang penumbra Bumi yang kurang gelap.

Fasa-fasa Gerhana Bulan Separa boleh diperhatikan seperti di Rajah 2 dengan keterangan seperti di Jadual 1.       




Catatan: Umbra – Bahagian bayang yang sangat gelap

               Penumbra – Bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah

Tidak kira di mana anda berada di Malaysia, sekiranya langit berada dalam keadaan cerah lihat ke arah Barat di mana Bulan berada.  Anda berpeluang menyaksikan fenomena tersebut dengan mata kasar.

Sumber Asal: http://www2.angkasa.gov.my



Nota Ungu: Baru teringat nak share berita ni.. dah lepas dah pagi tadi sebenarnya program ni... huhu... sayangnya tak teringat... hmmm.. insha Allah ada peluang lagi mungkin dapat tgk kan,... :)

Kalau perhatikan, waktu gerhana bulan terjadi ni adalah antara waktu sepertiga malam untuk buat qiamullail.. hmm.. setiap yg berlaku pasti ada hikmah Allah yg tersembunyi dan hendak kita fikirkan... Untung bagi yang buat qiamullail semalam... :)

25 April 2013

Bisnes Online Terpantas

Memang terbaik lah bioasli... Memang memuaskan hati.. Bukan produk je.. Perkhidmatan pun mmg terbaik...

Terkejut juga... Aku transfer duit utk e-wallet akaun bioasli kul 11.29 pagi... Tak smpai 5 minit lpas buat pengesahan terus masuk akaun...
Lepas tu aku terus order... Sebelum kul 12 submit order form. .. Aku budjet dalam esok sampai la barang aku order.. Sekali dalam kul 3.45 ptg hari yg sama dia kol nak hantar barang...perghh.. Pantasnya..

Kawan aku yg order tu pun terkejut... Cepatnya... Kul 4.30 ptg aku terima barang... Memang pantas lah service bioasli... Memang terbaikkk...
Bulan ni agak byk aku order sebab testimonial dr kengkwan... Anak dia dh baik dr asma dan resdung.. Gembira tul aku dgr..

Memang pantas perkhidmatannya... Selama 5 tahun aku berurusan online je dgn bioasli..x penah lagi kecewakan aku.. Kalau order tu kehabisan stok..cepat j dapat maklumbalas melalui SMS...

Bisnes ni mmg senang... Free postage.. Hrga murah.. Barangan tempatan.. Bumiputera... Dan nak jadi ahli pun free je.. Smpai ke negara Arab dah barangan bioasli ni...

Opss... Dah lebih plak citer... Hehe... Nak kongsi pasal service terpntas terover lak... Tapi sapa jadi ahli dan amalkan MKD a.k.a VCO bioasli tahu la macam mana kan... Insha Allah... Sapa lagi nak majukan perniagaan agama dan bangsa kita sendiri kalau bukan kita...





Nota Ungu: tak pernah aku over excited citer pasal bisnes.. Tapi hari ni mmg aku happy dgn perkhidmatan bioasli.. Moga bioasli terus maju... Insha Allah...

24 April 2013

Persoalan: Suami Tidak Benarkan Keluar Mengundi

Persoalan: Suami Tidak Benarkan Keluar Mengundi

Soalan
Salam. Apakah hukumnya jika suami menyatakan dia tidak mengizinkan saya keluar mengundi pada 5 Mei akan datang?

Jawapan
Waalaikumusalam,
Mengundi untuk memilih pemimpin itu adalah suatu kewajipan  kepada negara yang merdeka lagi  berdaulat.Justeru gunakan hak yang telah diberi oleh negara kepada sesiapa sahaja yang telah layak untuk berbuat  sedemikian.Malah inilah caranya untuk menunjukan semangat cinta dan taat seseorang kepada tanah air.Hal ini bertepatan dengan sabda baginda saw yang bermaksud:
Cintakan kepada negara itu adalah sebahagian daripada keimanan

Oleh kerana anda adalah seorang isteri perlu mohon keizinan suami untuk keluar,panel nasihatkan agar anda mohon jelaskan bahawa cintakan tanah air itu adalah sebahagian  daripada keimanan,justru perlu dibuktikan melalui proses pembuangan undi. Jika suami tetap berkeras  dan berdegil maka ia adalah berdosa kepada negara sekira undi anda yang menjadi penyebab tewasnya kepada calun yang tidak bertanggungjawab.Wallahu a'lam.


