07 Januari 2013

Faktor Kejayaan Penyusuan Susu Ibu

Alhamdulillah... usia Faiqah menjangkau 1 tahun 5 bulan dah tak lama lagi... rasa target semakin hampir, moga Allah terus memberi rezeki untukku menyusukan Faiqah dengan susu badan... Aku selalu membaca, kisah2 kejayaan dan kadang2 de senior2 berkongsi kisah kejayaan mereka menyusu badan dan meneliti pengalaman orang sekeliling... rupanya tak susah nak menyusu badan sehingga 2 tahun... 


Kenangan semasa gigih menyediakan EBM untuk Faiqah... hingga 11 bulan sahaja , kerana Faiqah tak nak lagi EBM dan bermula lah episod BF + FM selepas 11 bulan, namun dia masih menyusu badan hingga kini.. Alhamdulillah... 

Antara faktor2 kejayaan penyusuan susu badan:

1. Niat
Niat penting, jika boleh tanamlah niat utk menyusukan anak hingga dua tahun sedalam-dalamnya di dalam hati... 

2. Semangat
Semangat sangat2 penting dalam penyusuan sebab sepanjang penyusuan susu badan banyak cabaran dan halangan akan ditempuh oleh si ibu... kena kuatkan semangat... 

3. Sokongan
Sokongan sangat diperlukan ketika proses penyusuan, sokongan suami terutamanya.. keluarga terdekat dan faktor sekeliling... tanpa sokongan, ibu yang menyusu boleh mudah patah semangat

4. Ilmu
Cari galilah ilmu tentang penyusuan dan kebaikan susu badan sebanyaknya dan berterusan... Tanpa ilmu, segala faktor diatas boleh tergugat juga... 

5. Tawakal
Seterusnya, tawakallah kerana susu ibu adalah rezeki Yang Maha Esa, tanpa kurniaan dari-Nya, walaupun niat dan usaha dan segala yg kita lakukan, tapi jika Dia tak izinkan, tak de gunanya... Maka berdoalah, mohon padanya... 

Faktor2 nilah, alhamdulillah, aku masih kuat untuk menyusukan Faiqah, kalau tengok badanku yg 'keding' ni, memang mustahil org tengok boleh susukan anak yg dah besar, tapi aku tak kisah, selagi ada susu, aku terus bagi... Faiqah masih kuat menyusu walaupun banyak makan dan minum susu lain juga... 

Cara Mententeramkan Anak ketika memandu

Salam.. ni muqadimah je... nak wat keje sebenarnya.. tapi tak pe lah.. update blog jap lah... Selalu aku baca kisah2 ibu2 yang bekerjaya menghadapi masalah nak tenteramkan anak2 ketika memandu... 


Bila aku ada anak, dan anak dah besar, baru ku tahu betapa mencabarnya nak tenteramkan anak ketika memandu... semakin besar anak, semakin susah nak kawal sebenarnya... Faiqah pun macam tu, tambah2 naik cuti baru ni.. kan lama dia tak dok sebelah bila aku memandu, sebab ke mana2 aku pegang dan suamiku memandu... 

Hari pertama, dia dah meragam.. dia pernah berdiri ketika aku memandu, hasilnya dia tertonggeng dan terhntuk kepala kat pintu kereta... haa... biarkan je dia nangis smbil aku nyanyi2 nak tenteramkan dia.. Berikan teddy bear kegemaran dia, segala apa yg ada kat dalam kereta aku kuarkan buat mainan dia, tapi tak jalan gak.. 

Akhirnya, aku biar je dia gtu.. itu kejadian sebelum cuti panjang hari tu... lepas je cuti panjang, dia menangis je sepanjang jalan smbil berusaha nak buka tali pinggang keledar.. aku biarkan aja.. sambil mententeramkan dia.. hinggalah satu ketika aku nyanyikan qasidah Ya Hanana, dia diam dan lenggok2 kan badan.. haa... aku tahu dia suka qasidah... 
Tengah khusyuk dengar qasidah Ya Hanana
Esoknya dan seterusnya aku dah tahu, cara nak tenteramkan dia ketika aku memandu, pasang qasidah... pasti dia diam.. Alhamdulillah, terapi rohani aku sepanjang cuti untuk Faiqah menjadi.. Faiqah sukakan qasidah.. antara video Upin Ipin dan qasidah, dia lebih suka qasidah... alunan qasidah menarik hati dan perhatian dia.. Alhamdulillah... 

So, penuhlah qasidah yang aku dan suami download dari youtube... Alhamdulillah... kat rumah memang setiap hari dari jam 8 pagi hingga 11 pagi sebelum ke sekolah, Faiqah akan mengadap TV al-Hijrah... memang menarik untuk kanak2... so, pagi2 ummi nak siapkan diri dan kerja rumah sebab dia akan ralit melayan tv al-Hijrah..

