07 Februari 2013

2nd Anniversary-genap 2 tahun

Alhamdulillah..syukur... Hari ni genap 2 tahun aku bergelar guru... Dan hari ni juga mengingatkan aku detik perpisahan dan hidup berjauhan dengan suami tersayang...
Onak ranjau dilalui sepnajng bergelar guru.. Ada suka dan ada duka..pahit manis dalam dunia perguruan...
Alhamdulillah..impian ibu bapaku melihat aku bergelar tercapai pada tanggal 07 Februari 2011...
Masih jauh perjalanan dan liku perjuangan aku sebagai pendidik... Terutama mendidik anak2 di zaman yang sungguh mencabar ini...namun aku gembira dan puas... Kadang2 sayu melihat anak2 didik berjaya dlm peperiksaan...
Pintaku.. Moga Allah terus berikan aku kekuatan dan semnagat serta ketabahan dlm mendidik anak2 ini...
P/s: ada baki 58 tahun lagi perkhidmatanku... Masih panjang...moga aku pnajang umur utk bergelar pendidik utk mendidik anak bgsa sepanjang hidupku...

06 Februari 2013

Cabaran Ustazah Moden

Cabaran Ustazah Moden

Mencabar kesabaran betul nak didik zaman sekarang... Zaman dulu... Anak2 murid nk tgk muka cikgu pun takut... Sekarang... Tak kisah dah...cikgu mcm kengkwan dia je...

Yang menjadi cabaran kat aku ialah kes pasal aurat dan pergaulan bebas.. Padahal dalam sukatan pelajaran pun ada citer pasal aurat nih...

Mereka tahu...tapi buat juga... Sanggup pelajar2 ni kecikkan seluar sebab ikut trend skrg... Padahal perkara tu salah ikut undang sekolah dan undang2 agama lagi la salah...

Pastu kes tudung singkat dan tinggi kan sanggul lagi... Ya Allah susah dah budak2 ni..sebab diorg suka mengikut...

Sebab tu aku kata tadi... Korang blh pikirkan b3nda elok dan tak elok kan... Ikut yg elok sudah la..yang tak elok jangan nak ikut juga... Bila diorg pertikaikan... Habis..cikgu2 blh pkai mcm tu... Bila kuar soalan mcm ni...kena cari jawapan yg betul2 diorg puas hati..

Itulah cabarannya jadi ustazah...bagi aku subjek lain ok la.. Tapi ustazah mengajar subjek agama...subjek yg akn nak bawa smpai ke akhirat... Aku betul2 rasa terkilan tadi... Rasa berdosa sebab aku gagal nak didik diorg... Rasa kecewa sungguh...

Nak salahkan diorg tak blh gak...sebb diorg hidup dlm dunia penuh cabaran... Org sekeliling mcm tu... Acuannya mcm tu...mmg agak susah... Melainkan pendidikan agama yg mmg kuat dr rumah dan ibu bapa...pasti cikgu akn mudah nak bentuk...

Cikgi hnya boleh bentukkan setakat yg termampu sebab budak sekolah menengah ni...org kata buluh dah... Lau sekolah rendah tu rebung lagi... Tapi apa2 pun perkara mcm ni mula dr ibu bapa juga.. Cikgu hnya membantu...

Ya Allah.. Kau berilah kekuatan padaku untuk tabah mendidik anak2 zaman ini...

P/s: anak2 di bandar lain cabarannya...di kampung lain cabarannya...

Seronok dapat tolong orang

Seronok dapat tolong orang

Alhamdulillah.. semalam aku dah terima lagi barangan yang aku order.. apa lagi, minyak kelapa dara la.. Alhamdulillah, setiap bulan ada saja aku order, bukan untuk berbisnes tapi sekadar membantu kawan. 


Kawan sekerja aku, dah 3 kali order dengan ku... Alhamdulillah... dia sendiri memberi respon positif bila mula minum minyak kelapa dara tu.. sekarang ni, dia suruh anak2 dan suaminya pun amalkan minum minyak kelapa dara setiap hari. Tambah2 suami dia perokok kan.. asma dan resdung anak2 dia pun dah makin kurang.. Alhamdulillah... dengan izin Allah.. bukan sebab produk tu.. minyak kelapa dara hanya ikhtiar dan usaha kita sahja... 

Rasa seronok dapat bantu kengkawan sendiri kan.. hajat aku untuk membantu sahja, bukan menjual.. aku boleh dapat untung runcit dengan jual ni, tapi aku tak amik pun, cukuplah pihak syarikat je yang bagi komisyen.. 

