GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Tanda Ilmu Tidak Berkat & Pencinta Ilmu

Sumber: FB

Semalam tengok rancangan Cinta Ilmu di TV al-Hijrah... bersama Ustaz Badli Shah... 
Memang seronok rancangan ni... rugi kalau tak tengok... 
Setiap hari ada, tapi ustaz dan ustazah lain-lain dengan tajuk yang berlainan...

Antara yang menarik ialah pesan Nabi s.a.w dalam satu hadis:

Nabi shallalahu alaihi wa sallam bersabda :
"Barangsiapa yang menuntut ilmu untuk mendebat orang yang bodoh atau menandingi para ulama’ atau untuk mencari perhatian manusia, maka Allah akan memasukkannya kedalam api neraka".

[HR. Tirmidzi no. 2654 dari Ka’ab bin Malik serta dishahihkan oleh syeikh Muhammad As-Subhi Hasan Hallaq]

Jadi... dalam mencari ilmu, menyampaikan ilmu perlu ada keikhlasan... 
Jadilah pencinta ilmu, bukannya cinta orang yang menyampaikan ilmu... 
Tapi zaman sekarang dah terbalik, mencintai orang yang menyampaikan ilmu bukan ilmu yang dia sampaikan... Sebab menurut ustaz Badli Shah, jika cinta orang yang sampaikan ilmu, boleh timbulkan satu perasaan taksub hingga menolak ilmu yang orang lain sampaikan... 
 Tapi akhir zaman memang berlaku dah pun...
Orang sekarang taksub dengn ustaz tertentu...
Sampaikan dia menolak ustaz lain yang menyampaikan ilmu...

Justeru..
Jadilah pencinta ilmu..
Kerana seluruh ilmu di alam ini adalah hak milik Allah dan dari Allah... 
Usah kagum dengan ilmu yang seseorang miliki...
Tapi kagumlah dengan pemilik ilmu iaitu ALLAH SWT... 

7Ulasan

  1. Moga dijauhkan dari sifat angkuh & bangga diri ni..Nauzubillah min zalik...
    TQ sharing..:)

    BalasPadam
  2. betul tu.. seluruh ilmu dalam dunia ini hanya milik Allah.. apa-apa pun semuanya perlu berpandukan kepada al-quran dan sunnah rasulullah saw..

    BalasPadam
  3. Semoga sentiasa bermuhasabah diri.. t kasih diatas perkongsian.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