So, aku nak syorkan, bagi yang ada anak2 kecik, jadikan terapi rohani untuk mententeramkan anak2.. in shaa Allah, Allah bantu kita dan permudahkan dalam mendidik anak2... 

Cara nak tenteramkan anak2 ketika memandu, beri dan buatkan apa yg dia suka... in shaa Allah dia boleh diam sementara kita memandu... menangis itu adalah biasa, tapi keraskan hati dan abaikan, asalkan dia dan kita selamat... 

Ribut Tropika dijangka melanda Pantai Timur Malaysia

Dua hari tak layan Facebook sangat, dan berita pun tak sempat nak tengok... Namun dapat berita tak baik.. Jangkaan dari Jabatan Meteorologi Malaysia, Malaysia dijangka akan hadapi Ribut Tropika.. 


Dengar ribut pun dah seram sejuk, sebab aku penah alami masa usiaku 11 tahun, memang fobia lepas tu.. angin kuat sikit je dah nangis.. sebab rumah ku pernah rosak sebab kena ribut, ditimpa pokok, dan rumah atokku kena  timpa juga pkok durian... fobia oo... 


Kita sama-sama doa, moga angin tu ke arah lain, janganlah datang Malaysia ni.. negeri yang dijangka akan alami ialah Terengganu dan Pahang... Minta semua rakyat Malaysia bersatu hati doakan Malaysia selamat... 
Buat ikut kemampuan...

Buat ikut kemampuan...

Pepagi subuh dah tercongok depan laptop... itulah hakikat ku tahun ni, terpaksa gak gagahkan diri dengan tugas yang banyak.. ku tak nak rasa beban sebab, jika aku anggap ni sbg bebanan, memang akan rasa terbeban... Ku anggap ni amanah Allah, untuk sedapkan hati sendiri... Jika ku anggap amanah manusia pun tak sedap juga sebab, aku tak nak buat kerana manusia.. cuba ikhlaskan hati sebaik mungkin... 


Waktu cuti sabtu dan ahad semalam, ku guna sebaiknya untuk suami dan anakku, walaupun banyak kerja yang menunggu, satu pun ku tak buat, kerana bagiku keluarga lebih utama ketika cutiku... Aku ada kehidupan sendiri, aku ada keluarga sendiri, dan aku tak nak paksa diriku lakukan apa2 kerja selain kerja2 rumah tangga sahaja... 

Buat ikut kemampuan, itu prinsipku dalam kerja, yang penting tugas hakikiku telah ku laksanakan... ku tak nak rasa tertekan sebab nak siapkan sesuatu kerja, ku tak nak jadi b***** sebab nak kan pangkat dan harta... biarlah apa orang nak kata... kadang, ikut telunjuk orang sangat buatkan aku sakit hati... Ada yang tak puas hati denganku, cari je orang lain... 

Sangat rasa sesak di dada, bila pikirkannya, dan aku terpksa juga korbankan masa untuk semua ni.. Ya Allah tabahkan hatiku dan berikan aku kekuatan... 

p/s: ku tak tahu selama mana aku mampu bertahan... dan prinsipku, ku tak nak rasa terbeban... jika terbeban aku dengan rela akan lepaskan bebanan tu dan tak nak lagi rasa terbeban dengan ....... 

05 Januari 2013

Manusia Terkuat di Dunia

Manusia Terkuat di Dunia

Siapakah orang yang paling kuat di dunia??? 

Adakah ahli gusti???
Adakah org yg mmpu menarik lori dengan rambutnya???
Adakah org yang tinggal dengan harimau???
Adakah org yg panjat gunung2 tertinggi di dunia???
Adakah org yang mampu mengangkat batu sebesar piramid???

Semua jawapan utk soalan di atas adalah salah???


Jawapannya......


Baca hadis di bawah:

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Bukanlah ukuran kekuatan seseorang itu dengan menewaskan lawan tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika marah.”


Haaa.. nmpk kan.. orang yang paling kuat ialah org yg mampu tahan marahnya... ingat senang nak tahan marah... haha.. korang tengok je lah citer 3 Abdul lakonan P.Ramlee, macam mana, syarat tak nak kna jual ialah menahan marah...sebab sesabar mana pun manusia, pasti akan marah gak nanti kan... 

Tapi kita kena usaha dan banyakkan sabar utk jadi yang TERKUAT di dunia kan... 

Jom sama2 jadi kuat... org yg sabar Allah sayang kan... 

Ganjaran org yg menahan marah:
Daripada Muaz bin Anas RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang menahan kemarahannya sedangkan dia mampu bertindak menurut perasaan marahnya maka Allah akan menyerunya di hari kiamat di hadapan khalayak ramai (sebagai suatu penghormatan) sehingga Allah memberi pilihan kepadanya bidadari yang dia suka.”

p/s: anak2 semakin membesar, lagi banyak kena sabar... Ya Allah jadikanlah aku sorg yg penyabar... 

sumber rujukan hadis: JAKIM

Minum ikut sunah RASULULLAH


RASULULLAH SAW amat menyukai minuman madu yang dicampur dengan air sejuk. la bukan semata-mata lazat tetapi juga sebagai salah satu amalan kesihatan. Rasulullah juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa pada waktu pagi selain minum air yang telah disimpan semalaman dalam sebuah bekas.