Kesihatan tu anugerah Allah, sama2 kena jaga, dan tak salahkan jika kita nak tengok orang lain sihat... 

Nak tahu pasal minyak kelapa dara dengan lebih lanjut.. tengok la kat sini:

Hati-hati Ketika Menulis Entry

Salam dan selamat pagi.. tadi aku saja share dua artikel untuk info hari ni.. now, aku saja nak luahkan dan share pengalaman aku sebagai blogger.. 


Aku kenal dunia blogger sejak zaman belajar di Universiti. Tambah2, aku amik bidang ICT sebagai subjek minor kan.. serta minat aku dalam bidang ICT dan Multimedia, menambahkan lagi banyak info aku pasal dunia blogger. Blog aku yang lama, dah lama aku delete dan tinggal kenangan saja.. aku dah padam segala entry dalm tu.. sebab ianya banyak sangat kisah duka.. 

Blog ni, adalah blog kedua yng aku buat lepas aku kahwin... sokongan dan dorongan dari en.somi, menyokong minat dan bakat aku, dia izinkan aku buat blog ni.. namun atas perkongsian bersama. Alhmdulillah, dari hari ke hari aku makin belajar dunia blogger dan dah beratus entry aku coret dan ada juga artikel yg aku amik dari mana2 sumber dan kongsikan untuk pengetahuan bersama.. Tujuannya satu, aku suka berkongsi info dan ilmu baru serta ku selit juga ciri2 dakwah dalam artikel2 tertentu... supaya pembaca tak boring datang blog ni.. 

Namun, sejak dua menjak ni, aku belajar sesuatu, dalam menulis entry sendiri, kena fikir dalam2... sebab ada entry dan perkongsian peribadi kita pun boleh buatkan org terasa hati walaupun bukan itu niat kita. Namun, kita tak dapat nak puaskan hati semua org dalam dunia penulisan blog kan.. Suami aku penasihat aku dalam penulisan entry, lepas aku pos sesuatu entry dia akan check dan baca, jika dia rasa tak sesuai, dia suruh aku delete je. Dan dia juga pesan, jangan sekali-kali buh entry pasal kisah org lain... dan juga pengalaman peribadi yang terlalu detail, contohnya entry yg aku pernah delete, pengalaman bersalin.. dia kata, itu melibatkan maruah wanita dan isteri, so tak perlu nak kongsi dengan org lain. cukup kongsi di group yang tertutup di facebook je... 

Dalam mencoret entry, perlu hati2 amik info, tambah2 aku tgk ramai suka citer pasal artis, hati2 bila coret berita tntang diorg, sebab artis ni banyak gosip, kalau berita tu tak benar, diorg boleh saman kita. dah banyak blogger kena saman dngan pihak2 tertentu, sebab entry berbaur fitnah.. 

So, aku sangat berhati2 dalam menulis entry. Aku juga mohon maaf jika ada rakan2 blogger yg terasa dengan mana2 entry yg pernah ku coretkan.. Blog aku ni, adalah medan untuk sampaikan info dan ilmu.. Sebab sedikit sangat entry pasal kehidupanku yang aku kongsikan.. sebab kadang kalau kita terlalu kongsikan kebahagiaan di entry, ada juga yang cemburukan.. manusia mmg lumrahnya begitu.. Aku pun kadang2 terasa begitu, sebab aku insan biasa je.. 

Peringatan ikhlas aku, hati2 dalam mencoret entry dalam blog... kalau entry kita menyakiti hati org lain.. itulah yang sangat susah, sebab dosa kita dengan Allah kita boleh mohon ampun dan taubat, tapi kalau dengan manusia wajib minta maaf... 
Kesan Obses untuk Kurus

Kesan Obses untuk Kurus

Penjualan ubat kurus, pil diet atau pil pelangsingan badan telah menjadi perniagaan yang cukup menguntungkan. Cakap siapa sahaja, lebih separuh gadis muda mengatakan mereka pernah menggunakan ubat ini.

Ini mungkin kerana terlalu ramai yang mahukan diri mereka kelihatan seperti seorang "supermodel' walaupun ada yang memberi alasan menyahut seruan kerajaan mempromosi budaya hidup sihat.

Ramai sedia maklum penggunaan pil diet ini mempunyai risiko terhadap kesihatan.