Takde Mood (-_-)


Ya Allah 
kembalikan perasaan suka ku.. 
kebahagiaanku... 
Tenangkan hatiku... 
Lapangkan dadaku... 


xde mood rasa hari ni
rasa nak lari jauh... dan jauh...
Rasa sedih, kecewa dan putus asa..
Tapi ku tahu, sifat2 tu Allah tak suka.. 

Cuba untuk tennagkan diri..
berusaha kembalikan mood segar..

Ya Allah..
Pulihkan perasaan hatiku... 


Nota Ungu: Tak de mood juga nak ngadap blog dan komen rakan2... Maafkan daku...
2 Tahun Tak Rasa Nikmat Kenyang

2 Tahun Tak Rasa Nikmat Kenyang

Selamat pagi...

Pepagi buta buat entry kejap... Apa lah dok buat pepagi ni kan.. Tido la...

Sejam aku kalih kiri dan kanan... Arghhh.. X boleh gak lelap kan mata... Akhirnya aku tewas juga dgn perut sendiri... Lapaarrrr...

Bangun dan bancuh milo susu dan cicah roti gardenia... Hmmm.. Nyum3... Sedap..dimakan dipagi2 buta ni...

Hohoho... Lapaarrrr... Itulah... Dah dua tahun aku tak rasa nikmat kenyang... Erkkk... Bukan aku tak makan... Tapi itulah cabaran dan pengorbanan seorg ibu yg mengandung dan menyusu... Mmg x rasa nikmat kenyang... Baru je lepas makan... Dah kena sedut... Laapr lagi dan makan lagi...

Itu pengorbanan ibu kalau adik2 nak tahu ea... Untung anak2 gadis sbb nnt khwin..jadi ibu...tahulah rasa gane mak kita dulu besarkn kita...

2 tahun dah aku x rasa dh nikmat kenyang... Tapi xpe... Demi anak tersyg..rela ku korbankan..hingga tinggal tulang... Janji Faiqah sihat membsar dgn susu badan aku.. Bangun malam pun.. Xpe lah... Janji dia dh kenyang dan lena dgn susu ibu... Tak semua org dapat tau... Hnya org tertntu... Alhamdulillah... Aku mmpu dan terpilih...

Ok..dah 'sarapan' .. Nak smbung tido semula... Kang jadi panda lak esok... Heee.. Wassalamm...

23 April 2013

G+ Laman Sosial Terbaru

Sapa yg ada email Google atau gmail.com ataupun sapa yg smartphone, pasti de aplikasi g+ kat situ.. Tapi ada yang tak tahu... sbenarnya, google keluarkan 'laman sosial' terbaru untuk pengguna Google.. 


Sebenarnya aku tak tahu sgt, cuma bila masuk dunia blogger, ada kelebihan disitu... dgn G+ boleh meningkatkan rank page dan juga jumlah pengunjung ke blog kita.. entry yg diupdate akan terus dilink dengan G+.. 

G+ bagiku sama je.. dia boleh share entry, post, artikel, gambar dan status... macam FB juga.. cuma link dia terus dgn entry kita menyebabkan.. follower atau rakan2 kita yg dalam friendlist g+ akan dapat notification dari g+ yg ada kengkwan kita update entry terbaru.. menyebabkan org cepat je dapat baca info atau entry terbaru kita.. 

Satu kelebihan bgi yg guna g+.. Blogspot pun ada link dgn nuffnangX.. tapi yg ni aku tak buh kat blog sebab aku tgk susah je org nak komen.. sebab kna buh nama, email, URL dan juga kata laluan (jwb soalan matematik)... so.. xnak lah buh... biar je dgn gaya komen yg lama... janji org snng nak komen.. cuma yg tak boleh klik butang komen tu.. cuba2 lah clean cache ea... buang segala history yg tersimpan di browser anda... insha Allah lepas ni blh komen..sbb entah knapa blog aku ni, coding dia sensitif sikit dgn cache.. nntilah ada masa aku godek2 tgk knapa dan mengapa.. 