Antara khasiat amalan-amalan ini adalah:
• Menghilangkan balqham (kahak/lendir).
• Mencuci perut.
• Membuang sisa makanan yang tertinggal dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
• Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu.
• Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Aisyah r.a meriwayatkan bahawa:
"Di antara banyak jenis minuman, Rasulullah SAW suka minuman manis dan sejuk." Hadis bermaksud, baginda menggemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendam buah tamar).
Di dalam satu doa, Rasulullah ada menyebut: "Ya Allah, kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk." Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.

Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi sebab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan sekaligus berperanan sebagai bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkannya ke seluruh anggota badan.

Adab Minum
• Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan.
• Bacalah 'Bismillah'.
• Minum dengan tiga nafas.
• Minum dalam keadaan duduk.
• Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.
• Setiap kali berhenti minum (pada setiap pemafasan), bacalah 'Alhamdulillah'.
• Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
• Minum dari baki air yang telah dimmum oleh orang lain, hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.
• Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

Sumber: PDH@fb
Panduan Mendidik Anak Mengikut Islam

Panduan Mendidik Anak Mengikut Islam

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2)  Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan   tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak   jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah  dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun.  Berseronok  dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak  apa. Jika  suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.  Lepas tujuh  hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah  dia (sebagai  pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan  nama  panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan  menyebabkan  anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri  nama  panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak   anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap   hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang   dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih  sayang  (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri  apabila  berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan  peneguhan setiap  kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian,  pelukkan, ciuman,  hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk  setiap kebaikan yang  dilakukannya).

8) Janganlah  mengharapkan anak anda yang belum  matang itu melakukan sesuatu  perbuatan baik secara berterusan, mereka  hanya kanak-kanak yang sedang  berkembang. Perkembangan mereka buatkan  mereka ingin mengalami setiap  perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda  berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah  keluarga (Seorang  penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu  terus berlalu  dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan  dan  mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan   membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11)  Dengarlah  cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi  pada masa  akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan  mengajar anak  anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14)  Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.   Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan   akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada   persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15)  Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama   belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada   sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar  rumah,  peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka.  Mereka  tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan  anda  suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18)  Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa  yang  sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan  daripada  membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak.  Mintalah  kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21)  Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak  akan  belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada  keluarga.

22)  Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka  tetapi kadangkala cuma  untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun  dengarilah mereka, dua puluh  tahun dari sekarang anda pula yang akan  menangis apabila rumah mula  terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk  mendengar tangisan anak mereka  sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Sumber: LHW@fb
Apa yang anda perlu tahu tentang G6PD???

Apa yang anda perlu tahu tentang G6PD???


Apa itu G6PD?
G6PD {glucose 6 phosphate dehydrogenase } adalah sejenis enzim dalam sel darah merah.

Apakah fungsi G6PD?
Ia akan melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal.
Semasa bersalin,sampel dari tali pusat bayi dihantar untuk pemeriksaan G6PD di makmal.
Pemeriksaan in perlu kerana jika bayi kekurangan G6PD,bayi anda boleh mendapat kuning (jaundice) yang awal dan boleh menyebabkan kecacatan otak serta pendengaran.
Bayi anda akan dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah setelah dipastikan tiada masalah kekurangan G6PD.

Sekiranya didapati bayi anda kekurangan G6PD : 
Anda akan dihubungi/diberitahu bahawa anak anda harus dimasukan ke wad untuk pemerhatian.

Anak anda dikhendaki tinggal di wad sekurang-kurangnya sehingga berumur 5 hari untuk pemantauan

Apakah yang perlu dilakukan apabila anak anda kekurangan G6PD
~ elakkan anak anda dari bahan – bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti :
~ kacang parang
~ ubat gegat
~ ubat nyamuk
~ ubatan tradisonal/jamu/senseh
~ memberi ubatan sendiri tanpa arahan dari doktor

Pastikan anda mendapat senarai ubat-ubatan sebelum pulang.
Sila pastikan setiap kali membawa anak anda berjumpa doktor/farmasi, sila bawa & tunjukkan senarai ubatan yang tidak dibenarkan.

