31 Mac 2013

Jom Repair Badan Sendiri

Jom Repair Badan Sendiri


Sambil rehat2 atau bersantai2... kita boleh la cuba2 repair badan kita sendiri. Rujuk grafik. Picit dan gosoklah bahagian2 berkenaan di tapak tangan kita. InsyaAllah bermanfaat untuk kesihatan. Lagi baik kalau sedang memicit2 atau menggosok2 tu kita baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Surah Qul...

utk wanita yg senggugut teruk pn bleh baca al-fatihah,ayat kursi n 3Qul.hembus pada tangan dan sapukn pada bahagian peranakan.insya'Allah..

Sumber: FB
Perangkap Nyamuk Buatan sendiri

Perangkap Nyamuk Buatan sendiri

KESIHATAN ADALAH SEGALANYA! - JOM BELAJAR MEMBUAT PERANGKAP NYAMUK YANG MUDAH DAN MENENTANG NYAMUK ADEAS DAN DENGGI.


Apa yang kita perlukan ialah:

200 ml air
50 gram gula perang,
1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) dan
1 botol plastik 2-liter.

Bagaimana caranya:

1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher

2. Campurkan gula perang dengan air panas. 
Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.

3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.

4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.

5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.

Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.

Di samping membersihkan rumah , tapak pembiakan nyamuk dan nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini dalam: Sekolah, taska, Hospital,kedai, ladang, dan lain-lain

Sumber: Facebook

Nota Ungu: Jom kita try buat... kalau menjadi share... hehe... 

Tak Kenal Maka Tak Benci

Bila ditanya, siapa musuh utama kita, pasti yang jawab syaitan kan... 
Bila ditanya, dalam banyak, siapa yang paling dibenci???
Pasti jawab, SYAITAN dan IBLIS kan... Tapi sejauh mana kita kenal dengan syaitan, bila kita kenal maka baru lah kita betul2 benci.. JOm kenali syaitan, supaya kita betul2 benci lepas ni...


Iblis: 
  1. Ketua kepada semua syaitan-syaitan
  2. Merupakan satu makhluk yg dicipta dari Api dari bangsa Jin.
  3. Dilaknat Allah hingga kiamat kerana keingkaran sujud kepada Adam a.s.
Tabiat Syaitan:
  1. Pemarah (surah al-Baqarah, ayat 34) : Sebab tu jika nak marah, ingatlah ianya adalah dari syaitan
  2. Benci kepada zikir Allah : jika kita bencikan syaitan, kita buat apa yg syaitan benci, maka berzikirlah
  3. Sombong dan takbur : jangan sombong dan takbur bila dapat sst kurniaan dan nikmat
  4. Suka membazir dan kufur (surah al-Israk ayat 26-27) : sebab tu, Nabi s.a.w mengingatkan jangan membazir wlaupun ketika berwuduk
  5. Gemarkan arak, judi dan tilik nasib (surah al-Maidah, ayat 90) : jika benci syaitan jangan buat...
  6. Pengotor : org yang bencikan syaitan akan, jaga kebersihan diri, pakaian dan tempat tinggal.. termasuk tempat awam... 
  7. Suka memungkiri janji (surah Ibrahim, ayat 22) : jangan mungkir janji sebab salah satu juga sifat org munafik
  8. Suka sebarkan fitnah (surah al-Baqarah, ayat 102) : Yang ni selalu sgt org buat, tambah-tambah zaman moden,,, kat FB, jangan share sst info jika kita tahu hakikatnya..
  9. Suka mengapikan musuh (surah yusuf, ayat 100) : mengadu domba dan jadi macam "Mami Jarum"
  10. Pandai mengambil kesempatan : biasa kalau dalam rumahtangga  kan.. mulanya merajuk manja, dari merajuk boleh jadi gaduh sebab syaitan amik kesempatan.
  11. Berurusan dengan tangan kiri : Nabi s.a.w suruh utamakan tangan kanan dalam setiap urusan.
  12. Gopoh dan gelojoh : kalut je... tak menyempat-nyempat dalam segala hal... tu perangai syaitan la tu..
  13. Suka merayau waktu maghrib : Sebab tu, org2 tua suruh dok dalam rumah bila maghrib... tapi zaman skrg dah tak kisah kan... 
Senjata bagi menghadapi Serangan Syaitan
  1. Sentiasa menambah ilmu pengetahuan
  2. Menutup segala ruang munculnya fitnah
  3. Sentiasa menyanggah serta menentang syaitan
  4. Sentiasa bersama jemaah muslim
  5. Berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah
  6. Sikap waspada terhadap syaitan
  7. Memohon perlindungan dengan Allah
  8. Sentiasa mengingati Allah (zikrullah)
  9. mengenalpasti semua strategi syaitan
  10. sentiasa taubat dan istghfar.
banyak ayt al-Quran mnceritakan tentang sumpah Iblis dan syaitan kpada Allah utk menghasut manusia walau dengan apa cara sekalipun... semua info diatas diringkaskan... untuk bacaan detail dan teliti, boleh bca dr buku "Ayat-ayat Syaitan" karangan Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz... moga bermanfaat utk semua...dan moga lepas kita boleh benci sebenci-bencinya... 

Berakhir Sudah


Dah genap seminggu... berakhir sudah cuti kali... sekejap sangat rasa... seminggu kan.. nak rasa apa la cuti.. tambah2 aku dok umah je... tak bercuti mana-mana pun kali ni.. 


Hari ni, kena siap mental fizikal utk bekerja kembali... Get ready dengan program2 seterusnya... kembali dengan rutin biasa, suri rumah bekerja... Moga ada semangat baru lepas cuti... 

Esok mesti sibuk sebab ada pemantauan dalam minggu nih... entah la.. aku tak rasa apa2 pun.. aku buat mana yang mampu je lah.. kerja yg ada pun buat aku serabut... apa tah lagi keje2 lain... Cuba untuk bangun dengan semangat dan kekuatan baru... lupakan kesedihan dan kekecewaan dalam diri... 

Yaaaa... AKU BOLEH, AKU KUAT, AKU MAMPU BUAT!!!... 

Lepas nih, pasti kurang dah aktiviti aku berbelog... dah xde masa sangat nak beronline sntiasa dan juga mengadap belog... Namun, entry aku akn update juga sekali sekali dengan guna mobile atau autopublish saja... Hopefully ada lagi lah org jengah belog ni, agar ianya tidak suram... 