Segmen: Salam Perkenalan By Miss BaNu


Dah lama tak join segmen... ni gatai tgn nak join... segmen ringkas yg dianjurkn oleh Miss Banu...
Salam Perkenalan... 

mungkin ada yg belum kenal tuan rumah ni kan.. so aku perkenal sikit latar belakang blog ni.. 
blog ni diilhamkan selepas aku prgnant..maknanya lepas khwin, suamiku suruh buat blog sbg coretan peribadi kisah  aku, suamiku dan anak kami... 

Mula2 belog ni mmg berkisarkan pengalaman aku prgntkan faiqah shja...namun lama kelamaan aku rasa aku seronok berkongsi ilmu... sbb tu bkn kisah kluarga je, tpi tmpt org cari ilmu lain juga disini... termasuk motivasi dan tazkirah..

jika ada follower yg lma ikuti aku, blog ni dah berubah wajah dan header berkali-kali....tapi masih kekal warna tema pilihan aku dan suami...iaitu ungu gelap... opss sebelum terlupa... belog ni perkongsian aku dan suami..sbb tu kdg2 de jga ssekali suamiku mencoret... dan MyFidz ialah gabungan nama My dan Firdz. nama panggilan aku dan suami...

Harapanku hny satu.. semoga blog ni menjadi medan mencari ilmu... dan bermanfaat utk semua.. 


Sesiapa nak join segmen ni... klik banner di atas.. syarat dia pun x susah... 
Tarikh tutup sebelum 3 Mei 2013... 

22 April 2013

Magnet Fridge sbg Kenangan

Sapa suka kumpul magnet fridge...
Aku suka beli jika g sst tempat yg aku lawati...
Sebagai kenangan yg kekal lama....
Bila tgk melekat kat peti sejuk... Teringat kenangan masa kita g ziarah atau melawat sesuatu tempat tu kan...

Best kumpul magnet fridge...
Syok tgk penuh peti sejuk...
Ni antara tempat yg pnh aku g dan ada yg org bg...
Apasal Tak Bosan Layan Citer P.Ramlee

Apasal Tak Bosan Layan Citer P.Ramlee

Kassim, ala kassim... Jangan tinggalkan mak kasim.. 

Lagu Perempuan gila anak saudagar penipu.. 

Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri...

Sua suwe kemuning... 

Tu beberapa dialog dan bait lagu yg popular, yg aku suka.. hehe... banyak lagi citer P.Ramlee yg suka aku layan.. yang pelik tu, aku tak pernah rasa bosan walaupun berpuluh kali tengok dan ulang tayang... tak tahu kenapa... 

Hmm.. sebab tu juga kan, aku rasa hikmah, Allah amik P.Ramlee ni awal sebab kalau tak, tak boleh cari makan la pelakon, pelawak dan penggubal lagu... 

Setiap citer dan lagu P.Ramlee ada unsur2 teladan yg tersirat.. dalam seni lagu beliau, ikut tajwid dan makhraj huruf yg betul sebab tu sedap... tak rasa boring... 

Lagu dan filem P.Ramlee mmg tak de tandingan hingga kini... mmg aku minat tgk hingga kini dan tak pernah bosan... lawak yg bersahaja, tapi penuh makna tersirat.. :)





autopublish
Perlu ke berjenama???

Perlu ke berjenama???

Sejak bergaul dan bersosial dengan ramai org ni.. macam jenis wanita aku jumpe.. Tapi yang paling ketara ialah wanita yg memntingkan jenama.. hmm.. sanggup berhabis wang asalkan barangan tu berjenama... Hmm.. Aku ni dah biasa hidup susah, org pedalaman, org kampung, tak pernah plak nak pikir pasal jenama, asalkan cantik, baik kualiti dan murah.. ok lah.. Tapi sejak dok bandar dan bergaul dengan golongan elit ni.. Jenama jadi satu kemestian... dan ada yg dah jadi kewajipan.. 

Bagi aku berjenama penting bagi barangan elektrik sebab untuk jaminan kualiti.. Kalau beli barangan elektrik, kna tengok yg berjenama macam panasonic, khind, samsung, toshiba dan lain2 yg kita kenali.. Jangan beli barangan elektrik yg cap ayam dan murah serta rendah kualitinya... sebab barangn elektrik menjamin kualiti... kalau barangan yg xde cop sirim atau rendah kualiti boleh bahayakan pengguna... mungkin boleh jadi litar pintas dan terbakar. 