Ubat-ubatan yang tidak dibenarkan :
Anti malaria
~ chloroquine
~ hydroxychloroquine
~ primaquine
~ pentaquine
~ quinine
~ mapacrine
Antirheumatik / analgesik
~ phenacetin
~ aminopyrine
~ acetysalicyticacid
~ antipyrine
~ probenecid
~ acetalinid
Antibakteria
~ chloramphenicol
~ furazolidine
~ nalidixic acid
~ nitrifurantoin
~ p.aminosalicylic acid
~ sulphonamide
~ sulphasoxazole
~ sulphamethoxypyridazine
~ sulphathizole
~ sulphamerazine

Lain-lain
~ chlorpheniramine
~ dapsone
~ dimencaprol
~ antistine
~ napthalene (ubat gegat)
~ phenythydrazine
~ tripelennamine (pyribenzamine)
~ procainamide
~ p.aminophenol
~ p.aminobenzoic acid
~ ss cream
~ fava beans
~ vitamin k analoques
~ pyrimidone
~ methylene blue

Apa akan berlaku jika anak anda termakan makanan/ubatan tersebut?
~ boleh menyebabkan sel darah merah musnah dengan cepat
~ bayi akan mendapat jaundice
~ air kencing berwarna teh pekat
~ pucat
~ demam

Bolehkan seseorang yang kekurangan G6PD menjalani kehidupan yang normal?
Ya,mereka boleh menjalani kehidupan yang normal tetapi mesti mengelakkan makanan & ubatan tertentu
Kekurangan G6PD adalah sepanjang hayat,namun ianya tidak berjangkit.
G6PD diwarisi melalui faktor genetik dan sering melibatkan kanak-kanak lelaki. Kebiasanya kanak-kanak perempuan adalah pembawa.

Sumber: PAA@fb

Buang Bayi macam buang sampah je...

Buang Bayi macam buang sampah je...

Sedih itu pedih.. Itulah yg ku rasa.. Baru je lpas tgk drama sedih kisah pasal terlanjur n mmg byk pngjarn drama tu..dan ku pasti tak rmai yg tgk sbb kt tv2 kn.. Tpi byk sgt pngajaran..

Lepas tgk..tkar channel tv9.. Berita tgh hari.. Buka2 je kes buang bayi di perak... Mayat bayi baru lahir dijumpai dalam tong samph.. Astghfirullah... Tak tahu dah nak ckp mcm mana.. Tapi kalau sapa tgk drama kt tv2 kul 10 tadi.. Ada la makna tersirat iaitu salah satu punca knpa org buang anak ni....

P/s: tanda kiamat kecil dah hbis dh...semua dh berlaku...tggu je lah yg besar...tu pun manusia masih leka dan mngejar dunia yg tahu dunia tak kekal ni....

Published with Blogger-droid v2.0.9

04 Januari 2013

Minggu yang penuh dugaan...

Video ni, adalah video pembangkit semangatku tatkala dilanda dugaan yang Maha hebat... 

Alhamdulillah.. minggu permulaan 2013 ditempuh dengan penuh kekuatan fizikal dan mental.. blik tadi terus letak belakang.. huhu.. nikmatnya rasa... 


Minggu ni, baru mula persekolahan.. pelbagai cabaran dan dugaan sekeliling datang bertubi-tubi buatku.. Ya Allah, ku bertahan dan terus bertahan.. namun, kekuatanku setakat manalah hamba Allah yg daif ni.. akhirnya air mataku jatuh jua semalam sewaktu nak tidur.. 

Hari ni, ku tempuh lagi cabaran.. namun terasa lega sedikit bebanan bila dapat diluahkan separuh bersama rakan2 yang menghadpi situasi yang sama.. Dugaan sebegini, buatkan ku terus bertahan dan bertahan dan menyerah sepenuhnya pada Allah.. tiada lain melainkan mohon kekuatan.. 

Dugaan tahun ni semakin hebat ku rasa kan.. Namun ku berpegang pada firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat terakhir (286), yang bermaksud: "Allah tidak akan membebani seseorang itu mengikut kesanggupannya (kemampuan)...".. bila teringat dan ku berpegang kuat dengan kata-kata Allah ini, dan dari situlah lahirnya kekuatan yang ku rasakan cukup luar biasa bagi hamba yang lemah ini.. 

Dugaan dari pelbagai segi...keluarga dan kerjaya, masa dan kudrat... hnaya Allah yang tahu.. namun, ku tak nak menyerah kalah.. ku anggap ini pengalaman hidup yg cukup berharga.. dan ku anggap ini perjuangan hidup utk bekalan di akhirat nanti.. ku ikhlas kan hati, kuatkan semangat dan fikir positif... 

Ya Allah ku berserah kepada-Mu segalanya... 

p/s: kadang2 tekanan buatkan kita lagi kuat jika kita fikirkan tekanan itu dari sudut positif, anggap tekanan sebagai cabaran hidup bukan halangan hidup.. Ya Allah berikan ku kekuatan.. ameen... 

Adakah kehidupan berubah selepas ada anak???


Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

sumber: PICM@fb

03 Januari 2013

Adakah Makanan Kesihatan Memberi Manfaat?

Adakah Makanan Kesihatan Memberi Manfaat?