Nota Ungu: Tunggu cuti bulan 6 nanti baru nak bercuti puas-puas di kampung... Ingat nak dok sana dari awal cuti sampai habis cuti... Moga dipermudahkan... 
KISAH BERKAT DISEBALIK MEMBACA BISMILLAH

KISAH BERKAT DISEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Sumber: Page Bercinta Selepas Nikah

Nota Ungu:  Jom lepas nih...kita amalkan baca bismillah dlm apa jua pekerjaan...

30 Mac 2013

Laksa dan sirap limau

Baru nk update...
Siang tadi dapat juga masak laksa.. Setelah sekian lama tak masak... Akhirnya jadi gak laksa hari ni...
Pepagu en.somi g pasar beli bahan2 nak masak laksa... Sesampai je bahan2 ke rumah... Aku terus memasak laksa... Dari menyiang ikan hingga ke hidang utk makan... Masak lebih sebab bagi jiran2 dan tuan rumah sekali..maklumlah..org baru di sini...
Tapi kurang best sebab silap beli laksa.. Terbeli laksa sarawak...kecik...x best sgt la rasanya... Tapi ok lah... Bertambah suami makan... Hehe... Dia mmg suka laksa mujur la khwin org kedah kan... Hihi...
Ok lah... Aku tgh msak utk makan malam lak... Sup ayam dan ikan goreng saja... Ok lah kan utk makan malam...
Tertipu angkara FACEBOOK

Tertipu angkara FACEBOOK

Ada lagi kes penipuan internet..ingat dh reda...yang pelik masih ada yg percaya dan tertipu lak tu... Hmmm...kalau aku mmg jnis ssh nk pcya kat org... Tmbah2 kwn2 dr internet... Tapi ni lah dikatakn cinta itu mmbutakan hati...

MELAKA - Dua wanita mengalami kerugian lebih RM160,000 setelah diperdaya melalui Internet oleh warga Nigeria yang menyamar sebagai lelaki kulit putih.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Melaka Supt Soh Hock Sing berkata dalam kes pertama, seorang suri rumah berusia 52 tahun kerugian RM155,343 selepas berkenalan dengan seorang lelaki melalui laman sosial Facebook sejak Jun 2012.

Beliau berkata lelaki terbabit menyatakan akan mengirim hadiah seperti barang kemas dan wang tunai kepada wanita tersebut sebagai tanda kasih sayang.

"Mangsa kemudian dihubungi suspek mendakwa barang berkenaan ditahan pihak berkuasa kerana terlalu bernilai dan mangsa perlu membayar sejumlah wang untuk melepaskan barang tersebut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Melaka di sini hari ini.

Katanya mangsa kemudian memasukkan wang terbabit melalui lima transaksi ke dalam lima akaun berasingan termasuk milik seorang wanita tempatan berusia 55 tahun.

Soh berkata menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis pada 22 Feb lepas sebelum seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan.

"Hasil siasatan, wanita terbabit mengaku berkenalan dengan seorang lelaki warga Nigeria dan diarah membuka akaun dan mengeluarkan wang diterima selain menerima komisen berjumlah RM250 daripada suspek," katanya.

Katanya polis kini giat memburu lelaki yang terlibat dalam penipuan itu.

Dalam satu lagi kes, seorang wanita yang merupakan pembantu stor di sebuah syarikat elektronik di sini berusia 38 tahun kerugian RM10,500 setelah diperdaya dengan taktik sama.

Soh bagaimanapun berkata pihaknya berjaya menahan seorang wanita tempatan berusia 33 tahun dan seorang lelaki Nigeria berusia 28 tahun setelah menerima laporan polis pada 18 Jan lepas.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 19 kes penipuan melibatkan Internet dilaporkan sejak Jan lepas hingga kini melibatkan kerugian berjumlah RM240,925. - Bernama

Sumber: berita sinar

Terima kasih upin ipin...

Alhamdulillah selesai keje umah... Terima kasih upin ipin jagakan Faiqah... Hehe...
Cara terbaru aku mengasuh faiqah utk mudahkn aku buat kerja.. Aku download video2 upin ipin dr youtube guna free youtube downloader... Cnvert siap ke format. Avi... Pastu msukkan dlm pendrive... Cucuk kat tv... Then psg la...
Banyak aku download... Termsuk video2 zikir dan qasidah dan juga citer pada zaman dahulu...
Tu je lah cara senang nak bg dia diam.. Bagi biskut dlm tupperware dok depan tv... Lepas tu buat kerja rumah smbil pantau dari jauh... Xde lah dia nk aku buat kerja... Nak msak ke...mop lantai ke...sapu sampah ke... Senang keje... Tapi dh besar sikit tak boleh dh bg tgk sgt citer nih...sbb takut pengruh lak. Nnt..
Ok... Nak buat kerja lain lak...
Pen off..wassalamm...

29 Mac 2013

4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW

4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW


PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.

KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.

Rasulullah SAW bersabda. “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.

Dalam kehidupan kita sebagai orang Islam, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasulullah SAW itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.

Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan ALLAH SWT Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.

Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yang mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.

Sekiranya sebelum ini anda leka….Ianya masih BELUM TERLAMBAT…ajarlah dan ajaklah anak-anak anda untuk SOLAT….kerana ianya kunci bagi segala-galanya permasalah didunia ini…

Sabda Rasulullah SAW : “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” – Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim

Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan ALLAH, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” – Hadis Riwayat Muslim

Sumber: Page @FB
SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

 Info yang aku amik dari wall FB... Jika ada tanda2 di bwah ni, pergi jumpe doktor, jika berlarutan, cepat jumpe perubatan Islam... Tapi sebaiknya mohonlah pencegahan dengan mengamalkan ayat suci al-Quran.

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang...

Sumber: Facebook
Kenangan Sebelum Menjadi Drifter di KL

Kenangan Sebelum Menjadi Drifter di KL

Seronok baca kisah adik2 blogger yg baru dapat lesen kereta... teringat pengalaman aku sebelum skrg jadi pemandu kereta viva sport... 

Aku memula amik lesen masa tengah study di UTM tahun kedua. Masa tu ramai kawan2 aku amik lesen, so aku pun rasa nak amik juga. Aku amik lesen kete je. Telefon bapaku dikampung, bapaku izinkan..alhamdulillah... 

Jadi aku gunakan sbhgian duit PTPTN dan duit sokongan dr fmilyku utk amik lesen, sepnajang hidup aku tak pernah pegang stereng kete...kiranya lepas lulus lesen L, tu lah pertama kali aku amik lesen. Suka duka masa belajar, curi2 masa stdy..time xde kelas, mmg booking utk belajar memandu,,.