Tapi kalau barangan2 peribadi, jarang sangat aku beli yg berjenama... tambah2 baju bajan.. xde yg bejenama.. kat pasar malam atau yg dilelong pun aku beli asalkan cantik dan padan dengan badan serta tutup aurat... Sama juga dengan tudung... bila org citer pasal jenama tudung beberapa jelah yg aku kenal, tapi aku tak beli sebab mahal.. hmm.. kalau boleh yg murah2 sudah asalkan cntik dan labuh.

Kasut pun, ada jenama cuma jenama yg kurang popular... Aku suka kasut jenam XES sebab murah, ringan dan selesa... pernah beli satu je jenama popular dan mahal iaitu Sembonia.. tu jelah sepasang... Beg tangan tak pernah de yg bejenama... sebab aku mudah jemu pakai yg sama.. so, beli je yg murah2 dan banyak koleksi beg tgn aku.. hehe... 

Mujur juga suami aku bukan jenis yg pentingkan jenama, cuma baju dan barangan lelaki mmg bayk yg mahal2 dan berjenama sebab mahal dan tahan lama... Faiqah pun aku tak pernh beli yg bejenama... kecuali brgan utk menyusu dan juga car seat dan stroller je ada jenama.. kalau baju bajan ni, yg longgok dan lelong pun aku beli.. sebab aku pikir budak2 kan, buat apa nk mahal sebab pakainya sekejap... nnt dah tak leh pakai... pastu tak berbaloi kot nak pakai mahal2 dok kat rumah je.. nanti kotor dah tak cantik.. budak2 tgh membesarkan.. pakai yg murah2 sudah.. 

Ini pendapat dan pandangan aku... jangan ada yg terasa plak.. terpulang lah kalau korang suka yg berjenama sebab kalau duit banyak apa salahnya kan.. Tapi itulah bagi aku berjenama tgk pada barang lah.. Dan tak salah berjnama jika mampu... 


autopublish

Minat Baru: Shawl dan Inner Neck

Orang lain dah lama pakai, aku baru nak pakai... Sekali aku cuba terus minat... hehe.. itulah kisah aku mula minat inner neck... 

Aku suka pakai anak serkup kepala je.. tapi agak susah nak jaga sebab kadang2 bergerak2 serkup tu menyebabkan rambut terkeluar juga seurat dua.. Akhirnya aku try beli inner neck di pasar malam.. murah je.. sekali pakai, haa.. selesa... tak panas dan rasa tertutup penuh.. kalau pakai tudung bawal pun, dah rasa menutup sepenuhnya kerana leher tertutup dengan sepenuhnya.. Tu pun ada org kata kat aku.. "eh, tak panas ke??? Pakai berlapis2 ni... hmmm... terus je aku cakap, dalam nak menutup aurat dengan sempurna xde istilah panas atau rimas kak.. lagipun panas kat dunia je... direct je aku cakap.. 

Lepas inner neck, aku makin minat dengan pashmina.. hhe.. kisahnya aku tgk sorg pmpuan tu pkai.. cantik je.. labuh menutup depan dan belakang...dan tak jarang.. maka aku pun beli sehelai kat uptown.. try pkai gak kat sekolah hari tu... mula2 dan tak biasa mmg rasa susah... Tapi bila selalu pakai mesti rasa senang dan mudah dah kan... Tapi minat aku still pada tudung bawal sebab sesuai dgn semua keadaan dan bentuk muka kan.. tak lapuk dek zaman... :) dan tudung awning tetap pakai, bila rasa nak cepat... Tapi yang penting, dalam apa jua berfesyen, syariat tetap yg utama... tak salah berfesyen asalkan ikut syariat... 
Islam tu kan mudah dan cantik... (^_^)

21 April 2013

Perkembangan Faiqah: 1 Tahun 8 Bulan

Dah lama tak kongsi kisah Faiqah kan..
Dan menjangkau usia 1 tahun 8 bulan dah dia..
Dalam tak diam.. dan nak 2 tahun dah...
Orang smbut merdeka kira bestday utk dia la..