Sambil membaca dan sambil membuat kerja, saja nak share artikel tentang kesihatan malam ni.. Jom baca artikel ni.. sebab ku tahu ramai yang suka makan supplement atau makanan tambahan kan.. jom baca info yang aku amik dari Kementerian Kesihatan Malaysia... 

**********************************************

Kalau kita ke supermarket atau farmasi, kita akan lihat banyak vitamin dan makanan kesihatan atau pemakanan tambahan yang dipamerkan. Maklumat-maklumat pemakanan yang tercatat di kotak produk tersebut sudah cukup untuk membuat kita pening kepala. Apakah vitamin atau mineral yang tercatat pada kotak-kotak tersebut dapat memberi manfaat kepada kita?

Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat. Sekiranya sistem imun kita lemah, kita akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.

Jadi, pengambilan makanan kesihatan memberi manfaat kepada kita.
Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan
pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan kesihatan dapat
membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan
untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal keberkesanannya.

Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun. Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.

Walaupun metabolisma membuatkan kita hidup dan sihat, ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh kita. Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metobolisma boleh merosakkan sel DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua. Kita memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas. Namun begitu, semakin meningkat usia, semakin susah untuk kita memperolehinya dari makanan harian. Jesteru kita perlu mengambil vitamin dan mineral tentu untuk memperolehi kesihatan
optimum.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan jumlah vitamin dan mineral yang diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil. Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai diambil bersama ubat-ubatan.

Disenaraikan beberapa tips untuk anda:

Elakkan multi-vitamin dengan formula "time release". Ketika sampai masa untuk hancur, ia mungkin terlalu jauh di dalam perut di mana penyerapan adalah lemah.

Simpan vitamin jauh dari tempat panas dan lembab

Ambil vitamin bersama makanan kerana beberapa nutrien memerlukan emak untuk berfungi. Jesteru mengambilnya bersama makanan rendah lemak adalah terbaik.

Semak tarikh "baik sebelum". Anda mungkin berjimat dengan membeli dalam kuantiti yang banyak, tetapi sebenarnya akan merugikan jika tidak dihabiskan sebelum tamat tempoh.

Sumber: KKM@fb

Mitos Pemakanan Sihat

Seperti yang anda sudah ketahui, kekurangan nutrien boleh menjejaskan kesihatan dan kecergasan badan. Walaupun amalan pemakanan sihat sangat penting, terdapat mitos yang boleh menjejaskan kesihatan anda jika anda mempercayainya.

Berikut adalah mitos mengenai pemakanan sihat:

1. Bersenam dengan perut kosong.
Jika perut anda berkeroncong, ia cuba memberitahu anda sesuatu. Jika anda tidak menghiraukannya, anda memaksa badan anda bekerja tanpa bahan bakar. Sebelum bersenam atau melakukan apa-apa aktiviti fizikal, pastikan anda mengambil makanan ringan terlebih dahulu seperti sebiji epal.

2. Bergantung kepada biskut dan minuman tenaga.
Walaupun elok mengambilnya sekali sekala, ia tidak membekalkan antioksidan yang anda perlukan untuk menghalang penyakit. Lebih baik anda bergantung kepada buah-buahan dan sayur-sayuran memandangkan ia penuh dengan vitamin, mineral, cecair dan serat.

3. Tidak mengambil sarapan pagi.
Tidak mengambil sarapan bukan idea yang bagus memandangkan sarapan pagi memulakan hari anda. Badan anda memerlukan bahan bakar secepat mungkin, dan tanpanya, anda akan berlapar hingga ke tengahari.

4. Diet rendah karbohidrat.
Badan anda memerlukan karbohidrat untuk otot dan juga penyimpanan tenaga.

5. Makan apa saja yang anda mahu.
Pemakanan sihat dan bersenam tidak memberi anda lesen untuk memakan apa saja yang anda mahu. Kita semua memerlukan nutrien yang sama, sama ada kita bersenam atau tidak.

6. Kalori tidak mencukupi
Walaupun menurunkan berat badan melibatkan kalori, kehilangan secara mendadak adalah merbahaya. Apa yang perlu dilakukan adalah mensasarkan untuk menurunkan 1 – 2 paun seminggu. Pastikan anda mendapat kalori yang cukup untuk membolehkan badan anda berfungsi dengan sempurna.

7. Kurang minum.
Air, susu dan jus adalah minuman terbaik untuk mereka yang aktif. Anda perlu kerap minum dan tidak menunggu dahaga. Apabila anda merasa dahaga, badan anda sudah merasa kesan kekurangan air.

Menukar cara anda makan adalah langkah penting ke arah pemakanan sihat dan ia akan memberi kesan ke atas kesihatan anda. Semakin sihat pemakanan anda, semakin sihat badan anda. Tidak kira berapa umur anda, pemakanan sihat merupakan sesuatu yang perlu anda utamakan. Jika anda memberi peluang kepada pemakanan sihat, anda segera akan melihat bagaimana ia mengubah kehidupan anda – kepada yang lebih baik.