Kerajaan juga telah mengharamkan penjualan beberapa jenis pil diet yang mengandungi sibutramine atau sintetik sibutramine atas alasan ini.

Bagaimanapun, disebabkan permintaan yang tinggi, pil diet yang mengandungi bahan ini terus dijual secara berleluasa di Internet dan pasaran gelap.

Ada yang berselindung di sebalik ubatan herba tetapi apabila diselidik ternyata mempunyai bahan yang sama.

Lebih berbahaya ubatan ini dijual tanpa perlu melalui saringan doktor terlebih dahulu.

Risiko serangan sakit jantung dan angin ahmar tidak cukup untuk menakutkan golongan ini.

Mungkin mereka tidak tahu ramai rakan pengguna yang telah mendapat penyakit mental seperti bipolar manic, psikosis dan delusional disorder akibat penggunaan ubat diet ini.

Laporan kes

Ayu ialah seorang gadis berusia 25 tahun. Dia mempunyai berat badan 55 kilogram (kg) dan tinggi 150sentimeter (cm). Dengan body mass index (BMI) sebanyak 24.4 Ayu merasakan dirinya amat gemuk. Apatah lagi Ayu bakal melangsungkan perkahwinannya enam bulan lagi. Ayu membeli ubat kurus tradisional di sebuah kompleks beli-belah. Ternyata ia memberi kesan mengurangkan selera makan. Ayu sentiasa rasa kenyang walaupun tanpa menyentuh makanan. Ayu hanya bergantung kepada minuman kosong sahaja seharian.

Selepas dua bulan Ayu mengalami penurunan berat badan ketara. Ayu gembira tetapi berbeza pula dengan ibunya. Ibu mengatakan tidak nampak Ayu tidur dalam tempoh itu. Ayu sibuk mengemas rumah, membasuh pakaian dan mengemop lantai sepanjang malam. Siang hari pula Ayu tidak kelihatan letih. Malahan bertenaga ke sana sini. Percakapannya juga laju dan cepat.

Ayu kerap melayari Internet. Dia mudah menerima pelawaan kawan baru di Facebook. Dalam tempoh ini juga tunangnya mengadu Ayu telah menghadiri temujanji dengan dua teman lelaki baru. Ayu selalu keluar rumah lewat malam dengan alasan melawat kawan dan berjumpa orang yang hebat. Ini bukanlah perlakuan Ayu sebenar.

Ayu merancang membuka pelbagai perniagaan baru. Dia merasakan dirinya begitu istimewa dan mampu melihat masa depan. Ayu melenting apabila ditegur. Malah mengatakan tunangnya cemburu dan cuba menghantar ilmu hitam untuk menjatuhkannya.

Beberapa hari kemudian perlakuan Ayu semakin di luar kawalan. Ayu mengamuk lalu dia dibawa ke hospital. Doktor memberhentikan ubat kurus yang ternyata mengandungi sintetik sibutramine dalam dos berlebihan.

Ayu kemudian dirawat dan keadaannya pulih selepas dua minggu. Malangnya tunang Ayu telah pun mengambil keputusan memutuskan perhubungan mereka.

Sintetik sibutramine

Kajian menunjukkan ubatan tradisional yang digunakan untuk rawatan kegemukan sebenarnya mengandungi sintetik sibutramine. Sibutramine berfungsi sebagai penahan lapar dan struktur molekulnya hampir sama dengan amphetamine, bahan sama untuk dadah jenis syabu atau ais.

Ubatan herba yang mengandungi bahan ephedra juga sama strukturnya dengan amphetamine.

Sebab itu penagih dadah jenis ini biasanya tidak tidur malam, tidak lapar dan sentiasa aktif sehinggakan boleh menyebabkan perlakuan agresif.

Dalam keadaan gian, penagih akan merasa lapar dan banyak makan. Kerana itu pengguna ubat kurus jenis ini biasanya mendapat rebound atau mengalami kenaikan berat badan mendadak sehingga dua kali ganda apabila berhenti.

Tidak dapat dinafikan ada negara yang belum mengharamkan penggunaan sibutramine tetapi preskripsinya dibuat di bawah pengawasan rapi doktor.

Dosnya juga dikawal sekitar 10 ke 15 mg bagi tujuan penurunan berat badan pesakit obesiti melampau sahaja.

Pesakit yang mempunyai penyakit mental atau sejarah penyakit keturunan jenis bipolar tidak dibenarkan menggunakan ubat ini.

Kerajaan membuat keputusan terbaik dengan mengharamkan penggunaan sibutramine.