Alhamdulillah.. sihat, cerdas dan cergas...
Banyak cakap... kuat ngempeng dan tersangatlah manja...
Perkataan yg Faiqah pndai sebut.
Tak nak..
Nak...
Makan..
Sedap
Air..
Berat..
Sakit..
Abah..
Dan paling membahagiakan.. faiqah dah pandai sebut UMMI...

Sangat sensitif sekarangni.
Tak boleh ckp kuat sikit..pasti dia ingt kita mrh dia....
Makin pandai bergaya...
Mudah senyum..dan peramah..
Jika bawa dia ke taman permainan... dia nk berkwn..tpi orgyg lari.xnk kwn dgn dia...hehe..

Pandai dh bgtau nk yak...
Makin berselera mkan..
Dan pling suka makan coklat...
Suka tgk upin ipin...
Perktaan yg dia dpt dr upin ipin ialah. " waahhhh" bila tgk sst yg dia suka... dia sebut waaahhh... sejibik mcm upin ipin...hehe...

Oklah.. tu je lah..dpt share.. haa.. satu lagi.. faiqah dah pandai gosok gigi... heee...
Dan juga dh pndai minta adik.. haha.. haru biru ummi dan abi.. hehe...akan dipertmbangkan permintaan dia tu... hehe..

Sarapan Ahad: Pek Nga vs Lempeng

Hari ni merajinkan diri buat sarapan..... Lempeng kelapa...suatu ketika dulu ku panggil pek nga kata org Baling... Heee....
Sedap di makan pagi dan petang... Faiqah pun suka...
Jom sarapan...

Lempeng gulung yg telah dimodified oleh suamiku... Kreatif sgt... Ginilh jadinya... Dh xde rupa lempeng lagi dah... Hihi

20 April 2013

19 April 2013

Orang Cipta Undang-undang Bersebab

Sumber
Hmm.. tak tahu nak kata apa.. nak kesian pun salah sendiri... Sebab tu dalam ujian KPP nak amik lesen, org buta wrna tak leh amik lesen, kecuali ada spek mata khas... 


Banyak lah tgk, dan hari2 aku tgk kes Langgar Lampu merah ni.. aku pun hampir nak langgar org gak.. Orang cipta undang2 tu patuhilah... Buat sebab nak bg disiplin dan utk keselamatan kita gak.. bukan saja2 nak buat... 

Dah buat tak nak ikut, kalau kena jangan salahkan org lah.. Apa2 pun peringatan lah utk semua kes macam ni.. Lain kali hati2 ea pak cik2 dan mat2 moto semua...termasuk lah suamiku sendiri yg naik moto hari2.. Ingatlah org tersyg.. 



Nota Ungu: "Orang beriman tak kan langgar lampu merah"... Renungkan dan selamat beramal.. 

Apa Nak Jadi Budak Sekolah Sekarang???

Belum reda kes Buli, timbul plak kes samseng tandas plak... 


Dah berani rompak dan ancam bunuh (tikam) orang plak... ish2.. sbg ibu bpa dan guru, aku mmg risau dgt dgn situasi ni... hmmm... Apa nak jadi dengan budak2 zaman sekarang??? Siapa yg harus dipersalahkan??? 

Sumber

Hmm.. janganlah jadi macam bangau oh bangau ea.. sama-samalah muhasabah diri dan kerjasama... Jangan nak tunding jari org tu, org ni... xde sapa salah sapa betul... 

Tapi hayatilah kata-kata ni... 

Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya jadi majusi, nasrani atau yahudi

"Melentur buluh biarlah dari rebungnya"

"Janganlah jadi macam, ketam mengajar anaknya berjalan betul"

Semua kata-kata tu ada benarnya... Hayatilah dan muhasabah diri ea... 



Nota Ungu: ee... gerun dgar.. bukan takut tapi risau...

Bila Mood Ke laut

hari ni rasa mood nak blogging xde.. hilang ke mana ntah.. idea nk mencoret pun rasa kering, tapi tajuk banyak je nak share... hadoii.. 