Sumber: KKM@fb
‎:: KISAH PENGAJARAN DARI HOSPITAL ::

‎:: KISAH PENGAJARAN DARI HOSPITAL ::

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital..

Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan.. Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya..

Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..
......................................................................................................
“Kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..?? Kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..?? Kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??”

Doktor tersebut tersenyum dan berkata :

“Sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu.. dan sekarang, saya harap anda bertenang.. jadi, saya dapat buat kerja saya..”

“Bertenang kamu kata..?! Kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..?? Kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??" kata si ayah dgn marah..

Si doktor tersenyum lagi & berkata :
”Saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci.. Drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali, doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang.. Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu..”

“Memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!” kata si ayah..

Pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..
Tak lama kemudian, si doktor keluar dgn wajah tenang dan senyum..”

Alhamdulillah..anak anda selamat..!”

Dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah.

“Kalau kamu ada sebarang soalan.. Kamu boleh tanya jururawat..”

“Kenapa doktor tu sombong sangat..?!
Tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?! Komen si ayah selepas melihat jururawat..

Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya :
“Anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya.
Dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik. Dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk ada sehingga selesai upacara pengebumiaan anaknya.."

MORAL : "Never judge anyone because you never know how their life is & what they’re going through…”

Perkongsian dari Page PDH@FB

Faiqah Kecacingan

Alhamdulillah... hari kedua kembali ke sekolah dengan jayanya... kembali dengan rutin biasa... balik di kala azan maghrib dah jauh berkumandang.. kerja banyak ni.. ada 6 kerja yg ku listkan sebelum balik utk submit esok.. maknanya malam ni kena siapkan... tapi relax lu .. release tension dengan entry dulu... :)

Semalam hari pertama, aku hantar Faiqah ke pengasuh... tapi sebelum tu aku dah bagitau kat pengasuh yang Faiqah kurang sihat, dan xde selera makan serta msih cirit-birit... owh.. ea ke.. pengasuh kata mungkin susu tak sesuai kot.. hmm.. aku rasa tak kot sebab dah lama dah dia minum ni.. xpe lah.. aku iyakan aja.. 

Waktu amik faiqah pengasuh kata, Faiqah mcam kena cacing je.. hmm.. aku pun kata, doktor tak kata cacing sbb xde cacing kat najis dia.. pastu pengasuh kata gak, cacing tak semisti bersama njis sbb byk jenis cacing de kan... emm.. btul juga tu.. tak pe lah.. cuba lah bagi ubat cacing beli kat farmasi je.. aku pun ikutkan lah sebab pengasuh Faiqah ni arif tentang budak kan.. sebb dia mengasuh budak kecik dn pengalamn membesarkan anak2 dia.. so, sangat berguna lah kan.. dia lebih arif hal2 macam ni.. 

Balik ke rumah, trus citer kat en.somi.. malam tu juga kitaorg g farmasi beli ubat cacing jenama zental.. tapi tak sempat bagi pun. Faiqah dah tido plak... bangun pagi tadi baru aku bagi... aku suap suamiku pegang... Alhamdulillah.. telan pun dia,.,

Sekali je ubat cacing utk tempoh 6 hgga 12 bulan... Faiqah sebab dah setahun lebih dan jenis yg makan macam2..sebab tu aku bg je,..

Tanda-tanda kecacingan:

  • Merengek dan tak selesa
  • Kembung perut
  • Ada cacing di najis
  • Cirit-birit
  • Lesu dan tidak aktif
  • Tiada atau kurang selera makan
  • Susut berat badan
Punca-punca:
  • Jangkitan kuman
  • Pemakanan yg tidak bersih
  • Faktor kebersihan
Tanda2 ni ada pada faiqah dan sebab tu aku bagi... lega dah.. dah nampk la dia nk mkn dh skrg.. kalau minggu lpas..hnya bergntung pada susu bdan sepenuhnya... ni dah nmpk ok sikit.. moga Faiqah semakin baik,..
Hari Pertama Persekolahan 2013

Hari Pertama Persekolahan 2013

Salam.. bru sempat nak ngadap lappy.. saja nak citer pasal persekolahan baru tahun ni.. Tahun ni ku rasa lain sikit, rasa macam xde cuti sangat ea lah.. boleh dikatakan setiap minggu cuti aku g sekolah, buat kerja2 pekeranian.. tapi tahun 2012 dkat2 nak buka sekolah lagi kerap g sekolah... Biasa je, cuma lain nya tahun ku pegang jawatan sebagi cikgu displin... garang ke aku???

Sekolah menengah, tak de ragam sangat macam sekolah rendah kan.. budak dah besor2 belaka... ada beberapa org je ibu bapa yg melihat dan menunggu anaknya... tapi idak lerr.. nunggu dekat, tunggu kat kantin... tahun ni lelaki lebih ramai dari perempuan..