Ada pelbagai kaedah perubatan lain termasuk senaman dan diet yang masih boleh digunakan untuk tujuan menguruskan badan.


p/s: aku sendiri bertentangan dengan artikel ni... terlalu kurus, namun sentiasa katakan pada diri, bersyukurlah kerana Allah ciptakan kita sempurna tubuh bdan serta kesihatan yg baik... boleh nak dapatkan tubuh badan yang cantik, tapi jangan terlalu obses...
Kisah Perokok di Makkah

Kisah Perokok di Makkah

RAMAI daripada kita pastinya menanam keinginan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah, waima ada sekelumit ketakutan di dalam diri kiranya kehadiran sebagai tetamu Allah itu diuji dengan pelbagai ujian dan kifarah.

Namun bagi ahli perniagaan, Tuah Borhan, 42, ibadah umrah yang dikerjakan kali kedua serta haji itu perlu dikongsi dengan khalayak umum. Bukan bermaksud untuk membuka aib diri, namun kisah yang ringkas ini akui Tuah telah meninggalkan makna yang besar dalam kehidupannya. Lebih-lebih lagi dalam soal menjaga hubungan antara anak dengan kedua-dua ibu bapa yang semakin sudah terhakis masa kini.

"Selagi tidak berlaku ke atas diri atau tidak kena batang hidung sendiri, kadang-kadang kita tidak percaya, walaupun ada ditegaskan di dalam al-Quran iaitu yang bermaksud: ...maka sekali-kali janganlah kami mengatakan kepada kedua-duanya perkataan "ah"...," katanya memulakan bicara malam itu di rumahnya, baru-baru ini.

Sambung Tuah, pada masa itu, kira-kira tujuh tahun lalu, dia menunaikan umrah bersama kakak dan arwah ibunya. Dia pula waktu itu, berniat membuat badal umrah untuk arwah bapa.

"Alhamdulillah, pakej yang saya ambil itu penginapannya hampir dengan Masjidil Haram, dalam 15 meter sahaja jaraknya.

"Selepas tawaf, saya terasa hendak ke tandas. Jadi saya beritahu arwah emak dan kakak yang saya mahu balik ke bilik memandangkan hotel penginapan yang dekat.

"Nak dikatakan cuaca panas sangat tidaklah juga kerana baru pukul 10 pagi. Pada masa yang sama, arwah emak menyuruh saya ambil selipar dahulu daripada kakak.

"Ahh tak pe lah, luar tak panas," spontan kata-kata itu terpacul lancar daripada mulut Tuah sambil dia berlari-lari anak menuju ke Pintu Madinah dan kembali ke hotel.

Kata orang tua-tua, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Mungkin banyak kebenarannya, begitu juga yang dialami Tuah.

"Sebaik keluar dari Masjidil Haram dan sebaik kaki ini memijak tar jalan, saya terasa sedikit panas. Awalnya, saya menganggap ia untuk sementara, dek kerana matahari sudah mula meninggi.

"Tetapi makin lama, rasa panas seperti terbakar itu tidak kurang-kurang. Malah berlarutan selama beberapa hari. Saya mula rasa tidak selesa, apa lagi tapak kaki saya sudah bertukar warna kemerah-merahan.

"Peliknya pula, rasa panas itu akan hilang apabila saya menunaikan solat. Selesai memberi salam, panasnya terasa balik," akui Tuah yang juga terpaksa berjingkit-jingkit kerana tidak selesa dan sakit.

Situasi itu membuatkan Tuah mula mengandaikan pelbagai kemungkinan. Mulanya mungkin merasakan kerana kesan daripada terlalu banyak bergerak menyebabkan kakinya berkeadaan begitu.

Apa tidaknya, pada usia pertengahan 30-an, dengan kudrat muda dan semangat membara, dia mampu melaksanakan umrah sebanyak tiga kali dalam sehari. Jika difikir-fikirkan ini juga bukan alasan kukuh kepada masalah yang dihadapi.

"Saya sampai putus punca dan terus tergerak berjumpa dengan mutawwif. Soalan pertama yang ditanya, "Datang dengan siapa?" Saya jawab: "Kakak dan arwah emak."

Kemudian dia meminta saya memikirkan, sekiranya saya ada berbuat kesalahan pada arwah emak. Kemudian ditanya pula pekerjaan saya, ini ibadah kali ke berapa atau ada tidak saya membawa pesanan orang serta? Saya jawab, saya ke tanah suci untuk membuat umrah dan mendapatkan keredaan Allah SWT.