Ke mana ntah lari mood aku nih... macam lemau sikit nak berblog.. ingat nak wat autopublish memndangkan 2 hari nak cuti hujung minggu ni... tapi mood x datang lagi... huhu.. Lagi dasyat nak komen kat entry org pun xde mood.. sorry la kengkwan ea.. 

Tunggu lah. bila mood dah ok, aku menulis ea.. ingat berpantun lak la pas ni.. lets and see.. moga mood aku kembali.. 

Salam Jumaat.. wassalam.. ceria2 selalu.. :)
Tips Hilangkan Mengantuk

Tips Hilangkan Mengantuk

Salam Jumaat...

Moga ceria2 selalu. jangan lemau ea.. hehe... Lemau, lesu, lemah letih dan akhirnya menyebabkan kita mengantuk.. AKu pun gtu, kalau badan penat, rasa nak tidur je.. aku nak kongsi beberapa tips utk hilangkan mengantuk cara aku... Ok, sekali lagi aku ulang, cara aku... maksudnya antara cara yg aku pernah buat utk hilangkan mengantuk.. 

1. Minum air kosong, sebab punca kita mengantuk adalah kerana kekurang oksigen dalam otak, so, minum air kosong byk2...

2. Makan biskut... Mengunyah boleh hilangkan mengantuk

3. Minum kopi... Ni biasa dah org buatkan.. tapi jangan amalkan nescafe, kopi asli xpe,.. 

4. Jangan duduk, kalau dalam kelas aku tak dduk, bangun jalan tgk bebudak buat keje... 

5. Mandi.. ni kat rumah boleh la buat kan..

6. Basuh muka... 

7. lap muka dan mata dengan tisu basah... kalau waktu aku belajar dulu, basahkan tisu dengan air masak, dan lap je kwasan mata.. biasa ngtuk sgt waktu subjek sejarah dan bahasa Inggeris.. hehe

8. Kalau semua teknik di atas, maka, aku cari bantal dan tido.. hehe.. tu maksudnya aku tak cukup tido dan perlukan tido... hehe.. 

Tips tambahan: 
Baca doa dan ta'awuz... sebab syaitan la suka hasut supaya kita mengantuk dalam membuat sst kebaikan da pahala... Doa ni aku dapat dari page Diari hati di FB.. boleh kita amalkan bersama.. 


Selamat beramal... Biasalah kan.. hari Jumaat, mmg kdg2 kita mudah mengantuk.. sebab pertama sbb pikir esok cuti.. hehe.. dan kedua, syaitan tak suka kita buat pahala banyak2 hari Jumaat kan byk pahala dan barakah.. kena lawan gak mengantuk... Kalau kat sekolah, aku akan cari Kopi DCL la utk hilangkan mengantuk.. badan pun cergas lepas minum tu.. tapi yg penting, tak banyak kafein...

18 April 2013

Pelik tapi benar: Fesyen Londeh

Aku terpikir2 gak... Nape la ada fesyen ni... Pelik... Lau pmpuan tu nak pakai ketat dan singkat sbb dia nk tayang body dia yg cntik tu kan wpun tahu haram....

Tapi yg lelaki ni... Yg pakai seluar londeh2 ni apa cerita... Geli je tengok... Fesyen ni gak merebak smpai ke sekolah dh... Eee... Tolong lah... Geli lah tgk fesyen ni...


Nota ungu: pic kartun je... Sbb xnak buh pic sebenar sbb mengaibkan org plak nnt...

Bandar Kerdil Hobbiton

Bandar Kerdil Hobbiton

KEHIJAUAN dan persekitaran Hobbiton dijaga rapi bagi mengekalkan suasana perkampungan kaum kerdil Hobbit.


Tengok pun dah rasa macam nak pergi, ntah2 kalau pergil rasa tak nak balik agaknya.. Cntik betulkan pemandangan tu... Tu salah satu gambr perkampngan kaum kerdil Hobbit yg terletak di New Zealand.. 

Sapa tengok citer  Lord of The Rings dan  filem The Hobbit: An Unexpected Journey tahu la kaum ni.. Kaum ni memang wujud... memang semuanya kecik kat sana... nak masuk rumah kena tunduk lah... dah nama pun kerdil.. tapi yg buat aku teruja... Cantik dan taajub tgk pemandangan di sana,,,, cantik kan... :)

Memang sentiasa ada pengunjung g ke sana.. sebab tak mahal pun pakej g sana... pakej ke bandar Hobbiton bermula serendah NZ$75 (RM189) bagi dewasa.