Tapi pelajar masih de bertukar masuk.. de yang tgh tggu result dari asrama penuh dan sebagainya.. so, ada yg tak tetap lagi statusnya.. Apa2 pun, tahun 3 perkhidmatan, rasa lebih seronok bergelar cikgu.. de suka duka dan meriah dgn anak2 didik yg pelbagai ragam.. 

02 Januari 2013

Pintaku pada tahun 2013

Pintaku pada tahun 2013

Pintaku pada tahun 2013... Kesihatanku suamiku anakku faiqah bertambah baik dan lebih baik... Kerana kesihatan anugerah yg tidak ternilai.. Jika tak sihat...segala azam dan impian tak tercapai juga kan... Hanya ku mohon pada Yang Esa kesihatan yg lebih baik dr tahun 2012...

Tahun 2012...banyak juga rekod hospital dan klinik yg dicatatkan... Sihat dan sakit antara aku...faiqah dan suami bergilir2... Tapi sakit juga nikmat dan tnda syg Allah pada hambaNya... Utk kita dekatkan diri kepadanya..

Namun begitu... Kesihatan adalah rezeki... Moga Allah lapangkan rezeki sihat kami sekeluarga pada tahun 1434 H / 2013 M...ameenn..

Published with Blogger-droid v2.0.9

01 Januari 2013

Nikmat Allah yang kita MALU

Alhamdulillah, penat juga siapkan kerja2 sekolah untuk esok. rehat sekejap dengan blog ku ni... 

selama seminggu aku dan faiqah kena serang penyakit angin.. letihnya tak terkata.. ni yang ku nak kongsikan sepanjang aku kena penyakit tu, satu nikmat yg kita sering malu... iaitu nikmat kentut.. opss..


Kan, malukan bila sebut kentut, de sesetengah org anggap pengotor kalau sebut kentut ni.. dan sanggup juga, tahan kentut sebab malu... dan ada juga falsafah org bercinta menggunakan perkataan kentut... hebatkan nikmat kentut.. cikgu aku dulu pernah cakap, kalau kentut kena bersyukur tau, sebab cuba bayangkan seminggu tak kentut, naik sebu dan lemau badan tau.. 

So, jangan pndang remeh dengan nikmat yg Allah kurniakan ni.. dalam masyarakat kita ia sesuatu yang memalukan dan dianggap pengotor.. tapi sebenarnya Allah ciptakan kentut adalah sebg satu nikmat untuk kesihatan badan kita.. 

Okeh.. jom tengok beberapa fakta pasal kentut.. berdasarkan wikipedia bahasa Melayu mengatakan:

Kentut dibebaskan dengan tekanan melalui dubur, dengan mana, akibat otot sfinkter dubur bertenang secara sengaja atau tidak sengaja. Ini membebaskan gas dari rektum bahagian bawah. Asasnya ini terjadi apabila tekanan kentut dalam rektum melampaui keupayaan sfinkter dubur untuk menahannya. Bergantung kepada keadaan semasa sfinkter (tenang/tegang) dan kedudukan punggung, ini seringkali menghasilkan sama ada bunyi bergemerisik atau bunyi trumpet, tetapi ia juga boleh berlaku secara senyap. Komponen olfaktori kentut termasuk sebatian skatole, indola dan sulfur. Gas tidak berbau kebanyakannya merupakan nitrogen (dihadam), karbon dioksida (dihasilkan oleh organisma aerobik atau dihadam), dan hidrogen (dihasilkan oleh mikrob yang sama), termasuk juga sejumlah kecil oksigen (ditelan) dan metana (dihasilkan oleh organisma anaerobik). 

Kentut merupakan gas boleh terbakar, kerana metana dan hidrogen yang boleh terbakar, dan keduanya terdapat dalam kentut. Apa yang kurang diketahui ialah menyalakan mancis akan menghilangkan bau dari kentut. Ini kerana bau kentut datangnya dari hidrogen sulfida (dari makanan) yang akan terurai kepada wap air dan sulfur dioksida apabila diberi haba.

Info dari satu artikel dari berita Harian:
Dalam definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus. Ada kala lebihan gas ini menyebabkan anda berasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa atau kentut. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari, tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa.

Kentut tidak membahayakan nyawa, mungkin ia hanya akan membuatkan anda malu jika ‘terlepaskannya’ di khalayak ramai dan berbau kurang menyenangkan. Bagaimanpun, jika anda kerap kentut ada kalanya ia mungkin penanda masalah kesihatan yang lain. Justeru, anda memerlukan rawatan perubatan. 

Umumnya, komponen utama dalam kentut adalah lima gas yang tidak berbau - nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen. 

Bau busuk kentut adalah disebabkan disebabkan kompaun berunsurkan sulfur yang dihasilkan bakteria tertentu dalam kolon. Bagaimanapun, bakteria ini tidak ditemui pada setiap orang. 