"Lama juga kami berbincang, sudahnya ustaz menyuruh saya bertanyakan kepada ibu, mana lah tahu, kalau-kalau ada. Saya melakukan apa yang disuruh dan arwah emak berkali-kali menegaskan yang saya tidak ada dosa padanya. Tetapi hairannya, rasa panas pada kaki tidak juga hilang-hilang," ceritanya sesekali bergenang air mata.

Apabila tidak ada perubahan, Tuah ditemani mutawwif, melakukan solat taubat pada tengah malam itu dan dia telah diajarkan sepotong ayat suci al-Quran.

"Sekali lagi saya tanyakan pada arwah emak, apabila melihat dia masih berjaga. Tiba-tiba arwah emak seakan baru teringat sesuatu. Lantas berkata yang dia sedikit tersentuh sewaktu saya katakan "ah' bila disuruh mengambil selipar daripada kakak tempoh hari.

"Saya peluk arwah emak dan meminta maaf. Kami sama-sama menangis. Arwah emak terus bersuara, emak ampunkan kau dan emak redakan kau." Habis kata-kata itu, serta-merta rasa panas di kaki Tuah hilang.


Berhenti merokok

Ujian sekali lagi menjentik Tuah. Kali ini ketika dia menunaikan haji pada 2007. Untuk makluman semua, Tuah sebelum ini dikategorikan sebagai perokok tegar. Dalam sehari dia boleh habiskan dua kotak rokok bersamaan dengan 40 batang.

Apabila menyedari akan lama berada di Mekah serta rokok bebas cukai, biasanya kurang sedap, jadi Tuah telah membawa bekalan rokok yang banyak. Takdir Allah tiada siapa dapat menghidu.

"Dua tiga hari sebelum ibadah wukuf di Arafah, saya diserang asma yang teruk. Tidak dapat saya banyangkan betapa berat serta sakitnya dada ketika itu. Rasa macam nak pecah dan menyesakkan.

"Memanglah dalam keturunan kami ada sejarah asma, tetapi kalau kena asma ketika di tanah air, tidaklah seteruk macam di Mekah. Ambil ubat atau ambil inhaler sudah kurang. Ini tidak, puas diusahakan macam-macam, kurangnya pun tiada," kata Tuah.

Fikirannya pada saat itu cukup terganggu apatah lagi mengetahui, jika wukuf tidak sempurna, maka tidak lengkaplah ibadat haji dan entah bila akan dijemput semula.

"Saya gagahkan diri bertemu dengan mutawwif. Soalan pertama yang ditanya, "Adakah ibu masih hidup? Lantas dia menyuruh saya menghubungi dan memohon maaf. Akur dan dalam kejauhan itu, emak sempat berpesan supaya saya berhenti merokok dan dia akan sentiasa berdoa yang terbaik buat saya," kata Tuah dengan suara terhenti-henti menahan kesedihan, apatah lagi baru kehilangan insan tersayang itu pada 31 Disember lalu.

Doa ibu dan keazamannya itu dimakbulkan, alhamdulillah sehingga ke detik ini, dia tidak lagi menyentuh rokok serta tidak lagi diserang asma.

Mendengar perkongsian dua kisah ini, saya turut terharu dan mengucap syukur. Memang benar dan tidak dapat disangkal akan keberkatan Tanah Haram.

Apa yang kita minta dengan ikhlas, pasti akan dimakbulkan, lebih-lebih lagi ia berkait rapat dengan ibu, di mana syurga itu di bawah tapak kakinya.

Semua yang terjadi yang diberikan secara tunai, sebenarnya tersirat beribu hikmah dan nikmat.

05 Februari 2013

Biarlah Rahsia

Biarlah Rahsia

Ramai yang tertanya2... Tapi aku tak mengiyakan dan tidak menidakkan... Tertanya pa???... Tertanya dengan status dan pertanyaan aku di group dan wall facebook...

Sebenarnya...belum tiba masa aku nak kongsikan apa2 berita...sama ada baik atau buruk sbb aku sendiri tak pasti... Semuanya dalam rahsia Allah lagi... Aku sendiri tak tahu kesahihannya...

Namun.. Aku pasti akan khabarkan jika ada berita baik kepada semua rakan2 alam maya aku... Itu pasti...dan blog ni adalah perkongsian ceritaku dengan rakan2 maya ku.. Jadi...