Pengalamanku, drive mula2 memang kekok, tambah2 sekali sekala memandu,,, pernah aku belajar dgn cikgu memadu yg gatai... eee..geli geleman ku..rasanya kalau buat aduan s3ksual kena la cikgu tu,.. tapi mujur sekali je... lpas tu dh x kena dgn ckgu tu..semua cikgu yg baik2... 

Aku test JPJ 2kali... kali pertama aku, lulus part bukit...tapi part jalan raya aku failed..sebab mmg nasib tak baik aku dpt JPJ pmpuan yg straight...mmg ckgu yg bgtau aku...jpj tu mmg nqsib lah sape yg dpt... 

Setahun aku belajar baru dapat lesen... tapi lesen tu simpan je., x pernah drive pun... tapi pengalaman aku, pernah suamiku..yg pada msa tu tunang la kan... suruh aku bawa balik kete ke kg, dan msa tu aku dh hbis stdy...kebtulan msa hbis tu dia kena operasi di Sabah 3 bulan..so dia suruh aku bawa ba
Ik ke kg aku... itulah pertama kali aku drive jauh seorg diri, dr KL ke JB... tawakal je kan.. x pernah pgg stereng lpas dpt lesen, pastu trus drive jauh...

Tu kenangan... sekarang aku dh cekap drive kete manual viva 660 sporty... pertama kali aku drive di KL lepas posting..masa tu PJJ dgn suami... nak tak nak kna drive sndiri ke tmpat kerja... melalui MRR2 dn DUKE mmg menguji..dh la prgnant masa tu... mmg redha je lah...dan tawakal...

Sekarang dh agak cekap dan berani sikit hadapi pemandu2 di bandr besr nih... makin selesa dgn kete tu,,, smpai somiku nk tukarkn ke auto aku tak nak sbb seronok drive guna kete manual...siap dia plak risau sbb takut aku drift... pernh dia serang hendap.rakam aku memndu msa balik keje... haha..kantoi la,.aku drive laju masa tu... hihi... 

Apa2 pun tu semua kenangan...walaupun aku drive laju aku tetap ingat pesan suami, dan banyak cara memandu dia mempengaruhi cara aku memnadu... ikut peraturan jalan raya..dan berhemah ketika memndu.... 

Buat adik2 yg bru dapat lesen tu, memandu dgn mematuhi jalan raya... gunakan isyarat tu sebaiknya.,jgn peram je...sbb byk dh dok tgk lesen P bru lagi tapi bawa kete..,mcam pelesit..saborrr je lah.., hati2 memandu ingat org tersyg....

Nota Ungu: mak aii,,,panjangnye story aku.,, hehe,,harap de la yg baca bebelan kenagan aku smpai habis.,,sja nk kongsi cerita.,. Sbg diari kenangan..,, :D
Ohh.... Harammmmm!!!!

Ohh.... Harammmmm!!!!

SAlam Jumaat,,,

Lama aku tak lepak depan tv tengah2 hari ni... hari Jumaat jadi nih ada peluang lepak la,.sbb x keje.. layan drama kat tv3... biasa hari Jumaat mmg de drama best2 kat tv3..

Sambil landing2 tidokan faiqah...haa...citer baik punya... tajuk macam best je.,, Islamic story... 

Kisah pasal Rahimi yg baru balik dr belajar agama yg terlalu straight sgt dlm hukum... semua haram...

Bagus dramanih...nak tunjukkan dlm dakwah perlu juga kelembutan bukan kekerasan.,, Islam tu indah dan mudah cuma jgn cemari dgn kekerasan dan permudah-mudahkan... 

Cinta itu indah...cinta juga dtg dr hati... banyak pengajaran walaupun ada yg kelakar... dalam nak tegur org dan nak tegakkan amar makruf nahi mungkar...kena ada kaedah dan caranya,., bukan tegur mcm si Rahimi tu buat... 

Berdakwah tu wajib bagi semua org Islam.... cuma perlu ingat Hidayah itu milik Allah.... dan setiap org jgn tggu hidayah datanh mencari kita tapi kita yg kena usaha mencari hidayah.,. Ibarat makan nasi..kita tak kan tunggu nasi masuk dalam perut kita, tapi kita yg kena usaha masak nasi, ceduk masuk pinggan dan suap masuk mulut....

Renung2kan dan selamat beramal... semoga kita istiqamah dlm kebaikan... 

Tips Pilih Hospital Bersalin



Anda sedang hamil? Tentu persoalan di mana hendak bersalin bermain-main di fikiran. Memilih antara bersalin di hospital swasta atau kerajaan menjadi dilema pasangan bakal papa dan mama. Mana satu pilihan terbaik? Dapatkan maklumat berikut sebagai garis panduan.

Sewaktu melihat hospital dan klinik bersalin, anda tentu berasakan ia sama sahaja. Tetapi hakikatnya, bukan semua dapat memenuhi keperluan anda. Penting bagi anda menyenaraikan kriteria yang perlu ada pada hospital dan klinik bersalin yang sewajarnya menjadi pilihan anda.

Hakikatnya anda sendiri yang perlu membuat keputusan hospital mana untuk melahirkan bayi berdasarkan faktor keperluan, kemampuan dan keselesaan anda. Usah mengikut orang lain kerana setiap orang lain-lain keperluan dan kemampuannya.

Kebanyakan pakar obstetrik & ginekologi yang berpengalaman luas dalam bidang perbidanan dan sakit puan di hospital swasta dan kerajaan mempunyai panduan untuk bakal-bakal ibu dan wanita yang sedang merancang untuk memiliki anak ketika membuat pemilihan hospital untuk bersalin.

1.      Pastikan anda tahu mengenai latar belakang sejarah kesihatan penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, epilepsi, asma, jantung, kencing manis  atau komplikasi semasa hamil dan melahirkan (yang lalu)  yang memerlukan penjagaan rapi. Dapatkan pandangan daripada doktor O&G yang memeriksa anda.

2.      Adakah hospital yang dipilih membenarkan pasangan anda masuk ke bilik bersalin semasa proses kelahiran bayi? Jika anda merancang untuk menyusukan bayi secara eksklusif, ambil tahu adakah hospital pilihan anda merupakan hospital rakan bayi (menyokong penyusuan susu ibu secara eksklusif).

3.      Pastikan anda selesa dan serasi dengan doktor pakar O&G di hospital tersebut kerana dia akan memantau sepanjang kehamilan dan menyambut kelahiran bayi anda. Oleh itu sebaiknya biarlah pemilihan hospital bersalin dilakukan di awal kehamilan. Ini membolehkan anda dan doktor membina hubungan yang baik seterusnya memudahkan anda berkomunikasi jika ada sebarang masalah berkaitan kehamilan anda.