Jumlah gas yang dilepaskan pula bergantung pada berapa banyak bakteria yang hidup dalam kolon dan makanan yang tidak dihadam oleh saluran gastro usus sebelum ia sampai ke kolon. 
Dianggarkan antara 30 ke 150 gram makanan tidak dicerna sampai ke kolon dalam bentuk karbohidrat setiap hari. Jumlah ini bergantung pada diet anda dan bagaimana saluran gastro usus anda berfungsi. 

Tubuh tidak mencerna atau menyerap sesetengah jenis karbohidrat seperti gula atau serat dalam usus kecil kerana kekurangan enzim di kawasan itu. 

Makanan yang tidak dicernakan ini melalui usus kecil ke usus besar dan di situ bakteria tidak berbahaya memecahkan makanan, menghasilkan hidrogen, karbon dioksida dan di kalangan sesetengah orang, metana. Kesemua gas ini keluar melalui rektum menjadi kentut. 

Gas berlebihan dalam saluran pencernaan (esofagus, perut, usus kecil dan kolon) datang daripada dua sumber; 

a) Udara yang anda telan (menerusi tabiat mengunyah gula-gula getah atau merokok) 

b) Peningkatan penghasilan gas daripada makanan tidak hadam yang dipecahkan oleh bakteria dalam usus 

Gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen. 

Bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor seperti makanan, udara yang disedut, jenis bakteria dalam usus dan tempoh masa anda menahan kentut. 

Sesuatu yang anda perlu tahu, makanan yang menghasilkan gas tidak sama bagi setiap orang. Sementara, bakteria umum yang ditemui dalam kolon boleh memusnahkan hidrogen yang dihasilkan oleh bakteria lain. 

Keseimbangan dua jenis bakteria ini menjelaskan mengapa sesetengah makanan menjadi ‘berangin’. 

kepada sesetengah orang. Namun, kebanyakan makanan yang mengandungi karbohidrat menyebabkan gas. Makanan lemak dan protein menghasilkan sedikit gas. Selain itu, kekurangan laktosa juga boleh menyebabkan seseornag itu kerap kentut. 

Makanan yang menyebabkan kentut ialah makanan yg tinggi anti oksida... 
  • Kacang 
  • Sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, tauge, asparagus. 
  • Buah-buahan seperti pear, apple dan peaches. 
  • Minuman bergas dan ada kalanya jus buah-buahan 
  • Produk tenusu seperti keju, ais krim, bijirin. 
Okeh, itulah serba sedikit info pasal kentut... opss... so, lepas ni, kentut tu nikmat tau.. wajib syukurinya.. 

p/s: falsafah cinta: cinta ibarat kentut, ditahan seksa, dilepas lega.. hehehe

Sumber rujukan:
Berita Harian
Permulaan tahun 2013

Permulaan tahun 2013

Alhamdulillah... Masih diberi segala nikmat menikmati tahun baru masihi...

Tak sambut apa2 pun tahun baru... Sekadar berharap tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya...

Cuti di KL... Dan aku hnya lepak di rumah... Anak dan suamiku kurg sihat...adalah ujian permulaan dari Ilahi.. Ku redha dan sabar dgn ujian ni...

Moga penghidupan tahun ni lebih baik bg keluargaku... Dan tahun2 sebelumnya sbg sejarah kehidupan yg mengajar erti kematangan...

Selamat tahun 2013...

P/s: aku tak pernah berazam pun...cuma setiap tahun de lah matlamat yg dikehendaki...iaitu tahun akn dtg lebih baik dr sebelumnya...ameen...

Published with Blogger-droid v2.0.9
Sambut tahun 2013 dengan kesedihan :(

Sambut tahun 2013 dengan kesedihan :(

Selamat tahun baru... Alhamdulillah... Masih diberi nikmat Islam, iman, nyawa dan nafas serta pelbagai kurniaan Ilahi...

Namun ku sedih melihat...rmai manusia semakin kurg bersyukur... Buktinya betapa rmai manusia terutama remaja sedang bersorak gembira menyambut tahun baru... Tanpa ada batasan agama... Terkinja2...

Sedih sungguh hatiku... Mohon Allah lindungi zuriat keturunanku dan anak2 didikku dari perkara keji dan dimurkai Allah...

Itulah tanda2 kiamat semakin hampir... Jangan mudah terasa seronok...kerana kita tak tahu bila dunia akan berakhir...

Sebaliknya. Tahun baru wajib disyukuri dgn solat2 sunat dan qiamullail dan pengisian rohani...bukan dengan perkara yg melalaikan...
Renung2kanlah... Apa matlamat kita wujud dan diciptakan Allah didunia ni... Moga matlamat kita tu tak tersasar jauh...

Dunia ialah persinggahan yg sementara...

Published with Blogger-droid v2.0.9