Buat masa ni biarlah rahsia.. Usah dipikirkan yang bukan2... Aku sendiri tidak pasti dan aku juga tahu rahsia Allah itu...

04 Februari 2013

Rasa nak bawa kete kebal je...

Rasa nak bawa kete kebal je...

Baru je post satu entry pasal sikap org kita kan... Hmm balik keje tadi ada lagi yang mmg sapa2 yg biasa memandu akan jumpe spesis ni.. Iaitu spesis tak pandai nak menggunakan signal dan potong barisan..

Tadi jem sikit kat tol sentul menghala ke gombak...aku dah agak..mesti jumpe lagi spesis ni... Mmg ada pun.. Aku puji la spesis yang bagi signal ni... Tapi spesis yng tak reti nak sabar dan potong barisan... Haishh.. Tak bagi peluang aku..

Tadi ada satu kete toyota avanza... Dia nk cilok la dr barisan touch n go ke smart tag... Betul2 depan aku dia nak cilok... Huh.. Aku belok la.. Pulas stereng... Tak nak aku bg can... So..org blkng bg jalan kt dia...la..

Lepas je smart tag... Dia tak puas hati... Laju dia tekan minyak cilok aku belah kiri sbb aku bg signal belah kiri... Dia tak puas hati la sbb dia bg signal kan..tapi aku tak bg jalan.. Minta maaf la.. Bg signal tu dah betul dh...yang tak betul potong barisan...kesian org belakang dok berbaris pnjang...

Setiap kali memandu mmg akn jumpe la spesis macam ni... Tak kira lelaki atau pmpuan... Tu yang aku rasa nak bawa kete kebal je tu... Potong barisan aku lenyek je.. Hambik kau.... Lau JPJ buat rakan JPJ aku org ptma nk daftar...sbb geram dgn pngguna jlan raya ni..

Masalahnya... Kalau dia nak mati kat jalan sorg2 xpe lah.. Ni boleh bahayakan org  lain dan mnyusahkan org lain gak kan...  selagi boleh sabar...sabar je lah... Sbb tu lau drive xl3h buka radio kna buka zikir bg sejuk hati sikit.

Ok lah... Pnat dah bebel... Wassalam...

Sikap orang kita...

Tengok je lah gambar kat bawah ni... Sama kan mcm iklan dalam tv tu kan...

Ni aku jumpe dekat Ani Sup Utara kat Prima Sri Gombak semalam... Hmmm... Tak tahu dah nak kata apa..

Padahal boleh parking lagi sebuah kete kat sebelah tu...ingat nak parking sblh tu la sbb hujan dan bawa Faiqah plak kan... Tapi tgk la sikap org kita... Pentingkan diri sendiri... Macam dia sorg je de kete kan...

Macam ni kalau kena pancitkan tayar dgn samseng jgn slahkan samseng la ea... Lau kena saman jangan salahkan majlis bandaran lak.... Sendiri mau ingat la...

03 Februari 2013

Perancangan Allah lagi hebat!!!

Perancangan Allah lagi hebat!!!

Kita juga merancang dan Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang ialah Allah SWT.. Itulah yang terjadi buat aku dan keluarga... Allah yang tahu hikmahnya.. Aku dan keluargaku redha dengan ketentuan dan perancangan-Nya...


Sepatutnya aku g kursus hari ni.. dapat email makluman tu 3 minggu lepas dah.. suamiku siap mohon cuti sebab nak temankan aku dan jaga Faiqah.. Namun, ketentuan Allah melebihi perancangan manusia.. Sejak selasa lepas suamiku demam, diikuti batuk dan sakit tekak... pastu muntah2 dan takde selera makan.. hmm.. 

Pastu sehari sebelum pergi kursus plak, Faiqah lak demam.. aku dah dalam dilema dah.. nak pergi ke tak.. akhirnya pagi tadi aku mesej gak kat penyelaras program minta pengecualian.. tapi lambat reply mesej aku.. jadi aku pergi juga sebab ingatkan tak boleh dapat pengecualian.. 

Dalam lesu dan lemah, suamiku tetap gagahkan diri hantar aku ke tempat kursus... Sesampai di sana, baru dapat mesej, aku boleh dikecualikan.. hmm.. tak pelah.. dah smpai.. aku pergi juga ke hotel tu dan daftar nama.. kemudian, cari hotel berdekatan utk suami dan Faiqah.. tapi hampa.. 