4.      Pastikan lokasi hospital bersalin yang dipilih paling hampir dengan rumah kerana tidak tahu bila berlaku kecemasan. Jadi ia mudah untuk datang secepat mungkin tanpa perlu menempuh kesesakan jalan raya.

5.      Pastikan hospital pilihan mempunyai kepakaran dan kemudahan yang lengkap jika berlaku sebarang kecemasan semasa melahirkan anak.  Bagi mereka yang berisiko tinggi seperti ada masalah kesihatan, berpengalaman bersalin secara pembedahan caesarean, ada komplikasi semasa hamil, digalakkan bersalin di hospital kerajaan kerana kemudahan dan kepakaran yang lengkap dan cukup. Ini kerana bukan semua hospital swasta mempunyai pakar bius yang bersedia sepanjang masa atau kemudahan unit rawatan rapi neonatal.

Selepas meneliti serba sedikit maklumat mengenai beberapa hospital berikut, mungkin anda sudah memiliki panduan untuk memilih hospital bagi melahirkan zuriat. Tidak kira sama ada pilihan anda adalah hospital kerajaan ataupun swasta pastikan kriteria penting yang memihak kepada keselamatan diri sendiri dan bayi menjadi keutamaan.

Memang tidak dinafikan antara kedua hospital mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing yang hanya boleh dipertimbangkan oleh bakal mama sendiri. Bagaimanapun faktor kewangan juga antara perkara penting yang perlu diambil kira ketika memilih hospital bersalin.

Jika berkemampuan dan mahukan layanan lima bintang tidak salah memilih hospital swasta terkemuka sebagai pilihan bersalin. Namun bukan bermakna mereka yang memilih hospital kerajaan tidak menerima perkhidmatan berkualiti kerana kita sedia maklum fasiliti di hospital kerajaan lengkap dan canggih. Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera.

Sumber: Majalah PaMa

Nota Ungu: Aku dulu bersalin dekat hospital kerajaan je.. mana mmpu nak g swasta.. Namun rezeki, hospital tu mcam hospital swasta.. layanan tip top.. makanan pun best... Terima kasih buat semua doktor dan nurse2 di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah... 

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM


1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.. 7 sehingga
15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA....

Sumber

28 Mac 2013

Zakat Pendapatan melalui Potongan Gaji Secara Online

Alhamdulillah... saja nak share... klau ada yang belum buat boleh buat... Bayar zakat pendapatan secara online melalui potongan gaji..

Dah lama nak buat, tapi tak terbuat. Alih2 en.somi bgtau boleh je secara online... Pergi je ke lamn web Pusat Pungutan zakat di http://www.zakat.com.my/.


Kemudian, klik bayar... kalau belum register, klik kat pendaftaran baru.. kalau dah daftar login je... lepas dah masuk tu, klik Bayar... pastu isi berapa yg korang buat potongan setiap bulan... pastu klik "Pembayaran Melalui Potongan Gaji"

Lepas tu, isi je borang tu semua, dan klik submit.. lepas sistem diorg terima, kita boleh cetak borang kita isi. PIhak PPZ akan buat follow up dengan majikan dalam masa 7 hari masa bekerja untuk buat potongan gaji. 
Borang en.somi

Borang puan.isteri

Rasa lega dah bayar zkat kan... Rasanya bayar zakat juga boleh buat pengecualian cukai.. Yang ni kena g LHDN la kan.. belum sempat nak buat... insya-Allah dah cnfirm dengan PPZ nanti, nak g LHDN plak... 

Mari berzakat, tunaikan ibadah dnegan online sahaja... 
Mengintai Pemanggang Ajaib

Mengintai Pemanggang Ajaib

Salam semua.. dah makan tengah hari??? 


Aku belum lagi.. baru pas masak utk Faiqah.. jap g nak lunch plus mkan petang sekali... gtu dah kalau makan sendiri... 
PA jenama AVON

Jenama yang tengah HOT sekarang...

Tengah syok2 memasak, tetiba en.somi telefon bagitau, Pemanggang Ajaib (PA) ni ada jual kat PERNAMA jenama Vantage... harga murah je.. RM99... hah! teruja aku, dan2 aku suruh hubby beli... sekali dia bagitau... kena beli hutang, kalau cash kena beli 5 sekali gus.. hadoii... nak buat apa sampai 5, then banyak plak duit aku nak beli sampai 5 melainkan aku de geng yang sama2 nak beli dgn aku, ok la kan... 

Now, aku sedang meng'ushar' PA ni kat internet... banyak dah jenama.. macam2... aku dok ushar yg AVON pun dah banyak kali... hrga lebih kurang je... kalau nak murah g Langkawi la.. haha.. tak kuasa aku, nak g Langkawi semata-mata nak beli pemanggang tu.. haha... 

Agak ketinggalan aku kan.. ramai dah para suri rumah tangga memiliki PA ni..sebab memang memudahkan teknik memasak, cepat dan senang... nak masak macam2 dalam tu pun boleh... Tengok resepi diorg masak macam2 dan sedap2 lagi lah buat aku teruja... tak sabar nak memilki PA ni.. 

Sabar...sabar... insha Allah adalah rezeki ku nanti kan... Kang dah de PA tak termasak plak aku.. kihkihkih... Ok lah.. aku nak teruskan ushar2 dan nak mamam... Doakan aku dapat memiliki PA sendiri ek.. hehe... ketinggalan betui... hihi.. 
Jangan buang botol minuman itu!!!

Jangan buang botol minuman itu!!!


kalau korang suka sangat minum air dari botol, botol minuman lah.. tak kira air mineral ke air apa2 pun.. botol tu jangan buang... kumpul dan buat macam brader dalam gambar tuh... pastu bawa pasangan korang naik keliling tasik... hehe... kreatif kan.. 

Idea bernas gak tuh kan... blh gak buat kenderaan time banjir dan hujan2 kan.. jimat dah tu poket nk beli bot... hehe... 

Sumber gambar: Dari SINI

Import Dari Sarawak

Alhamdulillah.. menikmati hari khamis yang indah... 

Hari ni sarapan special dari Sarawak.. import khas tau.. Naik kapal terbang MAS lagi... apa tuh??? 

Tadaaa...
KEK LAPIS SARAWAK

TABALOI
Ni lah sarapan paling gempak rasanya kan... Pepagi dah makan kek lapis sarawak.. Import khas dari sarawak,,, kawan suami bawa dari sarawak.. datang sini atas hal kerja, tapi suami ku kirim la sebab dia nak dtg sini kan..