Dah Banyak Kali Dah, Tolong Lah Beringat

Dah Banyak Kali Dah, Tolong Lah Beringat

Sambil2 buat kerja, baca2 lah berita online... terbaca lagi satu kes seorang kanak-kanak dilarikan oleh penjenayah... Mungkin penjenayah tu nak curi kereta tapi sebab ada budak dalam tu, maka bawa lari sekali..  Ni antara petikan dari Harian Metro

Sungai Petani: “Hanya Allah SWT saja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu apabila melihat Adam yang ditinggalkan di dalam kereta, ‘hilang’ dalam sekelip mata sebaik keluar dari bank.”

Begitu kata seorang ibu, Faridah Osman, 47, apabila anaknya, Adam Hanif Abu Mansor, 6, dilarikan seorang lelaki bersama kereta Perodua Myvi di hadapan sebuah bank di Wisma Ria, Taman Ria, dekat sini, sebelum ditemui semula kira-kira sejam kemudian.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang apabila Faridah meninggalkan Adam dalam kereta seketika untuk mengambil wang di mesin juruwang automatik (ATM) tanpa mengunci pintu.

Ketika kejadian, mangsa bermain gajet iPadnya dan secara tiba-tiba seorang lelaki berusia 30 tahun masuk ke dalam kereta itu lalu melarikannya sebelum ditinggalkan di Taman Wira, dekat sini, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

Tindakan pantas polis sebaik menerima laporan dapat mengesan kereta itu di Sungai Tukang, Jalan Sungai Lalang, dekat sini, dan menahan suspek sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

Aku pernah gak tulis satu entry pasal kes culik di Terengganu, sebab kelalaian ibu bapanya juga... Pintu kete tak kunci, biar anak dalam kereta. Walau sebesar mana pun anak kita, pastikan kereta berkunci dan jgn biarkan kereta hidup.. Aku selalu pesan gtu dekat suami.. 

Jangan nak salahkan penjenayah, kdg2 org tu bukan penjenayah pun, tapi sebab ada peluang (manusia ada nafsu + hasuatan syaitan; iman akan kalah)... sebab tu perkara tu terjadi... mcam kes rogol atau ragut la... bila ada peluang, maka boleh terjadi nya jenayah... 

So, beringatlah... Jangan lalai lagi.. pesanan untuk aku sendiri dan kawan-kawan aku juga... Ingat-ingat dan ingat... Jangan lalai lagi.. Sayangilah dan hargai apa yg Allah beri.. Jaga baik2... Ingat dan ingat sentiasa... :)




Nota Ungu: Dalam Islam diajarkan mengamalkan doa dalam setiap amalan dan pekerjaan... Maka biasakan dan amalakan doa paling kurang "Bismillah"... Insya Allah ada keberkatan dan Allah pelihara kita... (^_^)

17 April 2013

Akhirnya aku terpengaruh gak

Haha.. Akhirnya aku terpengaruh gak...
Setelah sekian lama dok baca dan tgk org main... Akhirnya aku install gak candy crush saga game for android...

Halamak... Lepas ni..jgn terlalai sudah...
Marah en.suami ku kang... Hehe..
Tapi sure aku main time teman dia buat keje je...

Nak tgk smpai level brpa aku blh pergi..
Ni baru nak mula je ni...
Moga smpai ke peringkat tertinggi... Hihi...

Nikmati Kopi DCL di petang hari

Berehat sebentar bersama kopi DCL... Haha.. Mcm iklan la plak... Aku bukan ajen DCL ea.. Jgn slh faham...

Kebetulan ada rakan sekeja aku jual..dan ptg2 rasa bosan lak tak minum apa2 + mengantuk...so aku pun beli.. Sekali rasa.. Sedap plak... Dan ada khasiat ubi bit merah...

So.. Boleh la buat pembasah tekak.. Biasa ku beli kuih.. Tpi hari ni kuih x best kt kantin.. So.. Minum je lah...

Ok.. Selamat nikmati minum petang semua... Jom minum... (^_^)