Bila melihat suami makin lemah dan lesu, keputusan aku buat, utk bgtau balik kat penyelaras, aku mmg tak boleh hadiri kursus, sebab suamiku makin teruk, Faiqah pun makin demam je.. Akhirnya dapat pengecualian dan aku balik semula ke rumah.. dan besok,,,aku ke sekolah semula.. sebab tak jadi kursus kan.. 

Memang itulah rencana Allah, kita usaha macam mana pun, jika Allah kata, tak nak kita pergi ke sana, tetap tak leh pergi.. Akhirnya aku akur, walaupun aku nak sangat g kursus tu, sebab aku mmg tak pernah tolak mana2 kursus sebelum ni... Tapi antara kerjaya dan keluarga aku pilih keluarga.. kerana rezeki Allah Maha Luas kan.. 

p/s: ada sesuatu hikmah yang aku sendiri belum pasti.. nantikan dengan penuh sabar... 
Wahai Lelaki, Jangan Masuk Golongan Ini

Wahai Lelaki, Jangan Masuk Golongan Ini



Renung-Renungkanlah Wahai Kaum ADAM...

"DAYUS ialah lelaki yang mengetahui perkara dosa dilakukan oleh ahli keluarganya dan dia sekadar senyap dan membiarkan ia berlaku tanpa diambil apa-apa tindakan, dan termasuk DAYUS juga lelaki yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" - (Imam Az-Zahabi, Al-kabair) 

Nabi SAW bersabda, "Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat; anak yang derhaka kepada ibu bapa, perempuan yang menyerupai lelaki dan lelaki DAYUS." - (HR Ahmad dan Nasaie)

Nabi SAW bersabda, "Tiga yang Allah haramkan baginya Syurga; orang yang ketagih arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa dan lelaki dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya." (HR Ahmad)

Betul ke tidak??? samalah amik pengajaran dan renungkan bersama ea... 
moga lelaki-lelaki yang kita sayang tidak tergolong dalam golongan LELAKI DAYUS!!!


02 Februari 2013

Jika Kesakitan ni diberikan kepada Lelaki???

Sumber gambar: Google Images


Manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan. Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak. 

Fakta kelahiran:
1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Sumber: internet (google search)
Apa perasaan anda???

Apa perasaan anda???


Apa perasaan anda melihat kekejaman ke atas anak kecil ini..??? Hanya orang tak de perasaan je mampu menatap gambar ni lama2... Aku yang tengok kejp je pun menitik air mata..

Ni lah yang berlaku di Syria.. Kesian anak kecil ni, yang baru nak kenal dunia.. ditoreh dan dikelar macam ikan.. Nauzubillah.. saat kita lihat anak kecil kita ketawa, anak ini menderita.. 

Nah dunia, ini adalah hasil kezaliman regim Basyar. Gambar ini diambil di salah sebuah hospital medan di wilayah Halab. Ini adalah kesan torehan pisau, bukan luka kesan bom atau lain-lain.

Jika di Palestin, kanak2 terus saja dibunuh, namun di Syria anak2 ini diperlakukan sedemikian rupa.. Ya Allah apalah nasib anak2 ini.. Ya Allah, lindungilah kaum Muslimin di Syria... 

Saya izinkan kengkawan blogger SHARE entry ni, untuk sma2 kita berdoa.. 

Sumber gambar: Facebook

Sembuhkan Penyakit dengan Terapi Rohani

Asal sakit makan ubat, asal sakit makan ubat.. ea betul... cuma perlu dibetulkan..ubat bukan penyebab sst sakit tu sembuh, ubat hnya ikhtiar sahaja.. Ustaz aku pernah bagitau, boleh jatuh syirik kecil jika kita kata macam ni:


A: Dah lega demam???
B: Dah lega dah, makan ubat dah semalam.

Ustaz cakap sebab, kita rasakan ubat yang sembuhkan kita, bukan Allah.. sepatutnya kena cakap, Alhamdulillah, dengan izin Allah sembuh dgn ikhtiar mkn ubat smlm... mmg agak pnjng kan nak jawab, macam skema je, tapi... itulah bezanya.. so, hati2.. 

Sebenarnya, Allah bagi sakit utk kita lebih dkat dngn-Nya.. maka, caranya gunakan terapi rohani disamping makan ubat dan sbgnya.. Zikir dan banyakkan amalan sunat yang lain salah satu cara... Cara yg aku gunakan untuk suami dan anakku ialah terapi zikir dan qasidah.. perdengarkan qasidah dan zikir utk terapi jiwa dan rohani.. Bila dengar zikir, secara automatik, hati kita turut mengikut zikir dan qasidah... In ShaaAllah, terapi Zikir berkesan sebagai salah satu ikhtiar penyembuhan.. 