Dua jenis kek lapis, Yang warna purple tu perasa blueberry..yang ni sedap.. dan yg hijau kuning tu, perasa masam manis, yg ni suamiku suka, aku tak suka sgt sbb manis... 

Tabaloi Mukah, yang ni lain sikit dari suamiku pernah beli dulu.. Harga 3 kotak RM10 je.. Kek lapis, satu RM10... tu harga pasaran Sarawak ea.. kalau beli kat kedai2 kat sini, mau berpuluh harganya.. 

Rasanya, kek lapis tu mmg org tak pernah miss la kan kalau pergi sarawak.. tu tredmark sarawak, tabaloi ni sagu sarawak.. mmg sedap kalau wat jajan.. Faiqah pun suka makan.. 

sapa2 yang pergi sarawak, jangan lepas kan peluang nikmati dua makanan popular sarawak ea... 
rugi tak beli.. 
Ciuman Pagi

Ciuman Pagi


Alkisah ciuman pagi…

Sejak kecil saya sering melihat, ayah sebelum keluar dari rumah untuk kerja, ayah akan mencium dahi ibu sambil membisik ‘I love you’ di telinga ibu.

Ibu pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan ayah dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, ibu akan menghantar satu sms untuk ayah bertanyakan sudah ayah makan tengahari.

Bila lepas azar, ibu akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama ayah.

Ibu tidak bertanya apakah ayah malam ini akan pulang makan. Ibu selalu masak dan lepas itu barulah ibu menghantar sms ke ayah bertanya apakah ayah akan pulang untuk makan.

Jika ayah kata ya, ibu akan tunggu sehingga ayah balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu ayah.

Satu malam, ibu bertengkar dengan ayah kerana ayah berkata sesuatu yang ibu tidak suka.

Pada sebelah paginya, ibu tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan ayah. Saya lihat air mata ibu bertakung menunggu untuk tumpah.

Tapi ibu dan ayah tetap tidak bercakap antara satu sama lain.

Pagi itu, ketika ayah keluar pintu rumah, ayah tidak mengucup dahi ibu. Ibu pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada ayah.

Apabila kereta ayah sudah keluar, ibu menangis.

“Ibu, mengapa nangis?” tanya saya.

“Tak ada apa,” kata ibu yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.

Ibu balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke sekolah.

15 minit kemudian, ada kereta berhenti di depan rumah. Saya keluar melihat.

Ayah patah balik. “Mana Ibu?”

“Dalam bilik.”ujar saya

Ayah terus ke bilik. Saya mengikut. Ayah terus memeluk Ibu dan mencium dahinya dan membisik ‘Abang Sayang Ayang,’ di telinga Ibu. Ibu dan Ayah bersalaman dan memohon maaf antara satu sama lain.

Air mata ibu terus mengalir lagi dan ibu menangis tersesak-esak.

“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata ayah sebelum beredar balik ke kerja.

Ibu tersenyum semula.

“Ibu tadi menangis pasal ayah ke? Ibu senyum ini pun pasal ayah ke?”

“Anak ibu ini. Ya, ibu menangis dan senyum pun untuk ayah” jawab ibu.

“Ayah ini nakallah, sekejap buat ibu ngangis, sekejap buat ibu senyum,” kata saya.

“Tak. Ayah orang baik. Ibu yang sakitkan hati ayah semalam. Apa yang ibu nak ayah beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan ibu. Ibu merajuk semalam tatkala ayah letih kerja kerana lupa belikan hadiah ulangtahun perkahwinan untuk Ibu. Ayah kata terlupa, Ibu pula terlebih kata ayah tidak menghargai Ibu dan lebih memntingkan kerja dari keluarga.

Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana ayah tak buat demikian, ibu merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila ayah pergi kerja tak cium dahi ibu, ibu menangis bukan kerana ayah, tapi kerana ibu terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan ayah, dan terasa ayah tak sayang kat ibu. Tapi apabila ayah balik mencium dahi ibu, ibu terasa ayah sangat sayang kat ibu dan ibu rasa diri ini amat dihargai, dan ibu sempat memohon maaf pada ayah, sebab itu ibu senyum,” kata ibu.

Saya tak berapa faham kata-kata ibu kerana masa itu kecil.

Sebelah malamnya, saya bertanya ayah ketika ibu sudah tidur keletihan.

“Ayah....., mengapa ayah patah balik pagi tadi?” tanya saya.

“Ibu dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila ibu tahu ayah terlupa beli hadiah ulangtahun perkahwinan untuk ibu, ibu terasa hati dan cakap ayah tidak menghargai ibu dan lebih mementingkan kerja dari keluarga. Ayah terguris sedikit, tapi ayah ada ego tak nak mengaku salah".

Masa memandu terfikir bagaimana ibu setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu ayah pulang untuk makan malam bersama, ayah terasa bersalah bertindak kejam pada ibu dengan tidak bersalaman dan mencium dahi ibu. Ayah pulang kerana ayah tahu ibu adalah orang terpenting, nadi dalam hidup ayah dan ayah tak boleh biarkan ibu sedih walaupun sesaat... Anak ayah akan faham bila dah kahwin nanti,” terang ayah.

Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui ayah dan ibu. Rupa-rupanya ombak yang melanda ayah dan ibu sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kasih sayang dan cinta dengan orang tersayang, setelah ombak itu reda kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.

3 Perkara Yang Perlu Disegerakan

Pernah jumpe dengan org yang kelam kabut tak??? Semuanya nak cepat.. letihkan kalau bekerja dengan majikan macam ni dan buat kerja dengan org macam ni... semua nak cepat dan kelam kabut. Biasa yang aku terjumpe ialah org yang kelam kabut ketika memandu... haisshhh... memang membahayakan diri sendiri dan org lain... 

Jom hayati sabda Nabi s.a.w ni.. pasal segera dan ada perkara yang perlu kita kalut kan... 

ثَلَاثٌ لَا تُؤَخِّرْهَا : الصَّلَاةُ إِذَا أَتَتْ ، وَالْجَنَازَةُ إِذَا حَضَرَتْ ، وَالْأَيِّمُ إِذَا وَجَدْتَ لَهَا كُفْئًا

Ertinya : Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemuinya yang sesuai untuknya. (Riwayat At-Tirmizi )

Menurut Hadis ni, 3 perkara yang perlu kita segerakan... 

1. Solat
Perlu segera solat apabila masuk waktu, tinggalkan segala hal yang penting kecuali hal yang memang tak boleh dielakkan... 

2. Pengurusan Jenazah
Apabila berlaku kematian, cepat2 hebahkan dan berusaha untuk sempurnakan sesegera mungkin... Jangan nak simpan sampai berhari-hari baru nak kebumikan... Nabi s.a.w suruh segerakan... 

3. Kahwinkan Anak Gadis
Ini peringatan untuk ibu bapa yang ada anak dara... Perlu segera carikan jodoh yang baik2 atau jika ada org yang sesuai masuk meminang segera kahwinkan. Jangan bertunang lama-lama... Segera kahwinkan... 

Tiga perkara ni yang Nabi s.a.w suruh kita kalutkan.. Yang lain-lain tak yah nak kalut-kalut sangat... Kadang-kadang kita sanggup lambatkan solat sebab nak siapkan kerja yg 'urgent', tugasan yang ada, assignment yang nak dihantar... Padahal Allah dah memanggil kita... hmmm.. 

Renung-renungkan dan selamat beramal... Muhasabah diri dan peringatan untuk diri sendiri juga... 

27 Mac 2013

99 Petua Tawan Hati Suami :)


Semua petua yg tertera di bawah ini adalah dari pakar motivasi popular Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah..beliau menggariskan 99 petua menawan hati suami yg boleh dipraktikkan isteri dan bakal isteri. Petua tersebut ialah : 

1) Berdoa agar disayangi. 

2) Tegur dan sentuh suami sebelum sambung perkara lain bila dia balik ke rumah. 

3) Tunjukkan keprihatinan dgn bertanya secara khusus mengenai kegiatan sepanjang hari (jika suami dlm mood yg sesuai). 

4)Berlatih mendengar dgn baik dan bertanya dgn tepat. 

5)Jgn tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa yg lebih penting adalah simpati. 

6)Beri suami masa berkualiti sekurang-kuranya 30 minit. 

7)Tanya ibu mentua,abang atau kakak ipar mengenai hadiah disukai suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau semasa memujuk. 

8)Masak makanan kegemaran suami. 

9)Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut,wajah,pakaian dan sebagainya. 

10)Pujuk suami bila dia marah atau berkecil hati. 

11)Minta bantuan sesuai pada masa,tempat dan jenis kerjenya. 

12)Elakkan suami daripada menunggu terlalu lama bila bersiap. 

13)Bila suami memberitahu yg dia akan pulang lewat,ucapkan terimakasih kerana memberitahu. 

14)Bila suami meminta bantuan,buatlah dgn serta-merta dgn ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen. 

15)Ucapkan kata-kata sayang yg romantik dua kali sehari. 

16)Jika marah, tunggu hingga sejuk.Bila sudah sejuk,beritahu suami apa yg menganggu fikiran secara sopan.Jgn salahkan suami. 

17)Bila suami bercakap,beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh hentikan apa sahaja tugas yg sedang dilakukan. 

18)Bila memesan barang kpd suami yg kekedai,senaraikan diatas kertas. Jgn biarkan suami ke kedai dua tiga kali. 

19)Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur. 

20)Peluk suami dgn penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari. 

21)Telefon suami ditempat kerja hanya bila penting.Telefon dgn kerap jika suami suka. 

22)Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala,tanya bila dia pulang. 

23)Jgn ganggu suami semasa asyik melakukan sesuatu. 

24)Bila suami marah,jgn menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar setelah dia tenang. 

25)Bila meminta batuan suami: Terangkan kpd suami mengenai kerje rumah yg memerlukan bantuannya. Beri pilihan kerje yg disukainya. Jgn suka mengarah. Gunakan perkataan yg sesuai dan lemah- lembut. 

26)Pesan suami menelefon rumah jika bertugas luar. Jgn pula melenting jika dia tidak berbuat demikian. Beritahu dia yg anda cuma risau. 

27)Sentiasa kemas,anggun dan wangi sebelum tidur bersama. 

28)Sokong pendapat suami walaupun pendapatnya berbeza dgn org lain. 

29)Bila keluar berkereta: Jgn ganggu suami yg sedang memandu. Jgn menunjuk-nunjuk jalan selagi tidak dipinta suami. Jgn berleter bila suami tersalah jalan. Bersangka baik apabila tersesat jalan. 

30)Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa impian seksual. 

31)Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami. 

32)Jgn menukar-nukar saluran televisyen bila menonton bersama suami. 

33)Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendaknya. Segala bantahan dilakukan semasa berdua-duaan. 

34)Bila berpegang tangan,peganglah bagaimana disukainya. 

35)Buatkan minuman suami tanpa diminta atau bertanya. 

36)Beri suami peluang memilih tempat makan bila makan diluar. 

37)Cepat bersiap dan jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai. 

38)Tanya suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai apabila disisinya. 

39)Lebihkan suami daripada anak-anak. 

40)Belikan suami hadiah-hadiah yg berguna seperti tali pinggang,kasut,cermin mata hitam, dan sebagainya. 

41)Tolong suami mencuci kereta,potong rambut dan sebagainya. 

42)Beri layanan istimewa pd suami dihari-hari istimewa. 

43)Pergi dating atau berbulan madu. 

44)Jika suami melakukan kesilapan,jgn tempelak atau pulangkan paku buah keras. 

45)Hantar kad ucap selamat pd hari-hari istimewa. 

46)Selalu urut suami. 

47)Tunjukkan keprihatinan terhadap perasaan suami. 

48)Suami akan lebih bersemangat dan bertanggungjawab bila dia terasa diperlukan isteri.Isteri perlu mempamerkan bahawa dia benar-benar memerlukan suaminya. 

49)Layan suami seperti semasa berkawan dulu. 

50)Beri peluang suami memperbaiki barang rosak di rumah walaupun kita tahu dia tidak mahir. 

51)Menghias tempat tidur macam tempat tidur pengantin. 

52)Ceritakan mengenai kerenah lucu anak-anak kepadanya. 

53)Bacakan berita yg menarik perhatian suami atau buat keratan berita kesukaannya daripada suratkhabar atau majalah. 

54)Tolong temankan suami bila dia melakukan kerja bersendirian waktu malam. 

55)Letakkan barang-barang keperluan suami ditempat biasa. 

56)Tolong bawakan barang-barang walaupun suami mampu membawanya semua. 

57)Cuba masak masakan paling sedap utk suami setiap masa. Jgn paksa suami komen jika dia hanya berdiam diri. 

58)Bila berbual,bercakap atau berbincang: Gunakan hubungan mata. Gunakan gerak rasa hati. Pegang erat tangannya. 
Duduk rapat-rapat. Baring bersama dan bernafas serentak. Ajak atau biar suami berbaring atas paha jika dia mahu. 