Qasidah yang boleh diamalkan ketika sakit ialah qasidah burdah... Jom dengar dan amalkan.. Bila hati dekat dengan Allah, syaitan juga sukar menghasut ketika sakit... selebihnya doa dan tawakallah pada Allah, moga disihatkan segala anggota dan tubuh badan... 

01 Februari 2013

Kisah si anak bapak

Geram3.. Jeles okehhh... Hehe... Jeles dgn anak sendiri dan suami sendiri... Haha... Xde kerja dh tu nak jeles dgn faiqah dan abinye..
Mau tak geram...tadi teman hubby g makan kat ani sup utara cwagn srigombak.. Hmm.. Suami ku ordr soto sbb dia nk mkn soto...yang aku geramnya kat faiqah... Abi suruh aku suap faiqah... Tpi faiqah tak nak nak suruh gak abi suap.. Padahal makanna yg sma je dan sudu yg sma..cuma tgn yg suap je lain..

Huhu..pastu bkn main lagi senang je g peluk abi lau umi suh syg.. Lau umi..jgn hrp nk peluk... Sama gak.. Lau abi suh mandi or mndikan..laju je.. Tpi lau ummi...sabor jelah..jerit mcm tarzan pun belum tentu dia nk mandi...

Manja betul faiqah dgn abi dia.. Huhu... Jeles2... Heeh..tapi ada baiknya.. Ummi la beat leh relax2.. Hehehe...

P/s: biasakn org kata ank pmpuan rapat dgn bapa...

Puas Hati Awak Kan???


Sedih aku bila ada kes pasal budak2 kecik ni.. huhu.. sentap aku.. Hati aku memang keras, perwatakanku kasar dan aku guru dan ibu yang tegas dan tak manjakan anak.. Aku juga panas baran, tapi segala sifat negatif aku jadi cair bila berhadapan dengan anak2 kecik.. 


Satu lagi kes pasal anak kecik.. kes dera oleh mak sendiri.. seorang kanak2 lelaki didakwa dirotan oleh ibu sendiri kerana kerap menangis dan ssh nak berhenti, pastu terlalu hyperaktif.. sekarang, puas la hati ko kan.. Allah dah amik anak ko selama-lamanya.. dia dah tak menangis lagi dan tak kan buat ko marah lagi sebab sikap hyperaktif dia tu.. haisshhh..emo plak aku.. 

Aku emosi sikit, sebab yg buat tu emak dia sndiri kan.. macam tak hargai.. dan mmg dia tak hargai pemberian Allah dan anugerah Allah tu..sebab tu Allah amik balik... itu lebih baik.. moga si ibu sedar dan pengajaran juga buat aku sendiri.. supaya lebih bersabar dalam mendidik dan mengasuh anak.. 

Tapi sedih sangat.. Ya Allah.. tak tergambar perasaan tu macam mana... Moga Allah limpahkan rahmat ke atas kanak2 itu..sebab dia mmg tak mengerti apa2.. 

p/s: dah macam zaman Jahiliyyah kan... sebab bnayak sangat kes yg melibatkan bayi dan kanak2.. kesian diorg.. yg ada anak tak dihargai..yg xde anak, nakkan anak.. hmm..dunia2.. 

sumber: Harian Metro

Budak darjah 2 hancur dilenyek lori

Tragiskan tengok picture ni... Sedih sgt... Budak darjah dua hancur kena lenyek dengan lori... Puncanya dia berteduh kat bawah lori tu sementara tggu bas nak balik ke rumah... Maklumlah pnas terik...

Mesti dia tak terpikir lori tu nak gerakkan... Cmne leh tergelek???... Driver lori tu nak alihkan sikit sbb nk betulkan tayar dia... Dia x sngka de budak dok bawah tu.. Lpas dia rasa cam tergelek sesuatu... Dia g tngok..

Terkejut dia..yg dia gelek ialah sorg manusia... Budak sekolah plak tu.. Hmm.. Pe tggu..sbb panik..dia cabut lari ler...

Tapi mmg sadis cara kematian budak tu... Kesian dia... Eee...xleh bynagkn... Mmg ngeri... Nauzubillah...

Sumber gambar: Facebook...
Berita penuh: mynewshub.com...