59)Jgn dera suami fizikal dan batin. 

60)Tunjukkan minat mengenai perkara yg dilakukan suami,org yg ditemui dan sebagainya. 

61)Beri tindak balas positif jika suami bercerita. 

62)Jika suami kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. 

63)Masuk tidur serentak dgn suami.Jika kita ingin tidur dulu,minta kebenaran suami. 

64)Salam,peluk,cium dan belai suami sebelum pergi kerja. 

65)Ketawa bila suami belawak atau bercerita kisah lucu. 

66)Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat suami. 

67)Cari masa utk berdua-duaan. 

68)Lakukan riadah bersama suami. 

69)Pergi berkelah sekali-sekala. 

70)Doakan suami agar bahagia dunia akhirat (dlm pengetahuannya atau tidak). 

71)Ajak suami berjalan-jalan tanpa anak-anak. 

72)Berikan apa yg dihajati suami. 

73)Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan. 

74)BUat kuih kegemaran suami sekali-sekala. 

75)Lakukan ibadah bersama. 

76)Jgn menghukum suami jika dia mengecewakan isteri tanpa sengaja. 

77)Maafkan suami jika dia terlupa melakukan sesuatu utk isteri. 

78)Segera minta maaf jika kita melukakan hati suami. 

79)Cuba fahami suami jika dia membangkang atau enggan membantu isteri. 

80)Bila suami meminta maaf,terima dgn kasih sayang.Jgn jual mahal.Ingat kebanyakkan suami sukar meminta maaf daripada isteri. 

81)Tunjukkan keseronokan bila berjimak dgn suami. 

82)Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari barang yg dia lupa dimana letaknya. 

83)Nyatakan dgn lemah lembut kpd suami jika kita tidak menyukai pilihan baju,tempat makan,lauk pauk,tempat bercuti dan sebagainya. 

84)Berkongsi perasaan negatif dgn suami secara terbuka tanpa menyalahkannya. 

85)Jgn menyuruh suami melakukan sesuatu yg sememangnya ingin dilakukannya.Ini akan menyebabkan suami tawar hati. 

86)Elakkan memberi penjelasan mengenai sesuatu terlalu panjang.Suami sering melenting bila isteri bersyarah panjang. Penjelasan panjang lebar menunjukkan seolah-olah isteri tidak mempercayai suami. 

87)Elakkan daripada membuat suami berasa tidak mampu,tidak layak atau tidak berkebolehan. 

88)Kebanyakkan suami rasa seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri.Justeru itu jgn berkecil hati jika suami kurang melayani anda bercakap.Kebanyakkan suami memang kurang bercakap dgn isteri. 

89)Jgn cabar suami. 

90)Bila berselisih faham,berkrisis atau bertengkar dgn suami, fokus pd masalah semasa dan jgn ungkit perkara lalu. 

91)Jgn suka mengenang rekod lama suami dan melabelnya berdasarkan rekod tersebut. 

92)Jgn ingkar mengenai apa yg telah dipersetujui.Suami akan berkecil hati bila isteri menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak mengikut apa yg dipersetujui. 

93)Banyak suami berasa janggal can malu menyatakan sayang pd isteri.Oleh itu isteri perlu 'membaca' perlakuan suami yg menunjukkan kasih sayangnya kpd isteri.Jangan paksa suami menyatakan perasaan sayang,rindu atau cinta kpd isteri.Hanya 'suami bermasalah' sahaja tidak sayangkan isteri. 

94)Isteri mempunyai kelebihan dlm memahami suami.Fahami hakikat kebanyakkan suami menghadapi kesukaran memahami isteri. 

95)Cemburu tanda sayang.Namun jgn terlalu cemburu terhadap suami kerana dia akan merasa rimas dan serba salah. 

96)Utk merangsang suami mempamerkan kasih sayang, puji setiap kali dia menunjukkan kasih sayangnya. 

97)Elakkan memberi nasihat jika tidak diminta.Isteri meminta nasihat utk bermanja tetapi bila suami meminta nasihat dia beranggapan itu satu kelemahan. 

98)Apabila suami berkata atau berbuat sesuatu yg menyakiti hati,adalah lebih baik mencari kepastian daripada membuat kesimpulan sendiri yg mungkin salah. 

99)Doa dan tawakal kpd ALLAH semoga hidup kita suami bahagia dunia akhirat.

❤Doa Untuk Mendapatkan Anak❤

❤Doa Untuk Mendapatkan Anak❤

Setiap yang berkahwin, pasti inginkan anak... Ada yang Allah permudahkan dan ada yang Allah uji dengan sedikit kesabaran utk peroleh zuriat... Ni aku nak kongsikan info Doa untuk peroleh Anak... Bagi geng TTC,, jom amalkan bersama... :)


رَبِّيْ لاَ تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِيْنَ

maksudnya : Ya Tuhanku, janganlah biarkan aku keseorangan dan Engkaulah sebaik-baik yang mewarisi

❤Selain tu, AMALAN-AMALAN lain yang boleh di amalkan:

◕Amalan pertama. (Selepas Fajar ataupun Solat Subuh)

●Baca Bismillah 1 kali
●Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
●Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
●Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
●Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

◕Amalan kedua.

●Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
●Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari
●Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
●Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Lunch Time: 3 Resepi Ringkas

Lunch Time... Hari masak simple.. menggunakan nikmat cuti menunjukkan skill memasak... Alhamdulillah.. mmg mudah kerja memasak sebab bila tgh hari Faiqah tidur, aku memasak dengan aman dan tenangnya... best3... 


Hari ni, masak 3 jenis lauk je.. Ikan bawal putih, goreng rangup, Ayam masak merah, dan sayur campur... Sup ayam, panaskan yang semalam je.. sambal cili padi kesukaan suamiku dan sambal kicap pun yg dah tersedia ada... 


Masak dengan hati, masak dengan iman... suka tak, suka tak, suka tak???

Nota Ungu: Dalam proses nak buncitkan perut en.somi... heheh... buncit tu kan seksi... opss... hehehe.. ^_^

Tip Untuk Tidurkan Bayi Dengan Betul



Beberapa tip yang boleh anda cuba untuk menidurkan bayi. Mungkin selepas ini bayi anda tidak perlukan buaian lagi :)

* Riba bayi
Ini sesuai untuk bayi yang masih kecil agar dapat keselesaan serta lena dalam tidur. Sambil menggerakkan paha anda serta mengusap lembut kepala mereka dapat melekakan mereka untuk tidur. Dalam masa yang sama bayi tidak boleh dipaksa jika mereka belum bersedia atau belum selesa untuk tidur.

* Dodoikan anak
Dengan memeluk erat akan memberikan keselesaan kepada bayi apabila berada didalam dakapan anda. Dalam masa yang sama ia akan terjaga bila anda meletakkan mereka sebelum mereka benar-benar lena.

* Dukung Pada Bahu
Dukung bayi anda di bahu sambil menggerakkan badan serta menepuk-nepuk lembut belakang bayi agar mereka bertambah selesa.

* Dukung Muka Ke Bawah
Cara begini akan memberi keselesaan pada bayi terutamanya bayi yang mengalami masalah kembung perut. Dengan mengurut perlahan-lahan dari atas ke bawah.

* Tepuk Bayi
Ini lebih sesuai apabila bayi akan berasa selesa apabila anda dengan diri mereka dekat. Anak-anda akan merasakan selamat bila mereka ada benar-benar dalam dakapan anda. Peluk anak anda dan tepuk secara beirama.

* Makanan Awal
Adakalanya apabila bayi lapar akan membuatkan mereka sukar untuk melelapkan mata. Oleh itu sebelum anda menidurkan mereka pastikan anak anda dalam keadaan kenyang. Selain minum susu anda boleh menyuapkan mereka makanan mengikut kesesuaian dan rehatkan mereka sebelum tidur.

* Urutan Pada Bayi
Urutan diseluruh badan bayi termasuk tangan, kaki. Lakukan urutan selama lakukan selama lima minit sebelum bayi tidur agar dapat memberi keselesaan pada bayi.

Sumber



Nota Ungu: Alhamdulillah Faiqah punyai waktu tidur yang tetap... Jika waktu siang dalam jam 11.30-2 petang dia tidur.. kira2 2 hingga 3 jam waktu tidur dia... Waktu malam, bergantung pada kepenatan dia.. kalau dia tak tidur petang, malam mudah tidur, kalau petang tidur lagi, malam agak ssah nak tidur.. Apa2, pun Alhamdulillah, umi dan abi mampu bertahan utk tidak tidurkan dia dalam buaian... 

Letih Telinga Layan "Nak"


Bangun pagi... menuju ke meja makan di dapur...
Pantas jari menujuk...
Nak....Nak...Nak...

Ummi dah fobia rasa dgr perkataan tu... 
Nak.. Nak...Nak.. 

Itu lah Faiqah... 
Prkataan yg sinonim dgn bibirnya...
Nak.. Nak...Nak.. 

Kadang2 apa yg dia nak.. ummi pun tak tahu...
Letih Telinga Layan "Nak"...
Sabar dan terus melayan... 
Nak.. Nak...Nak.. 

Yang pasti bgun tido dia nk mkan...
sebab tu dia kata...
Nak.. Nak...Nak.. 

Nikmatnya Cuti

Nikmatnya Cuti


Hari ni dah hari Rabu... owh.. cepatnya masa berlalu... Esok dah Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad... huhu... Tinggal 4 hari je lagi cuti... 


Itu lah kan.. yang nikmat dan seronok, rasa kejap je berlalu, tapi kalau tak best, rasa lamanya kan...kan..kan..

Rasa nikmat cuti... walaupun tak balik kampung, tapi seronok sangat dapat jadi suri rumah sepenuh masa.. Setiap hari masa terisi dengan kerja-kerja rumah yang tak pernah habis, tapi seronok dan nikmat sangat sebab waktu hari bekerja aku tak dapat laksanakan dengan sempurna. 

Setiap hari aku memasak, mengemas rumah dan paling best melihat Faiqah dan suami makan hasil masakan dan air tangan aku...walaupun masak simple je...tapi seronoknya.. Allah je yang tahu.. Hari2 bekerja, Faiqah makan masakan pengasuh dia je.. tapi bila cuti memang dia makan masakan aku.. bestnyeee... ^_^

Lagi 4 hari cuti, lepas naik cuti memang pasti aku makin sibuk dengan pelbagai program di sekolah.. Get ready je lah ea... Akan ku nikmati dengan sebaiknya waktu cuti yang sedikit ni...





Nota Ungu: kdg2 rasa nak jadi suri rumah sepenuh masa... 

26 Mac 2013

Sarapan Pisang setiap hari

Sejak dua menjak nih.. bangun pagi makan pisang.. sejak bila ntah la aku suka makan pisang... dulu tak suka sangat.. sekarang ni.. hari2 makan pisang.. malam2 pun makan pisang.. nyum22... sedap2.. tapi aku tahu, pisang banyak khasiatnya dan mempunyai kadar serat yg tinggi... suamiku kata, kalau nak naikkan berat makan pisang hari2... hehe... ok.. jom kita tgk apa khasiat pisang..


Pisang mengandungi 3 jenis gula semula jadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Selain itu, pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan seharian.

Tekanan atau stres
Buah pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan seseorang berasa tenang, mengembalikan perasaan hati dan membuatkan rasa gembira.  Wah.. ini sudah bagus.. stress mmg sntiasa ada kn.. bg seorg ibu dan guru... 

Neutralkan paras glukosa
Vitamin B6 yang terkandung dalam pisang mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan perasaan hati. 

Anemia
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia. Aku mmg de mslh anemia... ok.. lpas ni mkn pisang byk2... 

Tekanan Darah Tinggi
Pisang mengandungi kadar potassium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah. Wah.. berita baik utk e.somi nih...

Penghadaman
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian yang membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar. Bagus utk perut.. agak2 blh elak buncit gak kn.. hihi

Keletihan
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula. Wah resepi minuman yg bagus nih.. boleh cuba...

Panas Jantung
Pisang mempunyai kesan anti-asid semula jadi dalam badan. Oleh itu, sekiranya menghadapi rasa panas pada jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi
Jadikan pisang sebagai makanan setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah bagi mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ok.. x payah nk sapu mopiko lagi..

Saraf
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf.

Ulser
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut. Aik.. tapi bapaku kata klu de ulser jgn mkn pisang nnt lmbt baik.. hmmm

Seasonal Affective Disorder (SAD)
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semula jadi yang membaik pulih perasaan hati kita. Org dok bndar mmg jrg dok luar rumh sbb udara x sihat... so, mkn pisang blh la cover balik... 

Penyakit Kulit:
Untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa ataupun plaster bedah. Haa.. betul3.. kulit pisang boleh hilangkan parut.. 

AWAS: Walaupun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%). - Buletin Pengguna

Sumber:http://blog3dalam1.blogspot.com